Khamis, 4 Disember 2008

Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, Dan Wahabi bukanlah Sufi

Kalimah tasawwuf (sufi) sangat terkenal dimata masyarakat pada hari ini. Ada yang mengetahui hakikat sebenar kalimah tersebut dan ada yang masih tidak tahu apakah disebaliknya kalimah tersebut.

Asal perkataan sufi adalah daripada perkataan Greek, iaitu 'sofea' bermaksud hikmah atau bijaksana. Sebahagian berpendapat bahawa ia merujuk kepada pemakaian kain bulu, iaitu suf yang merupakan pemakaian kelompok orang yang zuhud. (Rujuk: Al-Sufiah fii Mizan al-Kitab wa al-Sunnah, Muhammad Jamil Zainu)

Muhammad bin Sirin (seorang tabi'in) pernah ditanya tentang terdapat orang yang meniru pemakaian Nabi Isa bin Maryam a.s. maka Ibn Sirin menjawab:

"Terdapat segolongan manusia yang memilih untuk memakai pakaian atau kain yang diperbuat daripada bulu (suf). Menurut mereka seolah-olah mereka meniru perbuatan Nabi Isa bin Maryam a.s. Tetapi, jalan yang diikuti oleh Nabi s.a.w. lebih dicintai oleh kami. Sedangkan rasulullah s.a.w. memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan berbagai-bagai jenis pakaian." (Rujuk: Majmuk al-Fatawa, 11/7)

Dr. Qassim Ganny telah mengemukakan fakta-fakta positif dari ahli sejarah yang membuktikan asal usul kemasukan ideologi tarekat sufi ini ke dalam pemikiran Islam. Antara factor-faktor tersebut ialah:

  1. Beberapa kalangan pengkaji tarekat menegaskan bahawa sufi bukanlah dari syariat Islam, tetapi diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam terutama di dalam bab akidahnya pada zaman di mana agama Islam telah meluas dan orang-orang Islam telah berjaya menawan Rom dan Parsi.

  1. Terdapat banyak persamaan dikebanyakan doktrin dalam ideologi tarekat sufi dengan doktrin kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Ini menguatkan lagi bukti bahawa tarekat sufi berasal dari agama Majusi. Ia menyusup ke dalam Islam dari pengaruh beberapa agama Majusi tersebut terutamanya agama Majusi dan Buddha.

  1. Sebilangan para pengkajian berpendapat, sufi tumbuh dari kesan pemikiran falsafah, tidak terkecuali falsafah Neoplatonisme. Dalil-dalil untuk membuktikan sahihnya pendapat tersebut adalah dengan adanya persamaan teori falsafah tarekat ini dengan teori falsafah dari Barat. Ditambah pula dengan pembuktian sejarah bahawa falsafah Greek sudah meluas di Asia Barat sesudah dan sebelum kedatangan Islam.

  1. Sebahagian pengkaji menegaskan, bahawa sufi diambil dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-pendita dari kedua agama tersebut yang membawa masuk seterusnya menghidupkan ideologi tersebut di dalam ajaran Islam setelah mereka memeluk Islam.

  1. Sebahagian besar ahli sejarah pula menyatakan bahawa sufi pada kenyataannya diambil dari teori falsafah orang-orang kafir, terutamanya dari agama Hindu dan Buddha.

  1. Tarekat sufi dan segala tarekat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam yang telah menjadi amalan dan pegangan mereka, pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam aqidah Islam. (Rujuk: Tarikh al-Tasawwuf fi al-Islam, Dr. Qassim Ganny)

Ibn Taimiyyah berkata:

"Unsur-unsur agama asing telah meresap dan mempengaruhi ajaran Islam di permulaan tahun kedua dalam pemerintahan 'Abbasiah. Ditambah pula adanya dorongan dan usaha-usaha yang gigih melalui kegiatan penterjemahan buku-buku Parsi, Rom, Yunani dan Hindu ke dalam bahasa Arab. Keadaan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada kemasukan ideologi sufi ini ke dalam barisan kaum muslimin sehingga tersebar luas dan akhirnya terus tida dapat dibendung lagi." (Rujuk: Ibn Taimiyyah wa al-Tasawwuf, Dr. Mustafa Hilmi, ms. 40)

Tokoh Sufi Ibn 'Arabi

Antara tokoh-tokoh sufi iaitu Ibn 'Arabi, Al-Hallaj, Al-Jiili, Ibn Ajibah, Hasan Ridhwan, Ibn Basyish, Al-Dimardash, Ibn Al-Naabalusi, Abu Yazid al-Bustami, Jalaluddin Rumi, Ibn Faridh, Rabi'ah al-Adawiyah, dan Syeikh Mahmud Muhammad Thaha dan lain-lain lagi. Tokoh yang paling terkenal ialah Syeikh Muhyiddin Ibn 'Arabi al-Hatimi al-Taa'i (638 H). Antara fahaman beliau adalah "Wahdatul Wujud".

Ini dibuktikan sendiri dengan perkataan beliau sebagaimana berikut:

العبد رب والرب عبد،

يا ليت شعري من المكلف،

إن قلت عبد فذاك حق،

أو قلت رب أني يكلف

"Hamba ialah Tuhan dan Tuhan ialah Hamba. Aku berharap agar aku mengetahui yang mana satukah perlu aku jalankan tanggungjawabku. Jika aku katakan hamba itu hamba atau jika aku katakan hamba itu adalah Tuhan, jadi bagaimanakah bentuk tugasan yang perlu aku jalankan bagi-Nya." (Rujuk: al-Futuhat al-Makiyyah, Ibn 'Arabi, ms. 43)

Ibn 'Arabi juga berkata:

إن الذين عبدوا العجل ما عبدوا غير الله

"Sesungguhnya yang menyembah anak lembu (sebenarnya) dia tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah." (Rujuk: al-Futuhat al-Makiyyah, ms. 43 dan Tanbih al-Ghabi, al-Baqa'ie, ms. 124-127)

Syeikh Burhanuddin al-Baqa'i telah menerangkan hakikat iktiqad Ibn 'Arabi dalam muqaddimah kitabnya "Tanbih al-Ghabi Ila Takfir Ibn 'Arabi":

"Pertama perlu diketahui ucapannya, iaitu ucapan Ibn 'Arabi yang berkisar tentang kesatuan segala kewujudan (Wahdatul Wujud) ialah tidak ada perkara lain di dunia ini melainkan kesemuanya bersatu. Oleh itu, Tuhan adalah semua benda yang wujud dalam kesatuan dan tidak ada yang wujud kecuali ia termasuk Zat Allah."

Perhatikanlah ucapan Ibn 'Arabi tentang makna Allah Maha Tinggi. Dia berkata:

(العلي) على من؟ وما ثم إلا هو!! فهو العلي لذاته أو عن ماذا؟ وما هو إلا هو، فعلوّه لنفسه وهو من حيث الوجود عين الموجودات

"Yang Maha Tinggi. Di atas siapa? Tidak ada sesuatu apa pun di sana melainkan-Nya. Jadi, ketinggian-Nya ialah berkenaan Zat-Nya. Sedangkan, kewujudan Dia sudah pasti Zat bagi setiap perkara yang wujud."

Seterusnya dia berkata lagi:

فهو عين ما ظهر وهو عين ما بطن في حال ظهوره وما ثم من يراه غيره وما ثم من يبطن عنه فهو ظاهر لنفسه باطن عنه، وهو المسمى أبا سعيد الخراز وغير ذلك من أسماء المحدثات

"Daripada Allah, Dialah yang jelas dizahirkan dan segala apa yang tersembunyi adalah adalah zahir-Nya. Oleh itu, tiada sesiapa di sana untuk melihat-Nya melainkan diri-Nya, bersembunyi daripada-Nya dan Dia itu adalah Abu Said al-Kharraz (seorang tokoh sufi di Baghdad). Begitu juga dia nisbahkan kepada nama benda-benda lain yang diada-adakannya." (Rujuk: Fusus al-Hikam, Ibn 'Arabi, ms. 76-77, Tanbih al-Ghabi, ms. 63-64)

Imam Zainuddin al-'Iraqi r.h. menjelaskan daripada kata-kata Ibn 'Arabi di atas:

"Sesungguhnya ini adalah kata-kata beracun tentang penyatuan tiada batasan termasuk idea semua ciptaan yang wujud adalah Tuhan (Wahdatul Wujud). Termasuk kategori ideologi ini apa yang dinyatakan secara jelas bahawa Tuhan ialah Abu Said al-Kharraz dan juga perkara lain seumpama itu. Oleh itu, sesiapa yang mengatakan hal ini dan mempercayainya maka menurut ijmak ulama dia telah kufur." (Rujuk: Tanbih al-Ghabi, ms. 66)

Ibn 'Arabi juga percaya bahawa animisme berada di atas kebenaran, sebagaimana katanya:

والعارف المكمل من رأى كل معبود مجلى للحق يعبد فيه ولذلك سموه كلهم إلها مع اسمه الخاص بحجر أو شجر أو حيوان أو إنسان أو كوكب أو ملك

"Setiap manusia yang mempunyai kefahaman yang penuh pasti melihat segala objek yang disembahnya sebagai manifestasi kebenaran yang terkandung dalamnya atau dasar ia disembah. Oleh itu, mereka memanggilnya Tuhan tidak kiralah sama ada batu, pokok, haiwan, manusia, binatang atau malaikat." (Rujuk: Fusus al-Hikam, 1/95, Hazihi Hiya al-Sufuyyah, Abdul Rahman al-Wakil, ms. 38)

Ibn 'Arabi memberi amaran kepada pengikutnya dalam kitab yang sama al-Fusus:

"Berhati-hatilah kamu dalam menghadkan dirimu kepada satu anutan dan tidak mempercayai anutan lain. Sesungguhnya, dengan cara itu banyak kebaikan akan terlepas daripada hidupmu. Selain itu, tahap pengetahuan kamu akan cetek apabila tidak mengikuti apa yang orang lain ikuti. Oleh itu, bersedialah untuk menerima segala macam kepercayaan. Ini kerana, Allah itu Maha Tinggi dan Maha Hebat untuk difahami. Tidak memadai hanya dengan satu kepercayaan dan menolak anutan lain. Malah, semua agama benar dan setiap yang benar akan memperolehi pahala. Sesiapa yang memperolehi ganjaran pahala, dia bernasib baik dan mereka yang bernasib baik akan bersama dengan Allah, Tuhan yang dicintainya." (Rujuk: Hazihi Hiya al-Sufiyyah, Abdul Rahman al-Wakil)

Jadi, sungguh peliklah apabila pengikut-pengikut sufi hari ini sering menuduh "Wahabi" menyamakan agama Islam dengan agama Yahudi (padahal ini tidak mempunyai bukti) sedangkan tokoh yang mereka sanjung iaitu Ibn 'Arabi terang-terang menyamakan semua agama sehingga yang menyembah pokok juga dikatakan benar dan mendapat pahala. Subhanallah!!! Ini jelas-jelas perkataan yang kufur.

Jangan Mudah Melatah

Setelah dijelaskan tentang Ibn 'Arabi yang sebenar pasti ada yang tidak puas hati dengan penulisan ini. Pasti akan ada yang berkata " begitu ramai ulama hari ini mengikuti aliran sufi ini, kenapa kita mesti menolaknya?" Jawapan yang tepat adalah firman Allah:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An'aam: 116)

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلونَ

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus: 36)

Sebab itulah, pengukur kebenaran bukanlah disebabkan ramainya pengikutnya, tetapi ukuran yang dinilai adalah sejauh mana mereka menepati al-Quran dan al-Sunnah menurut manhaj al-Salaf al-Soleh dalam amalan dan iktiqad. Firman Allah:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisaa': 59)

Syeikh Muhammad bin Rabi' bin Hadi al-Madkhali berpesan:

"Sudah menjadi kewajipan setiap muslim terutama ilmuan dan para pendakwah menentang habis-habisan mereka yang menentang syari'at Islam tidak kira sama ada golongan komunis, sufi, atheis, penyembah qubur (quburiyun) dan lain-lain lagi. Saya melihat ramai para pendakwah yang sudah menjalankan tugas itu tetapi mengabaikan tentang golongan sufi. Hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar menentang golongan sufi yang melanggar syariat dan berada dalam kesesatan." (Realiti Gerakan Sufisme, Ridhuan Abdullah, ms. 68-69)

Oleh sebab itu, menjadi kewajiban bagi mereka yang mengetahui realiti fahaman sufi untuk menjelaskan hal keadaan sebenar sufi serta tipu daya mereka terhadap kekeramatan, ilmu ladunni, kasyaf yang disalah fahami dan sebagainya serta wali-wali yang diangungkan seperti Ibn 'Arabi.

Amalan-amalan mereka juga tidak kurang kelihatan mencacatkan agama yang suci ini. Lihatlah video mereka yang sudah tersebar di internet, tatacara berzikir yang dilakukan secara melampau, sambil menepuk tangan, sambil menggoyang-goyangkan kepala, terkadang sehingga menari melonjat-lonjat (seperti kumpulan rock menyanyikan lagu), berputar-putaran dan berbagai-bagai lagi tatacara mengikut kaedah tarekat mereka. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. yang sahih.

Ketika mana Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dicabar oleh beberapa pengikut aliran sufi, yang mana mereka berasa bangga bahawa mereka boleh berjalan di atas api, padahal mereka dapat berjalan di atas api disebabkan mereka telah melumurkan badan mereka dengan lemak katak, jus limau dan bedak. Lalu Ibn Taimiyyah meletakkan syarat sebelum berjalan di atas api hendaklah membasuh badan dengan cuka dan air panas, lantas mereka ketakutan dan menolak syarat tersebut.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h. berkata:

"Mungkin apa yang terjadi hanyalah disebabkan pertolongan syaitan memandangkan mereka amat rapat dengan syaitan. Seolah-olah syaitan bersiul-siul serta bertepuk tangan, apa yang berlaku selepas itu ialah mereka mengungkapkan perkataan yang tidak dapat difahami. Mereka ketika itu bagaikan dirasul syaitan. Sebenarnya, syaitan yang telah berkata-kata melalui lidah mereka disebabkan mereka berada di dalam keadaan fana' (hilang akal) dan tidak sedarkan diri.

Kemudian, jika terdapat orang yang terkena rasukan syaitan maka mereka akan menyalakan api, menyembunyikan gendang dan alat-alat muzik lain. Mereka akan meletakkan besi di dalam api dan mencacakkan lembing daripada besi tadi. Salah seorang daripada mereka akan memanjat besi-besi tajam di hadapan orang ramai. Mata lembing yang panas tadi akan diserahkan kepadanya dan dia akan memegangnya.

Selain itu, orang ramai juga akan dapat melihat batu-batu berterbangan tanpa melihat sesiapa pun yang membalingnya. Ini adalah kerja syaitan. Merekalah yang mempunyai hubungan secara dengan syaitan. Sedangkan, mereka tidak merasai apa-apa kesakitan apabila dipukul kerana yang dipukul adalah syaitan.

Sesetengah keadaan golongan yang terlibat dengan syaitan di mana rupa mereka hampir-hampir menyamai syaitan. Oleh itu, menjadi-jadilah lakonan mereka. Kejadian ini berlaku apabila ada yang memuja dan memanggil syaitan ini dengan muzik dan juga seruling. Perkara ini tidak berlaku kepada mereka ketika solat, berzikir, berdoa atau apabila al-Quran dibacakan kepada mereka.

Pengalaman seperti ini tidak ada apa-apa faedah kepada agama atau pun hal keduniaan. Mereka berada dalam keadaan khayalan. Disebabkan kejahilan, mereka tidak mendapat keberkatan dan rahmat. Apa yang bertambah bagi mereka ialah apa yang amat ditakuti oleh kita, iaitu menginginkan kemewahan orang yang melakukan kejahatan. Sekiranya kekayaan telah diperolehi oleh mereka, amar makruf dan nahi mungkar akan ditinggalkan. Begitu juga perintah berjihad di jalan Allah." (Rujuk: Majmuk al-Fatawa, 11/495-496)

Taubatnya seorang sufi

Seorang sufi telah bertaubat dari tarekat sufi telah menulis kitab "Kaifa Ihtadaitu Ila al-Tauhid wa al-Sirat al-Mustaqim" (bagaimana saya telah mendapat hidayah kepada tauhid dan jalan yang lurus) menceritakan pengalamannya bersama berbagai-bagai tarekat antaranya Tarekat Naqsyabandiyah, Tarekat Syaziliyyah, Tarekat Qadariyyah dan Tarekat Maulawiyyah. Beliau adalah Muhammad Jamil Zainu yang merupakan kelahiran kota Halb di Siria dan beliau pernah berguru dengan Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani.

Beliau (Muhammad Jamil Zainu) menceritakan:

"Suatu hari ketika saya mengikuti pengajian tarekat sufi, datanglah seorang lelaki yang tinggal berhampiran dengan masjid. Setelah mengikuti majlis kami, lelaki tersebut menceritakan apa yang dia dengar dari salah seorang syeikh tarekat. Ia mengatakan syeikh tarekat ini pernah diminta tolong oleh salah seorang anak muridnya yang mempunyai isteri yang mengalami kepayahan dalam melahirkan anak. Kemudian syeikh tersebut beristigasah kepada syeikh kecil (dirinya sendiri) dan isteri muridnya sehingga ahkirnya dapat melahirkan anak.

Syeikh tempat kami berkata: "Ada apa dengan cerita tersebut?" Lelaki yang bertanya tersebut menjawab: "Inikan syirik." Lalu syeikh berkata: "Diam! Apa yang kamu tahu tentang syirik, kamu ini orang yang keras (hati). Kami merupakan guru kepada kamu yang lebih mengetahui daripada kamu."

Setelahitu syeikh tersebut berdiri lalu masuk ke biliknya dan keluar bersama membawa sebuah kitab yang berjudul Al-Azkar Imam Nawawi. Kemudian membacakan kisah Ibn Umar yang ketika kakinya sakit berkata: "Wahai Muhammad, sembuhkanlah kakiku." Kemudian syeikh tersebut berkata: "Apakah yang dilakukan Ibn Umar ini perbuatan syirik?"

Lelaki tersebut menjawab: "Kisah ini lemah." Syeikh tersebut marah dan berkata: "Kamu tidak tahu mana yang sahih dan dhaif, kami ini ulama yang mengetahui perkara tersebut." Kemudian kami pun keluar dari masjid.

Setelah kejadian tersebut, saya dikirimi kitab Al-Azkar yang ditahqiq Syeikh Abdul Qadir Al-Arnauth oleh seseorang yang melawat anak saya. Dalam kitab tersebut saya temui kisah Ibn Umar tadi adalah dhaif. Esoknya, anak saya membawa kitab tersebut dan menunjukkan kepada syeikh tersebut. Tetapi syeikh tersebut tidak menerimanya kesalahannya, lantas berkata: "Ini bahagian daripada fadhail a'mal dan hadis dhaif boleh diguna dalam urusan ini (meminta tolong dengan nabi).

Yang benar menurutku, kisah tersebut bukan fadhail a'mal seperti yang disangkakan oleh syeikh, tetapi ini masalah akidah yang tidak boleh diambil dari hadis dhaif. Dan bagi masalah fadhail a'mal sendiri para ulama di antaranya Imam Muslim tidak membenarkan mengambil hadis dhaif." (Al-Sufiah fi al-Mizan al-Kitab wa al-Sunnah, Muhammad Jamil Zainu)

Syeikh Jamil Zainu berkata ketika mendapat hidayah:

"Saya pun mencari jemaah (yang dituduh wahabi kerana menolak amalan sufi) dan mendapat tahu bahawa mereka mempunyai sebuah tempat untuk berkumpul setiap petang khamis untuk menyampaikan pengajian tafsir, hadis dan fiqh. Saya pun pergi ke sana bersama anak-anak saya dan beberapa pemuda yang memiliki wawasan luas. Kami memasuki sebuah dewan besar lalu duduk menunggu pengajian tersebut bermula. Tidak lama kemudian masuklah seorang syeikh yang sudah berumur. Dia memberi salam kepada kami dan berjabat tangan dengan kami semua dari kanan lalu duduk di sebuah kerusi. Tidak ada seorang pun yang berdiri memberi hormat (sebagaimana kebiasaannya pada majlis sufi). Saya berkata dalam hati, syeikh ini sangat tawadduk, tidak menyukai orang lain berdiri memberi hormat kepadanya...

Di akhir pengajian syeikh tersebut berkata: "Segala puji bagi Allah bahawa kita adalah orang-orang Islam yang bermanhaj salaf (orang-orang yang mengikuti Rasulullah serta sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in), sebahagian orang menggelarkan kita sebagai Wahabi dan ini merupakan suatu gelaran yang buruk dan Allah telah melarang kita tentang perkara ini dalam firmannya:

"Dan janganlah kamu memanggil-manggil dengan gelaran yang buruk." (Surah Al-Hujurat: 11)

Dulu Imam Syafi'i dituduh sebagai Rafidhah (penganut syi'ah Rafidhah) lalu beliau membantah mereka dengan berkata:

Jika mencintai keluarga Rasulullah itu dipanggil Rafidhah, Maka saksikanlah (wahai jin dan manusia) bahawa aku seorang Rafidhah.

Kita pun membantah orang-orang yang menuduh kita Wahabi dengan mengatakan:

Jika yang mengikuti Muhammad adalah Wahabi, maka aku berikrar bahawa aku seorang Wahabi.

Setelah kuliah selesai kami pun keluar sambil terkagum dengan keilmuannya serta kerendahan hatinya. Dan saya mendengar seorang dari mereka berkata: "Inilah yang layak dikatakan sebagai seorang syeikh." (Rujuk: Kaifa Ihtadaitu ila al-Tauhid wa al-Sirat al-Mustaqim)

Selasa, 2 Disember 2008

PENDAPAT IMAM-IMAM MAZHAB MENGENAI ITTIBA' RASULULLAH DAN MENJAUHI TAQLID BUTA

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik., (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kesenangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab:21)

Ibn Katsir rahimahullah berkata: "Ayat ini merupakan asas pokok lagi agung dalam bersuri teladan kepada Rasulullah saw dalam segala ucapan, perbuatan dan hal ehwalnya…"(Tafsir Ibnu Katsir, 3/475).

Muhammad Nashiruddin Al-Albani menyatakan : "Ayat ini memberi pengertian bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam adalah panutan kita dan suri teladan bagi kita dalam segala urusan agama…" (Al-Hadits Al-Hujjatun bi Nafsihi, ms. 35)

Dari sini kita dapat pelajari mengikuti Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dari segala aspek peribadatan mahu pun i'tiqad kepercayaan (aqidah) adalah mengikuti Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam selaku rasul yang mendapat wahyu dari Allah subhanahu wa Ta'ala. Dan ini dikuatkan dengan dalil-dalil dari firman Allah yang lain,

"
Barangsiapa yang menta’ati Rasul berarti dia menta’ati Allah.. " (An-Nisa’:80)

"
Barangsiapa yang ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga…" (An-Nisa’:13)

"Dan tidaklah ia (rasul) berkata-kata dari hawa nafsunya melainkan wahyu yang disampaikan Allah kepadanya." (An-Najm:4)

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Barangsiapa yang melakukan amalan yang tidak ada contohnya dari kami, maka amalan itu tertolak." (HR. Muslim, no: 1718).

Dalam kita mengikuti (ittiba') Rasulullah, hendaklah pula kita menjauhi amalan ikut-ikutan tanpa mengetahui dalil (taqlid). Abu Abdillah bin Khuwaizi Mandad menyatakan : "Setiap orang yang engkau ikut tanpa dalil dan hujjah maka engkau adalah muqallidnya (orang yang taqlid)". (Al-‘Alamul Muwaqqi’in hal.137).

Ini selari dengan firman Allah: "Ta’atlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah), barangsiapa yang berpaling (dari keduanya) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir." (Al-Imran : 32)

Berikut kata-kata yang kami nukilkan daripada Imam-imam mazhab yang terkenal mengenai anjuran mengikuti (ittiba') Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan menjauhi amalan taqlid (ikut-ikutan) sebagai pedoman bersama:

1. Imam Hanafi (Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit)

"
Apabila hadis itu sahih maka itu adalah mazhabku" (Rujuk Al-Hasyiyah karya Ibnu Abidin Juz 1/63, juga dalam risalah Rasmul Mufti Juz 1/4.)

"
Tidaklah dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataanku, selagi ia tidak tahu dari mana aku mengambilnya." (Ibnu Abdilbar dalam kitab Al-intiqa’u fi Fadha-ilist Tsalatsatil ‘A-immatil Fuqaha’i ms.145, dan Ibnul Qayyim dalam I’lamul Muwaqqi’in, 2/309 dan Ibnu Abidin dalam Al-Hasyiyah).


Dalam riwayat lain dikatakan : "Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk berfatwa dengan perkataanku." Atau riwayat lain lagi : "Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan membetulkannya di esok hari."


Beliau berkata kepada Abu Yusuf : "Kasihan engkau wahai Ya’qub (Abu Yusuf) jangan engkau tulis setiap apa yang dari padaku. Kerana kadangkala aku memang berpendapat dengan suatu pendapat pada hari ini, dan kadang kala aku berpendapat lain pada esok lusa, bahkan aku meninggalkannya pada esok lusa." (Al-Mizan 1/6. Abu Hanifah adalah seorang ulama yang sering menetapkan sesuatu hukum dengan qiyas kepada suatu ketentuan yang belum ditemuinya pada Kitabullah atau Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Para pengikut hanafi penghafal hadis yang sering melakukan perjalanan jauh dari negeri-negeri dan pelabuhan-pelabuhan setelah berjaya menemui hadis, nescaya Imam Hanafi mengambilnya dari mereka dan membuang qiyas yang pernah ia fatwakan.)

"
Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan Kitabullah atau khabar Rasulullah, maka tinggalkanlah perkataanku." (Al-Fulani dalam Al-Iqazh ms.50 yang diasalkan oleh Imam Muhammad ).

2. Imam Malik bin Anas


Beliau berkata :

"
Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan Al-Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap perkataanku yang menyimpang dengan Al-Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah." (Ibnul Abdilbar dalam Al-Jami’, 2/32, dan Ibnu Hizam dalam Ushulul Ahkam, 6/149 dan demikian pula Al-Fulani, ms.72)

"
Tidak ada seorang pun setelah Nabi saw kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi sallallahu 'alaihi wasallam." (Ibnul Hadi dalam Irsyadus Salik, 227/1, Ibnu Abdilbar dalam Al-Jami’, 2/91, dan Ibnu Hazm dalam Ushulul Ahkam, 6/145 dan 179 dari perkataan Al-Hakam bin Uthaibah dan Mujahid. Taqiyuddin mengeluarkan dalam Al-Fatawa 1/48)

3. Imam Syafi’i. (Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i)


Inilah nasihat beliau tentang taqlid : "Setiap pendapatku yang menyalahi hadis Nabi saw. maka hadits Nabi sallallahu 'alaihi wasallam itulah yang wajib diikuti, dan janganlah kalian taqlid kepadaku." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, Abu Nu’aim dan Ibnu ‘Atsakir 15/10/1)

"Apabila kalian dapati di dalam kitabku, pendapat-pendapat menyalahi Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, peganglah Sunnnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan tinggalkan pendapatku.
" Dalam riwayat lain beliau berkata : "Ikutilah Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. dan janganlah kalian menoleh kepada pendapat sesiapapun". (Riwayat al-Harawi, Abu Nu’aim fil Hilyah / lihat Sifat Solat Nabi ms. 28 oleh al-Albani).


"Setiap masalah yang sudah sahih hadisnya dari Rasulullah menurut para ulama hadis, tetapi pendapatku menyalahi hadis yang sahih, maka aku ruju’ (menarik semula) dari pendapatku dan aku ikut hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang sahih baik ketika aku masih hidup maupun sesudah wafatku.
" (Al-Harawi 47/1, Ibnul Qayyim dalam I’lamul Muwaqqi’in, 2/363).


"
Kaum muslimin sudah sepakat bahawa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah maka tidak halal meninggalkannya kerana taqlid kepada pendapat seseorang." (Ibnul Qayyim 2/361 dan Al-Fulani ms.68)


"
Apabila hadis itu sahih, maka dia adalah mazhabku." (An-Nawawi dalam Al-Majmu’, Asy-sya’rani, 10/57, Al-Fulani, ms.100)

4. Imam Ahmad bin Hambal


"
Janganlah kalian taqlid padaku dan jangan pula kalian taqlid kepada Imam Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil (yakni al-Quran dan hadis)." (Ibnul Fulani, 113, dan Ibnul Qayyim dalam kitab Al-I’lam 2/302).

"
Pendapat Auza’i, pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar." (Ibnul Abdilbar dalam Al-Jami’, 2/149).

"
Barangsiapa yang menolak hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, maka sungguh ia telah berada di tepi kehancuran." (Ibnul Jauzy ms.182).


Amat jelas perkataan mereka, dan amat jelaslah kedustaan yang dibuat oleh para muqallid (orang yang taqlid) yang membolehkan taqlid buta kepada salah seorang dari mereka. Perhatikanlah, kesemua Imam-imam itu tidak ingin ditaqlidi. Semua mereka menyarankan agar kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Tidak dibenarkan orang-orang yang mengikuti mereka mengambil pendapat mereka tanpa dalil disebabkan keempat imam mazhab itu memiliki dalil-dalil, dan diantara dalil-dalil itu terdapat dalil yang sahih dan ada pula yang lemah (dha'if), maka ambillah pendapat mereka yang lebih rajih dan sahih, dengan tidak membezakan satu imam dengan lainnya. Jika hujjah mereka berasal dari atsar yang sahih, maka wajib kita membenarkan dan memegang pendapat tersebut.

Tidak dibenarkan seseorang mengambil fatwa-fatwa hanya dari salah seorang mereka kemudian membenci pendapat Imam yang lain. Atau seseorang mengambil fatwa dari ulama-ulama sementara dia tidak mengetahui hujjah atau dalil dari ulama tersebut. Yang benar adalah kita mengikuti setiap pendapat yang kita terima dari Imam-imam Ahlus sunnah wal Jama'ah baik dari empat Imam Mazhab ini atau pun dari imam-imam yang lain dengan merujuk kepada Kitabullah, As-Sunnah serta atsar dari sahabat. Wallahua'lam.

Isnin, 1 Disember 2008

PENCETUS ISTILAH PERTAMA WAHABI

Oleh :

Al-Ustadz Jalâl Abŭ Alrŭb**

Editor :

Tim Riset Salafî Manhaj

Alih Bahasa :

Abŭ Salmâ bin Burhân Yŭsŭf

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Alloh yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah

Suatu hal yang jelas bahwa Inggris merupakan negara barat pertama yang cukup interest menggelari dakwah ini dengan “Wahhabisme”, alasannya karena dakwah ini mencapai wilayah koloni Inggris yang paling berharga, yaitu India. Banyak ‘ulamâ` di India yang memeluk dan menyokong dakwah Imâm Ibn ‘Abdil Wahhâb. Juga, Inggris menyaksikan bahwa dakwah ini tumbuh subur berkembang dimana para pengikutnya telah mencakup sekelompok ‘ulamâ` ternama di penjuru dunia Islâm. Selama masa itu, Inggris juga mengasuh sekte (kelompok-tamb) Qâdhiyânî dalam rangka untuk mengganti mainstream ideologi Islam.1. Mereka berhasrat untuk memperluas wilayah kekuasaan mereka di India dengan mengandalkan sebuah sekte ciptaan mereka sendiri, Qâdhiyânî, yaitu sekte yang diciptakan, diasuh dan dilindungi oleh Inggris. Sekte yang tidak menyeru jihad untuk mengusir kolonial Inggris yang berdiam di India. Oleh karena itulah, ketika dakwah Imâm Ibn ‘Abdil Wahhâb mulai menyebar di India, dan dengannya datanglah slogan jihad melawan penjajah asing, Inggris menjadi semakin resah. Mereka pun menggelari dakwah ini dan para pengikutnya sebagai ‘Wahhâbi’ dalam rangka untuk mengecilkan hati kaum muslimin di India yang ingin turut bergabung dengannya, dengan harapan perlawanan terhadap penjajah Inggris tidak akan menguat kembali.2 Banyak ‘Ulamâ` yang mendukung dakwah ini ditindas, beberapa dibunuh dan lainnya dipenjara.3

Suatu hal yang perlu dicatat, di dalam surat-surat dan laporan-laporan yang dikirimkan kepada ayah tirinya dan pemerintahan ‘Utsmâniyyah (Ottomans), Ibrâhîm Basyâ (Pasha), anak angkat Muhammad ‘Alî Basyâ (Pasha), juga menggunakan istilah ‘Wahhâbi, Khowârij dan Bid’ah (Heretics)’ untuk menggambarkan dakwah Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb dan Negara Saudî4. Hal ini, tentu saja, terjadi sebelum Ibrâhîm Basyâ memberontak dan menyerang khilâfah ‘Utsmâniyyah dan hampir saja menghancurkannya di dalam proses pemberontakannya. Dr. Nâshir Tuwaim mengatakan :

Kaum Orientalis terdahulu, menggunakan istilah ‘Wahhâbiyyah, Wahhâbî, Wahhâbis’ di dalam artikel-artikel dan buku-buku mereka untuk menyandarkan (menisbatkan) istilah ini kepada gerakan dan pengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb. Beberapa diantara mereka bahkan memperluasnya dengan memasukkan istilah ini sebagai judul buku mereka, semisal Burckhardt, Brydges dan Cooper, atau sebagai judul artikel mereka, seperti Wilfred Blunt, Margoliouth, Samuel Zwemer, Thomas Patrick Hughes, Samalley dan George Rentz. Mereka melakukan hal ini walaupun sebagian dari mereka mengakui bahwa musuh-musuh dakwah ini menggunakan istilah ini untuk menggambarkannya, padahal para pengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb tidak menyandarkan diri mereka kepada istilah ini.

- Margoliouth5 sebagai contohnya, ia mengaku bahwa istilah ‘Wahhâbiyyah” digunakan oleh musuh-musuh dakwah selama masa hidup ‘pendiri’-nya, kemudian digunakan secara bebas oleh orang-orang Eropa. Walau demikian, ia menyatakan bahwa istilah ini tidak digunakan oleh para pengikut dakwah ini di Jazîrah ‘Arab. Bahkan, mereka menyebut diri mereka sendiri sebagai “Muwahhidŭn”.

- Thomas Patrick Hughes6 menggambarkan “Wahhâbiyyah” sebagai gerakan reformis Islâm yang didirikan oleh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb, yang menyatakan bahwa musuh-musuh mereka tidak mau menyebut mereka sebagai “Muhammadiyyah” (Muhammadans), malahan, mereka menyebutnya sebagai ‘Wahhâbî’, sebuah nama setelah namanya ayahnya Syaikh….

- George Rentz7 mengatakan bahwa istilah ‘Wahhâbî’ digunakan untuk mengambarkan para pengikut Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhâb oleh musuh-musuh mereka sebagai ejekan bahwa Syaikh mendirikan sebuah sekte baru yang harus dihentikan dan aqidahnya ditentang. Mereka yang disebut dengan sebutan ‘Wahhâbî’ ini beranggapan bahwa Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhâb hanyalah seorang pengikut Sunnah, oleh karena itulah mereka menolak istilah ini dan bahkan menuntut agar dakwah beliau disebut dengan ‘ad-Da’wah ila’t Tauhîd’, dimana istilah yang tepat untuk menggambarkan para pengikutnya adalah ‘Muwahhidŭn’…. Rentz juga mengatakan bahwa, para penulis barat ketika menggunakan istilah ‘Wahhâbî’ adalah dengan maksud ejekan, ia juga menyatakan bahwa ia menggunakan istilah itu sebagai klarifikasi.8

Biar bagaimanapun, siapa saja yang menggunakan istilah ini , baik dari masa lalu sampai saat ini, telah melakukan beberapa kesalahan, diantaranya :

- Mereka menyebut dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhâb sebagai ‘Wahhâbiyyah’, walaupun dakwah ini tidak dimulai oleh ‘Abdul Wahhâb, namun oleh puteranya Muhammad.

- Pada awalnya, ‘Abdul Wahhâb tidak menyetujui dakwah puteranya dan menyanggah beberapa ajaran puteranya. Walau demikian, tampak pada akhir kehidupannya bahwa beliau akhirnya menyetujui dakwah puteranya. Semoga Alloh merahmatinya.

Musuh-musuh dakwah, tidak menyebut dakwah ini dengan sebutan Muhammadiyyah –terutama semenjak Muhammad, bukan ayahnya, ‘Abdul Wahhâb, memulai dakwah ini- karena dengan menyebutkan kata ini, Muhammad, mereka bisa mendapatkan simpati dan dukungan dakwah, ketimbang permusuhan dan penolakan.

Istilah “Wahhâbi”, dimaksudkan sebagai ejekan dan untuk meyakinkan kaum muslimin supaya tidak mengambil ilmu atau menerima dakwah Muhammad ibn ‘Abdul Wahhâb, yang telah digelari oleh mereka sebagai mubtadi’ (ahli bid’ah) yang tidak mencintai Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam. Walaupun demikian, penggunaan istilah ini telah menjadi sinonim dengan seruan (dakwah) untuk berpegang al-Qur`ân dan as-Sunnah dan suatu indikasi memiliki penghormatan yang luar biasa terhadap salaf, yang berdakwah untuk mentauhîdkan Allôh semata serta memerintahkan untuk mentaati semua perintah Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam. Hal ini adalah kebalikan dari apa yang dikehendaki oleh musuh-musuh dakwah.9 Pada belakang hari, banyak musuh-musuh dakwah Imam Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb akhirnya menjadi kagum terhadap dakwah dan memahami esensi dakwahnya yang sebenarnya, melalui membaca buku-buku dan karya-karyanya. Mereka mempelajari bahwa dakwah ini adalah dakwah Islam yang murni dan terang, yang Alloh mengutus semua Nabi-Nya ‘alaihim`us Salâm untuknya (untuk dakwah tauhîd ini).

Menggunakan istilah ‘Wahhâbiyyah’ ini, tidak akan menghentikan penyebaran dakwah ini ke seluruh penjuru dunia. Bahkan pada kenyataannya, walaupun berada di tengah-tengah dunia barat, banyak kaum muslimin yang mempraktekkan Islam murni ini, yang mana Imâm Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb secara antusias mendakwahkannya dan menjadikannya sebagai misi dakwah beliau. Semua ini disebabkan karena tidak ada seorangpun yang dapat mengalahkan al-Qur`ân dan as-Sunnah, tidak peduli sekuat apapun seseorang itu.

Perlu dicatat pula, bahwa diantara karakteristik mereka yang berdakwah kepada tauhîd adalah, adanya penghormatan yang sangat besar terhadap al-Qur`ân dan sunnah Nabi. Mereka dikenal sebagai kaum yang mendakwahkan untuk berpegang kuat dengan hukum Islam, memurnikan (tashfiyah) dan mendidik (tarbiyah) bahwa peribadatan hanya milik Allôh semata serta memberikan respek terhadap para sahabat nabî dan para ‘ulamâ` Islâm. Mereka adalah kaum yang dikenal sebagai orang yang lebih berilmu di dalam masalah ilmu Islam secara mendetail daripada kebanyakan orang selain mereka. Telah menjadi suatu pengetahuan umum bahwa dimana saja ada seorang salafî bermukim, kelas-kelas yang mengajarkan ilmu sunnah tumbuh subur. Sekiranya istilah “Wahhâbî” ini digunakan untuk para pengikut dakwah, bahkan sekalipun dimaksudkan untuk mengecilkan hati ummat agar tidak mau menerima dakwah mereka, tetaplah salah baik dulu maupun sekarang, menyebut dakwah ini dengan sebutan “Wahhâbiyyah”.

Imâm Muhammad ibn ‘Abdul Wahhâb berdakwah menyeru kepada jalan Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat nabi, beliau tidak berdakwah menyeru kaum muslimin supaya menjadi pengikutnya. Dakwah beliau bukanlah sebuah aliran/sekte baru, namun dakwah beliau adalah kesinambungan warisan dakwah yang dimulai dari generasi pertama Islam dan mereka yang mengikuti jalan mereka dengan lebih baik.

CATATAN KAKI :

* Dari Jalâl Abŭ Alrub dan Alâ Mencke (ed.), Biography and Mission of Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb (Orlando, Florida: Madinah Publisher, 1424/2003), hal. 677-81. Dengan tambahan ekstra catatan oleh Tim Salafimanhaj. Catatan dari Salafi Manhaj diberi tanda “Catatan Editor”.

Catatan Penterjemah : Artikel ini dialihbahasakan dari “Who First Used The Term “Wahhabi”? (http://www.salafimanhaj.com/pdf/SalafiManhaj_TermWahhabi.pdf)

** Catatan Penterjemah : Jalâl Abŭ Alrub adalah seorang penulis Islam salafî yang mumpuni. Beliau memiliki website bermanfaat, yaitu http://islamlife.com. Beliau aktif menulis counter dan tanggapan/bantahan terhadap syubuhat dan penyesatan opini para jurnalis Barat. Beliau pernah terlibat debat beberapa kali dengan para jurnalis dan penulis ’Neo-Con’. Terakhir kali, beliau menantang debat Robert Spencer (seorang Katolik pro Neo-Con, yang mengangkat dirinya sebagai ’Islam Specialist’ dan banyak menulis tentang Islam secara ngawur dan tendensius. Ia adalah orang dibalik website jihadwatch dan dhimmiwatch.) Namun, Robert Spencer sepertinya tidak punya ’guts’ (nyali), sehingga ia tidak pernah mau berhadapan langsung dengan Jalâl Abŭ Alrub.

1 Lihat : Dr. Muhammâd ibn Sa’d asy-Syuwai’ir, Tashhîh Khathâ’ Târîkhî Haula`l Wahhâbiyyah, Riyâdh : Dârul Habîb : 2000; hal. 55

2 Catatan Editor : W.W. Hunter dalam bukunya yang berjudul “The Indian Musalmans” mencatat bahwa selama pemberontakan orang India tahun 1867, Inggris paling menakuti kebangkitan muslim ‘Wahhâbi’ yang tengah bangkit menentang Inggris. Hunter menyatakan di dalam bukunya bahwa :

There is no fear to the British in India except from the Wahhabis, for they are causing disturbances againts them, and agitating the people under the name of jihaad to throw away the yoke of disobedience to the British and their authority.”

Tidak ada ketakutan bagi Inggris di India melainkan terhadap kaum Wahhâbi, karena merekalah yang menyebabkan kerusuhan dalam rangka menentang Inggris dan mengagitasi (membangkitkan semangat) umat dengan atas nama jihâd untuk memusnahkan penindasan akibat dari ketidaktundukan kepada Inggris dan kekuasaan mereka.”

Lihat: W.W. Hunter, “The Indian Musalmans”, cet.1 di London: Trűbner and Co., 1871; Calcuta: Comrade Publishers, 1945, 2nd edn.; New Delhi: Rupa & Co., 2002 Reprint

3 Catatan Ediotr : Di Bengal selama masa ini, banyak kaum muslimin termasuk tua, muda dan para wanita, semuanya disebut dengan “Wahhâbi” dan dianggap sebagai “pemberontak” yang melawan Inggris kemudian digantung pada tahun 1863-1864. Mereka yang dipenjarakan di Pulau Andaman dan disiksa adalah para ulama dari komunitas Salafî-Ahlul Hadîts, seperti Syaikh Ja’far Tsanisârî, Syaikh Yahyâ ‘Alî (1828-1868), Syaikh Ahmad ‘Abdullâh (1808-1881), Syaikh Nadzîr Husain ad-Dihlawî dan masih banyak lagi lainnya. Untuk bacaan lebih lanjut, silakan lihat :

v Mu’înud-dîn Ahmad Khân, A History if The Fara’idi Movement in Bengal (Karachi: Pakistan Historical Society, 1965).

v Barbara Daly Metrcalf, Islamic Revival in British India: Deoband, 1860-1900 (Princeton, New Jersey: Princeton University Press, 1982), hal. 26-77.

v Qiyâmud-dîn Ahmad (Professor Sejarah di Universitas Patna), The Wahhabi Movement in India (Ner Delhi: Manohar, 1994, 2nd edition). Terutama pada bab tujuh “The British Campaigns Againts the Wahhabis on the North-Western Frontier” dan bab kedelapan “State Trials of Wahhabi Leaders, 183-65.”

Muhammad Ja’far, Târikhul ‘Ajîb dan Târikhul ‘Ajîb – History of Port Blair (Nawalkshore Press, 1892, 2nd edition).

4 Lihat: ibid, hal. 70

5 D.S. Margoliouth, Wahabiya, hal. 618, 108.

Catatan Editor : Artikel karya Margoliouth yang berjudul ‘Wahhabis’ ini juga dapat ditemukan di dalam The First Encyclopaedia of Islam, 1913-1936 (New York: E.J. Brill, 1987 Reprint) vol.8 , hal.1087 karya M.T. Houtsma, T.W. Arnold, R. Basset, R. Hartman, A.J. Wensinck, H.A.R. Gibb, W. Heffening dan E. Lêvi-Provençal (ed) dan The Shorter Encyclopaedia of Islam (Leiden and London: E.J. Brill and Luzac & Co., 1960), hal. 619 karya H.A.R Gibb, J.H. Kramers dan E. Lêvi-Provençal (ed). Artikel ini juga dicetak ulang dalam :

v Reading, UK: Ithaca Press, 1974

v Leiden: Brill, 1997

v Dan cetakan pertama, Leiden and London: E.J. Bril and Luzac & Co., dan New York: Cornel University Press, 1953.

6 Thomas Patrick Huges, Dictionary of Islam, hal. 59

7 George Rentz dan AS.J. Arberry, The Wahhabis in Religion in The Middle East: Three Religion in Concord and Conflict, Vol.2 (Cambridge: Cambridge University Press, 1969), hal. 270

8 Lihat: Nâshir ibn Ibrâhîm ibn ‘Abdullâh Tuwaim, Asy-Syaikh Muhammad ibn ‘Abd`ul Wahhâb: Hayâtuhu wa Da’watuhu fi`r Ru`yâ al-Istisyrâqiyya: Dirôsah Naqdîyyah (Riyadh: Kementerian Urusan Keislaman, Pusat Penelitian dan Studi Islam, 1423/2003) hal. 86-7.

Catatan Editor : Buku ini juga dapat dilihat secara online di http://islamport.com/d/3/amm/1/100/2213.html

9 Lihat: Qodhî Ahmad ibn Hajar Alu Abŭthâmi (al-Bŭthâmi), Syaikh Muhammad Ibn ‘Abdul Wahhâb : His Salafî Creed and Reformist Movement, hal. 66


Sumber: Maktabah Risalah Abu Salma edisi CHM, http://dear.to/abusalma

Khamis, 27 November 2008

MENJAWAB BUKU AHL SUNNAH AL-ASYA'IRAH



Sebuah lagi buku menjawab syubhat-syubhat buku "Ahl al-Sunnah Al-Asya'irah" selain buku "Al-Asya'irah fi al-mizan." Segala kedustaan tuduhan terhadap ahli sunnah daripada pihak al-Asya'irah dijawab dengan baik oleh ulama-ulama ahl sunnah yang benar-benar tulus ikhlas dalam dakwah mereka. Semoga buku dapat menjelaskan kekeliruan mereka.

Rabu, 26 November 2008

077 - Mempercayai Allah Di atas ‘Arsy: “Benarkah Mereka Ada Penyakit Hati?”

Mempercayai Allah Di Atas ‘Arsy: “Benarkah Mereka Ada Penyakit Hati?”

Oleh: Nawawi Subandi.
http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Keratan akhbar yang dipaparkan kepada anda di bawah adalah dipetik dari:

Akhbar “Mingguan Malaysia” bertarik 9 November 2008, Agama, m/s. 10 (ruangan “Kemusykilan Anda Dijawab”), Mohd. Yusof Abas.

Penulis menyatakan bahawa mereka yang ber-i’tiqad (mempercayai) Allah di atas ‘Arsy adalah mereka yang berpenyakit hati. Ini dijelaskan oleh penulis adalah sebagaimana dalam keratan akhbar di bawah:

Katanya:

“Apa yang ditimbulkan oleh kawan anda itu hanyalah kekeliruan yang sengaja dibawa oleh mereka yang berpenyakit hati.”... (selanjutnya beliau menjelaskan) “... Itulah sebenarnya tanda hati kawan anda yang berpenyakit tadi.”

Sebelumnya, beliau (Mohd. Yusof Abas) ditanya:

“Ada kawan saya cuba memperkenalkan akidah Ibnu Taimiah yang mengatakan Allah berada di atas ‘Arsy (sepertimana firman Allah di dalam Surah Thoha ayat 5). Bolehkah tuan jelaskan maksud sebenarnya ayat tersebut?”




Maka, di sini kami cuba menjelaskan beberapa kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh beliau (Mohd. Yusuf Abas).

Berkenaan Ayat 7, Surah Ali Imran:

“Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur’an) kepadamu. Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah dasar-dasar kandungan al-Qur’an. Dan yang lain (ayat-ayat mutasyabihat). Adapun orang-orang yang hatinya (berpenyakit) cenderung kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutsyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Rabb kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran, 3: 7)

Syaikh Abdur Rahman b. Nashir as-Sa’di menjelaskan (Berkenaan Surah Ali Imran, 3: 7),

“Adapun orang-orang yang berilmu lagi mendalam ilmunya dan hati mereka penuh dengan keyakinan, mereka ini mengetahui bahawa al-Qur’an itu semuanya adalah dari sisi Allah. Semua yang ada di dalamya adalah haq, sama ada yang mutasyabih atau pun yang muhkam, dan bahawasanya yang haq itu tidak akan saling bertentangan dan saling berbeza. Dan kerana ilmu mereka bahawa ayat-ayat yang muhkam mengandungi makna yang tegas dan jelas, dan kepadanya mereka mengembalikan ayat-ayat mutasyabih yang sering menimbulkan kebingungan bagi orang-orang yang kurang ilmu dan pengetahuannya. Mereka mengembalikan ayat-ayat yang mutaysabih kepada ayat-ayat muhkam sehingga akhirnya mereka berkata “kami beriman dengan kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang yang berakal”. Iaitu orang yang memiliki akal yang sihat. Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sikap inilah yang menandakan orang-orang yang berakal, dan bahawa mengikuti (mempergunakan) ayat-ayat mutasyabih adalah sifat-sifat orang yang rosak pemikirannya, akalnya rendah, dan memiliki tujuan yang buruk.” (Rujuk Tafsir as-Sa’di di bawah perbahasan ayat 7 Surah Ali Imran)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:

“Ayat-ayat muhkam adalah seperti ayat-ayat yang menasakh (ayat yang lain), atau ayat-ayat yang berkenaan dengan permasalahan halal dan haram, masalah hudud (hukuman atau sanksi), kewajiban-kewajiban, serta perkara-perkara yang diperintahkan dan harus diamalkan.

Manakala ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat yang dinasakh, didahulukan, diakhirkan, perumpamaan-perumpamaan, sumpah dan apa yang harus diimani tetapi bukan berupa amal perbuatan.

Muhammad bin Ishaq bin Yasar rahimahullah berkata: Firman Allah (maksudnya): “Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamat”, iaitu di dalamnya berisi hujjah Allah, pedoman bagi para hamba, dan menolak bantahan yang batil. Ayat-ayat muhkam tidak mengalami perubahan yang menyimpang dari apa yang telah ditetapkan.

Seterusnya beliau menjelaskan: Adapun ayat-ayat mutasyabihat mengandungi perkara-perkara yang harus diyakini, yang ada kemungkinan padanya untuk dihuraikan, diubah, bahkan ditakwil. Allah menguji hamba-Nya dengan ayat-ayat tersebut sebagaimana Dia menguji mereka dalam masalah halal dan haram. Ayat-ayat tersebut tidak boleh dibawa kepada makna yang batil dan tidak boleh diselewengkan dari kebenaran.

Kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya): “Adapun orang-orang yang dalam hatinya (berpenyakit) cenderung kepada penyimpangan (zaigh)”, iaitu kesesatan (dhalal). Dan mereka pun keluar dari kebenaran menuju kebatilan. Firman Allah (maksudnya): “Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutasyabihat”, ertinya mereka hanya mengambil ayat-ayat mutasyabihat yang boleh untuk mereka selewengkan dan mereka menggunakannya bagi tujuan yang buruk. Kerana lafaz ayat tersebut boleh mereka bawa kepada makna yang mereka mahu.

Tetapi, tiada ruang bagi mereka untuk menyelwengkan ayat-ayat muhkamat. Kerana ayat-ayat muhkam merupakan penghalang sekaligus hujjah yang mengalahkan mereka. Kerana itulah Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (maksudnya): “Untuk menimbulkan fitnah”. Iaitu untuk menyesatkan para pengikut mereka dengan seakan-akan mereka itu membawakan hujjah mereka berdasarkan dalil al-Qur’an. Padahal al-Qur’an adalah hujjah yang membatalkan bid’ah mereka, bukan mendukungnya.

Firman Allah (maksudnya): “Dan untuk mencari-cari takwilnya”, iaitu menyelewengkan maksud bersesuaian dengan apa yang mereka kehendaki. Dan seterusnya (maksudnya): “Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran ayat 7 surah Ali Imran)

Daripada penjelasan tersebut, jelaslah bahawa orang-orang yang berpenyakit hatinya adalah orang yang menyelewengkan ayat-ayat mutasyabihat, mereka mentakwilkannya keluar dari maksud yang dikehendaki oleh Allah yang di mana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya iaitu mereka mentakwilkannya dengan cara mengubah kepada maksud-maksud yang lain (melarikan maknanya) atau seumpamanya daripada maksud zahirnya yang asal. Perkara ini adalah sebagaimana terdapat sebahagian pihak yang menggunakan ayat seperti Allah istiwa (bersemayam) di atas 'Arsy dengan diberi makna sebagai “Allah berkuasa” iaitu mereka menyelewengkan kalimat istiwa' kepada istawla' dan seumapamanya.

Berkenaan Allah di Atas ‘Arsy:

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan firman Allah (yang maksudnya), “...kemudian Dia beristawa di atas ‘Arsy.” (Surah al-A’raaf, 7: 54) dan juga surah Thoha (20: 5) sebagaimana yang ditanyakan oleh si penanya, begitu juga di dalam beberapa ayat yang lain iaitu Yunus, 10: 3, ar-Ra’d, 13: 2, al-Furqon, 25: 59, as-Sajdah, 32: 4, katanya:

“Di dalam menafsirkan ayat ini (al-A’raaf, 7: 54), manusia memiliki pelbagai pandangan yang sangat banyak dan tidak mungkin pada kesempatan ini kami menghuraikannya. Tetapi, pandangan yang kami ikuti berkenaan dengan permasalahan ini adalah pandangan Salaf as-Soleh, seperti Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, asy-Syafi’i, Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, dan selainnya yang terdiri dari para imam kaum Muslimin sejak dahulu hingga kini. Mereka berpandangan supaya mengambil (memahami) ayat ini sebagaimana adanya tanpa menanyakan bagaimana (takyif), tidak menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya (tasybih), serta tidak meniadakan sifat tersebut (ta’thil). Sementara itu, yang terlintas di dalam pemikiran kaum mutasyabbih adalah dinafikan dari-Nya kerana Dia tidak serupa dengan sesuatu pun dari makhluk-Nya. Tidak ada sesuatu yang seperti Allah dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Dalam perkara ini, pendapat orang-orang yang menganggap bahawa jika kita menetapkan sifat-sifat itu bagi Allah, bererti kita telah menyerupakan Allah adalah tidak benar. Malahan, yang benar adalah seperti yang diucapkan olrah para imam salaf, di antaranya Imam Nu’aim bin Hammad, syaikh (guru) al-Bukhari rahimahullah, ia berkata: “Barang siapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, bererti ia kufur. Barang siapa yang mengingkari apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, bererti dia kafir. Tidak ada tasybih (penyerupaan Allah dengan makhluk) pada semua sifat yang dengannya Allah dan rasul-Nya mensifati diri-Nya Subhanahu wa Ta’ala.”

Maka, orang yang menetapkan bagi Allah apa yang disebutkan oleh ayat-ayat yang sharih dan hadis-hadis yang sahih adalah bersesuaian dengan kebesaran Allah dan menafikan dari Allah sifat-sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan hidayah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir & Adhwa’ ul Bayan di bawah penafsiran ayat 54 surah al-A’raaf)

Daripada Muawiyah bin Hakam As-Sulami radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 537. al-Bukhari, Juz al-Qira’ah, 70. asy-Syafi’i, ar-Risalah, 242. Malik, al-Muwaththa’, 2/77. Ahmad, al-Musnad, 5/447)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis ini:

“Dengan itu, Rasulullah memutuskan keimanan budak wanita (jariyah/hamba wanita) tersebut ketika ia mengakui bahawa Rabbnya di langit dan dia tahu tentang Rabbnya melalui sifat ‘uluw dan fauqiyah (di atas).” (al-Umm, asy-Syafi’i, 5/280. al-Manaqib, al-Baihaqi, 1/398)

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: “Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku perkenannya, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1145. Muslim, 758)

Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah berkata berkenaan hadis ini:

“Dalam hadis ini terdapat dalil bahawasanya Allah berada di atas langit, di atas ‘Arsy sebagaimana dikatakan oleh para ulama. Hadis ini adalah salah satu hujjah Ahli Sunnah terhadap kelompok Mu’tazilah dan Jahmiyah yang berpendapat bahawa Allah ada di mana-mana, bukan di atas ‘Arsy.” (at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu ‘Abdil Barr, 3/338. Kitab at-Tauhid, Ibnu Khuzaimah, m/s. 126)

Fatwa Para Ulama Salaf (terdahulu):

1 – Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)

2 – Imam ‘Abdullah Ibnul Mubarak berkata: “Kami mengetahui Rabb kami, Dia beristiwa’ di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya. Dan kami tidak mengatakan sebagaimana kaum Jahmiyah yang menyatakan bahawa Allah ada di sini (beliau menuding/menunjukkan ke bumi).” (Diriwayatkan oleh ash-Shabuni, Aqidah Salaf Ashabul Hadis, m/s. 28)

3 – Imam Qutaibah bin Sa’id berkata: “Inilah pendapat para imam Islam, Ahli Sunnah wal Jama’ah, bahawa kami mengetahui Rabb kami di atas langit-Nya yang ketujuh di atas ‘Arsy-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/260)

4 – Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi berkata: “Telah bersepakat kalimat kaum muslimin dan kafirin bahawa Allah di atas langit.” (Naqdhu Abi Sa’id ala Mirsi al-Jahmi al-Anid, 1/228)

5 – Imam Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: “Ahli Islam telah bersepakat untuk menetapkan sifat bagi Allah bahawasanya Allah di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya dan ilmu-Nya di setiap tempat. Barangsiapa yang menyatakan selain ini maka baginya laknat Allah.” (Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, al-Lalika’i, 1/198)

6 – Ibnu ‘Abdil Barr berkata tentang hadis turunnya Allah ke langit dunia: “Dalam hadism ini terdapat dalil bahawa Allah di atas ‘Arsy, di atas langit-Nya sebagimana dikatakan oleh Jama’ah kaum muslimin.” (at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu Abdil Barr, 7/129)

7 – Imam ash-Shabuni berkata: “Para ulama umat dan imam dari Salafush Soleh tidak berselisih pendspat bahawa allah di atas ‘Arsy-Nya dan ‘Arsy-Nya di atas langit-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/250. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 246)

8 – Imam Ibnu Qudamah menyatakan: Sesungguhnya Allah mensifati diri-Nya bahawa Dia tinggi di atas langit, demikian juga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam (penutup para Nabi) mensifati Allah dengan ketinggian juga, dan perkara tersebut disepakati oleh seluruh ulama dari kalangan sahabat yang bertaqwa dan para imam yang mendalam ilmunya, hadis-hadis berkaitan dengannya juga mutawatir sehingga mencapai darjat yakin, demikian pula Allah menyatukan semua hati kaum muslimin dan menjadikannya sebagai fitrah semua makhluk.” (Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, m/s. 12)

9 – Imam adz-Dzahabi menyatakan: “Mereka yang menjelaskan Allah di atas langit, hujjah-hujjah mereka adalah hadis-hadis dan atsar-atsar yang sangat banyak.” (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, 143)

10 – Imam asy-Syafi’i berkata: “Kekhalifahan Abu Bakar ash-ShiddiQ adalah haq (benar), yang telah diputuskan Allah Ta’ala dari atas langit-Nya, dan Dia telah menghimpun hati hamba-hamba-Nya kepada Abu Bakar ash-ShiddiQ.” (Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 5/139) “...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120. Mukhtashar al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, al-Albani, 176)

11 – Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)

12 – Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11)

13 - Sebagaimana di dalam soalan si penanya, beliau menyatakan Ibnu Taimiyyah berpegang dengan Akidah tersebut (Allah di Atas ‘Arsy). Maka dalam persoalan ini, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menjelaskan:

“Pendapat bahawa Allah di atas ‘Arsy adalah pendapat yang disepakati oleh para Nabi seluruhnya, dan ianya disebutkan dalam setiap Kitab yang diturunkan kepada setiap nabi yang diutus sebagai Rasul. Persoalan itu telah disepakati pula oleh generasi pendahulu dari umat ini serta dari kalangan imam mereka dari semua golongan.” (Naqdhu at-Ta’sis, Ibnu Taimiyyah, 2/9)

“Permasalahan ini begitu luas, kerana orang-orang yang menukil ijma’ ahli Sunnah atau ijma’ (kesepakatan) Sahabat dan Tabi’in bahawa Allah di atas ‘Arsy, berpisah dari makhluk-Nya tidak dapat dihitung/dikira jumlah ramainya melainkan hanya Allah saja yang tahu...” (Bayanu Talbis Jahmiyah, Ibnu Taimiyah, 3/531)

Maka, dengan ini semoga si penjawab (Mohd. Yusof Abas) yang sudah berulang kali membawakan jawaban yang merancukan berkenaan persoalan yang sama, supaya menilai kembali penjelasannya yang tersebut (sebagaimana yang kami nukilkan). Semoga dengan penjelasan ringkas ini kita tidak bermudah-mudah menggelarkan orang lain sebagai berpenyakit hatinya, ditakuti ia terkena diri sendiri.

Ad-Daruquthni mentakhrijkan dari Walid bin Muslim, dia berkata:

Aku pernah berkata kepada Malik, ats-Tsauri, al-‘Auza’i, dan Laith bin Sa’ad berkenaan nash-nash sifat Allah. Mereka menjawab, “Fahamilah sebagaimana adanya bersesuaian dengan apa yang didatangkan (tanpa ditakwilkan)” (ash-Shifat, ad-Daruquthni, 75. asy-Syari’ah, al-Ajuri, 314. al-I’tiqad, al-Baihaqi, 118. at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu Abdil Barr, 7/149)

Wallahu a’lam.

Sumber: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/077-mempercayai-allah-di-atas-arsy.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails