OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Syubhat-syubhat Mufawwidah:
Syubhat-syubhat di sini maksudnya adalah hujah atau dalil yang digunakan oleh kaum Asyairah dan sekutu mereka Maturidiah dan sesiapa daripada Ahli Bidaah yang mengikut mereka untuk menegakkan akidah batil mereka sama ada daripada Naqal (Wahyu) mahupun Aqal.
Jika suatu dalil Naqli atau Aqli digunakan untuk menegakkan akidah yang sahih dengan cara yang sahih maka ianya dinamakan hujah adapun jika digunakan untuk menegakkan benang yang basah dinamakan sebagai syubhat kerana mereka yang menggunakan dalil ini berada dalam keadaan samar-samar dan pemahaman mereka terhadap dalil-dalil itu dalam keadaan keliru dan mabuk.
Seorang Asyairah apabila dia membaca perkataan Ulama Salaf dengan timbangan dan manhajnya yang bidaah, pemahamannya terhadap nas-nas itu akan mejadi kabur seumpama seorang yang memerhati alam sekitar melalui tingkapnya yang berdebu kerana dia tidak memahami kaedah seorang salafi memahami perkataan ulama salaf.
Mungkin al-Asyairah akan berkata: “Jika begitu, sama lah juga dengan kamu memahami perkataan al-Asyairah dengan kaca mata Salafiah atau wahabi sehingga kamu tidak faham maksud sebenar kami”. Jawapan kita adalah: “Manhaj Salafi adalah manhaj yang jernih dan cerah, seseorang yang meneliti manhaj bidaah melalui manhaj salafi sama seperti seorang yang melihat kuman melalui mikroskop, walaupun dia tidak dicemari oleh kuman itu namun dia tahu bahaya kuman itu dan cara untuk membunuh kuman itu atau seperti seorang doktor yang merawat pesakit, walaupun dia tidak merasai kesakitan si pesakit namun dia tahu punca dan cara merawatnya”.
Maka dalam perbahasan seterusnya kita akan melihat apakah dalil-dalil yang digunakan kaum Mutakallimin untuk menegakkan akidah mereka yang batil berkenaan tafwid ini. Hujah mereka secara dasarnya terkumpul pada Manqul dan Ma’sur.
Kaum Mufawwidah meletakkan hujah mereka pertamanya kepada dalil Manqul iaitu Surah Ali Imran ayat ke-7 dan dalil Ma’sur iaitulah perkataan Ulama Salafi yang pada sangkaan mereka yang kabur adalah tafwid makna.
Syubhat Pertama: Surah Ali Imran Ayat ke-7
Firman Allah Taala:
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.” [Ali Imran: 7]
Ahli Bidaah memahami nas ini menjadi dalil kepada Tafwid dan Takwil sekaligus di mana menurut mereka nas-nas sifat adalah mutasyabihat pada maknanya yang tidak diketahui takwilnya melainkan Allah. Bagi kaum Mufawwidah mereka berpegang dengan waqaf pada ayat: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ (dan tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah) maka menurut mereka makna nas-nas sifat ini hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja dan makna zahir nas-nas ini mesti ditakwilkan (jangan difahami seperti zahirnya). Adapun yang mentakwil (yakni takwil tafsili) berpegang dengan waqaf pada ayat: وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ (dan orang-orang yang kukuh ilmunya) maka menurut mereka Allah dan mereka yang rasikh (kukuh) ilmunya mengetahui makna nas-nas ini lalu ditakwil Tangan dengan makna Qudrat, Istiwa’ dengan Istaula, dan sebagainya. [Permata Ilmu Tauhid, m.s 203 & 204].
Daripada ayat ini, kaum Mufawwidah membuat tiga kaedah mereka yang batil:
1- Nas-nas Sifat adalah daripada mutasyabihat yang tidak diketahui maknanya kecuali Allah Taala.
2- Ayat Muhkamat adalah ayat yang zahirnya dikehendaki sebagai maksud ayat tersebut sedangkan mutasyabihat adalah lafaz yang tidak diketahui dengan bahasa arab.
3- Takwil dalam ayat ini bermaksud memalingkan makna zahir kepada makna yang lain yang hanya diketahui oleh Allah (takwil ijmali).
Hasil daripada kaedah ini, kaum Mufawwidah berpendapat segala nas-nas sifat yang pada akal mereka adalah mutasyabihat hendaklah dipalingkan daripada makna zahirnya kerana ia tidak dapat difahami daripada bahasa arab namun maknanya yang sebenar juga tidak diketahui kecuali Allah, maka ditafwidkan kepada Allah Taala sahaja. [Mazhab Ahli al-Tafwid, 46].
Jawapan:
Dalam menjawab syubhat mereka ini, Syeikh Ahmad al-Qadi menyatakan kita perlu menilai kembali pandangan mereka dalam masalah berikut:
1- Maksud sebenar ayat muhkamat dan mutasyabihat
2- Maksud sebenar takwil dan zahir. [Mazhab Ahli Al-Tafwid, 46].
Maksud Sebenar Mutasyabihat dan Muhkamat:
Perlu diketahui bahawa semua ayat al-Quran adalah muhkam dan semuanya adalah mutasyabih sebagaimana firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
Maksudnya: “Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatNya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.” [Hud: 1]
Maksud Muhkam dalam ayat ini adalah sebagaimana kata Imam Ibn Kasir r.h:
هي محكمة في لفظها، مفصلة في معناها، فهو كامل صورة ومعنى
Maksudnya: “Ia tersusun lafaznya, terperinci maknanya, maka kesemuanya itu sempurna pada bentuk dan maknanya”. [Tafsir al-Quran al-Azim, 4/303].
Maka kesemua makna lafaz dalam al-Quran adalah dimaklumi tidak ada kesamaran dalam lafaz dan maknanya, bahkan ianya jelas melebihi mentari yang tiada silau padanya. Tafsiran ini adalah pilihan Ibn Jarir al-Tabari, Mujahid, dan Qatadah ridwanullahi alaihim ajmain.
Qatadah r.h berkata:
أحكمها الله من الباطل، ثم فَصَّلها، بيَّنها.
Maksudnya: “Allah telah menyekatnya daripada dimasuki perkara batil kemudian ditafsilkan yakni dijelaskan”. [Tafsir al-Tabari, 15/227]
Demikian juga maksud ‘Fussilat’ dalam ayat ini adalah ‘Fussirat’ yakni ditafsirkan maknanya sebagaimana kata Imam Mujahid r.h:
عن مجاهد في قول الله:(ثم فصلت) ، قال: فُسِّرت .
Maksudnya: “Daripada Mujahid berkenaan maksud firman Allah : ثم فصلت kata beliau: Ditafsirkan”. [al-Tabari, 15/277].
Maka semua ayat al-Quran itu adalah Muhkam, tidak dicemari dengan perkara batil, teratur lafaznya, tiada kekeliruan dan jelas maknanya, tiada kesamaran. Demikian al-Quran itu disifatkan dengan al-Hakim (Hikmah) sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat 1:
الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ
Maksudnya: “Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.”
Al-Quran juga semuanya mutasyabih yakni saling kuat menguatkan antara satu sama lain sebagaimana firman Allah Taala:
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا
Maksudnya: “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan Iaitu Kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya)…” [al-Zumar: 23].
Berkata Ibn Jarir al-Tabari r.h dalam menjelaskan makna mutasyabih dalam ayat ini:
يشبه بعضه بعضا، لا اختلاف فيه، ولا تضادّ.
Maksudnya: “Saling menyerupai antara satu dengan yang lain yakni tiada percanggahan padanya dan tiada pertentangan”. [Tafsir al-Tabari. 21/229].
Muhakam dan Mutasyabih dengan makna ini dinamakan sebagai Muhkam dan Mutasyabih Am yang meliputi semua ayat al-Quran. Demikian juga semua ayat al-Quran adalah diturunkan untuk ditadabbur yakni diperhati dan difahami maknanya sebagaimana firman Allah Taala:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” [Sad: 29]
Berkata al-Allamah Muhammad al-Amin al-Syanqiti al-Maliki r.h:
وقد ذكر جل وعلا ، في هذه الآية الكريمة ، أنه أنزل هذا الكتاب ، معظماً نفسه جل وعلا ، بصيغة الجمع ، وأنه كتاب مبارك وأن من حكم إنزاله ، أن يتدبر الناس آياته ، أي يتفهموها ويتعقلوها ويمعنوا النظر فيها ، حتى يفهموا ما فيها من أنواع الهدى ، وأن يتذكر أولوا الألباب ، أي يتعظ أصحاب العقول السليمة ، من شوائب الاختلال .
Maksudnya: “dan Allah Jalla wa ‘Ala telah menyebut dalam ayat yang mulia ini bahawa Dia menurunkan kitab ini (al-Quran) dengan membesarkan diriNya Jalla wa Ala dengan menggunakan lafaz jamak dan seseungguhnya kitab ini adalah yang diberkati dan antara hikmah diturunkan kitab ini supaya manusia mentadabbur ayatnya yakni memahaminya, memikirkannya, dan memerhatikan dengan fokus padanya sehingga mereka faham apa yang ada padanya daripada pelbagai jenis hidayah dan supaya Ulul Albab mengingat yakni mengambil iktibar oleh kaum yang memiliki akal yang sejahtera daripada pencemaran”. [Adwaul Bayan, 6/344].
Berkata al-Tabari r.h dalam menjelaskan makna ‘supaya kamu bertadabbur’ :
ليتدبَّروا حُجَج الله التي فيه، وما شرع فيه من شرائعه، فيتعظوا ويعملوا به.
Maksudnya: “Supaya kamu bertadabbur hujah-hujah Allah yang ada dalamnya dan syariat-syariat dalamnya lalu kamu mengambil iktibar dan beramal dengannya”. [Tafsir al-Tabari, 21/190].
Dalam surah Yusuf ayat 1 dan 2 Allah Taala berfirman:
الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (1) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (2)
Maksudnya: “Alif, Laam, Raa’. ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”
Dalam menjelaskan makna al-Quran sebagai Kitab yang Mubin (jelas dan terang) berkata Imamul Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari r.h:
معناه: هذه آيات الكتاب المبين ، لمن تلاه وتدبَّر ما فيه من حلاله وحرامه ونهيه وسائر ما حواه من صنوف معانيه ; لأن الله جل ثناؤه أخبر أنه”مبين” ، ولم يخصَّ إبانته عن بعض ما فيه دون جميعه ، فذلك على جميعه ، إذ كان جميعه مبينًا عمَّا فيه .
Maksudnya: “Maknanya: Inilah ayat-ayat al-Kitab yang jelas bagi sesiapa yang membacanya dan mentadabbur apa yang ada dalamnya daripada halal, haram, larangan, dan semua jenis maknanya kerana Allah Jalla Sanauh memberitahu ianya “Mubin” (jelas) dan tidak mengkhususkan kejelasannya dalam sebahagian perkara tanpa keseluruhannya maka kejelasan makna al-Quran itu meliputi keseluruhannya kerana semua isinya menjelaskan apa yang terkandung dalamnya”. [Tafsir al-Tabari, 15/550].
Berkata pula Imam Ibn Kasir r.h dalam menjelaskan maksud “al-Mubin”:
الواضح الجلي، الذي يفصح عن الأشياء المبهمة ويفسرها ويبينها
Maksudnya: “Yang jelas, terang, yang menjelaskan tentang semua perkara yang tidak jelas, mentafsirkannya dan menerangkannya”. [Ibn Kasir, 4/365].
Berkenaan dengan ayat yang kedua, Imam al-Mufassirin Ibn Jarir al-Tabari menyatakan:
إنا أنزلنا هذا الكتاب المبين، قرآنًا عربيًّا على العرب ، لأن لسانهم وكلامهم عربي ، فأنزلنا هذا الكتاب بلسانهم ليعقلوه ويفقهوا منه
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan Kitab ini yang jelas sebagai Quran (Bacaan) dalam bahasa Arab kepada orang Arab kerana bahasa dan percakapan mereka dalam Arab, maka Kami turunkan Kitab ini dengan bahasa mereka supaya mereka memahami dan jelas dengan maksudnya”. [Tafsir al-Tabari, 15/551].
Berkata Imam al-Baghawi r.h:
أنزلناه بلغتكم، لكي تعلموا معانيه، وتفهموا ما فيه
Maksudnya: “Kami (Allah) turunkannya (al-Quran) dalam bahasa kamu (orang Arab) supaya kamu memahami makna-maknanya dan kamu faham apa yang terkandung dalamnya”. [Tafsir al-Baghawi, 4/209].
Maka semua ayat dalam al-Quran diturunkan untuk difahami maka tiada satu lafaz pun yang tidak bermakna atau tidak beerti dalam al-Quran, sesiapa yang mengatakan ada dalam al-Quran terdapat ayat atau lafaz yang sia-sia, yang tidak dapat difahami, maka dia telah menisbahkan kepada Allah Taala sifat aib kerana al-Quran adalah Kalam Allah dan Kalam Allah tidak sama dengan dengan kalam makhluk.
Sekarang telah jelas kepada kita bahawa al-Qur’an itu Muhkam yakni tidak akan dapat dicerobohi kebenarannya oleh tangan-tangan kaum batil dan Mufassal yakni jelas maknanya, Mubin yakni terang dan jelas maknanya, diturunkan untuk difahami dan dihayati ajarannya, mustahil terdapat dalam al-Quran kalimah atau lafaz yang tidak boleh difahami.
Adapun dalam ayat ke-7 surah Ali Imran, ayat ini menceritakan berkenaan Muhkam dan Mutasyabih Khusus dan para Ulama mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara ini. Imam Ibn Jarir al-Tabari r.h menjelaskan:
وأما”المحكمات”، فإنهن اللواتي قد أحكمن بالبيان والتفصيل، وأثبتت حججهن وأدلتهن على ما جُعلن أدلة عليه من حلال وحرام، ووعد ووعيد، وثواب وعقاب، وأمر وزجر، وخبر ومثل، وعظة وعِبر، وما أشبه ذلك.
Maksudnya: “Adapun maksud ‘Muhkamat’ maka ianya adalah ayat-ayat yang telah dijelaskan dengan keterangan, penjelasan, dan perincian. Ditetapkan hujah-hujah dan dalil-dalilnya atas perkara yang dijadikannya sebagai dalil daripada halal, haram, janji, ancaman, pahala, dosa, perintah, larangan, khabar, misal, peringatan, pengajaran, dan seumpama yang demikian itu”. [Tafsir al-Tabari, 6/170].
Adapun mengenai mutasyabihat beliau berkata:
وأما قوله:”متشابهات”، فإن معناه: متشابهات في التلاوة، مختلفات في المعنى، كما قال جل ثناؤه:( وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ) [سورة البقرة: 25]، يعني في المنظر، مختلفًا في المطعم وكما قال مخبرًا عمن أخبر عنه من بني إسرائيل أنه قال:( إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا ) [سورة البقرة: 70]، يعنون بذلك: تشابه علينا في الصفة، وإن اختلفت أنواعه.
Maksudnya: “Adapun firmanNya: :”متشابهات” maka maknanya: Sama dalam tilawah (bacaan) tetapi berbeza pada makna, seperti firmanNya Jalla Sanauh (maksudnya): “..dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya)…” [al-Baqarah: 25] yakni maksudnya sama pada pandangan (bentuk) tetapi berbeza pada rasa dan seperti mana Dia menyatakan berkenaan perkataan Bani Israil (maksudnya): “Sesungguhnya lembu itu tersamar pada kami” [al-Baqarah: 70] yang dimaksudkan sama adalah pada sifat, walaupun berbeza jenisnya”. [Tafsir al-Tabari, 6/173].
Hasil penjelasan Imam al-Tabari r.h ini, ayat-ayat mutasyabihat bukanlah ayat yang tidak diketahui maknanya bahkan maknanya maklum seperti khabar Allah Taala tentang syurga yang di dalamnya terdapat buah-buahan antaranya delima. Maksudnya kita fahami, iaitu delima namun rasa delima di dunia tidak akan sama dengan delima di syurga, demikian juga arak dunia tidak sama dengan arak akhirat, susu syurga tidak sama dengan susu akhirat. Semua benda ini sama pada makna tetapi berbeza pada hakikat, rupanya sama tetapi hakikat dan rasanya berlainan.
Cuba kita lihat firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 25 secara penuh:
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: “dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
Ahli Syurga apabila diberikan kepada mereka segala jenis makanan yang pernah diberitakan kepada mereka dalam al-Quran ketika di dunia, mereka segera mengenalinya kerana bentuk buah-buahan dan minuman itu sama bentuknya namun rasanya berbeza. Apabila Allah Taala menyatakan dalam al-Qur’an di akhirat akan ada Syurga (Jannah) maka difahami makna Jannah adalah taman, ada di sana al-Nar (neraka) difahami maknanya api, ada di akhirat nanti al-Mizan (Timbangan Amal) kita faham maksudnya alat untuk menimbang, namun bagaimana hakikatnya perkara-perkara ini, bagaimana bentuk sebenarnya, tidaklah diketahui dan tidak sama dengan apa yang ada di dunia kerana apa yang ada di akhirat jauh lebih hebat dari dunia.
Inilah yang para Ulama nyatakan sebagai Isytirak Kulli (persamaan kulli) yakni pada dasarnya maksudnya sama tetapi hakikatnya berbeza, sifatnya berbeza, yakni pada juziyyat dan perincian benda tersebut tidak sama. Sama seperti contoh yang kita nyatakan dahulu, apabila kita menyatakan burung mempunyai sayap, malaikat juga mempunyai sayap, kedua-dua makhluk ini mempunyai sayap yang membolehkan mereka terbang namun tidak sama sifat dan bentuk sayap burung dan sayap malaikat, namun kedua-dua sayap ini adalah hakikat dan wujud.
Berdasarkan pemahaman yang diberikan Imam al-Mufassirin ini mungkin kita boleh masukkan ayat-ayat sifat sebagai mutasyabihat namun berdasarkan takrif ini juga secara otomatik membatalkan akidah Tafwid 100% kerana mutasyabihat bukanlah sesuatu yang tidak difahami maknanya tetapi adalah yang tersembunyi kaifiatnya, maka benarlah perkataan Ulama Salaf: “al-Istiwa’ itu maklum, kaifiatnya majhul…”, kerana maknanya maklum tetapi hakikat sebenar bagaimana bentuknya Istiwa’ Allah Taala itu hanya Allah Taala jua yang mengetahuinya.
Setelah difahami maksud Muhkam dan Mutasyabih maka jelaslah pada kita maksud Allah Taala bahawa Mutasyabih ini hanya diketahui oleh Allah Taala akan maknanya yang sebenar yakni hakikat perkara tersebut kerana maksud takwil dalam al-Quran adalah: “Berlakunya perkara yang diberitakan atau hakikat perkara yang diberitakan”.
Apabila Allah Taala memberitakan berkenaan hari kiamat, kita fahami kiamat adalah hari dimusnahkan alam dan dibangkitkan semula makhluk setelah mati, namun bilakah berlakunya kiamat? Bagaimana rupa sebenar kiamat itu? Maka inilah takwilnya yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Ini berdasarkan firman Allah Taala:
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ قَدْ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Maksudnya: “tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (Apa yang telah dijanjikan oleh Allah di Dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan Dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: “Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?” Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.” [al-A’raf: 53].
Imam Ibn Kasir r.h menjelaskan maksud datangnya takwil pada hari tersebut (kiamat):
ما وُعِدَ من العذاب والنكال والجنة والنار
Maksudnya: “Apa yang dijanjikan daripada azab, balasan, syurga, dan neraka”. [Ibn Kasir, 3/425].
Al-Rabii berkata: “Tidak putus-putus datangnya takwilnya daripada berlakunya hisab (perhitungan amal) sehingga masuknya Ahli Syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka maka sempurnalah takwilnya” [Ibid]
Dalam hadis dijelaskan juga maksud takwil:
عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : كان النبي صلى الله عليه و سلم يكثر أن يقول في ركوعه وسجوده ( سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي ) . يتأول القرآن
Maksudnya: “Daripada Aisyah r.a bahawa beliau berkata: Adalah Nabi s.a.w banyak membaca ketika rukuk dan sujudnya: سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي (Maha Suci Kamu Ya Allah Tuhan kami dengan kepujianMu, Ya Allah ampunkanlah aku), baginda mentakwil al-Quran”. [al-Bukhari & Muslim].
Maksudnya di sini adalah Nabi s.a.w mengikut perintah Allah Taala dalam surah al-Nasr:
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Maksudnya: “maka Ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” [al-Nasr: 3].
Ibn Jarir r.h meriwayatkan:
عن ابن عباس أما قوله:”وما يعلم تأويله إلا الله”، يعني تأويله يوم القيامة =”إلا الله”.
Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas r.a adapun berkenaan firmanNya (maksud): “dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”, maksud takwilnya adalah hari kiamat (tiada yang mengetahuinya) melainkan Allah jua”. [Tafsir al-Tabari, 6/ 199].
Yakni tiadalah yang mengetahui masa berlakunya kiamat, adapun makna hari kiamat itu jelas pada bahasa, tiada kesamaran padanya. Maka difahami maksud takwil adalah berlakunya perkara ghaib yang diberitakan itu, dan hakikat sesuatu perkara ghaib itu. Hasil daripada penjelasan ini difahami ayat-ayat berkenaan sifat-sifat Allah Taala adalah mutasyabihat yakni maklum maknanya, majhul kaifiatnya.
Atas dasar pemahaman inilah, jumhur salaf meletakkan waqaf pada firman Allah:
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”.
Perlu dijelaskan pula bahawa maksud Takwil itu sendiri terdapat dua makna yang sahih yang digunakan Ulama Salaf iaitu:
Pertama: “Hakikat sesuatu perkara” seperti yang kita jelaskan dalam ayat ini.
Kedua: Takwil dengan maksud tafsir dan tafsir itu menurut bahasa adalah: Menjelaskan, menerangkan sesuatu perkara. Pada Istilah Ulama pula tafsir itu adalah: “Ilmu yang membicarakan berkenaan dengan cara-cara menuturkan lafaz al-Quran, madlul-madlulnya (petunjuk dan kandungan), hukum-hakamnya secara persendirian dan susunan dan makna-maknanya dalam bentuk susunan ayat dan kesempurnaan maknanya”. [Mabahis fi Ulum al-Quran, Manna’ al-Qattan, m.s 335].
Adapun Tafsir dan Takwil di sisi Jahmiah adalah: “Mengubah maknanya daripada makna yang jelas kepada makna yang kurang jelas kerana qarinah”. Ini dapat dilihat dalam Kitab Imam al-Darimi r.h dalam membantah Bisyr al-Murisi al-Jahmi di mana Bisyr akan menggunakan lafaz tafsir untuk menunjukkan kepada takwilnya yang salah dalam ayat-ayat sifat. Makna ini kemudian diambil oleh al-Asyairah dan al-maturidiah namun mereka mengkhususkan Takwil dengan makna ini dan mengekalkan makna Tafsir dengan makna yang ditetapkan para ulama.
Imam Ibn Kasir r.h mempunyai tarjih berbeza mengenai maksud Muhkamat dan Mutasyabihat berkenaan ayat ke-7 surah Ali Imran ini. Beliau menyatakan Muhkamat itu sebagai ayat-ayat yang jelas maknanya, tiada kesamaran kepada sesiapa pun yang mendengarnya atau bahasa yang lebih mudah ayat yang tidak mengandungi makna selain makna yang nas (satu makna sahaja). Adapun mutasyabihat menurut beliau adalah makna yang mengandungi lebih dari satu sehingga tersamar pada pendengarnya dan makna tersebut akan jelas apabila dikembalikan kepada ayat-ayat yang muhkam. [Rujuk: Tafsir Ibn Kasir, 2/ 6 & 7].
Pendapat Ibn Kasir r.h ini merupakan pendapat yang dipilih oleh guru beliau yang sangat beliau cintai dan kagumi sehingga beliau berwasiat supaya jenazahnya disemadikan bersebelahan kubur gurunya itu, iaitulah Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h dan syeikhul Islam menjelaskan pendapat ini juga merupakan pilihan Imam Ahmad bin Hanbal r.h. [al-Iklil minal Mutasyabih wal Takwil, Majmuk Fatawa Ibn Taimiah, 13/ 274-275].
Berdasarkan takrif ini pula, ayat-ayat Sifat bukanlah mutasyabihat kerana ayat-ayat sifat tidak mengandungi makna yang lebih daripada satu sehingga orang arab akan terkeliru dengan maknanya, sebab itu apabila Allah Taala menyatakan bahawa dua tanganNya terbuka, tidak pernah ada orang Arab bertanya: tangan yang terbuka ini apakah nikmatNya atau kekuasaanNya yang terbuka? Demikian tidak pernah ada sahabat yang bertanya Nabi s.a.w berkenaan ayat-ayat sifat kerana mereka memahami maknanya.
Maka ayat-ayat sifat dalam takrif yang kedua ini adalah Muhkamat, adapun mutasyabihat adalah seumpama firman Allah Taala:
وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
Maksudnya: “dan malam, apabila ia hampir habis” [al-Takwir: 17]
Kalimah As’as membawa maksud berlalu dan datang, maka apakah maksud ayat ini menunjukkan awal malam (maghrib) atau akhir malam (sahur)? Namun apabila dilihat kepada ayat yang muhkam iaitu ayat ke-18:
وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
Maksudnya: “dan siang, apabila ia mulai terang”.
Maka jelaslah maksudnya adalah malam apabila ia berakhir kerana dengan berakhir malam barulah datangnya siang. [rujuk Tafsir al-Tabari].
Demikian juga ayat-ayat yang digunakan oleh Kaum Khawarij untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak menegakkan hukum Allah Taala:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.” [al-Maidah: 44].
Mereka lupa bahawa di sana ada juga Allah Taala menyatakan:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: “…dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka merekalah orang-orang yang zalim”. [al-Maidah: 45]
Dan Allah menayatakan juga:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya: “...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka dia adalah orang-orang yang fasiq”. [al-Maidah: 47].
Apabila dikembalikan kepada ayat yang muhkam ini, maka ayat 44 tadi jelas menyatakan berkenaan mereka yang tidak mahu menegakkan hukum Allah dan menafikan kewajipannya pula kerana inilah yang jelas jika kita merujuk kepada asbab nuzulnya sekalipun.
Maka, mutasyabihat dalam jenis ini difahami dan diketahui oleh orang-orang yang rasikh (kukuh) dalam ilmu seperti Ibn Abbas r.a, Ibn Masud r.a, dan anak-anak murid mereka seperti Mujahid, Qatadah, Said bin Jubair, dan lain-lain lagi ulama tafsir. Atas pemahaman yang demikian ini, takwil dalam ayat ini ditafsirkan sebagai tafsir makna ayat bukan hakikat sesuatu perkara ghaib dan waqaf pada tafsiran yang seperti ini berlaku pada ayat:
وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ
Maksudnya: “dan orang-orang yang kukuh dalam ilmu mereka”. [lihat: Tafsir Ibn Kasir, 2/ 11-12]
Oleh itu, pemahaman kaum Bidaah berkenaan ayat ini tidak menepati mana-mana tafsiran Ulama Salaf terhadap ayat ini, sama ada yang dirajihkan oleh Imam al-Tabari r.h mahupun yang dirajihkan Imam Ibn Kasir r.h. Segala perbezaan pendapat salaf dalam menentukan makna mutasyabih dan muhkam dalam ayat ini sebenarnya pada kajian kami tidaklah lari antara dua pendapat yang ditarjihkan oleh dua Imam besar dalam bidang tafsir ini. Wallahua’lam.
Demikianlah difahami daripada perkataan Ibn Abbas r.a yang masyhur dalam bab Tafsir:
التفسيرُ على أربعةِ أوجهٍ: وجهٌ تعرفه العربُ من كلامها، وتفسير لاَ يُعذر أحدٌ بجهالته، وتفسير يعلمه العلماء، وتفسير لاَ يعلمه إلا الله تعالى ذكره.
Maksudnya: “Tafsir itu ada empat wajah (bentuk): Tafsir yang diketahui Arab daripada perkataannya (yang biasa didengar), tafsir yang tidak dimaafkan sesiapa pun daripada kejahilannya berkenaan tafsir tersebut, tafsir yang diketahui ulama, dan tafsir yang tidak diketahui melainkan Allah Taala zikruh”. [Tafsir al-Tabari, 1/75].
Imam Ibn Jarir al-Tabari r.h menyatakan tafsir itu terdapat martabat yang tiga:
Pertama: Takwil yang dapat diketahui melalui perkhabaran Rasulullah s.a.w seperti halal dan haram, wajib dan sunat.
Kedua: Takwil yang tidak diketahui melainkan Allah jua iaitulah waktu berlakunya kiamat, waktu keluarnya dajjal dan hakikat perkara ghaib.
Ketiga: Takwil yang diketahui oleh mereka yang fasih dalam bahasa Arab iaitulah tafsir yang ada kaitan dengan I’rab, sifat-sifat, dan nama-nama yang tiada kesamaran padanya.
Adapun berkenaan takwil atau tafsir yang tidak diberi maaf kepada sesiapapun yang jahil akannya adalah pemberitahuan Ibn Abbas r.a bahawa di sana ada tafsir yang tidak patut tidak diketahui oleh orang awam sekalipun iaitulah yang berkaitan dengan halal haram, wajib, dan sunat serta seumpamanya. [Rujuk: Tafsir al-Tabari, 1/74-76].
Jadi, pendapat yang mengatakan adanya ayat atau lafaz yang hanya diketahui maknanya yang zahir hanya Allah Taala adalah batil kerana Takwil yang disembunyikan Allah itu bukan dari segi makna lafaznya tetapi hakikatnya seperti masa yang sebenar berlakunya kiamat, hakikat sebenar bentuk al-Mizan, al-Sirat, dan lain-lainnya bukan makna al-Mizan (Timbangan), makna al-Sirat (jembatan) dan lainnya.
Syubhat Kedua: Asar Para Salafiyyin
Dalil kedua yang dijadikan hujah oleh para Mufawwidin dalam menegakkan benang basah mereka adalah Asar dan Riwayat daripada Salafiyyin yang kononnya pada sangkaan mereka menjadi dalil untuk mereka sebenarnya jika dilihat dari sekilas pandang mata seorang salafi adalah hujah Allah atas mereka.
Lafaz-lafaz Ulama Salafi yang menjadi syubhat kepada kaum bidaah ini terkumpul pada lafaz-lafaz berikut:
1- إمرار النص (Membiarkan nas)
2- نفي المعنى (Menafikan Makna)
3- نفي التفسير (Menafikan Tafsir)
4- السكوت (Mendiamkan Diri)
5- التفويض (Tafwid)
Berikut kita akan bincangkan secara terpinci setiap lafaz ini dan melihat maksud sebenarnya:
Pertama: إمرار النص
Al-Lalikaie r.h membawa riwayat berikut:
أخبرنا عبد الرحمن بن أحمد القزويني ، قال : ثنا محمد بن أحمد بن منصور القطان ، قال : ثنا عبد الرحمن بن أبي حاتم ، قال : ثنا إسماعيل بن أبي الحارث ، قال : ثنا الهيثم بن خارجة ، قال : سمعت الوليد بن مسلم ، يقول : سألت الأوزاعي وسفيان الثوري ، ومالك بن أنس ، والليث بن سعد عن هذه الأحاديث التي فيها الرؤية ، فقالوا : « أمروها بلا كيف »
Maksudnya: “Memberitahu kepada kami Abdul Rahman al-Qazwini katanya: Menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Mansur al-Qattan katanya: Meriwayatkan kepada kami Abdul Rahman bin Hatim katanya: Meriwayatkan kepada kami Ismail bin Abil Haris katanya: Meriwayatkan kepada kami al-Haisam bin Kharijah katanya: Aku mendengar al-Walid bin Muslim berkata: ‘Aku bertanya al-Auzai, Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas, dan al-Lais bin Saad berkenaan hadis-hadis ini yang menceritakan tentang rukyah (melihat Allah), jawab mereka: “Jalankan ia /Biarkan ia tanpa memberikan kaifiat”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, al-Lalikaie, 2/400].
Dalam lafaz yang lain:
أمروها كما جاءت بلا كيف
Maksudnya: “Biarkan ia sebagaimana ia datang tanpa diberi kaifiat”. [Ibid, 2/469].
Dalam riwayat al-Daruqutni r.h:
أمضها بلا كيف
Maksudnya: “Jalankannya tanpa kaifiat”. [al-Sifat, al-Daruqutni, 1/61].
Dalam riwayat Abu Bakar al-Khallal:
نمرها كما جاءت
Maksudnya: “Kita biarkan sebagaimana ia datang”. [al-Sunnah, Abu Bakar al-Khallal, 1/337].
Kesemua lafaz riwayat ini tidak menyatakan ‘Iqrar’ hanya menyatakan ‘Imrar’. Maka pada sangkaan mereka inilah para Salafiyyin mentafwidkan makna, hanya beriman dengan lafaz tanpa makna.
Imam al-Daruqutni r.h meriwayatkan:
حدثنا محمد بن مخلد ، ثنا أبو العباس إسحاق بن يعقوب قال : سمعت أحمد بن الدورقي ، يقول : حدثني أحمد بن نصر ، رحمه الله قال : سمعت سفيان بن عيينة وأنا في منزله بعد العتمة ، فجعلت ألح عليه في المسألة فقال : « دعني أتنفس » فقلت له يا أبا محمد إني أريد أن أسألك عن شيء فقال : « لا تسأل » فقلت : لابد من أن أسألك ، إذا لم أسألك فمن أسأل ؟ فقال : « هات سل » فقلت : كيف حديث عبيدة ، عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم : « إن الله عز وجل يحمل السموات على إصبع ، والأرضين على إصبع » ، وحديث « إن قلوب بني آدم بين إصبعين من أصابع الرحمن » ، وحديث « إن الله عز وجل يعجب ويضحك ممن يذكره في الآفاق » ، فقال سفيان : هي كما جاءت نقر بها ونحدث بها بلا كيف «
Maksudnya: “Meriwayatkan kepada kami Muhammad bin Mukhallad, meriwayatkan kepada Abul Abbas Ishaq bin Yaakub, katanya: Aku mendengar Ahmad bin al-Daruqi katanya meriwayatkan kepada kami Ahmad bin Nasr r.h katanya: Aku mendengar Sufyan bin Uyainah sedangkan aku berada di rumahnya selepas waktu isya’ maka aku memujuknya untuk bertanya soalan lalu dia berkata: Biarkan aku sekejap mengambil nafas. Lalu aku berkata: Wahai Abu Muhammad sesungguhnya aku hendak bertanya tentang sesuatu. Maka katanya: tidak perlulah. Maka aku berkata: Aku mesti bertanya jika aku tidak bertanya kepada kamu kepada siapalah lagi aku hendak bertanya? Jawab beliau: Tanyalah jika begitu. Aku berkata: Bagaimana (hendak kita fahami) hadis Ubaidah daripada Abdullah daripada Nabi s.a.w: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla meletak langit atas satu jariNya dan bumi atas satu jariNya, hadis: Sesungguhnya hati-hati manusia berada antara dua jari daripada jari-jari al-Rahman, dan hadis: Sesungguhnya Allah ketawa dan takjub dengan orang yang mengingatinya di khalayak ramai?. Maka jawab Sufyan: Semuanya sebagaimana ia datang, kita beriqrar dengannya dan kita meriwayatkannya tanpa memberi kaifiat”. [al-Sifat, 1/57].
Kesemua lafaz ini sebenarnya sama sekali tidak menunjukkan tafwid makna bahkan menunjukkan mereka semua menetapkan makna zahir yang layak bagi Allah Taala. Jawapan-jawapan ini diberikan ketika mana munculnya mazhab Muktazilah dan Jahmiah yang mengubah makna zahir kepada makna yang sesuai pada akal mereka. Jadi para Ulama Salaf mengingkarinya lalu mereka menyatakan yang wajib adalah kita kekalkan makna zahirnya maka mereka menyebut di belakangnya: “tanpa memberi kaifiat”, supaya mereka yang menetapkan sifat dengan makna zahir tidak terjebak ke dalam kekufuran musyabbihah dan mumassilah.
Perlu diingat bahawa setiap lafaz al-Quran datang dengan makna dan ini diakui oleh kaum Bidaah Mufawwidah dan Mutaawilah sendiri kerana itu mereka berkata:
وَكُلُّ نَصٍّ أَوْهَمَ التَّشْبِيْهَا * أَوِّلْهُ أَوْ فَوِّضْ وَرُمْ تَنْزِيْهَا
Maksudnya: “Dan tiap-tiap nas yang memberi sangka akan keserupaan, maka takwilkanlah dia atau serahkan (kepada Allah) dan maksudkanlah untuk mensucikan”.
Dan perlu diingat, maksud tafwid sendiri di sisi mereka: “mengalihkan makna zahir kepada makna yang marjuh yang hanya diketahui oleh Allah”. Jika kita mentafwid, ini bertentangan dengan kaedah Imrar yang dinyatakan para Ulama Salafi ini.
Demikian juga, jika mereka tidak menetapkan makna tidak perlulah mereka menafikan kaifiat lagi kerana maknanya sudah tidak difahami. Pantas jawapan yang diberikan bukanlah begini tetapi seperti yang disebut oleh kaum Mufawwidah: “Hanya Allah jua yang mengetahui maknanya”.
Demikian juga telah sabit daripada para Ulama Salaf yang sama yang mengatakan: “Kami menjalankannya sebagaimana ia datang”, mereka juga yang mentafsirkan makna Istiwa dengan ‘ala wa irtafa’a (meninggi) di atas Arasy. Misalnya Imam Ahmad bin Hanbal r.h sendiri berkata:
فقال يوسف بن موسى القطان شيخ أبي بكر الخلال قيل لأبي عبد الله الله فوق السماء السابعة على عرشه بائن من خلقه وقدرته وعلمه بكل مكان قال نعم هو على عرشه ولا يخلو شيء من علمه
Maksudnya: “Maka berkata Yusuf bin Musa al-Qattan Guru Abu Bakar al-Khallal: ditanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): “Allah itu berada di atas (fauqa) langit yang ketujuh di atas arasyNya terpisah daripada makhlukNya sedangkan kudrat dan ilmuNya meliputi semua tempat?” Jawab beliau: Ya, Dia berada di atas ArasyNya dan IlmuNya tidak lekang daripada suatu pun”. [al-Uluww, no.474, m.s 176].
Adakah orang yang menafikan makna sifat akan bercakap begini? Tidak sama sekali bahkan Mufawwidah hanya akan berkata: “Istiwa’ yang tidak kita ketahui”. [Permata Ilmu Tauhid, m.s 205].
Lebih jelas bahawa maksud ‘Imrar’ dalam perkataan Salaf bukanlah menafikan makna bahkan menetapkan makna, riwayat al-Walid bin Muslim di atas semuanya berkenaan dengan melihat Allah Taala di akhirat, apakah melihat Allah Taala tidak difahami maknanya? Subhanallah, ini telah ijmak bahawa maksud melihat Allah Taala adalah melihat Allah Taala, tidak majhul padanya makna.
Cuba pula lihat perkataan Imam Ahlis Sunnah wal Jamaah, Ahmad bin Hanbal r.h:
« سألت أبي رحمه الله عن قوم ، يقولون : لما كلم الله عز وجل موسى لم يتكلم بصوت فقال أبي : » بلى إن ربك عز وجل تكلم بصوت هذه الأحاديث نرويها كما جاءت «
Maksudnya: “Aku (Abdullah bin Ahmad r.h) bertanya bapaku r.h (Ahmad bin Hanbal r.h) tentang satu kaum yang berkata: Ketika Allah Azza wa Jalla berkata-kata dengan Musa, Dia bercakap tanpa suara. Maka kata bapaku: Bahkan sesungguhnya Tuhanmu Azza wa Jalla berkata-kata dengan suara, semua hadis-hadis ini kami riwayatkan sebagaimana ia datang”. [al-Sunnah, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, m.s 494].
Nah, jelas sekali lafaz Imam Ahmad r.h yang terdahulu: نمرها كما جاءت sama sekali tidak menafikan makna sifat kerana nada dan makna yang sama beliau gunakan untuk menetapkan sifat Kalam yang maklum maknanya pada Allah Taala. Dengan demikian jelas bagaikan mentari yang tiada silau padanya bahawa lafaz Imrar sama sekali tidak menunjukkan kepada Tajhil atau Tafwid makna.
Kedua: نفي المعنى
Terdapat perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h yang menjadi slogan kaum Mufawwidah mengatakan ini bukti yang akidah salaf adalah Tafwid makna bukan sekadar tafwid kaifiat.
Al-Khallal r.h meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hanbal r.h katanya:
سألت أبا عبد الله عن الأحاديث التي تروى إن الله تبارك وتعالى ينزل كل ليلة إلى السمآء الدنيا و أن الله يرى وإن الله يضع قدمه وما أشبهه فقال أبو عبد الله نؤمن بها ونصدق بها ولا كيف ولا معنى ولا نرد منها شيئا ونعلم أن ما جاء به الرسول حق إذا كانت بأسانيد صحاح ولا نرد على رسول الله قوله ولا يوصف الله تعالى بأكثر مما وصف به نفسه أو وصفه به رسوله بلا حد ولا غاية ليس كمثله شيء وهو السميع البصير الشورى 11 ولا يبلغ الواصفون صفته وصفاته منه ولا نتعدى القرآن والحديث فنقول كما قال ونصفه كما وصف نفسه ولا نتعدى ذلك نؤمن بالقرآن كله محكمه ومتشابهه ولا نزيل عنه صفة من صفاته لشناعة شنعث
Maksudnya: “Aku bertanya kepada Abu Abdillah berkenaan hadis-hadis yang diriwayatkan: Sesungguhnya Allah turun setiap malam ke langit dunia, Allah dilihat, dan Allah meletakkan tapak kakinya dan seumpamanya? Maka jawab Abu Abdillah (Imam Ahmad): Kami beriman dengannya dan membenarkannya tanpa membicarakan kaifiat dan makna dan kami tidak menolak suatu pun daripadanya dan kita tahu bahawa apa yang datang daripada Rasul adalah benar jika sanadnya sahih dan kita tidak akan membantah Rasulullah dalam perkataan baginda dan tidaklah disifatkan Allah melebihi daripada apa yang Dia sendiri sifatkan pada diriNya atau yang RasulNya sifatkan tanpa diberikan batasan (kaifiat) dan penghujung , “Tiada suatu pun menyamaiNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [Maksud Surah al-Syura: 11], dan tidaklah dapat dicapai oleh mereka yang memahami sifat akan sifat-sifatNya dan sifat-sifatNya itu daripadaNya dan kita tidak akan melampaui al-Quran dan al-Hadis maka kami katakan seperti Dia katakan dan kami sifatkan dia seperti mana Dia sifatkan diriNya dan kita beriman dengan al-Quran seluruhnya Muhkam dan MutasyabihNya dan tidaklah kita hilangkan satu sifat daripada sifat-sifatNya kerana kekeliruan yang ditimbulkan”. [Zammut Takwil, Ibn Qudamah, m.s 22].
Zahid al-Kausari- Semoga Allah membalas kejahatannya- menjadikan perkataan Imam Ahmad r.h yang jelas menetapkan makna bagi Sifat Allah ini sebagai dalil Tafwid Makna! Bukankah soalan Hanbal kepada Imam Ahmad ini meliputi masalah melihat Allah di akhirat (lihat bergaris) dan maknanya maklum dengan ittifaq Ahli Sunnah wal Jamaah, al-Asyairah, dan Al-Maturidiah. Maka jika perkataan Imam Ahmad bin Hanbal ini dibawa kepada makna mentafwidkan makna, ini akan meletakkan hadis bahawa Allah dilihat adalah tidak difahami dan tidak diketahui maknanya.
Demikian juga, Imam Ahmad bin Hanbal menetapkan kita beriman dan membenarkannya maka Iman dan Tasdiq tidak akan berlaku pada benda yang majhul maknanya, tidak difahami. Mengimani suatu perkara tanpa memahaminya adalah perkara sia-sia dan maha suci Allah daripada memerintahkan sesuatu yang sia-sia.
Demikian pada penghujungnya perkataan beliau: dan tidaklah kita hilangkan satu sifat daripada sifat-sifatNya kerana kekeliruan yang ditimbulkan”.
Ini jelas menunjukkan kita tidak akan menghilangkan sifat daripada Allah Taala, mentakwil sifat sama ada secara ijmali atau tafsili akan menghilangkan sifatNya Taala. [Mazhab Ahli al-Tafwid, m.s 75].
Menafikan makna dalam perkataan Ahmad bin Hanbal r.h ini bukanlah bermakna menafikan makna zahirnya kerana jelas Imam Ahmad bin Hanbal sendiri menetapkan makna Kalam bagi Allah, makna Istiwa’, makna melihat Allah dan sebagaimana yang telah kami jelaskan banyak kali sebelum.
Dalam Aqidah Ahmad bin Hanbal dinyatakan:
ومذهب أبي عبد الله أحمد بن حنبل رضي الله عنه أن لله عز و جل وجها لا كالصور المصورة والأعيان المخططة بل وجهة وصفه بقوله كل شيء هالك إلا وجهه ومن غير معناه فقد ألحد عنه وذلك عنده وجه في الحقيقة دون المجاز
Maksudnya: “dan mazhab Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal r.a bahawa sesungguhnya bagi Allah Azza wa Jalla itu wajah yang tidak sama dengan bentuk-bentuk (makhluk) dan benda-benda yang dilukis bahkan wajahNya adalah sifatNya dengan firmanNya (maksud): “semua benda akan musnah kecuali wajahNya”, dan sesiapa yang mengubah maknanya maka dia telah melakukan ilhad dan di sisi beliau wajah di sini adalah hakikat bukan majaz”. [Aqidah Ahmad bin Hanbal Riwayat al-Khallal, m.s 103].
Apakah akidah sebegini adalah akidah Tafwid sehingga boleh kita mengatakan Ahmad bin Hanbal beraqidah Tafwid makna? Sama sekali tidak demi Allah, bahkan beliau dengan jelas menetapkan sifat bagi Allah sesuai dengan makna zahirnya dan menafikan persamaan kaifiat sifat Allah dengan kaifiat sifat makhluk.
Penafian makna dalam ucapan Ulama Salaf adalah menafikan makna yang batil yang direka-reka oleh kaum Jahmiah dengan takwilan mereka yang batil, kerana kaum Jahmiah apabila mereka mentakwil mereka akan menyebut maknanya begini, tafsirnya begini, maka inilah yang sebenarnya dinafikan oleh Imam Ahmad r.h dan lainnya daripada Salaf. [Mazhab Ahli al-Tafwid, 76].
Demikian juga terdapat kaum salaf yang menafikan makna yang dikehendaki dengan kaifiatnya sekali seperti perkataan sebahagian mereka sebagaimana yang diriwayatkan Imam al-Khattabi r.h daripada Abu Ubaid r.h:
نحن نروي هذه الأحاديث ولا نريغ لها المعاني
Maksudnya: “Kami meriwayatkan hadis-hadis ini dan kami tidak mencari-cari maknanya”. [Ibid]
Maksud Abu Ubaid r.h di sini adalah makna-makna yang batil yang direka-reka oleh kaum bidaah bukanlah menafikan makna zahirnya kerana Imam al-Khattabi r.h berkata:
فأما ما سألت عنه من الكلام في الصفات وما جاء منها في الكتاب والسنن الصحيحة فإن مذهب السلف إثباتها وإجراؤها على ظاهرها ونفي الكيفية والتشبيه عنها وكذا نقل الإتفاق عن السلف في هذا الحافظ أبو بكر الخطيب ثم الحافظ أبو القاسم التيمي الأصبهاني وغيرهم
Maksudnya: “Adapun apa yang kamu tanya berkenaan perbicaraan berkenaan sifat-sifat Allah dan apa yang datang dalam al-Kitab dan hadis-hadis sahih maka sesungguhnya mazhab Salaf menetapkannya dan menjalankannya atas makna zahirnya beserta menafikan kaifiat dan tasybih demikianlah kesepakatan (ijmak) daripada salaf yang diriwayatkan al-Hafiz Abu Bakar al-Khatib kemudian Al-Hafiz Abul Qasim al-Taimi al-Asbahani dan selain mereka”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 236].
Al-Abbas al-Duri r.h berkata:
سمعت أبا عبيد وذكر الباب الذي يروى فيه حديث الرؤية والكرسي و موضع القدمين وضحك ربنا وحديث أين كان ربنا فقال هذه أحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم عن بعض وهي عندنا حق لا نشك فيها ولكن إذا قيل لنا كيف وضع قدمه وكيف يضحك قلنا لا نفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره
Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid menyebut bab yang diriwayatkan padanya hadis melihat Allah, al-Kursi adalah tempat meletak dua tapak kaki Allah, ketawa Tuhan kita, dan hadis Di mana Tuhan kita berada, maka beliau berkata: Hadis-hadis ini sahih dan dibawa oleh para Ashabul Hadis dan Fuqaha’ antara sesama mereka dan pada kami tiada keraguan padanya tetapi apabila ditanya bagaimana Dia meletakkan dua tapak kakiNya? Bagaimana Dia ketawa? Kami tidak akan menafsirkannya dan kami tidak pernah mendengar sesiapa pun menafsirkannya”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 173].
Jelas di sini bahawa Abu Ubadi r.h menetapkan makna sifat sesuai dengan zahirnya, maka perkataan beliau yang jelas ini menafsirkan perkataan beliau yang mujmal yang lalu bahawa makna yang dinafikan adalah makna yang batil.
Demikian juga ‘Makna’ yang dinafikan adalah kaifiat kerana terdapat kaum bidaah yang sengaja menggunakan kalimah makna sedangkan maksud soalannya adalah ‘kaifiat’ sifat, maka kaum salaf menafikannya sebagaimana dalam riwayat berikut:
روى يزيد بن هارون في مجلسه حديث إسماعيل بن أبي خالد عن قيس بن أبي حازم عن جرير بن عبد الله رضي الله عنه في الرؤية وقول الرسول صلى الله عليه وسلم: إنكم تنظرون إلى ربكم كما تنظرون إلى القمر ليلة البدر فقال رجل في مجلسه: يا أبا خالد، ما معنى هذا الحديث؟ فضب وحرد وقال: ما أشبهك بصبيغ وأحوجك إلى مثل ما فصل به، ويلك من يدري كيف هذا؟ ومن يجوز له أن يجاوز هذا القول الذي جاء به الحديث أو يتكلم فيه شيء من تلقاء نفسه إلا من سفه نفسه واستخف في دينه إذا سمعتم الحديث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فاتبعوه ولا تبتدعوا فيه فإنكم إن اتبعتموه ولم تماروا فيه سلمتم وإن لم تفعلوا هلكتم
Maksudnya: “Yazid bin Harun meriwayatkan dalam majlis ilmu beliau hadis Ismail bin Abu Khalid daripada Qais bin Abu Hazim daripada Jarir bin Abdullah r.a berkenaan melihat Allah dan sabda Rasul s.a.w: Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan kamu seperti mana kamu melihat bulan di malam mengambang. Maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Khalid (gelaran Yazid), apakah makna hadis ini? Maka Yazid menjadi marah dan berkata: Engkau ini seperti Sabigh dan perlu dihukum sepertinya celakah kamu, siapa yang dapat tahu bagaimana kah ini? Dan siapa pula yang mampu melebihi riwayat ini yang datang pada hadis atau memperkatakan sesuai dengan pandangan sendiri kecuali mereka yang memperbodohkan diri atau meremehkan agamanya, apabila kamu mendengar hadis daripada Rasulullah s.a.w maka ikutilah dia dan janganlah kamu berbuat bidaah padanya kerana sesungguhnya apabila kamu mengikutnya dan tidak menyeleweng kamu akan selamat, jika tidak kamu akan musnah”. [al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, 1/193].
Berkata Ibn Qudamah r.h:
ومذهب السلف رحمة الله عليهم الإيمان بصفات الله تعالى وأسمائه التي وصف بها نفسه في آياته وتنزيله أو على لسان رسوله من غير زيادة عليها ولا نقص منها ولا تجاوز لها ولا تفسير ولا تأويل لها بما يخالف ظاهرها ولا تشبيه بصفات المخلوقين ولا سمات المحدثين بل أمروها كما جاءت وردوا علمها إلى قائلها ومعناها إلى المتكلم بها
Maksudnya: “dan mazhab al-Salaf rahmatullahi alaihim beriman dengan sifat-sifat Allah Taala dan nama-namanya yang Dia sifatkan dengannya diriNya dalam ayat-ayatNya atau atas lidah RasulNya tanpa menambah atau menguranginya dan tidak akan melebihinya dan tiada tafsir dan takwil baginya yang menyalahi zahirnya dan tiada tasybih dengan sifat-sifat makhluk bahkan jalankannya sebagaimana yang ia datang dan kembalikan ilmu dan maknanya kepada penuturnya”. [Zammut Takwil, m.s 11].
Ada antara Mufawwidah yang menyangka ini adalah dalil mazhab salaf adalah mufawwidah, Maha Suci Allah, lihat betul-betul kenyataan Ibn Qudamah ini, bukankah dia berkata: dan tiada tafsir dan takwil baginya yang menyalahi zahirnya, adapun jika tafwid, maka menurut mereka setiap lafaz nas sifat mempunyai tafsiran yang menyalahi zahirnya namun apakah makna yang menyalahi zahirnya itu hanya Allah yang mengetahuinya.
Adapun maksud mengembalikan makna kepada Pengucapnya Ta'ala, adalah makna yang sebenar yakni kaifiat sifat dan hakikat sebenar bentuk sifat itu, sama la seperti perkataan ulama salaf yang lain: Tanpa Kaif.
Ketiga: نفي التفسير
Telah datang dalam ucapan para salaf berkenaan menafikan tafsir dalam nas-nas sifat, namun perlu kita fahami di sini, ketika munculnya ajaran Jahmiah, mereka menamakan takwilan jahat mereka terhadap nas-nas sifat sebagai tafsir sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Darimi r.h dalam Radd beliau ke atas al-Murisi [Rujuk Naqdu al-Darimi ‘ala al-Murisi al-Jahmi, juz 1].
Demikian juga perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h:
قال الأثرم قلت لأبي عبد الله حدث محدث وأنا عنده بحديث يضع الرحمن فيها قدمه وعنده غلام فأقبل على الغلام فقال إن لهذا تفسيرا فقال أبو عبد الله أنظر إليه كما تقول الجهمية سواء
Maksudnya: “Berkata al-Asram: Aku berkata kepada Abu Abdullah (Imam Ahmad): Seorang periwayat hadis telah meriwayatkan dan aku berada di sisinya tentang hadis: Al-Rahman meletakkan padanya (Jahannam) tapak kakiNya, di situ juga ada seorang budak lalu berkata si budak itu: hadis ini ada tafsirnya. Maka berkata Abu Abdullah: Lihatlah perkataan budak ini sama seperti perkataan Jahmiah”. [al-Uluww, 177, Ibtal al-Takwilat, Abu Ya’la, m.s 75].
Demikian juga mereka maksudkan tafsir sebagai mentafsir kaifiat sebagaimana dalam perkataan Abu Ubaid yang telah sebutnya:
سمعت أبا عبيد وذكر الباب الذي يروى فيه حديث الرؤية والكرسي و موضع القدمين وضحك ربنا وحديث أين كان ربنا فقال هذه أحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم عن بعض وهي عندنا حق لا نشك فيها ولكن إذا قيل لنا كيف وضع قدمه وكيف يضحك قلنا لا نفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره
Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid menyebut bab yang diriwayatkan padanya hadis melihat Allah, al-Kursi adalah tempat meletak dua tapak kaki Allah, ketawa Tuhan kita, dan hadis Di mana Tuhan kita berada, maka beliau berkata: Hadis-hadis ini sahih dan dibawa oleh para Ashabul Hadis dan Fuqaha’ antara sesama mereka dan pada kami tiada keraguan padanya tetapi apabila ditanya bagaimana Dia meletakkan dua tapak kakiNya? Bagaimana Dia ketawa? Kami tidak akan menafsirkannya dan kami tidak pernah mendengar sesiapa pun menafsirkannya”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 173].
Telah tetap juga daripada salaf mereka tidak ingkar akan tafsir yang sesuai dengan makna zahir seperti kata Sufian bin Uyainah r.h:
كل شيء وصف الله به نفسه في القرآن فقراءته تفسيره لا كيف ولا مثل
Maksudnya: “Semua yang Allah sifatkan pada diriNya dalam al-Quran maka bacaannya adalah tafsirannya tanpa kaif dan misal”. [al-Sifat, al-Daruqutni, m.s 55].
Maka segala penafian tafsir yang datang dalam perkataan salaf adalah menafikan tafsiran yang batil seperti perkataan Muhammad bin al-Hasan, Sahib Abu Hanifah r.h:
اتفق الفقهاء كلهم من الشرق إلى الغرب على الإيمان بالقرآن والأحاديث التي جاء بها الثقات عن رسول الله في صفة الرب عز و جل من غير تفسير ولا وصف ولا تشبيه فمن فسر شيئا من ذلك فقد خرج مما كان عليه النبي وفارق الجماعة فإنهم لم يصفوا ولم يفسروا ولكن آمنوا بما في الكتاب والسنة ثم سكتوا فمن قال بقول جهم فقد فارق الجماعة لأنه وصفه بصفة لا شيء
Maksudnya: “Telah sepakat Fuqaha seluruhnya sama ada di timur mahupun barat untuk beriman dengan al-Quran dan al-Hadis yang datang daripada siqah daripada Rasulullah berkenaan sifat Tuhan Azza wa Jalla tanpa tafsir, tanpa menyifatkan, dan tanpa tasybih, maka sesiapa yang mentafsirkan sesuatu daripadanya maka telah terkeluar daripada jalan Nabi dan menyelisihi al-Jamaah kerana mereka tidak menyifatkan (memberi kaifiat) dan mentafsirkan tetapi beriman dengan apa yang ada dalam al-Kitab dan al-Sunnah kemudian mendiamkan diri maka sesiapa yang berkata seperti Jaham (bin Sofwan yakni pengasas Jahmiah -edt) dia telah keluar dari Jamaah kerana dia menyifatkan Tuhan dengan bukan sesuatu (‘Adam/ Tidak wujud)”. [Zammut Takwil, m.s 14].
Jelas sebenarnya perkataan beliau ini menafikan tafsiran Jaham yakni Jahmiah dan sifat yang Jahmiah sandarkan kepada Allah Taala yang membawa kepada Tuhan itu tidak wujud. Maka tafsiran yang dinafikan adalah tafsiran yang menyalahi zahirnya dan tafwid makna termasuk tafsiran yang menyalahi zahir kerana menurut kaedah tafwid hendaklah dialihkan makna zahir kepada makna marjuh yang tidak diketahui melainkan Allah Taala.
Demikian lagi menafikan tafsir juga telah warid dalam perkataan salaf dalam masalah keimanan lain yang disepakati maklum maknanya seperti perkataan Ali al-Madini r.h:
وهذه الأحاديث التي جاءت : » ثلاث من كن فيه فهو منافق « جاءت على التغليظ ، نرويها كما جاءت ، ولا نفسرها ، مثل : » لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض « ، ومثل : » إذا التقى المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار « ، ومثل : » سباب المسلم فسوق ، وقتاله كفر « ، ومثل : » من قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما « ، ومثل : » كفر بالله تبرء من نسب وإن دق « ، ونحو هذه الأحاديث مما ذكرناه ومما لم نذكره في هذه الأحاديث مما صح وحفظ ، فإنه يسلم له وإن لم يعلم تفسيره فلا يتكلم فيه ولا يجادل فيه ولا يتكلم فيه ما لم يبلغ لنا منه ولا نفسر الأحاديث إلا على ما جاءت ، ولا نردها .
Maksudnya: “dan hadis-hadis yang datang: “tiga perkara yang sesiapa ada padanya maka dia munafiq”, telah datang hadis ini sebagai peringatan keras, kami meriwayatkannya seperti mana ia datang dan tidak mentafsirkannya seperti: “Janganlah kamu kembali selepas kewafatanku menjadi kafir, saling berbunuhan”, dan misal: “Apabila bertemu dua muslim dengan pedang mereka maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk ke neraka”, dan seperi: “Mencela muslim adalah fasiq, dan membunuhnya adalah kufur”, dan seperti: “Sesiapa berkata kepada saudaranya wahai kafir maka salah seorang mereka akan ditimpa dengan hukuman itu”, dan seperti: “Telah kufur pada Allah sesiapa yang menafikan nasab walaupun yang jauh”, dan seumpama hadis-hadis yang kami sebutkan dan apa yang kami tidak sebutkan tetapi telah sahih dan dihafaz, maka diserahkan kepadanya walaupun tidak diketahui tafsirnya dan janganlah seseorang berbicara padanya dan berdebat dengannya dan janganlah bercakap dengan sesuatu yang tidak kami ketahui akannya (daripada tafsiran) dan kami tidak mentafsirkan hadis-hadis ini kecuali sebagaimana ia datang dan kami tidak menolaknya”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 1/313].
Jelas maksud tafsir yang dinafikan adalah tafsiran yang menyeleweng seperti tafsiran Khawarij, Waiidiah, dan Muktazilah yang mengkafirkan kaum muslimin kerana semata-mata dosa besar, dan pada akhir perkataan beliau, beliau menetapkan tafsiran yang sahih. Maka demikianlah difahami perkataan salaf berkenaan penafian tafsir dalam masalah sifat bukanlah menafikan makna zahir tetapi menafikan takwilan yang fasid sama ada secara Tafwid atau Takwil.
Selain itu, telah banyak dalil yang kami sebutkan Ulama salaf mentafsirkan makna Istiwa’ dengan ‘Ala, Istaqarra, dan Irtafa’a, demikian tafsiran al-Yadan (Dua tangan) kata Ibn Abbas r.a: “Dua tangan adalah dua tangan”, demikian juga al-Lalikaie menyatakan Ibn Abbas r.a ketika mentafsirkan makna:
بِأَعْيُنِنَا
Maksudnya: “dengan mata-mata Kami”.
Beliau mengisyaratkan kepada matanya menunjukkan maksud mata adalah mata yang difahami bahasa. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 2/172].
Keempat: السكوت
Asar-asar salaf juga menyatakan kewajipan berdiam diri terhadap nas-nas sifat, namun apakah makna berdiam diri ini? Adakah berdiam diri maknanya mendiamkan dari memahami maknanya sehingga berlawanan dengan firman Allah Taala:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” [Sad: 29].
Ayat ini menyuruh kita mentadabbur dan memahami makna-makna al-Quran sebagaimana yang kami sebutkan sebelum ini.
Cuba kita perhatikan ucapan-ucapan Ulama Salafi dalam masalah ini dan memahaminya sesuai dengan kaedah-kaedah mereka sendiri:
Ucapan Abu Ubaid r.h daripada Abbas al-Duri:
سمعت أبا عبيد القاسم بن سلام ، وذكر عنده هذه الأحاديث : « ضحك ربنا عز وجل من قنوط عباده ، وقرب غيره ، والكرسي موضع القدمين ، وأن جهنم لتمتلئ فيضع ربك قدمه فيها ، وأشباه هذه الأحاديث ؟ فقال أبو عبيد : » هذه الأحاديث عندنا حق يرويها الثقات بعضهم عن بعض إلا أنا إذا سئلنا عن تفسيرها قلنا : ما أدركنا أحدا يفسر منها شيئا ونحن لا نفسر منها شيئا نصدق بها ونسكت
Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid al-Qasim bin Salam disebut padanya hadis-hadis ini: “Tuhan kita Azza wa Jalla ketawa dengan sikap putus asa hamba-hambaNya sedangkan perubahan nasib malangnya amat hampir”, “dan kursi itu tempat Dua Tapak KakiNya”, “dan sesungguhnya Jahannam itu akan penuh dan Tuhan kamu akan meletakkan kakiNya padanya”, dan seumpama hadis-hadis ini? Maka jawab Abu Ubaid: “Hadis-hadis ini di sisi kami benar diriwayatkan oleh kaum siqah antara mereka kecuali apabila ditanya kepada kami berkenaan tafsirnya maka kami katakan: Tiada seorang pun yang kami ketahui mentafsirkannya dan kami tidak akan mentafsirkannya kami membenarkannya dan kami mendiamkan diri”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 2/467].
Kaum Mufawwidah yang menjadikan perkataan Abu Ubaid ini sebagai syubhat mereka amat malang di dunia dan akhirat kerana telah kami sebutkan perkataan Abu Ubaid ini sebagaimana yang diriwayatkan al-Zahabi r.h dengan sanad beliau sebagai berikut:
Al-Abbas al-Duri r.h berkata:
سمعت أبا عبيد وذكر الباب الذي يروى فيه حديث الرؤية والكرسي و موضع القدمين وضحك ربنا وحديث أين كان ربنا فقال هذه أحاديث صحاح حملها أصحاب الحديث والفقهاء بعضهم عن بعض وهي عندنا حق لا نشك فيها ولكن إذا قيل لنا كيف وضع قدمه وكيف يضحك قلنا لا نفسر هذا ولا سمعنا أحدا يفسره
Maksudnya: “Aku mendengar Abu Ubaid menyebut bab yang diriwayatkan padanya hadis melihat Allah, al-Kursi adalah tempat meletak dua tapak kaki Allah, ketawa Tuhan kita, dan hadis Di mana Tuhan kita berada, maka beliau berkata: Hadis-hadis ini sahih dan dibawa oleh para Ashabul Hadis dan Fuqaha’ antara sesama mereka dan pada kami tiada keraguan padanya tetapi apabila ditanya bagaimana Dia meletakkan dua tapak kakiNya? Bagaimana Dia ketawa? Kami tidak akan menafsirkannya dan kami tidak pernah mendengar sesiapa pun menafsirkannya”. [al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar, m.s 173].
Jelas di sini adalah yang perlu kita diamkan adalah perbicaraan berkenaan kaifiat sifat bukan makna sifat. Oleh sebab ini al-Lalikaie r.h selepas mendatangkan riwayat Abu Ubaid ini beliau mendatangkan perkataan Imam Rabiah r.h:
وسئل ربيعة بن أبي عبد الرحمن عن قوله الرحمن على العرش استوى فقال : الاستواء معقول ، والكيف مجهول
Maksudnya: “dan ditanya Rabiah bin Abu Abdul Rahman berkenaan firman Allah (maksudnya): “Al-Rahman yang bersemayam (meninggi) di atas Arasy”, maka jawab beliau: Istiwa’ itu ma’qul (difahami), dan kaifiatnya majhul (tidak diketahui)”.
Kalimah معقول tidak akan digunakan kecuali pada perkara yang difahami maknanya sahaja, dan ucapan ini adalah ucapan yang sama diungkapkan Imam Malik bin Anas r.h sebagaimana telah lalu sebutnya.
Asyhab r.h meriwayatkan:
سمعت مالك بن أنس يقول: إياكم والبدع. فقيل: يا أبا عبد الله، وما البدع؟ قال: أهل البدع الذين يتكلمون في أسماء الله وصفاته وكلامه وعلمه وقدرته ولا يسكتون عما سكت عنه الصحابة والتابعون لهم بإحسان.
Maksudnya: “Aku mendengar Malik bin Anas berkata: Hati-hatilah kamu daripada bidaah. Maka ditanya: Wahai Abu Abdullah, apakah bidaah (yang kamu maksudkan)? Jawab beliau: Ahli Bidaah iaitulah yang bercakap berkenaan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya dan kalamNya dan ilmuNya dan QudratNya dan tidak pula mendiamkan diri daripada apa yang para Sahabat dan Tabiin (yang mengikut Sahabat) dengan baik diamkan”. [al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, 1/140].
Sungguh geli hati dengan kaum Mufawwidah yang menjadikan perkataan Imam Malik ini sebagai dalil Tafwid kerana jelas yang diperintahkan supaya kita diamkan diri di sini adalah perkara yang tidak pernah dibicarakan para Ulama Salaf seperti kaifiat sifat dan hakikat perkara-perkara ghaib dan jangan membuat pendapat-pendapat baharu yang menyalahi mazhab Salaf.
Imam al-Barbahari r.h menyatakan berkenaan masalah al-Qadar:
ونهى الرب جل اسمه الأنبياء عن الكلام في القدر ونهى النبي صلى الله عليه و سلم عن الخصومة في القدر وكرهه أصحاب رسول الله صلى الله عليه و سلم والتابعون وكرهه العلماء وأهل الورع ونهوا عن الجدال في القدر فعليك بالتسليم والإقرار والإيمان واعتقاد ما قال رسول الله صلى الله عليه و سلم في جملة الأشياء واسكت عما سوى ذلك
Maksudnya: “dan Tuhan Jalla Ismuh telah melarang para Nabi daripada berbahas mengenai al-Qadar dan Nabi s.a.w juga telah melarang berdebat berkenaan Qadar dan membencinya juga para Sahabat Rasulullah s.a.w dan Tabiin, demikian juga para Ulama dan Ahli Wara’ membenci perbahasan berkenaan Qadar maka hendaklah kamu menyerah dan berikrar dan beriman serta berakidah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam keseluruhan perkara dan diamkan diri daripada selain itu”. [Syarhus Sunnah, m.s 36].
Qadar maklum maknanya, takdir, qada dan qadar, namun hakikatnya, kaifiatnya adalah majhul dan janganlah kita mencari-cari bagaimana takdir kita kerana itu adalah rahsia Allah Taala, inilah yang dilarang para Ulama Salaf dan kita wajib mendiamkan diri dari membicarakan perkara ini. Demikian juga daripada mengadakan mazhab baharu yang menyalahi salaf seperti mengatakan perkara buruk itu diluar daripada takdir Allah Taala -Maha Suci Allah daripada bidaah ini-, maka perkara inilah yang diperintahkan supaya kita mendiamkan diri.
Kelima: التفويض
Syubhat yang paling utama dalam ucapan ulama salaf berkenaan Sifat Allah adalah kalimah Tafwid sendiri, sehingga mereka membawa perkataan-perkataan yang mengandungi tafwid ini dan diwar-warkan serta menafikan makna yang jelas daripada ucapan Ulama Salaf dalam menetapkan makna sifat.
Kata Imam al-Barbahari r.h:
وكل ما سمعت من الآثار شيئا مما لم يبلغه عقلك نحو قول رسول الله صلى الله عليه و سلم قلوب العباد بين أصبعين من أصابح الرحمن عز و جل وقوله إن الله ينزل إلى السماء الدنيا وينزل يوم عرفة وينزل يوم القيامة وإن جهنم لا يزال يطرح فيها حتى يضع عليها قدمه جل ثناؤه وقول الله تعالى للعبد إن مشيت إلي هرولت إليك وقوله خلق الله آدم على صورته وقول رسول الله صلى الله عليه و سلم رأيت ربي في أحسن صورة وأشباه هذه الأحاديث فعليك بالتسليم والتصديق والتفويض والرضا ولا تفسر شيئا من هذه بهواك فإن الإيمان بهذا واجب فمن فسر شيئا من هذا بهواه ورده فهو جهمي ومن زعم أنه يرى ربه في دار الدنيا فهو كافر بالله عز و جل
Maksudnya: “Semua yang kamu dengar daripada atsar yang tidak sampai kepada akal kamu seperti perkataan Rasulullah s.a.w: Hati para hamba berada di antara dua jari daripada jari-jari Al-Rahman Azza wa Jalla, dan perkataan baginda: Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia dan turun pada hari Arafah dan turun pada hari kiamat dan jahannam itu akan terus dihumban dalamnya isinya sehingga Allah meletakkan tapak kakiNya atasnya Jalla Sanauh, dan perkataan Allah kepada hambaNya: Jika kamu datang kepadaKu berjalan Aku datang kepadamu berlari-lari anak, dan sabda Nabi: Allah mencipta Adam dalam bentukNya dan kata Rasulullah s.a.w: Aku melihat Tuhanku dalam seelok-elok rupa, dan seumpamanya daripada hadis-hadis maka wajib atasmu menyerah (patuh) dan membenarkan dan tafwid dan reda dan janganlah kamu mentafsirkan sesuatu pun daripadanya dengan hawa nafsumu kerana beriman dengan semua ini adalah wajib sesiapa yang mentafsirkannya dengan hawa nafsunya dan menolaknya maka dia adalah Jahmiah dan sesiapa yang menyangka bahawa dia melihat Tuhannya di dunia maka dia kafir dengan Allah Azza wa Jalla”. [Syarhus Sunnah, m.s 31-32].
Cuba perhatikan tempat yang diboldkan daripada perkataan Imam ini jelas menunjukkan makna yang perlu ditafwid adalah kaifiat sifat Allah Taala. Kenyataan ini perlu difahami dengan kenytaan Imam Rabiah dan Imam Malik kerana al-Barbahari menyatakan perkara yang tidak masuk di akal sedangkan makna Istiwa’ menurut Salaf Ma’qul demikianlah digunakan kepada semua sifat-sifat yang lain.
Demikian juga perkataan Abu Ubaid yang telah lalu sebutnya bahawa yang tidak boleh ditafsir dan tidak difahami adalah kaifiat sifat bukan makna zahir sifat itu sendiri. Apabila perkataan yang mujmal ini dikembalikan kepada perkataan Salaf yang jelas maka dengan mudah difahami, adapaun kaum mufawwidah yang suka beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian maka berlakulah kesesatan yang keji.
Imam al-Barbahari r.h juga dalam kenyataan di atas bukan sekadar menyuruh kita tafwid bahkan hendaklah beriman dan membenarkan terlebih dahulu barulah ditafwid, di mana susunan perkataan beliau ini menimbulkan perasaan yang jelas bahawa yang ditafwid adalah kaifiat sifat bukan makna zahirnya.
Perlu dijelaskan juga bahawa makna tafwid di sisi Salaf tidak sama dengan fahaman di sisi kaum Asyairah dan Mufawwidah Makna kerana munurut salaf tafwid adalah menyerahkan bulat-bulat makna kaifiat sesuatu sifat dan hakikat perkara ghaib kepada Allah Taala adapun di sisi Asyairah sebagaimana yang telah maklum adalah sejenis takwil yang bermaksud mengubah makna zahir kepada makna marjuh.
Berkata Imam Ibn Qudamah r.h:
فيلزم حينئذ أن يكون الراسخون مخالفين للزائغين في ترك اتباع المتشابه مفوضين إلى الله تعالى بقولهم آمنا به كل من عند ربنا تاركين لابتغاء تأويله
Maksudnya: “Maka lazimlah ketika ini orang-orang yang rasikh itu menyalahi kaum yang zaigh (yang condong mengikut mutasyabihat) dalam meninggalkan mengikut mutasyabihat dengan menyerahkan (tafwid) kepada Allah Taala melalui perkataan mereka: ‘Kami beriman dengannya semuanya daripada Tuhan kami meninggalkan mencari takwilnya…” [Zammut Takwil, m.s 38].
Perkataan Ibn Qudamah ini perlu difahami juga dengan penjelasan Salaf yang lebih jelas iaitu yang ditafwid adalah kaifiat sifat kerana telah kita jelaskan Ulama Salaf yang memilih untuk waqaf pada firman Allah: وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ memahami makna mutasyabihat adalah hakikat dan kaifiat perkara ghaib bukan makna zahir perkara tersebut. Atas sangkaan baik bahawa Ibn Qudamah r.h adalah seorang Hanbali yang sangat memahami akidah Ahmad bin Hanbal dan lainnya daripada Ulama Salaf, adalah wajar kita fahami maksud beliau berkenaan tafwid adalah tafwid kaifiat sifat.
Ibn Qudamah r.h juga menjelaskan dalam menjawab syubhat bahawa salaf mengubah makna zahir Maiyyah (bersama) Allah dengan makhluk adalah bersama dengan ilmuNya:
قد ثبت بكتاب الله والمتواتر عن رسول الله وإجماع السلف أن الله تعالى في السماء على عرشه
Maksudnya: “telah sabit dengan Kitab Allah dan riwayat Mutawatir daripada Rasulullah dan Ijmak Salaf bahawa Allah Taala berada di langit di atas ArasyNya”. [Zammut Takwil, m.s 45-46].
Ibn Qudamah menyatakan maksud bersamanya Allah dengan makhlukNya difahami secara zahir sebagai bersama dengan ilmuNya bukan zatNya kerana telah sabit zat Allah berada di atas Arasy. Nah, adakah orang yang mufawwidah akan berkata begini? Sama sekali tidak, jadi tetaplah bahawa Ibn Qudamah mentafwid kaifiat bukan makna zahir.
Adapun berkenaan perkataan beliau dalam Lum’atul I’tiqad:
وكل ما جاء في القرآن أو صح عن المصطفى عليه السلام من صفات الرحمن وجب الإيمان به ، وتلقيه بالتسليم والقبول ، وترك التعرض له بالرد والتأويل والتشبيه والتمثيل . وما أشكل من ذلك وجب إثباته لفظا ، وترك التعرض لمعناه ونرد علمه إلى قائله ، ونجعل عهدته على ناقله اتباعا لطريق الراسخين في العلم الذين أثنى الله عليهم في كتابه المبين بقوله سبحانه وتعالى : { وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا } [ آل عمران : 7 ] ، وقال في ذم مبتغي التأويل لمتشابه تنزيله { فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ } [ آل عمران : 7 ] ، فجعل ابتغاء التأويل علامة على الزيغ ، وقرنه بابتغاء الفتنة في الذم ، ثم حجبهم عما أملوه ، وقطع أطماعهم عما قصدوه ، بقوله سبحانه : { وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ } .
Maksudnya: “dan semua yang datang dalam al-Quran atau sahih daripada al-Mustafa alaihissalam daripada sifat-sifat al-Rahman wajib beriman dengannya dan diterima serta meninggalkan bantahan ke atasnya daripada penolakan, takwil, tasybih, dan tamsil. Dan apa yang musykil daripada itu wajib diisbatkan lafaznya dan janganlah dibantah maknanya dan kita kembalikan ilmunya kepada Penuturnya dan letakkan ikatannya dengan penyampainya kerana mengikut jalan orang-orang yang rasikh dalam ilmu yang telah dipuji Allah dalam kitabNya yang jelas dengan firmanNya s.w.t (maksudnya): “dan orang-orang yangb rasikh dalam ilmu berkata kami beriman dengannya semuanya datang daripada Tuhan kami” [Ali Imran: 7]. Dan Dia berfirman mencela mereka yang mencari takwil dalam perkara mutasyabihat ( maksudnya): “adapun mereka yang mempunyai kecenderungan dalam hati mereka maka mereka mengikuti mutasyabihat daripadanya mencari fitnah dan takwilnya sedangkan tiadalah yang mengetahui takwilnya kecuali Allah” [Ali Imran: 7], maka Dia jadikan alamat penyelewengan itu mncari-cari takwil dan disertakan dengan mencari-cari fitnah sebagai celaan kemudian Dia menutup cita-cita mereka dan memutuskan ketamakan mereka dengan firmanNya (maksud): “dan tiada yang tahu takwilnya melainkan Allah”. [Lum’atul I’tiqad, Ibn Qudamah al-Maqdisi, m.s 2].
Perbahasan beliau pada mulanya jelas menyatakan bahawa segala sifat yang sahih dalam al-Quran dan Hadis hendaklah diterima dan tidak ditolak sama ada secara takwil atau tasybih atau tamsil, jelas di sini beliau menetapkan makna zahir. Namun persoalan kedua di sini berkenaan nas-nas yang musykil, maka nas-nas yang berlakunya padanya isykal hendaklah ditetapkan lafaznya dan berdiam diri terhadap maknanya sehingga jelas perkara tersebut di sisi Ahli Ilmu.
Secara realitinya tidak ada ayat atau lafaz yang musykil pada al-Quran dan al-Hadis tetapi berlaku pada pemahaman sebahagian orang sahaja seperti Saidina Umar bin al-Khattab r.a ketika membaca firman Allah Taala:
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا
Maksudnya: “ dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,” [Abasa: 31].
Beliau berkata:
قد عرفنا الفاكهة. فما الأبّ؟ قال: لعمرك يا بن الخطاب إن هذا لهو التكلف
Maksudnya: “Kami telah tahu apakah itu ‘Fakihah’ (buah-buahan) tetapi apakah makna al-Abb? Kata beliau lagi: La’umruka wahai Umar, ini adalah penyusahan diri”. [al-Tabari, 24/229].
Maksud al-Abb menjadi musykil kepada Umar r.a kerana istilah ini jarang digunakan arab namun tidak bermakna tiada siapa yang tahu langsung akan maknanya bahkan Ibn Abbas r.a selakau Turjuman al-Quran (Penterjemah al-Quran) berkata:
الأبّ: نبت الأرض مما تأكله الدوابّ، ولا يأكله الناس.
Maksudnya: “al-Abb adalah tumbuhan bumi yang dimakan oleh haiwan melata tetapi tidak dimakan oleh manusia (yakni rumput rampai)”. [al-Tabari, 24/230].
Maka jelas di sini, makna yang ditafwid daripada sifat Allah Taala adalah kepada mereka yang tidak mengerti bahasa arab misalnya maka hendaklah dia menyerahkan kepada Ahli Tafsir Ahlis Sunnah wal Jamaah untuk menafsirkannya. Ini juga sesuai dengan perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.h:
ومن السنة اللازمة التي من ترك منها خصلة لم يقلها ويؤمن بها لم يكن من أهلها : الإيمان بالقدر خيره وشره ، والتصديق بالأحاديث فيه ، والإيمان بها لا يقال لم ولا كيف ، إنما هو التصديق بها والإيمان بها ، ومن لم يعرف تفسير الحديث ويبلغه عقله فقد كفي ذلك وأحكم له ، فعليه الإيمان به والتسليم له ، مثل حديث الصادق والمصدوق ، وما كان مثله في القدر ، ومثل أحاديث الرؤية كلها ، وإن نبت عن الأسماع واستوحش منها المستمع فإنما عليه الإيمان بها ، وأن لا يرد منها جزءا واحدا وغيرها من الأحاديث المأثورات عن الثقات
Maksudnya: “dan daripada sunnah yang mesti yang jika ditinggalkan salah satu daripadanya tidak dinamakan seseorang itu mukmin dan bukan ahli iman: beriman dengan al-Qadar baik dan buruknya dan membenarkan hadis-hadis yang datang berkenaannya dan beriman dengannya tanpa dikatakan kenapa dan bagaimana, sesungguhnya ia adalah membernarkan dan iman (percaya) dengannya, dan sesiapa yang tidak memahami tafsir hadis dan dia telah sampai kepada pengetahuannya berkenaan hadis itu maka cukuplah baginya dan aku jatuhkan padanya hukum (daripada Iman dan Islam) maka wajib atasnya beriman dan menyerah seperti hadis al-Sadiq al-Masduq (iaitulah hadis: Sesungguhnya Allah menghimpun kejadian seseorang kamu dalam perut ibunya selama 40 hari….) dan yang seumpamanya berkenaan takdir dan seperti hadis rukyah (melihat Allah) dan jika datang pada pendengaran tetapi menimbulkan kepelikan pada pendengarnya maka wajib juga atasnya iman dan jangan ditolak walaupun satu juzuk daripadanya , hadis-hadis yang ma’sur daripada kaum siqah”. [Syarah Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, 1/311].
Jelas daripada perkataan Imam Ahmad ini, bukanlah menafikan makna tetapi kepada mereka yang musykil tidak memahami makna kerana kekurangan ilmu dirinya sendiri maka hendaklah diserahkan kepada Allah Taala akan ilmu berkenaannya dan hendaklah dia merujuk kepada yang ahli.
Maka Tafwid Makna bukan suatu kaedah untuk beriman dengan Naman-nama dan Sifat-sifat Allah Taala di sisi salaf kecuali kepada perseorangan tertentu berkaitan nas tertentu yang dia musykil kerana kelemahan ilmu yang ada pada dirinya untuk waktu tertentu sehingga dia belajar. Bahkan Tafwid makna di sini bukanlah seperti maksud Asyairah yang mengubah makna zahir kepada makna marjuh tetapi mendiamkan diri sama sekali sebagaimana tindakan saidina Umar r.a berkenaan makna ‘Abba’. [Rujuk: Mazhab Ahli al-Tafwid, m.s 95].
Dalil-dalil Sokongan:
Setelah kami jelaskan dengan panjang lebar berkenaan dalil-dalil yang jelas dan kukuh insya-Allah bahawa akidah Tafwid Makna bukanlah akidah salaf yang sebenar bahkan ianya adalah akidah bidaah yang tidak berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah, di sini kami akan datangkan beberapa dalil sokongan lagi menunjukkan yang mazhab Salaf benar-benar beriman dengan makna sifat sesuai dengan zahirnya tanpa tasybih dan takyif.
Pertama: Tuduhan Jahmiah Ahli Sunnah wal Jamaah Musyabbihah
Telah masyhur bahawa al-Jahmiah –Laknatullahi alaihim- menuduh Ulama Salaf sebagai Musyabbihah, berkata Imam al-Barbahari r.h:
وإذا سمعت الرجل يقول فلان مشبه أو فلان يتكلم بالتشبيه فاعلم أنه جهمي
Maksudnya: “dan apabila kamu mendengar seseorang berkata (kepada Ahli Sunnah wal Jamaah): dia itu musyabbih atau dia itu berakidah tasybih maka ketahuilah dia itu jahmi”. [Syarhus Sunnah, m.s 52]
Maka alamat seseorang itu Jahmiah menurut Ulama Salaf adalah menggelarkan Ahlis Sunnah wal Jamaah sebagai Jahmiah dan tuduhan Jahmiah ini walaupun tohmahan yang keji namun setiap keburukan itu disebaliknya ada kebaikan kepada Ahlis Sunnah wal Jamaah iaitulah menjadi bukti pula kepada kaum Mufawwidah yang menuduh Salaf sebagai mufawwidin bahawa mereka tidaklah sedemikian bahkan mereka menetapkan makna sifat sesuai dengan zahirnya.
Masakan jika Salaf itu Mufawwidah tidak menetapkan makna kepada Sifat bahkan mengalihkan maknanya kepada makna lain yang tidak diketahui, mereka dituduh sebagai Musyabbihah? Hanya orang yang menetapkan makna sifat sahaja akan dituduh sebagai Musyabbihah oleh kaum Jahmiah walaupun sebenarnya Salaf itu tidak pernah sama sekali mentasybih sifat Allah dengan sifat makhluk.
Ulama Salaf tegar dengan kaedah mereka:
أمروها بلا كيف
Maksudnya: “Biarkan ia tanpa diberi kaifiat”. [Tuhfatul Ahwazi, 3/267]
Imam al-Mubarakfuri r.h berkata dalam mensyarahkan perkataan Salaf di atas:
بصيغة الأمر من الامرار أي أجردها على ظاهرها ولا تعرضوا لها بتأويل ولا تحريف بل فوضوا الكيف إلى الله سبحانه وتعالى
Maksudnya: “dengan bentuk perintah berasal daripada al-Imrar yakni kekalkan ia atas zahirnya dan janganlah kamu mentakwil dan mentahrif (mengubah makna zahir) bahkan serahkan kaifiatnya kepada Allah s.w.t”. [Ibid]
Imam al-Tarmizi r.h berkata:
وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وقد ذكر الله عز و جل في غير موضع من كتابه اليد والسمع والبصر فتأولت الجهمية هذه الآيات ففسروها على غير ما فسر أهل العلم وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وقالوا إن معنى اليد ههنا القوة وقال إسحق بن إبراهيم إنما يكون التشبيه إذا قال يد كيد أو مثل يد أو سمع كسمع أو مثل سمع فإذا قال سمع كسمع أو مثل سمع فهذا التشبيه وأما إذا قال كما قال الله تعالى يد وسمع وبصر ولا يقول كيف ولا يقول مثل سمع ولا كسمع فهذا لا يكون تشبيها
Maksudnya: “dan adapun al-Jahmiah mereka ingkar akan riwayat-riwayat ini (sifat-sifat Allah Taala) dan berkata: Ini Tasybih, sedangkan Allah Azza wa Jalla telah menyatakan di banyak tempat dalam KitabNya berkenaan (sifat) tangan, mendengar, dan melihat lalu al-Jahmiah mentakwilkan ayat-ayat ini dan mentafsirkannya dengan tafsiran yang menyalahi tafsiran Ahli Ilmu dan mereka berkata: Allah tidak mencipta Adam dengan TanganNya dan berkata makna tangan adalah kekuatan dan berkata Ishaq bin Ibrahim: Sesungguhnya yang dikatakan taysbih itu adalah dia berkata tangan seperti tangan (makhluk) atau seumpama tangan makhluk atau mendengar seperti mendengar makhluk atau seumpama mendengar makhluk, maka jika dia berkata seperti ini inilah tasybih adapun jika dia berkata bagi Allah tangan, pendengaran, dan penglihatan tetapi tidak diberikan kaifiat dan tidak berkata seperti mendengar makhluk maka ini bukanlah tasybih”. [Sunan al-Tarmizi, 3/50, cet. Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi].
Jelas dalam kenyataan Imam al-Tarmizi ini bahawa Jahmiah menuduh Salaf Musyabbihah kerana mereka menetapkan makna zahir. Demikian juga Ulama Salaf mentafsir sifat sesuai dengan zahirnya tanpa tasybih dan takyif menunjukkan bahawa makna sifat difahami.
Kedua: Persaksian Beberapa Ulama Kalam Bahawa Salaf Tidak Tafwid
Tidak semua kaum al-Asyairah menuduh kaum Salaf sebagai Mufawwid bahkan ada antara mereka mengakui bahawa kaum salaf beriman dengan makna zahir. Antara Ulama al-Asyairah ini adalah al-Qadi Abu Bakar Ibn al-Arabi al-Maliki, beliau menyatakan dalam kitab beliau ‘Aridatul Ahwazi Syarah Sunan al-Tarmizi:
ومذهب مالك رحمه الله أن كل حديث منها معلوم المعنى ولذلك قال للذي سأله الاستواء معلوم والكيفية مجهولة…
Maksudnya: “dan mazhab Malik r.h bahawa semua hadis daripadanya (berkenaan sifat-sifat Allah) maklum maknanya kerana itu beliau berkata kepada orang yang bertanya kepada beliau: Istiwa’ itu maklum dan kaifiatnya majhul…” [Aridatul Ahwazi, 3/166, cet. Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut-Lubnan].
Imam al-Qurtubi al-Maliki r.h berkata:
وقد كان السلف الأوّل رضي الله عنهم لا يقولون بنفي الجهة ولا ينطقون بذلك ، بل نطقوا هم والكافّة بإثباتها لله تعالى كما نطق كتابه وأخبرت رسله . ولم ينكر أحد من السلف الصالح أنه استوى على عرشه حقيقة . وخص العرش بذلك لأنه أعظم مخلوقاته ، وإنما جهلوا كيفية الاستواء فإنه لا تعلم حقيقته . قال مالك رحمه الله : الاستواء معلوم يعني في اللغة والكَيْف مجهول ، والسؤال عن هذا بدعة . وكذا قالت أم سلمة رضي الله عنها . وهذا القدر كافٍ ، ومن أراد زيادة عليه فليقف عليه في موضعه من كتب العلماء . والاستواء في كلام العرب هو العلوّ والاستقرار .
Maksudnya: “dan adalah kaum Salaf yang terdahulu radiallahu’anhum tidak pernah menyatakan berkenaan penafian jihat (arah) dan mereka tidak pula mengucapkannya bahkan mereka semuanya bersepakat menetapkannya (Istiwa’) bagi Allah Taala seperti mana yang ditetapkan oleh KitabNya dan diberitahu para RasulNya. Dan tidak ada seorang pun daripada Ulama Salaf Soleh mengingkari bahawa Allah Taala itu bersemayam secara hakiki di atas arasyNya dan dikhususkan dengan arasy kerana ia adalah makhluk Allah yang paling besar tetapi mereka hanya tidak mengetahui kaifiat Istiwa maka tidak diketahui hakikatnya. Berkata Malik r.h: Istiwa itu maklum yakni pada bahasa dan kaifiatnya majhul, dan bertanya tentang ini (kaifiat) adalah bidaah. Demikian juga pernaytaan Ummu Salamah r.a. Cukuplah sekadar ini dan mereka yang hendak perbahasan yang lebih maka lihatlah di tempatnya dalam kitab-kitab Ulama. Dan Istiwa dalam bahasa Arab itu Meninggi dan Menetap”. [Tafsir al-Qurtubi, 1/2130-2131].
Jelas pernaytaan dua Imam besar yang dinisbahkan kepada Mazhab al-Asyairah oleh kaum al-Asyairah ini mengiktiraf bahawa akidah salaf bukanlah tafwid tetapi Isbat makna sesuai dengan zahirnya pada bahasa. Kami tidaklah menafikan akidah al-Qurtubi dan Ibn al-Arabi sendiri dalam masalah sifat terdapat kegelinciran-semoga Allah mengampuni dan merahmati mereka dengan rahmatNya yang luas- namun mereka ini termasuk kaum yang insaf dan menerangkan kebenaran yang sebenar-benarnya berkenaan akidah salaf.
Ketiga: Celaan Salaf kepada Kaum Takwil
Akidah Takwil Tafsili dan Takwil Ijmali (Tafwid Makna) adalah ibarat dua ranting dari dahan yang sama atau adik beradik kandung seibu sebapa. Oleh sebab itu, mereka yang menerima Tafwid Makna tidak akan menolak Takwil Tafsili, berikut penjelasan seorang al-Asyairah yang sangat taksub, Imam al-Subki r.h:
ثم أقول للأشاعرة قولان مشهوران في إثبات الصفات هل تمر على ظاهرها مع اعتقاد التنزيه أو تؤول والقول بالإمرار مع اعتقاد التنزيه هو المعزو إلى السلف وهو اختيار الإمام في الرسالة النظامية وفي مواضع من كلامه فرجوعه معناه الرجوع عن التأويل إلى التفويض ولا إنكار في هذا ولا في مقابلة فإنها مسألة اجتهادية أعني مسألة التأويل أو التفويض مع اعتقاد التنزيه
Maksudnya: “Kemudian aku berkata: Bagi al-Asyairah dua pendapat yang masyhur dalam menetapkan sifat adakah dibiarkan zahirnya dengan iktiqad tanzih (tafwid makna) atau ditakwil dan pendapat Imrar (mebiarkan) dengan tanzih adalah yang disandarkan kepada Salaf dan inilah pilihan Imam dalam Risalah Nizamiah (Imam al-Haramain) dan dalam beberapa tempat perkataan beliau, maka rujuk beliau dari takwil kepada tafwid tidaklah boleh diinkarkan kerana ianya masalah ijtihad yakni sama ada untuk mentakwil atau mentafwid dengan diiktiqad tanzih”. [Tabaqat al-Syafiiah al-Kubra, 5/121].
Maka disisi al-Asyairah masalah Takwil Ijmali (Tafwid) atau Takwil Tafsili adalah perkara Ijtihad, tidak perlu ingkar mengingkari. Ini memang logik kerana Tafwid dan Takwil sama-sama bermaksud mengalihkan lafaz dari makna zahirnya.
Namun telah sabit kaum salaf mengingkari Takwil dan membidaahkan mereka yang mentakwil sifat dan memasukkan mereka sebagai kaum Jahmiah, maka tetaplah pada akal bahawa kaum Salaf tidak mengubah makna zahir. Perkara ini jelas seperti perkataan Imam al-Tarmizi yang telah kita sebutkan terdahulu.
Imam al-Baghawi r.h pula berkata:
وأولت المعتزلة الاستواء بالاستيلاء
Maksudnya: “dan telah mentakwil al-Muktazilah al-Istiwa dengan al-Istila’…” [Tafsir al-Baghawi, 3/235].
Mantiq yang dapat kita lakukan adalah: “Semua yang mentakwil adalah Muktazilah, Muktazilah adalah sesat, natijahnya: Semua yang mentakwil adalah sesat”.
Jika kaum Salaf berakidah Tafwid sebagaimana yang difahami al-Asyairah, maka tidaklah perlu mereka bersusah payah menyesatkan kaum yang mentakwil kerana pada dasarnya mereka juga mentakwil tetapi jelas mereka tidaklah demikian bahkan mereka memahami sesuai dengan makna zahir tanpa tasybih dan takyif.
Keempat: Perbezaan Istilah
Telah kita jelaskan beberapa kali dalam risalah ini, terdapat perbezaan istilah atau lafaz yang digunakan antara mufawwidah dengan Salaf dalam menetapkan sifat. Sebagai tanbih kepada mereka yang terlepas pandanga kami nyatakan di sini perbezaan tersebut:
Kaum Salaf apabila mereka dalam menetapkan sifat akan menyatakan: “Biarkan ia tanpa diberi kaifiat”, “Istiwa’ itu maklum, kaifiatnya majhul”, dan “Biarkan ia sebagaimana yang datang”.
Kaum Mufawwidah akan menyebut: “Istiwa’ yang tidak diketahui, tangan yang tidak diketahui, mata yang tidak diketahui, dan sebagainya semuanya dengan tidak diketahui yakni maknanya dan tidak akan menafikan kaifiat kerana perkara yang tidak maklum maknanya tidak perlu dinafikan kaifiatnya.
Perbezaan istilah ini jelas menunjukkan bahawa Akidah Salaf bukanlah akidah Tafwid bahkan Akidah Isbat Makna Tafwid Kaifiat. Wallahua’lam.
Rujuk: TAFWID: ANTARA MAKNA DAN KAIFIAT (I)
Rujuk: TAFWID: ANTARA MAKNA DAN KAIFIAT (I)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan