Rabu, 16 Julai 2008

DALIL-DALIL SIFAT KALAM BAGI ALLAH

Firman Allah Ta'ala:

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

"Dan siapakah orang-orang yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [Surah al-Nisa': 87]


وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا

"Dan siapakah orang-orang yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" [Surah al-Nisa': 122]


وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam." [Surah al-Maidah: 116]


وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (surah al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang boleh mengubah-ubah kalimat-kalimatNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Surah al-An'aam: 115]


وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

"Dan Allah telah berfirman (berbicara) kepada Musa dengan secara langsung." [Surah al-Nisa': 164]


مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّه

"Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengannya)." [Surah al-Baqarah: 253]
ُ


وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ

"Dan ketika Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya." [Surah al-A'raf: 143]


وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا

"Dan Kami (Allah) telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat kepada Kami." [Surah Maryam: 52]


وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Dan ingatlah (ketika) Tuhanmu menyeru Musa (dengan firmanNya): "Datangilah kaum yang zalim itu." [Surah al-Syu'ara: 10]


وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ

"Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu?" [Surah al-A'raf: 22]


وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ مَاذَا أَجَبْتُمُ الْمُرْسَلِينَ

"Dan (ingatlah) hari (di waktu) Allah menyeru mereka, seraya berkata: "Apakah jawabmu kepada para rasul." [Surah al-Qasas: 65]


وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ

"Dan jika seseorang di antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya sempat mendengar firman Allah." [Surah al-Taubah: 6]


وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

"Padahal sesungguhnya segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah memehaminya, sedangkan mereka mengetahui." [Surah al-Baqarah: 75]


يُرِيدُونَ أَنْ يُبَدِّلُوا كَلَامَ اللَّهِ قُلْ لَنْ تَتَّبِعُونَا كَذَلِكُمْ قَالَ اللَّهُ مِنْ قَبْلُ

"Mereka handak merubah kalamullah. Katakanlah: "Kamu sekali-kali tidak (boleh) mengikuti kami, demikian Allah telah menetapkan sebelumnya." [Surah al-Fath: 15]


وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ

"Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu kitab Tuhanmu (surah al-Quran). Tidak ada (seorang pun) yang dapat merubah kalimat-kalimatNya." [Surah al-kahfi: 27]


إِنَّ هَذَا الْقُرْآَنَ يَقُصُّ عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

"Sesungguhnya al-Quran ini menjelaskan kepada Bani Israel sebahagian besar dari (perkara-perkara) yang mereka berselisih tentangnya." [Surah al-Naml: 76]


وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ

"Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya)." [Surah al-An'aam: 155]


لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّه

"kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran kepada gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah." [Surah al-Hasyr: 21]



وَإِذَا بَدَّلْنَا آَيَةً مَكَانَ آَيَةٍ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَِ

"Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat lain sebagai penggantinya, padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya." [Surah al-Nahl: 101]


قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آَمَنُوا وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِين

"Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan al-Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)." [Surah al-Nahl: 102]



وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِين
ٌَ

"Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka berkata: "Sesungguhnya al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad) padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya bahasa 'Ajam, sedangkan al-Quran adalah bahasa Arab yang terang." [Surah al-Nahl: 103]

KETERANGAN DALIL

Daripada ayat-ayat al-Quran di atas, menunjukkan adanya sifat Kalam bagi Allah. Dalam masalah ini golongan Muktazilah berpendapat kalam Allah adalah makhluk yang terpisah dari diriNya. Manakala golongan Asya'irah berpendapat Kalam Allah menetap pada ZatNya, azali dan abadi, tidak berta'alluq dengan kehendak dan kekuasaanNya, tidak bersuara dan tidak berhuruf. Bahkan ada juga daripada kelompok yang melampaui batas mengatakan Kalam Allah adalah berupa suara dan huruf yang qadim dan menetap pada Zat serta KalamNya ini bersama Dia sejak azali. Ini bermakna Dia tidak menyatakan sedikit demi sedikit. Sebahagian ulama lagi ada yang berpendapat Kalam Allah itu baru, menetap pada ZatNya, berta'alluq dengan kehendak dan kekuasaanNya, memiliki sifat permulaan sehingga menurut mereka Allah bukan bersifat mutakallim sejak azali. Pendapat ini adalah daripada golongan Karamiyyah. Semua golongan yang di sebut di atas adalah pendapat yang salah lagi bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. [Lihat: Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah, Dr. Muhammad Khalil Harras, ms. 109]

Adapun Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat Allah Subhanahu Wa Ta'ala selalu berfirman (mutakallim) menurut kehendakNya. Sedangkan Kalam adalah sifat yang menetap pada diriNya, dengannya Dia berfirman sesuai dengan Qudrah dan IradahNya. Dia selalu dan tidak akan pernah tidak sebagai mutakallim (yang berfirman). Apa yang difirmankan olehNya adalah kalam yang menetap pada zatNya, bukan makhluk dan tidak terpisah dariNya sebagaimana pendapat golongan Mu'tazilah.

Allah Ta'ala menyeru Nabi Musa 'Alaihis salam bersuara, memanggil Nadi Adam dan Hawa dengan suara, mengundang pada HambaNya esok pada hari kiamat juga dengan suara. Dia berfirman melalui wahyu dengan suara, akan tetapi huruf dan suara yang dengannya Allah berkalam adalah sifat bukan makhluk, dan tidak pula menyerupai suara makhluk. Seperti halnya ilmu Allah yang menetap pada ZatNya tidak sama dengan ilmu hambaNya. Kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menyerupai hambaNya dengan sifatNya apa pun. [Lihat: Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah, ms. 109-110]

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:

ما من عبد إلا سيكلمه الله يوم القيامة ليس بينه وبينه ترجمان

"Tiada seorang hamba pun kecuali Allah akan berbicara dengannya esok pada hari kiamat antara Allah dan dia tidak ada penterjemah." [Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]

Pada firman Allah surah al-Taubah ayat 6 di atas dan ayat selanjutnya menunjukkan bahawasanya al-Quran yang dibaca dan didengar serta ditulis antara lembara mushaf adalah kalam Allah yang hakiki. Ayat-ayat tersebut juga menunjukkan bahawasanya al-Quran itu diturunkan dari sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan erti Allah Subhanahu wa Ta'ala mengucapkan ayat-ayat al-Quran kepada malaikat Jibril dengan bersuara yang didengarnya. Kemudian malaikat Jibril menyampaikannya kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang dia dengar dari Allah. [Lihat: Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah, ms. 113-114]

Ini bermakna Al-Quran yang berbahasa Arab itu adalah bukan makhluk, ia berasal dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan akan kembali kepadaNya. Allah berfirman dalam al-Quran dengan makna hakiki. Pada hakikatnya kalamullah adalah bukan kalam makhluk. Jika seseorang membaca al-Quran atau menulisnya di dalam mushaf tidaklah bererti ia bukan kalamullah lagi. Sebab kalam itu sesungguhnya disandarkan kepada yang berkalam pada awalnya, bukan kepada orang yang menyampaikan kepada orang lain. Allah Ta'ala berfirman dengan huruf dan makna serta lafaz dari diriNya.

Jika seseorang membaca "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin" yang terdengar itu adalah kalamullah bukan kalam dirinya. Sebab dia hanya membaca dengan suara dirinya bukan suara Allah subhanahu wa Ta'ala. Seperti juga halnya al-Quran adalah kalamullah, maka juga dapat dikatakan sebagai kitabullah. Kerana Dia telah menulisnya di Luh Mahfuz dan kerana al-Quran itu tertulis di dalam mushaf sebagaimana dalam firman Allah:


إِنَّهُ لَقُرْآَنٌ كَرِيمٌ (77)
فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Luh Mahfuz)." [Surah al-Waqi'ah: 77-78]


فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ

"(al-Quran itu tersimpan) di Luh Mahfuz." [Suah al-Buruj: 22]

http://wahabiah.blogspot.com

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails