Sabtu, 16 Ogos 2008

PELAJARAN TENTANG NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH (2)

Masalah mengenai nama-nama dan sifat-sifat Allah adalah masalah Taufiqiyah yang tidak ada peluang bagi aqal mendahului nas atau dalil daripada Al-Quran mahu pun Al-Sunnah. Tidaklah mampu bagi aqal kita mencapai untuk mengenal bagaimanakah sifat-sifat Tuhan, melainkan apa yang Dia sendiri telah memberi tahu dengan wahyu melalui Nabi-Nya s.a.w. Kerana itulah ramai yang terjatuh kelembah kesesatan dalam masalah ini kerana mendahului aqal daripada wahyu. Allah lah yang berhak mensifati diri-Nya kerana Dialah yang lebih mengetahui tentang diri-Nya berbanding makhluk yang tiada upaya mencapai perkara ghaib yang antaranya ialah hakikat ketuhanan itu sendiri.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.a. berkata: “Allah menamakan diri-Nya dengan beberapa nama dan menamai sifat-sifat-Nya dengan beberapa nama. Apabila asma’ tersebut disandarkan (di-idhofahkan) kepada Allah, bererti asma’ itu hanya untuk-Nya, tiada sesuatu pun yang menyekutui-Nya pada sifat tersebut. Dia juga memberi nama sebahagian makhluk-Nya dengan beberapa nama hanya untuk mereka, yang disandarkan kepada mereka sesuai dengan nama-nama tersebut apabila diputuskan dari sandaran dan pengkhususan (takhsis). Persamaan nama tidak menunjukkan persamaan yang diberi nama. Bersatunya nama ketika kosong dari sandaran dan pengkhususan tidak menunjukkan persamaan keduanya, juga tidak menunjukkan persamaan yang dinamai ketika idhofah dan takhsis, apalagi tatkala sama yang diberi nama ketika idhafah dan takhsis. “ [Lihat: At-Tadmuriyyah oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah hlm. 21]

Kaedah utama dalam masalah ini adalah hendaklah menghindari daripada perbuatan: Tasybih, Tamstil, Takyif, dan Ta’thil.

Pertama: Allah menamai diri-Nya al-Hayy (yang Maha Hidup):


اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ


“Allah tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya)…” [Surah Al-Baqarah: 255)

Dia juga memberi nama sebahagian hamba-Nya al-Hayy (yang hidup):


يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ


“Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup…” [Surah Ar-Ruum: 19]

Bukanlah al-Hayy dalam ayat ini seperti al-Hayy pada ayat di atas, kerana firman-Nya “Al-Hayy” adalah nama Allah S.W.T. yang khusus bagi-Nya dan firman-Nya:

“Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati…”

Kedua: Allah menamakan diri-Nya ‘Alim dan Halim (Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyantun). Sedangkan hamba-Nya juga ada yang diberi dengan nama ‘Alim dan Halim:


وَبَشَّرُوهُ بِغُلاَمٍ عَلِيمٍ


“…Dan mereka memberi khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang ‘alim.” [Surah al-Dzaariat: 28]

Ayat di atas yang dimaksudkanh adalah Nabi Ishaq a.s. Adapun anak Ibrahim yang lain disebut “Halim” iaitu Isma’il a.s. . Firman Allah:


فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلاَمٍ حَلِيمٍ


“Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang halim (amat sabar).” [Surah al-Shaaffat: 101]

Ketiga: Allah menamai diri-Nya Samii’ (Yang Mendengar) dan Bashir (Yang Melihat):


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisaa’: 58]

Dia juga menamai sebahagian makhluk-Nya dengan nama Samii’ dan Bashir:


إِنَّا خَلَقْنَا الإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” [Surah al-Insaan: 2]

Keempat: Allah menamai diri-Nya dengan nama ar-Rauuf ar-Rahiim:


إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ


“…Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Penyayang kepada Manusia.” [Surah al-Baqarah: 143]

Dia juga memberi nama kepada sebahagian hamba-Nya dengan ar-rauuf ar-rahiim dalam firman-Nya:


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu ar-rauuf (amat belas kasihan) lagi rahiim (penyayang) terhadap orang-orang Mukmin.” [Surah at-Taubah: 128]

Kelima: Dia menamai diri-Nya al-Malik:


...الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ...


“…Dia Raja Yang Maha Suci…” [Surah al-Hasyr: 23]

Dia juga menamakan sebahagian hamba-Nya dengan al-Malik dalm firman-Nya:


وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا


“…Kerana dihadapan mereka ada malik (seorang raja) yang merampas tiap-tiap bahtera.” [Surah al-Kahfi: 79]

Keenam: Dia menamai diri-Nya al-‘Aziz dan al-Jabbar al-Mutakabbir dalam firman-Nya:


...الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ...


“…Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan…” [Surah al-Hasyr: 23]

Dia juga memberi nama kepada sebahagian hamba-Nya dengan al-‘Aziz dalam firman-Nya:


قَالَتِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ


“…Berkata isteri al-‘Aziz…” [Surah Yusuf: 51]

Begitu juga al-Jabbar al-Mutakabbir dinamai pada sebahagian hamba-Nya sebagaimana firman-Nya:


كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ


“…Demikian Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.” [Surah al-Mu’min: 35]

Ketujuh: Dia mensifati diri-Nya dengan iradah (berkehendak) dan mensifati hamba-Nya dengan sifat iradah dalam firman-Nya:


تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الآَخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


“…Kamu menghendaki harta duniamiyah, sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Anfaal: 67]

Ketujuh: Dia mensifati diri-Nya bahawasanya Dia beristiwa’ (bersemanyam) di atas ‘Arasy sebagaimana sekian banyaknya dalil-dalil daripada al-Quran. [Lihat surah: Thaaha ayat 5, al-A’raaf ayat 54, Yunus ayat 3, al-Ra’d ayat 2, al-Furqaan ayat 59, as-Sajdah ayat 4, dan al-Hadiid ayat 4.]

Lalu Allah juga mensifati hambanya dengan istiwa di atas yang lain sebagaimana firman-Nya:


لِتَسْتَوُوا عَلَى ظُهُورِهِ


“Supaya kamu duduk di atas punggungnya…” [Surah al-Zukhruf: 13]


فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ


“Apabila kamu dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu…” [Surah al-Mu’minun: 28]


وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ


“…Dan bahtera itu pun berlabuh di atas Bukit Judi…” [Surah Huud: 44]

Namun, Istiwa-Nya tidak sama seperti istiwa makhluk sebagaimana juga sifat-sifat yang lain-Nya.

Kelapan: Dia mensifati diri-Nya dengan membuka kedua Tangan-Nya seperti mana firman-Nya:


وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ


“Orang-orang Yahudi berkata: “Tangan Allah terbelenggu.” sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (tidak demikian), bahkan kedua-dua Tangan Allah itu terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki.” [Surah al-Maidah: 64]

Sedangkan dia juga pernah mensifati sebahagian hamba-Nya dengan membuka kedua tangan dalam firman-Nya:


وَلاَ تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلاَ تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ


“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya…” [Surah al-Israa’: 29]

Bukanlah tangan Allah seperti tangan makhluk. Dia membuka tangan-Nya juga bukan seperti makhluk membuka tangan mereka. Apabila yang dimaksud dengan membuka adalah memberi dan pemurah, maka tidaklah pemberian Allah S.W.T seperti makhluk-Nya dan tidaklah sifat pemurah-Nya sama seperti sifat pemurah mereka.

Ibn Qayyim al-Jauziah berkata: “Pandangan (para ulama) berbeza-beza pada masalah nama-nama yang dipakaikan kepada Allah dan makhluk seperti al-Hayy, al-Samii’, al-Bashir, al-‘Alim, al-Qadir, al-Malik dan seumpamanya.

Pendapat pertama: Segolongan dari ahli kalam berkata: “Ia adalah hakikat pada hamba dan majaz pada Rabb.” Ini adalah pendapat ghulaat al-Jahmiyyah yang merupakan perkataan yang paling keji dan paling rosak.

Pendapat kedua: Berlawanan, iaitu bahawasanya sifat itu hakikat pada Rabb dan majaz pada makhluk. Ini adalah pendapat Abul ‘Abbas an-Naasyi.

Pendapat ketiga: Semua adalah hakikat pada keduanya. Ini adalah pendapat Ahlus Sunnah dan inilah yang benar. Perbezaan hakikat pada keduanya tidak mengeluarkannya sebagai hakikat pada keduanya. Bagi Rabb, yang layak sesuai dengan kebesaran-Nya dari sifat tersebut dan bagi hamba, yang layak baginya sesuai dengan sifat tersebut. [Lihat: Badaa-i’ul Fawaa-id oleh Ibnul Qayyim (I/164)]


http://www.wahabiah.blogspot.com

Isnin, 11 Ogos 2008

ANDA BERAQIDAH TIDAK SELAMAT!!?

Sesungguhnya orang-orang yang mentakwil ayat-ayat sifat, dia berada di dalam 4 kesesatan sekaligus, iaitu ta’wil, ta’thil, takyif dan tasybih. Walaupun mereka mengatakan bahwa mereka mentakwil dengan maksud untuk tanzih. Orang yang mentakwil sifat tangan (yad) contohnya dengan makna kekuasaan atau kekuatan, sesungguhnya mereka telah:

1. Mentiadakan (ta’thil) makna tangan bagi Allah, dimana Allah menetapkan makna tangan bagi diri-Nya.

2. Mentasybih sifat tangan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu dengan cara meniadakannya, sebab jika ditetapkan sifat tersebut, maka Allah seperti makhluknya.

3. Mentakyif sifat tangan bagi Allah, iaitu dengan cara tidak menetapkannya, yang mana jika menetapkan sifat tersebut, maka mereka tidak mampu menjangkau hakikatnya sedangkan kekuasaan mampu mereka jangkau.

4. Menta’wil kata tangan dengan makna lainnya, hal ini juga mengindikasikan bahwa hakikat tangan itu sendiri adalah ada. Karena Allah menggunakan kata tangan itu sendiri.

Lantas, mengapa anda mentakwil makna tangan bagi Allah dengan makna kekuasaan atau kekuatan?? Jika anda mengatakan dengan maksud makna tanzih (mensucikan) sifat Allah dari tajsim atau tasybih, maka kami tanyakan kepada anda? Mengapa anda tidak menetapkan tangan bagi Allah namun anda menetapkan sifat kekuatan atau kekuasaan??

Jika dijawab, Allah berhak atas sifat sempurna berkuasa dan kekuatan, namun tidak layak disifati dengan memiliki tangan, sebab nanti seperti makhluknya.

Kami tanyakan kepada anda kembali, siapakah yang lebih tahu tentang Allah?? Tentunya pasti dijawab Allah. Lantas mengapa anda lantang meniadakan sifat yang Allah sifatkan sendiri bagi diri-Nya.

Siapakah makhluk yang paling mengetahui tentang Allah? Pasti dijawab, Rasulullah. Lantas mengapa anda meniadakan apa yang ditetapkan oleh Rasulullah. Apakah anda merasa lebih ’alim daripada Allah dan rasul-Nya?!!

Jika mereka menjawab : Kami tidak menetapkan sifat tersebut bagi Allah, melainkan supaya Allah memiliki kesempurnaan dan sebagai tanzih bagi Allah dari segala sifat kekurangan.

Maka kami katakan : Atas dasar apa anda mengatakan sifat tangan adalah sifat kurang bagi Allah?? Bukankah Allah dan rasul-Nya sendiri yang menetapkan sifat tangan bagi Allah?!! Apakah anda lantang untuk kesekian kalinya merasa lebih alim dari Allah dan Rasul-Nya.

Jika mereka mengatakan, kalau Allah disifatkan dengan tangan maka Allah akan seperti makhluk-Nya.

Maka kami katakan : Berarti anda yang mentasybih atau mentamtsil Allah, karena Allah sendiri yang menetapkan sifat tangan bagi-Nya dan Ia sendiri menyatakan : ”Tidak ada yang serupa dengan-Nya”. Bukankah manusia juga punya kekuasaan dan kekuatan?? Lantas mengapa tidak anda katakan bahwa jika Allah ditetapkan dengan kekuatan dan kekuasaan maka Allah akan seperti makhluk-Nya??

Jika mereka menjawab : Karena Allah layak ditetapkan dengan kekuatan dan kekuasaan namun tidak layak dengan tangan. Karena kalau ditetapkan dengan tangan maka berkonsekuensi tajsim dan tasybih bagi Allah.

Maka kami jawab : dasar apa anda mengatakan Allah layak bersifat demikian dan tidak layak demikian?!! Apakah anda memikiki dalil yang Allah dan Rasul-Nya sebutkan?!! Maka kami katakan lagi, anda tidak punya dalil melainkan berangkat dari pemahaman akal anda!!! Bukankah manusia memiliki tangan?? Juga bukankah manusia memiliki kekuasaan dan kekuatan?!! Lantas mengapa anda hanya mengatakan kalau Allah memiliki tangan maka Allah seperti makhluk-Nya, padahal makhluk-Nya juga punya kekuasaan dan kekuatan?!!

Jika mereka berkilah : Kekuasaan dan kekuatan makhluk terbatas dan berbeda dengan kekuasaan dan kekuatan Allah.

Maka kami katakan, demikian pula tangan Allah berbeda dengan tangan makhluk-Nya. Allah sendiri yang menetapkan tangan bagi diri-Nya maka Ia berhak untuk mendapatkan sifat tangan bagi diri-Nya, dan tangan Allah berbeda dengan tangan makhluk-Nya sebagaimana kekuatan dan kekuasaan Allah berbeda dengan makhluk-Nya. Falillahi hamdu, sesungguhnya pemahaman anda adalah pemahaman yang lemah dan pemahaman kami adalah pemahaman yang selamat dan sehat.

Jika mereka masih berkilah : Sifat Allah di dalam al-Qur’an atau Sunnah nabi-Nya adalah majaz, sebagaimana perkataan orang arab : Ja’a asadun yang memiliki dua makna, yaitu singa sebenarnya yang datang atau orang yang pemberani yang disifati seperti macan.

Maka kami jawab, majaz adalah perkara yang baru di dalam agama, dan al-Qur’an diturunkan dengan kalam yang tegas dan jelas, melainkan hanya sebagian kecil saja yang mutasyabihat. Pernyataan anda bahwa ayat sifat adalah ayat mutasyabihat adalah seperti pernyataan mu’tazilah. Sesungguhnya ayat sifat bagi Allah adalah muhkam maknanya dan mutasyabihat hakikatnya. Bukan mutasyabihat makna dan hakikatnya.

Menyatakan di dalam al-Qur’an terdapat majaz sama artinya mengatakan al-Qur’an diturunkan dengan keraguan makna. Karena majaz mengundang interpretasi yang berbeda dari setiap manusia yang membacanya. Dan ini jelas suatu kebathilan. Sesungguhnya Al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab yang lugas lagi mudah difahami, tidak terkandung majaz di dalamnya.

Adapun contoh majaz yang anda kemukakan, seperti Ja’a asadun maka yang harus difahami adalah kata asad sendiri memiliki makna hakiki seekor singa, maka orang yang menakwil kata singa pada hakikatnya mereka menetapkan makna singa itu sendiri dikarenakan mereka memiliki gambaran singa. Sehingga mereka mengatakan bahwa asad yang dimaksud di sini orang yang pemberani bagaikan singa.

Juga harus difahami, majaz datang di dalam bahasa harus memiliki qorinah yang mendukung terjadinya pemalingan makna dari makna zhohir ke makna selainnya. Oleh karena itu, jika ada orang berkata : Ja’a asadun tanpa ada qorinah sedikitpun yang menunjukkan adanya pemalingan makna asad ke makna lainnya, maka memalingkannya adalah suatu kebodohan dan kebatilan. Namun jika ada qorinah yang menyertai, dalam konteks tertentu maka majaznya benar. Wallahu a’lam.

Dinukil dari "Himpunan Risalah" Maktabah Abu Salmah edisi CHM Book: http://www.abusalama.wordpress.com

Ahad, 10 Ogos 2008

SYEIKHUL ISLAM IBN TAIMIYYAH

Taman rindang itu dipenuhi beraneka tanaman. Bunga-bunga mewangi, sementara buah ranum menyembul disela-sela dahannya yang rimbun. Disatu pojok, sebatang tunas tumbuh dan berkembang dengan segarnya. Batangnya kokoh, rantingnya dihiasi pucuk-pucuk daun lebat dengan akar terhujam kebumi. Tunas itu khas. Ia berada ditempat yang khas. Jika fajar menyingsing sinar mentari menerpa pucuk-pucuknya. Ketika siang menjelang ia dipayungi rimbunan dahan di sekitarnya. Dan saat petang beranjak, sang raja siangpun sempat menyapa selamat tinggal melalui sinarnya yang lembut. Sang tunas tumbuh dalam suasana hangat. Maka tak heran jika ia tumbuh dalam, berbuah lebat, berbatang kokoh dan berdahan rindang. Tunas itu adalah Taqiyyudin Ahmad bin Abdilhalim bin Taymiyyah.

Ia berasal dari keluarga taqwa. Ayahnya Syihabuddin bin Taymiyyah. Seorang Syaikh, hakim, khatib, 'alim dan wara'. Kakeknya Majduddin Abul Birkan Abdussalam bin Abdullah bin Taymiyyah Al-Harrani. Syaikhul Islam, Ulama fiqih, ahli hadits, tafsir, Ilmu Ushul dan hafidz.

Lahir di harran, 10 Rabiul Awwal 661 H di zaman ketika Baghdad merupakan pusat kekuasaan dan budaya Islam. Ketika berusia enam tahun, Taymiyyah kecil dibawa ayahnya ke Damaskus.

Di Damaskus ia belajar pada banyak guru. Ilmu hitung, khat, Nahwu, Ushul fiqih merupakan bagian dari ilmu yang diperolehnya. Di usia belia ia telah mereguk limpahan ilmu utama dari manusia utama. Dan satu hal ia dikaruniai Allah Ta'ala kemampuan mudah hafal dan sukar lupa. Hingga dalam usia muda , ia telah hafal Al-qur'an.

Tak hanya itu, iapun mengimbangi ketamakannya menuntut ilmu dengan kebersihan hatinya. Ia amat suka menghadiri majelis-majelis mudzakarah (dzikir). Pada usia tujuh belas tahun kepekaannya terhadap dunia ilmu mulai kentara. Dan umur 19, ia telah memberi fatwa.

Ibnu Taymiyyah amat menguasai rijalul Hadits (perawi hadits) dan Fununul hadits (macam-macam hadits) baik yang lemah, cacat atau shahih. Beliau memahami semua hadits yang termuat dalam Kutubus Sittah dan Al-Musnad. Dalam mengemukakan ayat-ayat sebagai hujjah, ia memiliki kehebatan yang luar biasa, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan kelemahan para mufassir. Tiap malam ia menulis tafsir, fiqh, ilmu 'ushul sambil mengomentari para filosof . Sehari semalam ia mampu menulis empat buah kurrosah (buku kecil) yang memuat berbagai pendapatnya dalam bidang syari'ah. Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikul Ibnul Warid bahwa karangan beliau mencapai lima ratus judul.

Al-Washiti mengemukakan: "Demi Allah, syaikh kalian (Ibnu Taymiyyah) memiliki keagungan khuluqiyah, amaliyah, ilmiyah dan mampu menghadapi tantangan orang-orang yang menginjak-injak hak Allah dan kehormatanNya."

Mujahid Dan Mujaddid

Dalam perjalanan hidupnya, beliau juga terjun ke masyarakat menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar. Ia tak mengambil sikap uzlah melihat merajalelanya kema'syiyatan dan kemungkaran. Suatu saat, dalam perjalanannya ke Damaskus, disebuah warung yang biasa jadi tempat berkumpulnya para pandai besi, ia melihat orang bermain catur. Ia langsung mendatangi tempat itu untuk mengambil papan catur dan membalikkannya. Mereka yang tengah bermain catur hanya termangu dan diam.

Beliau juga pernah mengobrak-abrik tempat pemabukkan dan pendukungnya. Bahkan, pernah pada suatu jum'at, Ibnu Taymiyyah dan pengikutnya memerangi penduduk yang tinggal digunung jurdu dan Kasrawan karena mereka sesat dan rusak aqidahnya akibat perlakuan tentara tar-tar yang pernah menghancurkan kota itu. Beliau kemudian menerangkan hakikat Islam pada mereka.

Tak hanya itu, beliau juga seorang mujahid yang menjadikan jihad sebagai jalan hidupnya. Katanya: "Jihad kami dalam hal ini adalah seperti jihad Qazan, jabaliah, Jahmiyah, Ittihadiyah dan lain-lain. Perang ini adalah sebagian nikmat besar yang dikaruniakan Allah Ta'ala pada kita dan manusia. Namun kebanyakan manusia tak banyak mengetahuinya."

Tahun 700 H, Syam dikepung tentara tar-tar. Ia segera mendatangi walikota Syam guna memecahkan segala kemungkinan yang terjadi. Dengan mengemukakan ayat Alqur'an ia bangkitkan keberanian membela tanah air menghalau musuh. Kegigihannya itu membuat ia dipercaya untuk meminta bantusan sultan di Kairo. Dengan argumentasi yang matang dan tepat, ia mampu menggugah hati sultan. Ia kerahkan seluruh tentaranya menuju Syam sehingga akhirnya diperoleh kemenangan yang gemilang.

Pada Ramadhan 702 H, beliau terjun sendiri kemedan perang Syuquq yang menjadi pusat komando pasukan tar-tar. Bersama tentara Mesir, mereka semua maju bersama dibawah komando Sultan. Dengan semangat Allahu Akbar yang menggema mereka berhasil mengusir tentara tar-tar. Syuquq dapat dikuasai.

Pandangan Dan Jalan Fikiran

Pemikiran Ibnu Taymiyyah tak hanya merambah bidang syar'I, tapi juga mengupas masalah politik dan pemerintahan. Pemikiran beliau dalam bidang politik dapat dikaji dari bukunya Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyah fi naqdh Kalam as-Syi'ah wal Qadariyah (Jalan Sunnah Nabi dalam pemyangkalan terhadap keyakinan kalangan Syi'ah dan Qadariyah), As-Siyasah as-Syar'iyah (Sistem Politik Syari'ah), Kitab al-Ikhriyaratul 'Ilmiyah (Kitab aturan-aturan yuridis yang berdiri sendiri) dan Al-Hisbah fil Islam (Pengamat terhadap kesusilaan masyarakat dalam Islam)

Sebagai penganut aliran salaf, beliau hanya percaya pada syari'at dan aqidah serta dalil-dalilnya yang ditunjukkan oleh nash-nash. Karena nash tersebut merupakan wahyu yang berasal dari Allah Ta'ala. Aliran ini tak percaya pada metode logika rasional yang asing bagi Islam, karena metode semacam ini tidak terdapat pada masa sahabat maupun tabi'in. Baik dalam masalah Ushuludin, fiqih, Akhlaq dan lain-lain, selalu ia kembalikan pada Qur'an dan Hadits yang mutawatir. Bila hal itu tidak dijumpai maka ia bersandar pada pendapat para sahabat, meskipun ia seringkali memberikan dalil-dalilnya berdasarkan perkataan tabi'in dan atsar-atsar yang mereka riwayatkan.

Menurut Ibnu Taymiyyah, akal pikiran amatlah terbatas. Apalagi dalam menafsirkan Al-Qur'an maupun hadits. Ia meletakkan akal fikiran dibelakang nash-nash agama yang tak boleh berdiri sendiri. Akal tak berhak menafsirkan, menguraikan dan mentakwilkan qur'an, kecuali dalam batas-batas yang diizinkan oleh kata-kata (bahasa) dan dikuatkan oleh hadits. Akal fikiran hanyalah saksi pembenar dan penjelas dalil-dalil Al-Qur'an.

Bagi beliau tak ada pertentangan antara cara memakai dalil naqli yang shahih dengan cara aqli yang sharih. Akal tidak berhak mengemukakan dalil sebelum didatangkan dalil naqli. Bila ada pertentangan antara aqal dan pendengaran (sam'i) maka harus didahulukan dalil qath'i, baik ia merupakan dalil qath'i maupun sam'i.

Polemik Ibnu Taymiyah

Pribadi Ibnu Taymiyyah memiliki banyak sisi. Sebuah peran yang sering terlihat adalah kegiatannya menentang segala bid'ah, khurafat dan pandangan-pandangan yang menurutnya sesat. Tak heran jika ia banyak mendapat tantangan dari para ulama.

"Sesungguhnya saya lihat ahli-ahli bid'ah, orang-orang yang besar diombang-ambingkan hawa nafsu seperti kaum mufalsafah (ahli filsafat), Bathiniyah (pengikut kebathinan), Mulahadah (mereka yang keras menentang Allah) dan orang-orang yang menyatakan diri dengan wihdatul wujud (bersatunya hamba dengan khaliq), Dahriyah (mereka yang menyatakan segalanya waktu yang menentukan), Qadhariyah (manusia berkehendak dan berkuasa atas segala kemauannya), Nashiriyah, Jamhiyah, Hulliyah, mu'thilah, Mujassamah, Musyibihah, Rawandiyah, Kilabiyah, Salimiyah dan lain-lain yang terdiri atas orang-orang yang tenggelam dalam kesesatan, dan mereka yang telah tertarik masuk kedalamnya penuh sesat. Sebagian besar mereka bermaksud melenyapkan syari'at Muhammad yang suci, yang berada diatas segala agama. Para pemuka aliran sesat tersebut menyebabkan manusia berada dalam keraguan tentang dasar-dasar agama mereka. Sedikit sekali saya mendengan mereka menggunakan Al-qur'an dan hadits dengan sebenarnya. Mereka adalah orang-orang zindiq yang tak yakin dengan agama. Setelah saya melihat semua itu, jelaslah bagi saya bahwa wajib bagi setiap orang yang mampu untuk menentang kebathilan serta melemahkan hujjah-hujjah mereka, untuk mengerahkan tenaganya dalam menyingkap keburukkan-keburukkannya dan membatalkan dalil-dalilnya." Demikian diantara beberapa pendapatnya yang mendapat tantangan dari mereka yang merasa dipojokkan dan disalahkan.

Tahun 705 H, kemampuan dan keampuhan Ibnu Taymiyyah diuji. Para Qadhi berkumpul bersama sultan di istana. Setelah melalui perdebatan yang sengit antara mereka, akhirnya jelah bahwa Ibnu Taymiyyah memegang aqidah sunniyah salafiyah. Banyak diantara mereka menyadari akan kebenaran Ibnu Taymiyyah.

Namun, upaya pendeskriditan terhadap pribadi Ibnu Taymiyyah terus berlangsung. Dalam sebuah pertemuan di Kairo beliau dituduh meresahkan masyarakat melalui pendapat-pendapatnya yang kontroversial. Sang qadhi yang telah terkena hasutan memutuskan Ibnu Taymiyyah bersalah. Beliau diputuskan tinggal dalam penjara selama satu tahun beberapa bulan.

Dalam perjalanan hidupnya, ia tak hanya sekali merasakan kehidupan penjara. Tahun 726 H, berdasarkan fakta yang diputar balikkan, Sultan megeluarkan perintah penangkapannya. Mendengar ini ia berujar, "Saya menunggu hal itu. Disana ada masalah dan kebaikkan banyak sekali."

Kehidupan dalam penjara ia manfaatkan untuk membaca dan menulis. Tulisan-tulisannya tetap mengesankan kekuatan hujjah dan semangat serta pendapat beliau. Sikap itu malah mempersempit ruang gerak Ibnu Taymiyyah. Tanggal 9 Jumadil Akhir 728 H, semua buku, kertas, tinta dan pena-nya dirampas. Perampasan itu merupakan hantaman berat bagi Ibnu Taymiyyah. Setelah itu ia lebih banyak membaca ayat suci dan beribadah. Memperbanyak tahajjud hingga keyakinanya makin mantap.

Setelah menderita sakit selama dua puluh hari, beliau menghadap Rabbnya sesuai dengan cita-citanya: mati membela kebenaran dalam penjara.
Hari itu, tanggal 20 Dzulqaidah 728 H pasar-pasar di Damaskus sepi-sepi. Kehidupan berhenti sejenak. Para Emir, pemimpin, ulama dan fuqaha, tentara, laki-laki dan perempuan, anak-anak kecil semuanya keluar rumah. Semua manusia turun kejalan mengantar jenazahnya.

Sumber: www.alsofwah.or.id
http://www.wahabiah.blogspot.com

Rabu, 23 Julai 2008

JAWAPAN: NAJD SEBAGAI TEMPAT TIMBULNYA FITNAH DAN FITNAH DARI TIMUR

Betulkah ajaran "Wahabi" adalah daripada "Najd" sebagaimana hadis riwayat Imam Bukhari dan lain-lain yangmana disebutkan "Najd" adalah tempat berlakunya fitnah dan lahirnya dua tanduk syaitan?

Berikut adalah hadis tersebut:

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.



Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Bukhari, dalam Sahih al-Bukhari, no: 6681]

Hadis ini menunjukkan negeri Najd tersebut adalah tempat keluarnya Tanduk syaitan serta berlakunya gempa bumi dan fitnah daripada tempat tersebut. Persoalannya, "Najd" yang disebutkan dalam hadis ini ialah Najd yang mana? Adakah Najd yang bertempat di Arab Saudi sebagaimana yang diwar-warkan oleh pendokong Asya'irah demi meyakinkan ajaran wahabi adalah ajaran yang membawa fitnah!!

Untuk mengetahui dengan lanjut makna/ maksud sebenar hadis ini adalah dengan melihat hadis lain yang menerangkan dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut. Hadisnya adalah seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.



Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”.
Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [Hadis riwayat Thabrani dalam Mu'jam al-Ausath (1/246 & 1/4256), Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyik (1/120), Abu 'Ali al-Qusyairy al-Harany dalam Tarikh al-Raqah (2/20/1-2), Abu Nu'aim dalam al-Haliyyah (6/133), dan lain-lain; Rujuk Silsilah al-Sahihah, no: 2246]

Dalam hadis ini lebih jelas yang dimaksudkan dengan "Najd" pada hadis pertama adalah negeri Iraq. Kedua-dua hadis ini sanadnya melalui sahabat nabi iaitu Abdullah Ibn Umar Radhiallahu'anhuma. Hadis yang pertama (riwayat Bukhari) jalan sanad Nafi' daripada Ibn 'Umar Radhiallahu'anhuma, manakala hadis yang kedua (riwayat Ibn 'Asakir dan Abu Nu'aim) melalui jalan sanad Salim daripada Umar Radhiallahuanhuma. Menurut kaedah Ilmu Hadis kedua-dua Nafi' dan Salim menyokong antara satu sama lain secara mutaba'ah. Maka jelaslah kedua-dua riwayat di atas hakikatnya riwayatnya adalah sama dan menjadi penjelas antara satu sama lain. [Rujuk: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Dr. Azwira Abdul Aziz, ms 135]

Ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dimana Salim Ibn Abdullah Ibn Umar Radhiallahu'anhuma pernah berkata:

يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان...



Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) ‘Abd Allah Ibn ‘Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…” [Hadis riwayat Muslim, dalam Sahih Muslim, no: 2905]


HURAIAN IBN HAJAR AL-'ASQALANI

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-’Asqalani rahimahullah memetik kata-kata Al-Khattabi rahimahullah :

نجد من جهة المشرق، ومن كان بالمدينة كان نجده بادية العراق ونواحيها وهي مشرق أهل المدينة، وأصل نجد ما ارتفع من الأرض وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة.


Maksudnya: “Najd itu di sebelah timur, sesiapa yang berada di Madinah maka najdnya ialah pendalaman negeri Iraq dan persekitarannya yang menjadi arah timur (bagi) penduduk Madinah. Ini kerana asal (perkataan) najd (dari segi bahasa) ialah kawasan tanah tinggi yang menjadi lawan kepada ghaur yang bermaksud kawasan tanah rendah (lembah), sedangkan Tihamah keseluruhannya adalah lembah dan Makkah pula termasuk sebahagian dari Tihamah” [Lihat Fathul Bari, Syarah Sahih bukhari, 13/47]

Kemudian, Al-Hafiz Ibn Hajar mengomentari kata-kata Al-Khattabi dengan katanya:

وعرف بهذا وهاء ما قاله الداودي إن نجدا من ناحية العراق فإنه توهم أن نجدا موضع مخصوص وليس كذلك بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى المرتفع نجدا والمنخفض غورا.


Maksudnya: “Dan dengan ini dapat diketahui kelemahan pendapat Ad-Dawudi yang waham (menyangka) bahawa najd itu suatu tempat khusus di sebelah Iraq, sedangkan ia bukan sedemikian, bahkan setiap (tempat) yang tinggi berbanding sekelilingnya, (maka) dinamakan yang tinggi itu najd manakala yang rendah pula ghaur” [Ibid]

MAKSUD NAJD BERDASARKAN FAKTA SEJARAH

Dalam hadith berkenaan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menggambarkan negeri Najd sebagai tempat yang banyak berlaku gempa bumi dan fitnah. Realiti sejarah telah membuktikan bahawa tempat yang banyak berlaku gempa bumi ialah kawasan sekitar negeri Iraq dan Iran.


Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.


Dalam konteks sejarah perkembangan hadith, Kufah terkenal sebagai pusat penyebaran hadith palsu sehingga para perawi yang pergi dan datang dari sana di ‘kuarantinkan’ riwayat mereka oleh para ulama sebagai langkah berwaspada.


Manakala dalam konteks sejarah moden pula, dapat disaksikan bagaimana dahsyatnya peperangan antara Iraq dan Iran, diikuti oleh krisis perang Teluk pada tahun 1992 dan seterusnya penaklukan oleh Amerika yang berterusan hingga ke hari ini. Ini berlanjutan dengan peristiwa pembunuhan dan pengeboman di Iraq yang berlaku saban hari dan ketika, manakala kesan dari segala fitnah itu pula dirasai dan diratapi oleh umat Islam di seluruh dunia.


Semua fenomena yang berlaku di Iraq sejak dari dahulu sampai sekarang adalah suatu fitnah yang benar-benar menepati apa yang digambarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabdanya itu. Bahkan banyak riwayat hadith sahih yang menunjukkan bahawa kemunculan Dajjal di akhir zaman juga berlaku di sebelah Iraq, iaitu di kawasan Asbahan dan Khurasan yang sekarang ini termasuk dalam sempadan negara Iran. [Rujuk:
Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Dr. Azwira Abdul Aziz, ms 139-140]

Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini. [Ibid, ms 140-141]

MAKSUD NAJD DARI SUDUT UMUM ATAU KHUSUS

Walaupun hadis menunjukkan kedudukan negara Iraq sebagai tempat yang banyak menimbulkan fitnah termasuk Iran, namun ia sebenarnya tidak menggambarkan kejahatan tempat tersebut secara umum. Ini kerana penentuan sesuatu tempat sebagai punca fitnah bukan bererti kecaman tempat tersebut secara mutlak. Akan tetapi ia bermaksud kecaman pada suasana yang berlaku di tempat itu pada suatu masa yang tertentu.

Sesuatu tempat yang dianggap sebagai tidak baik tidak semestinya menggambarkan kejahatan seluruh penduduknya sepanjang masa
, sebagaimana sesuatu tempat yang dianggap sebagai baik juga tidak semestinya menggambarkan kebaikan seluruh penduduknya sepanjang masa.

Justeru di samping fitnah yang banyak berlaku, negeri Iraq juga melahirkan ramai tokoh ulama Islam yang terbilang, bahkan Kota Baghdad pernah menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan ilmu yang terbesar dalam sejarah tamadun manusia.


Demikian juga di samping kebaikan yang ada pada negeri Yaman, Syam, Makkah dan Madinah, fitnah masih tetap berlaku di negeri-negeri berkenaan pada masa-masa yang tertentu. Sebagai contoh, dari negeri Yaman puak Yahudi datang ke Madinah, dari negeri Yaman juga tentera bergajah Abrahah datang menyerang Makkah dan di negeri Yaman juga muncul Al-Aswad Al-’Anasi sebagai nabi palsu. Di negeri Syam pula muncul Luqait Al-Azdi sebagai nabi palsu dan di situlah tempatnya medan pertumpahan darah antara umat Islam, Yahudi dan Kristian kerana perebutan tempat suci. Negeri Makkah dan Madinah juga menyaksikan pertumpahan darah kerana menegakkan kalimah tauhid pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam meninjau-ninjau di atas sebuah tembok Kota Madinah Baginda bersabda:

إني لأرى الفتن تقع من خلال بيوتكم كوقع المطر

Maksudnya: “Sesungguhnya aku melihat fitnah menimpa rumah-rumah kamu seperti titisan air hujan” [Hadis riwayat Bukhari, no: 6651]

Semua ini menggambarkan betapa kesucian sesuatu tempat bukan jaminan bagi terhindarnya fitnah. Demikian juga dengan kawasan-kawasan yang tidak disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai lokasi fitnah, seperti Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Tenggara, bukanlah bermakna ia bebas daripada fitnah. Bahkan fitnah yang berlaku di India misalnya mungkin lebih banyak daripada yang berlaku di Iraq itu sendiri.

Kesimpulan lain yang dapat juga diambil daripada perbincangan ini adalah, jika diandaikan perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi merujuk kepada negara Arab Saudi yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (yakni tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab), maka yang demikian itu langsung tidak menggambarkan kecaman terhadap individu tertentu yang tinggal di sana. [
Rujuk: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar? Dr. Azwira Abdul Aziz, ms 141-143]

MAKSUD "TANDUK SYAITAN"


Al-Hafiz Ibn Hajar
rahimahullah menjelaskan maksud ungkapan tanduk syaitan itu dalam Fathul Bari (13/ 46-47) ialah seperti berikut:

1)
Sebagai kiasan bagi menggambarkan kekuatan Syaitan dan apa saja yang memohon pertolongan kepadanya (Syaitan) dalam penyesatan (manusia).

2) Bahawa Syaitan menyelaraskan tanduknya dengan (arah) Matahari ketika terbitnya, supaya penyembahan golongan penyembah Matahari akan terarah kepadanya.

3) Bahawa bagi Matahari itu ada Syaitan yang mana ia terbit antara dua tanduknya.

4) Bahawa pada hari itu penduduk sebelah timur Madinah terdiri daripada golongan kafir, manakala fitnah yang pertama (fitnah pembunuhan ‘Uthman radhiallahu ‘anhum) datangnya dari sebelah Timur, dan ia menjadi sebab berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam, sedangkan perpecahan itu disukai dan digembirai oleh Syaitan.

Demikianlah JAWAPAN: NAJD SEBAGAI TEMPAT TIMBULNYA FITNAH DAN FITNAH DARI TIMUR menjawap tulisan bertajuk "Hadis no 1: Nadj Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah dan "Hadis no 2: Fitnah Dari Timur" yang ditulis dalam blog al-ashairah.blogspot.com, pemilik blog berkata: "
Antara Riyadh, Iraq dan Iran, manakah satu arah timur Madinah? Tanyalah diri sindiri" Maka saya pula mengatakan tanyalah diri sendiri berdasarkan ilmu, bukan hawa nafsu. Wallahua'lam..

http://wahabiah.blogspot.com

Khamis, 17 Julai 2008

I'TIQAD PARA IMAM SALAF AS-SOLEH BERKAITAN SIFAT-SIFAT ALLAH

1) I'tiqad Imam as-Syafi'i yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah:

Berkata Imam as-Syafi'i Rahimahullah tentang I'tiqad para salafus soleh yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla:

الذي هو كما وصف نفسه وفوق ما يصفه به خلقه

"Dia adalah sebagaimana yang disifatkan oleh diriNya sendiri, dan Dia (Allah) mengatasi dengan sifatnya atas segala makhlukNya." - Lihat: Ar-Risalah, halaman 7, dalam Muqaddimah, Tahqiq Ahmad Syakir.

2) I'tiqad Abu Hanifah yang berkaitan Tauhid al-Asma was Sifat:

فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف ولا يقال إن يده قدرته أو نعمته لأن فيه إبطال الصفة وهو قول أهل القدر والإعتزال ولكن يده صفته بلا كيف وغضبه ورضاه صفتان من صفاته تعالى بلا كيف

"Maka apa yang disebut tentang sifatnya oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran daripada sebutan Wajah, Tangan dan Diri(Nya), maka itu adalah sifat-sifat bagiNya tanpa mempersoalkan (ditanyakan) bagaimana (bentuknya). Tidak dikatakan: Sesungguhnya TanganNya adalah kuasaNya atau nikmatNya kerana padanya merupakan pembatalan sifat. Dan begitulah pendapat Qadariyah dan Muktazilah. Akan tetapi TanganNya adalah sifatNya tanpa dipersoalkan bentuk. Marah serta RedhaNya adalah dua sifat daripada sifat-sifatNya tanpa dipersoalkan bentuk." - Lihat: Syarah Kitab al-Fiqh al-Akbar, halaman 66-68.

Beliau (Imam Abu Hanifah) berkata lagi: "Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak disifati dengan sifat-sifat makhlukNya. Benci dan RedhaNya adalah dua sifatNya, tidak kita tanyakan bagaimana hakikatnya. Inilah i'tikaq Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka Allah membenci (marah) dan meredhai. Namun tidak sewajarnya kita katakan: KebencianNya adalah siksaNya dan dan redhaNya adalah pahalaNya. Kita menyifati Allah sepertimana Ia menyifati diriNya sendiri." - Lihat: Al-Fiqhul Akbar, halaman 56, Imam Al-Qari.

3) I'tiqad Imam Malik bin Anas Rahimahullah yang berkaitan dengan nama-nama dan sifat Allah Azza wa Jalla:

قال الوليد بن مسلم سألت الأوزاعي ومالك وسفيان الثوري والليث بن سعد عن هذه الأحاديث فقالوا أمروها كما جاءت بلا كيف

"Berkata Al-Walid bin Muslim: Aku telah bertanya kepada al-Auza'i, Malik, Sufyan at-Tsauri, Laits bin Saad tentang hadis-hadis ini, mereka berkata: Terimalah ia sebagaimana ia didatangkan, tanpa ditanya bagaimana." - Dikeluarkan oleh Al-Lalakaii, no: 960, Syarah Usul I'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4) I'tikad Ahmad bin Hanbal Rahimahullah tentang nama-nama dan sifat Allah Azza wa Jalla: Imam Ahmad mengharamkan perbuatan takwil, takyif, tasybih, tamtsil, ta'thil, dan tahrif. Beliau berkata:

أمرها كما جاءت ويؤمن بها ولا يرد منها شيء إذا كانت بأسانيد صحاح

"Diterima sebagaimana didatangkan dan diimani dengannya, dan jangan ditolak daripadanya sesuatu jika ia adalah didatangkan dengan sanad yang sahih." - Lihat: Al-Aqidah li Ahmad bin Hanbal, riwayat Musaddad bin Musarhad, halaman 127.

5) I'tikad Abu Utsman Ismail bin Abdur-Rahman as-Sabuni: Syeikh Abu Utsman seorang ahlul hadis berkata: "Sesungguhnya Ahlul Hadis menetapkan (itsbat) segala sifat-sifat Allah sebagaimana yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah bagi diriNya di dalam kitabNya melalui lisan RasulNya sallallahu 'alaihi wasallam. Mereka tidak sekali-kali menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhlukNya. Mereka menyatakan: Sesungguhnya Allah telah menciptakan nabi Adam dengan tanganNya. Sebagaimana difirmankanNya:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ

"Wahai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua TanganKu." [Surah Saad: 75]

Ahlul Hadis tidak memesongkan firmanNya daripada tempatnya sepertimana penyelewengan Mu'tazilah dan Jahmiyah yang memaksudkan dengan dua Tangan Allah ialah dua nikmatNya atau kekuasaanNya. Semoga Allah menghina mereka." - Akidah Ahlul Hadis, no: 3, As-Sabuni.

6) I'tikad Ahlul Hadis al-Imam al-Auza'i Rahimahullah: Beliau adalah seorang hafiz dan tokoh salaf di zamannya. Beliau berkata tentang tauhid al-Asma wa al-Sifat:

كنا والتابعون متوافرون نقول إن الله تعالى ذكره فوق عرشه ونؤمن بما وردت السنة به من صفاته جل وعلا

"Keadaan kami dan para tabi'in bersepakat menyatakan: Sesungguhnya Allah Ta'ala menyebut bahawa diriNya di atas Arasy-Nya. Dan kami beriman dengan apa yang warid dari as-Sunnah tentang sifat-sifatNya Jalla wa 'Ala." - Dinilai Sahih oleh Ibn Qayyim, Lihat: Ijtima al-Juyus al-Islamiyah, halaman 69, juga dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Asma' wa al-Sifat, halaman 515.

7) I'tikad Imam Ad-Daruquthni Rahimahullah: Dari Walid bin Muslim, bahawa Imam ad-Daruquthni berkata: "Aku pernah berkata kepada Malik, ath-Tsauri, al-'Auza'i, dan Laits bin Sa'ad berkenaan nas-nas yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah, mereka menjawab: Fahamilah apa adanya sebagaimana yang didatangkan tanpa ditakwil." - Lihat: Asy-Syariah, halaman Al-Ajari dan Lihat: Al-I'tikad, halaman 118, Al-Baihaqi.

8) I'tikad Ibn Qayyim Rahimahullah: Berkata Ibn Qayyim tentang pegangan Imam Abu Hasan Al-Asy'ari: "Abu Hasan Al-Asy'ari dan para imam yang tergolong dalam kalangan sahabat beliau, mereka bersepakat atas menetapkan tentang sifat-sifat yang dikhabarkan yang dijelaskan di dalam al-Quran seperti Istiwa', Muka, Dua Tangan, dan membatalkan pentakwilannya." - Lihat: Al-Ibanah 'An Usuluddiyanah, halaman 30, Abu Hasan al-Asy'ari, Tahqiq Muhammad 'Uyun.

9) I'tikad Imam az-Zahabi: Beliau meyebut dari Imam Syafi'i bahawa: "Kita mengitsbatkan sifat-sifat yang disebutkan oleh al-Quran dan as-Sunnah iaitu kita menafikan penyerupaan (Sifat Allah dengan sifat makhlukNya), sebagaimana Ia telah menafikannya pada diriNya sendiri." - Lihat: Syiar A'lam an-Nubala, halaman 341.

10) I'tikad Ibnul Jauzi Rahimahullah: Beliau menukil surat kiriman Imam Ahmad bin Hanbal kepada Musaddad: "Sifatilah Allah dengan sifat yang telah disifatiNya sendiri. Nafikanlah dari apa telah dinafikannya sendiri oleh Allah." Lihat: Manaqib al-Imam Ahmad, halaman 221.

http://wahabiah.blogspot.com

Rabu, 16 Julai 2008

DALIL-DALIL SIFAT KALAM BAGI ALLAH

Firman Allah Ta'ala:

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

"Dan siapakah orang-orang yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [Surah al-Nisa': 87]


وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا

"Dan siapakah orang-orang yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [Surah al-Nisa': 122]


وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam." [Surah al-Maidah: 116]


وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (surah al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang boleh mengubah-ubah kalimat-kalimatNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Surah al-An'aam: 115]


وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

"Dan Allah telah berfirman (berbicara) kepada Musa dengan secara langsung." [Surah al-Nisa': 164]


مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّه

"Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengannya)." [Surah al-Baqarah: 253]
ُ


وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ

"Dan ketika Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya." [Surah al-A'raf: 143]


وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا

"Dan Kami (Allah) telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat kepada Kami." [Surah Maryam: 52]


وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Dan ingatlah (ketika) Tuhanmu menyeru Musa (dengan firmanNya): "Datangilah kaum yang zalim itu." [Surah al-Syu'ara: 10]


وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ

"Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu?" [Surah al-A'raf: 22]


وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ مَاذَا أَجَبْتُمُ الْمُرْسَلِينَ

"Dan (ingatlah) hari (di waktu) Allah menyeru mereka, seraya berkata: "Apakah jawabmu kepada para rasul." [Surah al-Qasas: 65]


وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ

"Dan jika seseorang di antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya sempat mendengar firman Allah." [Surah al-Taubah: 6]


وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Padahal sesungguhnya segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah memehaminya, sedangkan mereka mengetahui." [Surah al-Baqarah: 75]


يُرِيدُونَ أَنْ يُبَدِّلُوا كَلَامَ اللَّهِ قُلْ لَنْ تَتَّبِعُونَا كَذَلِكُمْ قَالَ اللَّهُ مِنْ قَبْلُ

"Mereka handak merubah kalamullah. Katakanlah: "Kamu sekali-kali tidak (boleh) mengikuti kami, demikian Allah telah menetapkan sebelumnya." [Surah al-Fath: 15]


وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ

"Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu kitab Tuhanmu (surah al-Quran). Tidak ada (seorang pun) yang dapat merubah kalimat-kalimatNya." [Surah al-kahfi: 27]


إِنَّ هَذَا الْقُرْآَنَ يَقُصُّ عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

"Sesungguhnya al-Quran ini menjelaskan kepada Bani Israel sebahagian besar dari (perkara-perkara) yang mereka berselisih tentangnya." [Surah al-Naml: 76]


وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ

"Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya)." [Surah al-An'aam: 155]


لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّه

"kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran kepada gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah." [Surah al-Hasyr: 21]



وَإِذَا بَدَّلْنَا آَيَةً مَكَانَ آَيَةٍ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَِ

"Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat lain sebagai penggantinya, padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya." [Surah al-Nahl: 101]


قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آَمَنُوا وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِين

"Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan al-Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." [Surah al-Nahl: 102]



وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِين
ٌَ

"Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka berkata: "Sesungguhnya al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad) padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya bahasa 'Ajam, sedangkan al-Quran adalah bahasa Arab yang terang." [Surah al-Nahl: 103]

KETERANGAN DALIL

Daripada ayat-ayat al-Quran di atas, menunjukkan adanya sifat Kalam bagi Allah. Dalam masalah ini golongan Muktazilah berpendapat kalam Allah adalah makhluk yang terpisah dari diriNya. Manakala golongan Asya'irah berpendapat Kalam Allah menetap pada ZatNya, azali dan abadi, tidak berta'alluq dengan kehendak dan kekuasaanNya, tidak bersuara dan tidak berhuruf. Bahkan ada juga daripada kelompok yang melampaui batas mengatakan Kalam Allah adalah berupa suara dan huruf yang qadim dan menetap pada Zat serta KalamNya ini bersama Dia sejak azali. Ini bermakna Dia tidak menyatakan sedikit demi sedikit. Sebahagian ulama lagi ada yang berpendapat Kalam Allah itu baru, menetap pada ZatNya, berta'alluq dengan kehendak dan kekuasaanNya, memiliki sifat permulaan sehingga menurut mereka Allah bukan bersifat mutakallim sejak azali. Pendapat ini adalah daripada golongan Karamiyyah. Semua golongan yang di sebut di atas adalah pendapat yang salah lagi bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. [Lihat: Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah, Dr. Muhammad Khalil Harras, ms. 109]

Adapun Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat Allah Subhanahu Wa Ta'ala selalu berfirman (mutakallim) menurut kehendakNya. Sedangkan Kalam adalah sifat yang menetap pada diriNya, dengannya Dia berfirman sesuai dengan Qudrah dan IradahNya. Dia selalu dan tidak akan pernah tidak sebagai mutakallim (yang berfirman). Apa yang difirmankan olehNya adalah kalam yang menetap pada zatNya, bukan makhluk dan tidak terpisah dariNya sebagaimana pendapat golongan Mu'tazilah.

Allah Ta'ala menyeru Nabi Musa 'Alaihis salam bersuara, memanggil Nadi Adam dan Hawa dengan suara, mengundang pada HambaNya esok pada hari kiamat juga dengan suara. Dia berfirman melalui wahyu dengan suara, akan tetapi huruf dan suara yang dengannya Allah berkalam adalah sifat bukan makhluk, dan tidak pula menyerupai suara makhluk. Seperti halnya ilmu Allah yang menetap pada ZatNya tidak sama dengan ilmu hambaNya. Kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menyerupai hambaNya dengan sifatNya apa pun. [Lihat: Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah, ms. 109-110]

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

ما من عبد إلا سيكلمه الله يوم القيامة ليس بينه وبينه ترجمان

"Tiada seorang hamba pun kecuali Allah akan berbicara dengannya esok pada hari kiamat antara Allah dan dia tidak ada penterjemah." [Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]

Pada firman Allah surah al-Taubah ayat 6 di atas dan ayat selanjutnya menunjukkan bahawasanya al-Quran yang dibaca dan didengar serta ditulis antara lembara mushaf adalah kalam Allah yang hakiki. Ayat-ayat tersebut juga menunjukkan bahawasanya al-Quran itu diturunkan dari sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan erti Allah Subhanahu wa Ta'ala mengucapkan ayat-ayat al-Quran kepada malaikat Jibril dengan bersuara yang didengarnya. Kemudian malaikat Jibril menyampaikannya kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang dia dengar dari Allah. [Lihat: Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah, ms. 113-114]

Ini bermakna Al-Quran yang berbahasa Arab itu adalah bukan makhluk, ia berasal dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan akan kembali kepadaNya. Allah berfirman dalam al-Quran dengan makna hakiki. Pada hakikatnya kalamullah adalah bukan kalam makhluk. Jika seseorang membaca al-Quran atau menulisnya di dalam mushaf tidaklah bererti ia bukan kalamullah lagi. Sebab kalam itu sesungguhnya disandarkan kepada yang berkalam pada awalnya, bukan kepada orang yang menyampaikan kepada orang lain. Allah Ta'ala berfirman dengan huruf dan makna serta lafaz dari diriNya.

Jika seseorang membaca "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin" yang terdengar itu adalah kalamullah bukan kalam dirinya. Sebab dia hanya membaca dengan suara dirinya bukan suara Allah subhanahu wa Ta'ala. Seperti juga halnya al-Quran adalah kalamullah, maka juga dapat dikatakan sebagai kitabullah. Kerana Dia telah menulisnya di Luh Mahfuz dan kerana al-Quran itu tertulis di dalam mushaf sebagaimana dalam firman Allah:


إِنَّهُ لَقُرْآَنٌ كَرِيمٌ (77)
فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Luh Mahfuz)." [Surah al-Waqi'ah: 77-78]


فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ

"(al-Quran itu tersimpan) di Luh Mahfuz." [Suah al-Buruj: 22]

http://wahabiah.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails