Rabu, 30 April 2008

ALLAH BERSEMAYAM DI ATAS ARASY

Hadis daripada Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Salami menceritakan ketika beliau hendak membebaskan (Jariah) hamba perempuannya, maka beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kemudian baginda (Nabi s.a.w) menyuruh agar hamba tersebut dipanggil lalu baginda bersabda:

أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Di manakah Allah? dia menjawab: Di Langit baginda bertanya lagi : Siapa aku? Jawab Jariah: Kamu Rasulullah. Lalu baginda berkata: merdekakan dia kerana dia adalah Mukminah.
Takhrij hadis ini seperti berikut:

Muslim bin Hajjaj dalam Sahih Muslim, no: 537.
Malik bin Anas dalam al-Muwattha', no: 1468.
Abu Daud al-Tayalisi dalam al-Musnad, no: 1105.
Muhammad bin Idris as-Syafi'i dalam al-Umm, no: 242.
'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, no: 16851.
Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, no 30333.
Ahmad bin Hanbal dalam al-Musannaf, no: 7906, 23762, 23765 & 23767.
Abu Daud al-Sajastani dalam Sunan Abu Daud, no: 930 & 3282.
Ibn Qutaibah dalam Ta'wil Mukhtalaf al-Hadis, no: 272.
'Utsman bin Sa'id al-Darimi dalam al-Rad 'ala al-Jahmiyyah, no: 62.
al-Harith bin Abi Usamah dalam al-Musnad, no: 015.
'Amr bin Abi 'Ashim al-Shaibani dalam al-Sunnah Li Ibn Abi 'Ashim, no: 489.
al-Nasai dalam Sunan al-Nasai, no: 1142, 7708, 8535 & 11401.
Ibn Jarud dalam al-Muntaqa, no: 212.
Ibn Khuzaimah dalam Kitab al-Tauhid wa Itsbat Sifat al-Rabb 'Azza wa Jalla, no: 178, 179, 180, 181 & 182.
Abi 'Uwanah dalam al-Musnad, no: 1727 & 1728.
Abu al-Husain 'Abd al-Baqi' dalam al-Mu'jam al-Sahabah, 735.
Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, no: 165 & 2247.
al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir, no: 937 & 938.
Muhammad bin Ishaq bin Manduh dalam al-Iman, no: 091.
al-Lalaka'I dalam Syarah Usul I'tiqad Ahl al-Sunnah, no: 652.
Abu Nu'aim al-Asbahani dalam al-Musnad al-Mustakhraj 'ala Sahih Imam Muslim, no: 1183.
Ibn Hazm dalam al-Muhalla, no: 1664.
al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no: 15266, 15268, 19984 & 19985.
'Abd Allah bin Muhammad bin 'Ali al-Harawi dalam al-'Arba'in fi Dalail al-Tauhid, no: 011.

Hadis di atas adalah SAHIH. Imam Muslim telah memasukkan hadis ini kedalam kitab Sahihnya pada kitab ( المساجد والمواضع الصلاة ) dalam bab (تحريم الكلام في الصلاة ونسخ ما كَان مِن إباحتِه ). Bahkan sangat masyhur kerana banyaknya hadis ini diriwayatkan sepertimana takhrij di atas. Ada sebahagian golongan yang sangat anti kepada wahabi atau salafi, mereka kononnya berhujah berlandaskan al-Quran dan Sunnah padahal hanyalah mengikut nafsu semata kerana mereka ingkar aqidah para salaf bahawa Allah di atas ‘Arasy. Mereka mempertahankan aqidah “ALLAH WUJUD BILA MAKAN” tidak di atas, tidak dibawah, tidak di depan, tidak di belakang, tidak di dalam dan tidak di luar. Bahkan, mereka ingkar dengan hadis di atas dengan menjatuhkan darjatnya kepada dha’if semata-mata ingin membenarkan hujah mereka. Kemudian mereka pula mencerca ulama hadis yang tidak bersalah dengan tuduhan yang tidak berasas seperti Muhammad Nasiruddin Al-Albani dengan tuduhan menipu awam dan sebagainya. Lihat di bawah:

Para Salafus Soleh tidak pernah pun mentakwil ataupun menukar (tahrif) makna hadis ini. Hadis ini juga menunjukkan tidak salah jika berkata Allah itu di atas langit kerana Allah itu di atas 'Arasy dan 'Arasy itu adalah di atas langit. Sebagaimana Firman Allah:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Tuhan yang Maha Pemurah beristiwa di atas 'Arasy. [Surah Taha: 5]

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Kemudian Dia beritiwa ke arah langit dan langit itu masih merupakan asap. [Surah Fushsilat: 11]

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah, Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa di atas 'Arasy. [Surah al-Sajdah: 4]


Apakah yang dimaksudkan dengan "Istiwa"? Istiwa (استوى) bermaksud tinggi di langit (ارتفع إلى السماء). Ini sebagaimana pendapat yang dikuatkan oleh Ibn Jarir r.a dalam Tafsir At-Tobari. Setelah itu Ibn Jarir r.a menyebut: "Makna yang paling benar tentang firman Allah (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ) adalah tinggi di atas langit dan meninggi, kemudian Ia mengatur langit dengan kekuasaan-Nya dan menciptakannya menjadi tujuh langit."

Berkata Ibn Kathir Rahimahullah:

وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري،والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. ...

“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: (ثم استوى على العرش) maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....” –Tafsir al-'Adzhim.

Inilah pandangan Salafus Soleh dan inilah pendapat yang lebih patut didahulukan berbanding pendapat ulama-ulama mutaakhirin yang telah mengubah atau mentakwil Istawa dengan makna 'menguasai' seperti golongan pelampau asya’irah.

Ibn 'Abd al-Barr menjelaskan tentang hadis ini:

وأما قوله في هذا الحديث للجارية: أين الله ؟ فعلى ذلك جماعة أهل السنة وهم أهل الحديث، ورواته المتفقهون فيه، وسائر نقلة، كلهم يقول ما قال الله تعالى في كتابه: ((الرحمن على العرش الستوى)) وأن الله عز وجل في السماء وعلمه في كل مكان.

"Dan adapun hadis jariah: Di manakah Allah? Maka menjadi pegangan atasnya oleh jamaah ahli sunnah dan mereka mereka adalah juga ahli hadis dan seluruh perawi yang memahaminya, mereka semua berkata sebagaimana firman Allah dalam kitabnya: "al-Rahman Bersemayam di atas 'Arasy." Dan bahawa sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla di langit dan Ilmunya pada setiap tempat. –Al-Istizkar: al-Jamii' li mazhab Fuqaha al-Ansor wa 'Ulama al-Aqtar

Perkataan Ulama Imam Empat Mazhab

1. IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak patut bagi seseorang untuk mengatakan sesuatu tentang Zat Allah kecuali kepada diriNya, dan tidak boleh seseorang mengatakan sesuatu tentang Allah dengan pendapat (ra’yu)nya. Maha Suci serta Maha Tinggi Allah Ta’ala, Rabb semesta Alam.” –Syarhul Aqidah at-Tahawiyah (2/472), tahqiq Dr. At-Turky, Jalaulm’Ainain, ms. 368

Ketika Imam Abu Hanifah ditanya tentang nuzulul Ilah (turunnya Allah), ia menjawab: “Ia turun dengan tidak kita menanyakan bagaimana (kaifiatnya) caranya.” –Aqidatus salaf Ashabil Hadis, ms. 42, al-Asma’ Was Sifat oleh al-Baihaqi, ms. 456

Imam Abu Hanifah berkata lagi: Barangsiapa yang berkata: “Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi?” bererti ia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arasy, tetapi aku tidak tahu adakah ‘Arasy itu di langit atau di bumi. –al-Fiqhul Absath, ms. 46

Imam Abu Hanifah berkata kepada seseorang wanita yang bertanya: “Dimanakah Ilahmu yang engkau sembah itu?” Ia menjawab: “Sesungguhnya Allah itu ada di langit bukan di bumi.” Lalu datanglah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: “Bagaimana dengan ayat: وهو معكم اين ما كنتم? “Dia bersama kamu dimana kamu berada.” (Surah al-Hadid: 4).

Imam Abu Hanifah menjawab: “Dia seperti engkau menulis surat kepada seorang lelaki dengan mengatakan, sesungguhnya aku selalu bersamamu, padahal engkau tidak ada di sampingnya.” –al-Asma’ was Sifat, ms. 429

2. IMAM MALIK BIN ANAS

Abu Nu’aim mentakhrijkan dari Ja’far bin Abdillah berkata: “Ketika kami sedang berada di samping Malik bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu bertanya: “Wahai Abu Abdillah, Ar-Rahman (Allah yang Maha Pengasih) bersemayam di atas ‘Arasy bagaimana bersemayamNya?” Mendengar pertanyaan ini, Imam Malik menjadi berang dan marah. Lalu ia menundukkan muka ke bumi seraya menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya hingga tubuhnya bersimbah peluh. Setelah ia mengangkat kepalanya, ia lantas berkata: “Cara bersemayamNya tidak diketahui (tidak dapat digambarkan), sedang istiwanya (bersemayamnya) telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku menyangka engkau adalah si pelaku bid’ah.” Lalu beliau menyuruh orang itu keluar. –Hilyatul Aulia’ (VI/325-326), Ibn Abdil Barr dalam at-Tauhid (VI/151), Al-Baihaqi dalam al-Asma’ Was Sifat, ms. 498, Ibn Hajar dalam Fathul Bari (XIII/406-407), Az-Zahabi dalam al-Uluw, ms. 103

3. IMAM MUHAMMAD IDRIS AS-SYAFI’I

Imam Syafi’i Rahimahullah berkata: “Allah Tabaraka wa Taala memiliki asma’ (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh KitabNya dan diberitakan oleh NabiNya s.a.w. kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah S.W.T. yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran turun membawa keterangan tentang hal tersebut, juga sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah telah jelas-jelas sahih yang menerangkan masalah itu. Maka barangsiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu padahal hujah (dalil/ keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti ia kafir kepada Allah S.W.T. Adapun jika ia menentang kerana belum mendapat hujah/ keterangan tersebut, maka ia diampuni kerana kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (sifat-sifat Allah dan asma’Nya) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah S.W.T. bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki tangan sesuai dengan firmanNya: “Bahkan Tangan Allah itu terbuka.” (Surah al-Maidah: 64). Dan bahawa Allah memiliki tangan kanan, sebagaimana dinyatakan: “...Dan langit digulung dengan tangan kananNya.” (Surah az-Zumar: 67) dan bahawa Allah itu memiliki wajah, berdasarkan firmanNya yang menetapkan: “Dan tiap-tiap sesuatu itu pasti binasa, kecuali Wajah Allah...” (Surah Al-Qasas: 88), “Dan kekallah wajah Rabbmu yang mempunyai keagungan dan kemulian.” (Surah Ar-Rahman: 27). Juga bahawa Allah mempunyai tumit, sesuai dengan pernyataan Rasulullah s.a.w: “Sehingga Rabb Azza wa Jalla meletakkan tumitNya pada Jahannam.” (Riwayat Bukhari, no: 4848 dan Muslim, no: 2848) dan Allah ketawa berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. tentang orang yang mati fi sabilillah: “Ia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah tertawa kepadanya....” (Riwayat Bukhari, no: 2826 dan Muslim, no:1890).

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. tentangnya. Begitu juga keterangan bahawa Allah S.W.T. itu tidak buta sebelah mataNya berdasarkan pernyataan Nabi s.a.w. ketika baginda menyebut dajjal, baginda bersabda: “Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabbmu tidaklah buta (sebelah mataNya).” (Riwayat Bukhari, no: 7231 dan Muslim, no: 2933). Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawa Allah S.W.T. mempunyai jari-jemari seperti ditetapkan oleh sabda Nabi s.a.w: “Tidaklah ada satu jari pun melainkan ia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman Azza wa Jalla.” (Riwayat Ahmad IV/182, Ibnu Majah I/72, Hakim I/525 dan Ibn Mandah ms.87. Imam Hakim mensahihkannya dipersetujui oleh az-Zahabi dalam at-Talkhis)

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. sendiri bagi diriNya dan oleh Rasulullah s.a.w. untukNya, hakikatnya tidaklah dapat dijangkau oleh akal atau fikiran dan orang yang mengingkarinya kerana bodoh (tidak mengetahui keterangan-keterangan tentangnya) tidaklah kafir kecuali jika ia mengetahuinya tetapi ia mengingkarinya, barulah ia kafir. Dan bilamana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya dalam pemahaman seperti sesuatu yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat hal tersebut dan mempersaksikan atasnya seperti halnya ia melihat dan mendengar dari Rasulullah s.a.w.

Namun kita tetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan (meniadakan) tasybih sebagaimana Allah telah menafikannya dari diriNya dalam firmanNya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah As-Syura: 11). –Dinukil daripada I’tiqadul Aimmatil Arba’ah oleh Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais

4. IMAM AHMAD BIN HANBAL

Syeikh Ibn Taimiyyah menyebut kata-kata Imam Hanbal: “Kita beriman kepada Allah itu di atas ‘Arasy sesuai dengan kehendaknya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang yang berusaha mensifatinya telah sampai atau dengan batas yang kepadanya seseorang yang membatasinya telah sampai. Sifat-sifat Allah itu (datang) dariNya dan milikNya. Ia mempunyai sifat seperti yang Ia sifatkan untuk diriNya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan.” –Ta’arudh al-‘Aqli wa al-Naqli (II/30)

Ibnul Jauzi dalam al-Manaqib menyebutkan tulisan (surat) Imam Ahmad bin Hanbal kepada Musaddad yang di antara isinya ialah: “Sifatilah Allah dengan sifat yang denganNya Ia telah mensifati diriNya dan nafikanlah dari Allah apa-apa yang Ia nafikan dari diriNya. –Manaqib Imam Ahmad, ms. 221

Di dalam kitab ar-Raddu ‘ala al-jahmiah tulisan Imam Ahmad, ia mengucapkan: “Jahm bin Safwan telah menyangka bahawa orang yang mensifati Allah dengan sifat yang dengannya Ia mensifati diriNya dalam kitabNya, atau dengan yang disebutkan Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya adalah seorang kafir atau termasuk Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk).” –Ar-Raddu ‘ala al-Jahmiah, ms. 104

Demikian di atas saya nukulkan kenyataan-kenyataan para Imam empat bagi membuktikan aqidah para salaf adalah sama dan tidak ada penambahan juga tidak ada pengurangan. Tidak ada takwil dengan makna tahrif apatah lagi menta’tilkan iaitu mengosongkan dari sebarang sifat. Maka, jelas aqidah yang benar dan selamat adalah mengatakan Allah bersemayam di atas ‘Arasy sebagaimana hujah-hujah telah diberikan di atas tadi. Mereka puak-puak asya’irah bermati-matian hendak menyelengkan fakta yang ada sebaliknya jawapan mereka sendiri menguburkan hujah mereka kerana ketidakjujuran mereka dalam menaqalkan tulisan ulama-ulama silam. Semoga Allah membukakan hati mereka agar terus mengkaji sehingga menemui kebenaran yang amat lazat jika dapat dirasakan oleh sesiapa yang pernah merasakannya yang dinamakan sebagai al-Hidayah.

SalafiahWahabiah
www.wahabiah.blogspot.com

Selasa, 8 April 2008

HAKIKAT TASAWWUF

Akhir zaman kini ramai orang mahu mencari suatu amalan untuk membersihkan dirinya dan amalan yang lebih cepat untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Begitu juga ramai orang yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadat tak kira ibadat tersebut benar-benar diambil daripada sumber islam yang tulen ataupun tidak. Oleh sebab itulah kita lihat ramai yang suka beribadat dengan banyaknya akan tetapi jahil ilmu agama. Ada juga yang akhlaknya sangat baik tetapi pegangan agamanya sangatlah karut. Mereka mempercayai wali-wali boleh membantu mereka disamping Allah. Doa mereka berbunyi: "Wahai Imam Syafi'i tolonglah kami".. sedangkan jelas pertolongan (isti'anah/ istighatsah) hanyalah kepada yang Maha Satu. Bukan kepada Imam Syafi'i tidak juga Nabi s.a.w. kerana ianya bercanggah dengan nas-nas yang akan saya paparkan selepas ini.

Saya ingin mengajak para pembaca agar melihat sejenak serta berfikir suatu golongan yang tidak asing lagi yang dinamakan "Sufi" atau lebih popular dengan nama "tasawwuf". Nama yang sangat tidak asing ini telah mendapat tempat di seantero dunia dari timur ke barat dari utara ke selatan. Akan tetapi benarkah golongan ini benar-benar isi ajarannya selari dengan tuntutan agama islam yang sebenar? Ataukah ia sebenarnya cuma ibarat bunga plastik yang hanya cantik luaran tetapi tidak dapat memberi manfaat melainkan hanya indah di mata, itupun mata yang yang telah didorongi dengan hawa nafsunya yang sebenarnya tidak dapat dibandingkan dengan bunga-bunga yang benar-benar hidup di bawah kekuasaan Allah Yang Maha Mencipta sekalian makhluknya.

Menurut kajian para agamawan dan ulama-ulama islam, perkataan sufi bukanlah berasal dari bahasa arab. Ada yang mengatakan ia berasal dari kata suf (baju dari kulit domba) yang menjadi pakaian bagi golongan zuhud di zaman Nabi, ada juga yang berpendapat ianya berasal dari kata sufiya yang merupakan bahasa yunani yang bermaksud hikmah. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya berasal dari kata As-Safaa' yang bermaksud suci dan jernih. Akan tetapi pendapat ini telah disanggal kerana jika ditambah dengan ya' nisbah ia akan menjadi safaa'ie bukannya sufi.

Selalunya sufi ini dikaitkan dengan tarikat yang bermaksud jalan. Ada juga yang berpendapat sufi ini hanya kaitannya dengan zuhud, tawadhu' dan warak dan tidak ada kaitannya dengan tarikat-tarikat tertentu. Akan tetapi yang menjadi mejoritinya hari ini bila disebut sufi atau tasawwuf ia mesti dikaitkan dengan tarikat. Tarikat ini telah diterima umum oleh banyak ilmuan-ilmuan islam yang kebanyakan mereka ini dipelopori oleh pengikut asya'irah maturidiyah. Antara tarikat-tarikat yang popular seperti Tijaniyah, Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Qadiriyah, Ahmadiah, dan sebagainya.

Nama sufi ini sebenarnya telah memecah-belahkan kaum muslimin disebabkan oleh kaum sufi itu sendiri. Apa tidaknya, masing-masing daripada kelompok sufi yang menamakan kelompok mereka dengan tarikat-tarikat tertentu mengakui merekalah yang paling benar. Malah menuduh sesama mereka sebagai tidak betul. Malah jika diperhati setiap peribadatan kaum sufi ini, ternyata amat berbeza antara satu tarikat dengan tarikat yang lain. Malah setiap tarikat-tarikat pasti tidak akan terlepas daripada rekaan-rekaan bentuk peribadatannya. Sedangkan islam menganjurkan untuk bersatu-padu dan jangan berpecah-belah serta beribadat sebagaimana yang telah disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah Ta'ala:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا

Dan berpegang-teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. (Surah Ali Imran : 103)

وَلا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (32)

Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Surah Ar-Rum : 31-32)

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. (Surah An-Nisaa' : 59)

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ

Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada daripada ajaran kami, maka ia ditolok (tidak diterima). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa perlu berkelompok-kelompok? Tidak cukupkah ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah? Tidak cukupkah Al-Quran dan As-Sunnah menurut fahaman sahabat (salafus soleh) sebagai petunjuk dan pembimbing hidup? Inilah yang kurangnya pada kelompok sufi sebenarnya. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis yang sahih. Mereka mengamalkan tawassul (perantaraan/ Wasilah) yang melampaui batas syariat. Dan mereka juga sering guluw (melampau) dalam segala perbuatan yang direkayasa oleh mereka.

Seperti yang saya sebut pada awal tulisan ini, mereka ini suka berdoa dengan cara yang salah kerana mereka beristighatsah dan beriti'anah selain Allah seperti: "Wahai Jailani, Wahai Rifa'I, Wahai Rasulullah tolonglah kami!" atau terkadang juga mereka berdoa "Wahai Rasulullah hanya kepadamu kami bersandar!" Padahal jelas daripada Al-Quran menyatakan tidak boleh berdoa meminta pertolongan melainkan hanya pada Allah semata.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya pada-Mu kami menyembah dan hanya pada-Mu kami meminta pertolongan. (Surah Al-Fatihah : 5)

وَلا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَنْفَعُكَ وَلا يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak dapat memberi mudharat kepadamu selain Allah; kerana jika kamu berbuat demikian itu, sesungguhnya kalau begitu kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim. (Surah Yunus : 106)

Maksud zalim dalam ayat di atas adalah syirik (mempersekutukan Allah) sebagaimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Satu lagi cara ibadat yang telah disepakati oleh kaum-kaum sufi adalah berzikir secara kuat serta berjemaah. Sebagaimana pada hari ini, bukan sahaja para sufi yang berzikir secara kuat, malah ramai yang telah tertipu dengan cara ini yang disangka ianya sunnah padahal ia bertentangan dengan sunnah Nabi yang jelas tertera di dalam Al-Quran maupun Hadis Nabawiyah.

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai. (Surah al-A’raaf : 205)

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. (Surah al-A’raaf : 55)

Suatu hadis yang tidak asing lagi dalam menolak hujah mereka yang mengatakan zikir berjemaah adalah sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Darimi dalam musnadnya menunjukkan bahawa zikir secara berjemaah adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah sahabat r.a.

Daripada ‘Amr bin Salamah (seorang tabi’i) katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman (gelaran kepada ‘Abd Allah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka (ini merupakan salah satu sifat khawarij seperti diterangkan dalam hadis-hadis). Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.” (Hadis riwayat ad-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis as-Sahihah jilid 5, ms 11)

Bukan setakat itu penyelewengan kaum sufi, malah banyak lagi penyelewengan mereka sehinggakan ada yang sampai ketahap pemujaan para wali dan keramat serta menyembah kubur wali dan meminta tolong darinya, dan ada yang menerima konsep wahdatul wujud (bersatunya makluk dengan Tuhannya) yang dipelopori oleh Ibn 'Arabi sebagaimana termaktub fahamannya ini dalam kitab Futuhat Al-Makiyyah. Sehingga Ibn 'Arabi pernah berkata: "Sesungguhnya seorang lelaki yang meniduri isterinya, sebenarnya sedang meniduri Allah Al-Haq." Sungguh kufur perkataan ini wal 'iyazubillah.

Jika sesiapa yang pernah ke Mesir boleh melihat sendiri kebatilan cara para sufi ini berzikir secara kuat (jahar) sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan serta meraung-raung nama Allah sehinggalah mereka hanya menyebut seringkas-ringkasnya sebutan Al-Haq seperti: "Hu-Hu, Hu-Hu, atau Ah-Ah-Ah seperti orang yang mabuk kerana meminum arak. Kononnya inilah zikir tahap yang tertinggi sekali. Sedangkan sabda Rasulullah:

أفضل الذكر : لا إله إلا الله

"Sebaik-baik zikir adalah kalimah Laa Ilaaha Illallah." (Hadis riwayat Tirmizi)

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat 35 berbunyi:

وَمَا كَانَ صَلاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Sembahyang mereka (orang-orang musyrikin) di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

Dengan sedikit infomasi tentang sufi ini, semoga para pembaca lebih terbuka minda untuk mencari kebenaran. Jangan hanya melihat luaran tanpa mengkaji dalamannya. Seperti juga ramai pengikut tarikat yang mempunyai akhlak yang baik akan tetapi aqidahnya sangatlah batil. Ibadatnya sangatlah banyak rekaan-rekaan yang tidak dijumpai daripada sunnah nabi serta amalan salafus soleh.

Sebab itu Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada sahabatnya yang umat islam akan berpecah kepada 73 puak semuanya menuju ke neraka kecuali satu. Apabila sahabat bertanya siapakah yang satu tersebut maka Rasulullah menjawap: "Al-Jamaah". Dalam riwayat lain Nabi s.a.w. bersabda:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

“Dan akan terpecah umatku manjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lain-lain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 2641)

Hanya satu jalan (tarikat) yang selamat iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ibn Mas'ud r.a. berkata: "suatu hari rasulullah s.a.w. membuat satu garisan lurus dengan tangannya lalu bersabda:

هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ مُسْتَقِيمًا قَالَ ثُمَّ خَطَّ عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ السُّبُلُ وَلَيْسَ مِنْهَا سَبِيلٌ إِلَّا عَلَيْهِ شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَإِنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ}

"Inilah jalan Allah yang lurus, kemudian baginda menggariskan beberapa garis disebelah kiri dan kanan garis yang lurus itu, sambil bersabda: "Inilah jalan-jalan (kesesatan). Tidak ada satu jalan pun dari jalan ini melainkan ada syaitan yang mengajak manusia untuk mengikuti jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan surah Al-An'am ayat 153 : "Dan bahawa yang (kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)". (Hadis riwayat Ahmad; berkata Al-Arnauth: Hadis hasan, rujuk Musnad Ahmad takhrij al-Arnauth, no: 4437)


Isnin, 24 Mac 2008

MANHAJ SALAF: MENDAHULUKAN SYARAK DARIPADA AKAL


Kaedah yang pertama[1] sekali adalah ittiba' kepada As-Salafus Soleh dalam memahami, menafsiri, mengimani serta menetapkan sifat-sifat ilahiyah (ketuhanan) tanpa takyif (bertanya bagaimana hakikatnya) dan tanpa takwil (membuat perubahan makna dan lafaznya), juga dalam menetapkan persoalan-persoalan aqidah lainnya, dan menjadikan generasi pertama sebagai panutan dalam berfikir maupun beramal.

Jadi pertama kali Al-Quran dan Hadis, selanjutnya mengikuti jejak dan mengambil suri teladan kepada para sahabat nabi, sebab di tengah-tengah merekalah wahyu turun. Dengan demikian, mereka (para sahabat) adalah orang yang paling memahami tafsir Al-Quran, dan lebih memahami takwil (tafisr) Al-Quran dibandingkan dengan generasi-generasi berikutnya. Mereka bersatu dalam hal usul agama, tidak berselisih mengenainya, dan tidak terlahir dari mereka hawa nafsu-nafsu dan bid'ah.[2]

Dari sanalah lahir ciri yang dominan pada pengikut manhaj salaf. Mereka adalah ahlul hadis, para penghafal hadis, para perawi serta para alim hadis yang ittiba' pada atsar. (Itulah jalannya kaum muslimin) Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalannya orang-orang mukmin. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia ke dalam Jahannam. Dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali". [An-Nisaa': 115]

Jadi mereka berbeza dengan ahli kalam sebab mereka (pengikut manhaj salaf) selalu mendahului syarak. Kitab dan Sunnah, selanjutnya mereka tenggelam dalam memahami serta merenungi nas-nas Al-Quran dan Sunnah tersebut.

Pengikut manhaj salaf menjadikan akal tunduk kepada kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Dari sini maka akal yang sihat tidak mungkin bertentangan nash yang sahih. Apabila terjadi pertentangan, maka nas yang sahih harus didahulukan atas akal, sebab nas-nas Al-Quran bersifat ma'shum (terjaga) dari kesalahan, dan nas-nas sunnah bersifat ma'shum (terjaga) dari hawa nafsu.

Oleh kerana itu, sikap mendahulukan Al-Quran dan Sunnah atas akal-akal bagi kaum salaf merupakan pemelihara dari perselisihan serta kekacauan dalam aqidah dan agama.

Sesuatu yang masuk akal menurut manhaj salaf adalah sesuatu yang sesuai dengan Al-kitab dan Sunnah, sedangkan sesuatu yang tidak masuk akal adalah suatu yang menyalahi Al-Quran dan Sunnah. Petunjuk ialah sesuatu yang selaras dengan manhaj sahabat, dan tidak ada jalan lain untuk mengenali petunjuk sahabat melainkan atsar-atsar ini.[3]

Prinsip-prinsip aqidah bagi pengikut manhaj salaf nampak jelas pada keimanannya terhadap sifat-sifat dan nama-nama Allah Ta'ala tanpa penambahan, pengurangan, takwil yang menyalahi zhahir nas dan tanpa membuat penyerupaan dengan sifat-sifat makhluk, tetapi membiarkannya sesuai dengan apa yang dinayatakan dalam Kitabullah dan Sunnah NabiNya s.a.w. Sedangkan kaifiyat (hakikat bagaimana) mereka kembalikan kepada Zat yang telah memfirmankannya sendiri.[4]

Melalui konteks ini kita mesti memahami cara salaf dalam menjadikan akal tunduk kapada nas, baik nas berupa ayat Al-Quran maupun berupa sunnah Rasul s.a.w itu, bukan sebaliknya. Berbeza dengan manhaj ahli kalam dari kalangan Mu'tazilah, Maturidiyah, dan Asy'ariyah yang lebih mendahulukan akal daripada nas. Sedangkan nas mereka takwilkan sehingga sesuai dengan akal.

Tentu saja hal tersebut bererti memperkosa nas agar sesuai dengan kehendak akal. Padahal sepatutnya hukum-hukum akal lah yang wajib diserahkan keputusannya kepada nas-nas Quran dan Sunnah. Maka apa sahaja yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah seharusnya kita akur terhadapnya. Sedangkan apa saja yang tidak selari dengan keduanya, seharusnya di tolak.

Sesungguhnya takwil menurut kaum ahlu kalam dan falsafah pada umumnya mengandungi tuntutan untuk menjadikan akal sebagai sumber syarak yang mendahului al-Quran dan Sunnah. Oleh itu jika ada pertentangan antara nas-nas dengan akal, maka mereka akan mendahului akal. Dan menakwil dengan segera nas tersebut sehingga sesuai dengan kehendak akal. Akan tetapi manhaj salaf sebaliknya.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pernah menyebut bahawa kaum salaf menyerahkan hukum kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Mereka merasa cukup dengan nas-nas tersebut. Mereka jadikan pemahaman-pemahaman akalnya patuh pada nas-nas itu kerana akal menurut kitabullah dan sunnah s.a.w adalah sesuatu yang boleh ada jika ada pemiliknya. 'Akal' bukanlah zat yang boleh berdiri sendiri seperti anggapan kaum falsafah.[5]

Akal tidak mampu meliputi kenyataan-kenyataan yang dijelaskan oleh kitabullah maupun sunnah Nabi s.a.w. Bahkan akalpun tidak berupaya untuk meliputi segenap hakikat alam yang sebenar yang telah ditemui berdasarkan penemuan-penemuan ilmiah akal itu sendiri. Maka bagaimana mungkin akal akan dapat menjangkau kenyataan alam ghaib??

Oleh sebab itulah, wajiblah di serahkan nas-nas Al-Quran dan As-sunnah. Wajib mengimani segala apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, baik yang berkaitan dengan alam ghaib ataupun tidak. Lebih khusus lagi pada ayat-ayat yang berkaitan sifat-sifat ketuhanan, maka kita wajib mengimaninya tanpa takwil (mengubah makna atau lafaznya) dan tanpa ta'thil (menolak hakikatnya atau menafikannya).

[Dinukil dari Usul Manhaj As-Salafi, terjemahannya 'Pokok-pokok manhaj salafi' oleh syeikh khalid bin 'Abdurrahman al-'ikk, diterjemah oleh Ust. Ahmad Faiz Asifudin, Lc. http://dear.to/abusalma ]

Disunting dari edisi ebook Maktabah Abu Salma al-Atsari, www.abusalma.wordpress.com

SalafiahWahabiah

www.wahabiah.blogspot.com



[1] Qawa'id al-Manhaj as-Salafi, hal 187, Dr. Musthafa Helmi, cet. Dar ad-Da'wah, Iskandariyah.

[2] 'Aqaid as-Salaf, karya Dr. Ali Sami an-Nasysyar, hal 309, cet. Dar al-Ma'arif, Iskandariyah.

[3] Naqdhu al-Mantiq, Ibn Taimiyyah, hal 309.

[4] Ibid, hal 3.

[5] Majmu' Fatawa, jilid 9, hal 279.

Ahad, 23 Mac 2008

KENALI SHEIKH MUHAMMAD NASHIRUDDIN AL-ALBANI

Nama penuh beliau ialah Abu Abdirrahman Muhammad Nashiruddin bin Nuh al-Albani. Dilahirkan pada tahun 1333 H di kota Ashqadar ibu kota Albania yang lampau. Beliau dibesarkan di tengah keluarga yang tak berkemampuan, lantaran kecintaan terhadap ilmu dan ahli ilmu.

Ayah al-Albani iaitu Al-Haj Nuh adalah lulusan lembaga pendidikan ilmu-ilmu syari'at di ibu kota Negara dinasti Utsmaniyah (kini Istanbul), yang ketika Raja Ahmad Zagho naik tahta di Albania dan mengubah sistem pemerintahan menjadi pemerintah secular, maka Syeikh Nuh amat risaukan dirinya serta keluarganya. Akhirnya beliau memutuskan untuk berhijrah ke Syam dalam rangka menyelamatkan agamanya dan kerana takut terkena fitnah. Beliau sekeluarga kemudian menuju ke Damaskus.

Setiba di Damaskus, Syeikh al-Albani ketika tersebut masih kecil. Beliau mulai aktif mempelajari bahasa arab. Beliau masuk ke sekolah pada madrasah yang dikelola oleh Jum'iyah al-Is'af al-Khairiyah. Beliau terus belajar di sekolah tersebut hingga kelas terakhir tingkat Ibtida'iyah. Selanjutnya beliau meneruskan belajarnya langsung kepada para Syeikh (bertalaqqi). Beliau mempelajari al-Quran dari ayahnya sehingga tamat, disamping itu mempelajari pula fiqh mazhab Hanafi dari ayahnya.

Syeikh al-Albani juga mempelajari kemahiran memperbaiki jam dari ayahnya sehingga ia benar-benar mahir, sehinggalah beliau menjadi seorang yang amat terkenal sebagai seorang pembaik jam. Kemahiran beliau tersebut kemudiannya menjadi salah satu mata pencariannya.

Pada umur 20 tahun, pemuda al-Albani ini mulai menumpukan dirinya dalam ilmu hadis lantaran terkesan daripada penulisan-penulisan yang ada dalam majalah al-Manar, iaitu sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Redha. Kegiatan pertama di bidang ini ialah dengan menyalin semula sebuah kitab berjudul "Al-Mughni 'an Hamli al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akbar". Sebuah kitab karya al-Iraqi, berupa takhrij terhadap hadis-hadis yang terdapat pada Ihya Ulumuddin karya al-Ghazali. Kegiatan Syeikh al-Albani dalam bidang hadis ini ditentang oleh ayahnya dengan berkata: "Sesungguhnya ilmu hadis adalah pekerjaan orang-orang yang muflis".

Namun syeikh al-Albani kemudiannya semakin bertambah minatnya dalam dunia hadis. Pada perkembangan seterusnya, syeikh al-Albani tidak memiliki wang yang mencukupi untuk membeli kitab-kitab. Disebabkan ketidak mampuannya untuk membeli kitab-kitab, maka beliau memeanfaatkan perpustakaan az-Dzahiriyah di tempatnya (Damaskus). Disamping itu, beliau meminjam buku-buku dari beberapa perpustakaan yang lain. Begitulah hadis menjadi kesibukan bagi rutin hariannya sehinggalah beliau menutup kedai pembaikan jamnya. Beliau lebih banyak menghabiskan masanya di perpustakaan az-Dzahiriyah sehingga sehari mengambil masa 12 jam. Tidak pernah berehat dalam mentelaah kitab-kitab hadis, kecuali setibanya waktu solat. Waktu makannya jua seringkali hanya sedikit makanan yang dibawanya ke perpustakaan.

Ahkirnya penjaga perputakaan memberikan ruangan khusus untuk beliau di perpustakaan tersebut. Bahkan setelah itu, beliau diberi kebenaran untuk memegang kunci perpustakaan. Dengan demikian, beliau lebih bebas untuk datang awal pada waktu orang lain belum lagi datang. Begitu pula waktu pulangnya ketika mana orang lain pulang pada waktu zohor, beliau pula pulang setelah solat isyak. Hal demikian berulang-ulang sehingga memakan masa beberapa tahun.

Pengalaman Penjara

Sheikh al-Albani pernah dipenjara sebanyak 2 kali. Kali pertama selama sebulan dan kali kedua selama enam bulan. Ia tidak lain dan tidak bukan disebabkan kegigihannya dalam berdakwah kepada sunnah dan membanteras bid'ah sehingga orang ramai dengki terhadapnya serta menyebarkan fitnah kepadanya.

Beberapa Tugas yang pernah ditawarkan

Syeikh al-Albani pernah mengajar di Jami'ah Islamiyah (Universiti Islam Madinah) selama 3 tahun, daripada tahun 1381-1383 H. Beliau mengajar tentang hadis dan ilmu-ilmunya. Setelah itu beliau berpindah ke Jordan. Pada tahun 1388 H, Jabatan Pendidikan meminta kepada syeikh al-Albani untuk menjadi ketua jurusan Pengajian Islamiyah pada Fakulti Pasca Sarjana di sebuah Perguruan Tinggi daripada kerajaan Jordan. Tetapi situasi serta kondisi pada waktu itu menyebabkan beliau tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H beliau kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majlis Tinggi Jam'iyah Islamiyah di sana. Beliau juga mendapat penghargaan yang tinggi daripada kerajaan Arab Saudi berupa 'King Faisal Fundation' pada tarikh 14 dzulkaedah 1419 H.

Beberapa karya tulisan beliau

Karya-karya beliau amat banyak, diantaranya ada yang sudah pun dicetak dan ada yang berupa manuskrip dan ada yang hilang. Semuanya berjumlah 218 judul. Beberapa contoh karya beliau:

  1. Adabuz-Zifaf fi As-Sunnah al-Muthahharah
  2. Al-Ajwibah an-Nafi'ah 'ala as'ilah masjid al-Jami'ah
  3. Silsilah al-Ahadits ash-Sahihah
  4. Silsilah al-Ahadits adh-Dha'ifah wal Maudhu'ah
  5. At-Tawasul wa anwa'uhu
  6. Ahkam al'Janaiz wabida'uha

Disamping itu, beliau juga memiliki kaset ceramah, kaset-kaset bantahan terhadap berbagai pemikiran sesat dan kaset-kaset berisi jawapan-jawapan tentang pelbagai masalah yang bermanfaat.

Selanjutnya Sheikh al-Albani berwasiat agar perpustakaan peribadinya, baik berupa buku-buku yang sudah dicetak, buku-buku foto copynya, manuskrip-manuskrip (yang ditulis oleh beliau sendiri ataupun orang lain) semuanya diserahkan ke perpustakaan Jami'ah tersebut yang berkaitan dengan dakwah menuju al-kitab was sunnah, sesuai dengan manhaj salafus soleh (sahabat nabi radhiyallahu 'anhum), pada saat beliau menjadi pengajar disana.

Wafatnya

Beliau wafat pada hari Jumaat malam sabtu tanggal 21 Jumadil Akhir 1420 H atau bertepatan tanggal oktober 1999 di Jordan. Rahimahullah Al-Syeikh al-Albani Rahmatan Wasi'ah Wa Jazahullahu 'an al-Islam wal muslim lina khaira wa adkhalahu fi an-Na'im al-Muqim.

[Disunting daripada Maktabah Ummu Salma al-Atsariyah; http://www.ummusalma.wordpress.com ]

SalafiahWahabiah

www.wahabiah.blogspot.com

Selasa, 29 Januari 2008

BERHATI-HATI DENGAN KUMPULAN AHBASH






Setelah diselidiki rupanya mereka yang membuat blog-blog untuk menghentam wahabi rupanya adalah daripada kelompok ahbash yang telah difatwakan sesat oleh segenap ulama ahli sunnah wal jamaah. mereka bukan setakat mengaku ahli sunnah wal jamaah malah menghukum orang yang tak sealiran dengan mereka semuanya kafir. Mereka ini tidak segan silu untuk mengkafirkan siapa sahaja yang tak ikut mereka.

Lihat saja blog-blog yang dikeluarkan mereka, bukan setakat memfitnah tetapi diejeknya dan dikutuknya orang-orang tertentu. Sila klik link di bawah ini:

www.abu-syafiq.blogspot.com

www.mingguanwahabi.blogspot.com

www.bankwahabi.wordpress.com

Berikut saya nyatakan pemikiran serta pegangan mereka yang saya nukil dari web almanhaj.or.id (http://www.almanhaj.or.id/content/1941/slash/0):


PEMIKIRAN DAN AQIDAH FIRQOH AL-AHBASY

1- Mereka mengaku berada di atas madzhab Imam Syafi’i, baik dalam masalah aqidah ataupun fiqih. Tetapi pada kenyataannya, mereka sangat jauh dengan pengakuan yang mereka katakan. Bahkan mereka berani mentakwilkan sifat-sifat Allah dengan tanpa kaidah yang benar menurut syar’i. Mereka menatkwilkan istiwa Allah dengan istiilaa sebagaimana takwil yang telah dilakukan oleh orang-orang Mu’tazilah dan Jahmiyah.

2- Mereka mengatakan, bahwa lafazh Al-Qur’an adalah dari Jibril, bukan dari Allah. Anggapan yang sembrono ini tercantum dalam kitab mereka yang berjudul ‘Izharul Aqidah As-Suniyah, halaman 591.

3- masalah iman, mereka mengatakan bahwa iman seseorang selamanya akan sempurna dan tidak akan pernah rusak, walaupun orang tersebut tidak pernah menegakkan rukun-rukun Islam yang ada. Pendapat seperti ini termasuk dari aqidah Murji’ah Jahmiyah.

4- bab Tauhid, mereka seperti Jabriyah yang meyakini bahwa Allah lah yang telah mendorong orang kafir melaksanakan kekafirannya. Seorang hamba tidak mempunyai kuasa atau kemampuan untuk menolaknya.

Pendapat seperti ini, jelas sangat keliru, karena menurut pandangan Ahlus sunnah wal Jama’ah, setiap manusia mempunyai kehendak untuk memilih jalan kebenaran dan kesesatan, sebagaimana manusia juga bisa memilih yang baik untuk kehidupan dunia mereka.

5- menganjurkan kepada manusia untuk beribadah ke kuburan, meminta pertolongan dan hajatnya kepada orang-orang yang telah meninggal. Bahkan firqoh Al-Ahbasy ini berkeyakinan, bahwa orang yang telah meninggal akan keluar dari kuburan untuk menolong manusia, kemudian akan kembali lagi setelahnya. Disamping itu, firqoh sesat ini juga membolehkan manusia untuk meminta perlindungan kepada selain Allah dan meminta barakah kepada batu.

6- ini banyak merajihkan hadits palsu untuk menguatkan madzhab mereka dan sebaliknya, mereka melemahkan hadits shahih yang bertentangan dengan ajaran mereka.

7- Mereka banyak mencela para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, seperti Muawiyah, Aisyah, Khalid bin Walid. Menurut anggapan kelompok ini, orang-orang yang ikut bersama Mu’awiyah untuk melawan Ali, maka mereka meninggal dalam keadaan Jahiliyyah.

7- Mereka juga mengkafirkan banyak para ulama. Misalnya : Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Imam Adz-Dzahabi, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syaikh Nashiruddin Al-Albani, dan sebagainya.

9- Mereka juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyimpang. Sebagai contoh : melihat, berikhtilat, dan berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram adalah halal, wanita yang berhias dan tabarruj boleh keluar rumah walaupun tidak dizinkan oleh suaminya.

Dan masih banyak lagi kesesatan dan penyimpangan mereka yang harus diwaspadai.





SUMBER PEMIKIRAN DAN AQIDAH FIRQOH AL-AHBASY

Pemikiran dan aqidah mereka dapat disimpulkan sebagai berikut :

[1]. Dalam masalah sifat-sifat Allah, firqah ni menganut mazhab Al-Asy’ariyah, yang mirip dengan manhaj jahmiyah.

[2]. Dalam masalah iman, mereka menganut pemikiran Murji’ah dan Jahmiyah

[3]. Dalam beribadah, mereka menggunakan thariqah yang tidak ada ada dalam Islam, semisal thariqah Ar-rifa’iyah dan Naqsabandi.

[4]. Mereka juga memiliki aqidah Ja’fariyah Al-Bathiniyah.

[5]. Pemikiran mereka juga diambil dari berbagai sumber dan macam aliran lain, yang bertujuan untuk menipu dan mengoyak persatuan umat Islam, baik dari sisi aqidah dan manhaj yang benar, yaitu menhajnya para Salafush Shalih, manhaj Rasulullah dan para sahabatnya.

Demikian penjelasan singkat tentang firqah yang sesat ini. Semoga Allah melindungi kita dari tipu daya dan muslihatnya. Wallahul Musta’an.





Khamis, 20 Disember 2007

RISALAH: DIMANA ALLAH?

[Risalah ini di petik daripada risalah nidaaul had Institut pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) yang di sediakan oleh Muhammad Asri bin Sobrie sekarang bertugas di Jabatan Mufti Perlis, beliau adalah seorang pelajar lepasan IPTIPs 2007]

Alhamdulillah[1], segala puji bagi Allah I yang telah memberi peluang kepada pihak Exco Dakwah & Tarbiah untuk meneruskan penerbitan risalah Nidaaul Haq ini dengan menjelaskan persoalan-persoalan semasa berdasarkan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Persoalan yang ingin dibangkitkan adalah Di manakah Allah? Persoalan ini mungkin menggoncang pemikiran para pendengarnya yang kurang mendalami ilmu aqidah. Ini kerana sejak kecil kita tidak didedahkan dengan persoalan-persoalan seperti ini. Namun ketahuilah sahabat-sahabatku bahawa persoalan ini bukanlah bid’ah dalam agama bahkan soalan ini telah digunakan oleh Rasulullah r untuk menentukan kesahihan iman dan aqidah seseorang yang akan kami datangkan dalilnya nanti.

Firman Allah I:

(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy. [Surah Taha ayat 5]

Dalam ayat di atas Allah dengan jelas telah menetapkan sifat bersemayam atau istiwa’ pada zatNya yang agung. Istiwa’ dalam bahasa Arab adalah Al-‘Uluww dan Al-Irtifa’العلو والارتفاع) ( maksud Al-‘Arsy pulak adalah ma’ruf iaitu Singgahsana dan Takhta kebesaran. Al-‘Arsy adalah ‘alam (makhluk) yang paling besar dan agung yang berada di langit ke tujuh di atas Syurga Al-Firdaus. Sabda Rasulullah r:

“Daripada Abu Hurairah t daripada Nabi r Baginda bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya dan mendirikan Solat dan berpuasa Ramadhan maka adalah menjadi hak atas Allah untuk memasukkannya ke dalam Syurga sama ada dia berhijrah di jalan Allah atau tinggal tetap di tanah airnya. Mereka (Sahabat) berkata: Apakah kami tidak memberitahukan hal ini kepada manusia? Maka bersabda Nabi r: Sesungguhnya dalam Syurga itu ada 100 darjat yang disediakan Allah bagi Mujahidin di jalanNya setiap di antara dua darjat itu seperti jarak antara langit dan bumi maka apabila kamu meminta kepada Allah maka mintalah Syurga Al-Firdaus kerana ia adalah yang paling tengah dan paling tinggi dan atasnya ‘Arsy Ar-Rahman dan darinyalah terpancar sunagi-sungai Syurga.” [Riwayat Al-Bukhari Kitab At-Tauhid Bab و كان عرشه على الماء وهو رب العرش العظيم]

Dalam melihat lebih jelas lagi berkenaan masalah ini saya datangkan Tafsiran para ulama’ Salaf terhadap ayat istiwa’ ini yang terdapat sebanyak 7 kali di dalam Al-Quran Kalamullah. Ayat yang pertama terdapat pada Surah Al-A’raf ayat ke 54:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy. dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

Pada Surah Al-Hadid ayat 4:

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian dia bersemayam di atas ´arsy dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. dan dia bersama kamu di mana saja kamu berada. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

Berkata Ibn Katsir Rahimahullah:

“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: ثم استوى على العرش maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....”[Lihat tafsir Surah Al-A’raf ayat 54, Tafsir Al-Quran Al-Azhim, Ibn Katsir, Jilid 2, Idarah Bina al-Masajid Wal Masyari’ al-Islamiah 1992, ms 246] [2]


Dalam kenyataan di atas amat jelas bahawa aqidah Allah berada di atas Arsy adalah aqidah Imam Syafi’i dan lain-lainnya. Ibn Katsir sendiri adalah bermazhab Syafi’i dan merupakan anak murid yang utama kepada Ibn Taimiyyah Rahimahullah. Namun yang menjadi peliknya, terdapat segelintir pihak yang menolak Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim tetapi menerima Ibn Katsir.

Berkata pula Al-Bagahwi dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat yang sama:

“Dan telah menta’wilkan mu’tazilah Al-Istiwa’ dengan Al-Istila’ (menguasai) adapun Ahli Sunnah mereka berkata: Istiwa’ atas Al-‘Arsy adalah sifat bagi Allah Ta’ala tanpa Kaif (tanpa dibincang kaifiatnya) wajib atas setiap orang mengimaninya dan menyerahkan ilmu tentangnya (tentang kaifiatnya) pada Allah Azza wa Jalla. [Tafsir Al-Baghawi, Al-Baghawi, Jilid 2, Beirut-Dar Kutub Ilmiah 1993, 137][3].

Berkata pula Abu Su’ud:

وعن أصحابنا أن الاستواءَ على العرش صفة الله تعالى بلا كيف والمعنى أنه تعالى استوى على العرش على الوجه الذي عناه منزهاً عن الاستقرار والتمكن ، والعرشُ الجسم المحيط بسائر الأجسام سمي به لارتفاعه أو للتشبيه بسرير الملِك فإن الأمورَ والتدابير تنزِل منه
Maksudnya: “Dan daripada Ashab kami (Ahli Sunnah) bahawa istiwa’ di atas ‘Arasy adalah sifat Allah Ta’ala tanpa Kaif dan maknanya adalah Allah Ta’ala bersemayam di atas Arasy dengan cara yang dikehendakiNya tanpa Istiqrar dan tetap dan ‘Arasy adalah jisim yang meliputi segala jisim dinamakan ‘Arasy kerana ketinggiannya atau diserupakan dengan Takhta Raja kerana segala urusan turun darinya. [Rujuk Tafsir Abu Su’ud][4]

Berkata Asy-Syaukani[5] dalam Fathul Qadir[6]:

قد اختلف العلماء في معنى هذا على أربعة عشر قولاً ، وأحقها وأولاها بالصواب مذهب السلف الصالح أنه : استوى سبحانه عليه بلا كيف ، بل على الوجه الذي يليق به مع تنزهه عما لا يجوز عليه ، والاستواء في لغة العرب هو العلوّ والاستقرار .
Maksudnya: “Telah berselisih para ulama’(yakni dari setiap firqah islamiah) pada makna ayat ini kepada 14 pendapat dan yang paling benar dan paling utamanya dengan kebenaran adalah mazhab As-Salaf As-Soleh bahawa telah bersemayam Allah Ta’ala tanpa Kaif bahkan atas cara yang layak dengannya beserta Maha SuciNya dari apa yang tidak harus padanya dan Istiwa’ dalam bahasa ‘Arab adalah Tinggi dan Meninggi”.


Di Mana Allah di sisi Sahabat y:
Imam Al-Kaie meriwayatkan dalam kitab beliau Syarh Usul I’tiqad Ahli Sunnah, Hadis No.506:

عن أم سلمة في قوله الرحمن على العرش استوى قالت : « الكيف غير معقول والاستواء غير مجهول والإقرار به إيمان والجحود به كفر »

Maksudnya: “ Daripada Ummu Salamah R.A. (Isteri Rasulullah r) pada Firman Allah: الرحمن على العرش استوى (Surah Taha ayat 5) dia (Ummu Salamah R.A.): Kaifiat tidak boleh diketahui aqal, dan istiwa’ itu tidaklah majhul, dan meyakininya adalah Iman, dan mengingkarinya adalah kufur”.

Dari Abdullah bin Mas’ud t (Hadis 502):

عن عبد الله ، قال : « ما بين سما القصوى وبين الكرسي خمسمائة سنة ، وما بين الكرسي والماء خمسمائة سنة ، والعرش فوق الماء ، والله فوق العرش لا يخفى عليه شيء من أعمال بني آدم »

Maksudnya:“Dari Abdullah beliau berkata: Apa yang ada di antara Sama Al-Quswa (Langit dunia) dan Kursi 500 tahun (jaraknya), dan antara Kursi dan Air 500 tahun, dan Al-‘Arsy di atas dari Air dan Allah di atas ‘Arasy tidak tersembunyi sesuatupun dariNya amalan-amalan anak Adam”.

Pendapat Imam Asy-Syafi’i:

Imam Al-Baihaqi Rahimahullah dalam Kitabnya Al-Asma’ was Sifat ketika membahas masalah (الرحمن على العرش استوى) setelah mendatangkan riwayat-riwayat Salaf maka beliau berkata: “Dan atas jalan inilah menunjukkan mazhab Asy-Syafi’i t dan padanya juga telah berpendapat Ahmad bin Hanbal dan Al-Husain bin Fadhl Al-Bajali dan daripada Mutaakhirin Abu Sulaiman Al-Khattabi”.

Imam Az-Zahabi telah mendatangkan pula kata-kata Imam Syafi’i sendiri dalam masalah ini:
“Telah meriwayatkan Syeikhul Islam Abul Hasan Al-Hakari dan Al-Hafiz Abu Muhammad Al-Muqaddisi dengan isnad mereka kepada Abu Tsaur dan Abu Syuaib kedua-duanya daripada Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i Nasir Al-Hadis Rahimahullah Ta’ala beliau berkata: Aku berpendapat tentang sunnah yang aku beri’tiqad atasnya dan aku melihat beri’tiqad juga seperti aku ini Sufyan As-Tsauri dan Malik dan selain keduanya adalah berikrar dengan Syahadah tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan bahawa Allah berada atas ‘ArasyNya di LangitNya mendekat Dia kepada makhlukNya seperti mana dikehendakiNya dan Dia turun ke langit dunia seperti mana Dia kehendaki...lalu menyebut semua i’tiqad Ahli Sunnah. [Rujuk Al-Uluww lil ‘Aliyyi Al-Ghaffar, Juz 1, ms 165]

Fatwa-fatwa beberapa Ulama’ Ahli Sunnah yang lain:
Imam Malik: “Istiwa’ itu tidaklah Majhul (Ma’ruf), dan Kaifiatnya tidak diketahui, dan beriman dengannya adalah wajib, dan bertanya-tanya tentangnya (kaifiatnya) adalah bid’ah”. Imam Malik:
الاستواء غير مجهول ، والكيف غير معقول ، والإيمان به واجب ، والسؤال عنه بدعة
Maksudnya: “Istiwa’ itu tidaklah Majhul (Ma’ruf), dan Kaifiatnya tidak dapat dicapai aqal, dan Iman dengannya adalah wajib, dan bertanya-tanya tentangnya (menta’wilkannya) adalah bid’ah”. [Rujuk Al-Asma’ was Sifat li Al-Baihaqi][7].

Rabi’ah Ar-Ra’yi[8]:
الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول ، ومن الله الرسالة وعلى الرسول البلاغ ، وعلينا التصديق
Maksudnya: “Istiwa’ itu tidak Majhul, Al-Kaif tidak dapat dicapai aqal, dan daripada Allah Ar-Risalah dan atas Rasul menyampaikannya dan atas kita membenarkannya”. [Rujuk Syarh Usul I’tiqad Ahli Sunnah lil Kalaie].

Imam Syafi’i:
آمنت بالله وبما جاء عن الله ، على مراد الله ، وآمنت برسول الله ، وبما جاء عن رسول الله على مراد رسول الله
Maksudnya: “Aku beriman kepada Allah dan apa yang datang dari Allah menurut kehendak Allah dan Aku beriman dengan Rasulullah r dan dengan apa yang dibawa Rasulullah menurut kehendak Rasulullah”[9] [Rujuk Lum’atul I’tiqad li Ibn Qudamah]

Imam Abu Hanifah Rahimahullah:

“Dan Aku mendengar Al-Qadhi Al-Imam Tajuddin Abdul Khaliq bin Ulwan berkata aku mendengar Imam Abu Muhammad Abdullah Ahmad Al-Muqaddisi pengarang kitab Al-Muqni’ Rahimahullah berkata : Telah sampai padaku dari Abu Hanifah Rahimahullah bahawa dia berkata: Sesiapa yang ingkar Allah U di langit maka dia telah Kafir. [Rujuk Al-Uluww lil Aliyyil Ghaffar Juz 1 m/s 136]

Imam Abul Hasan Al-Asy’ari:

“Semua ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Allah I tidak berada di dalam makhluk-Nya dan makhluk-Nya juga tidak berada di dalam Dzat-Nya, Dia yang Maha Suci bersemayam di atas ‘Arasy dengan tanpa bertanya akan rupa bentuk (kaifiat-Nya). Maha Suci Allah atas apa yang dikatakan orang-orang zalim dan ingkar dengan ketinggian yang sebesar-besarnya. Mereka tidak menetapkan terhadap Allah sifat yang hakiki dan tidak mewajibkan menyebut Allah yang Maha Esa-Nya. Semua perkataan mereka bermakna ta’thil (penafian sifat) dan semua sifat yang mereka tetapkan menunjukkan penafian sifat.” [Rujuk al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, bab Istawa ‘ala al-‘Arsy, ms 144][10]

Seterusnya pada ayat: (وهو معكم أين ما كنتم) yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja”.[11] Seakan-akan ayat ini ada pertentangan dengan ayat yang mengisbatkan Allah di Langit namun jika dirujuk pada Surah Al-Hadid ayat 4 maka jelas I’rab:


Adalah jumlah musta’nafah Haliah iaitu hal kepada ayat sebelumnya hingga apabila ditafsir maka bermakna: Dia bersemayam di atas ‘Arasy dalam keadaan Dia mengetahui apa yang masuk dan keluar di bumi dan apa yang turun dan naik ke langit dan Dia bersama kamu di mana kamu berada dan Allah Maha mengetahui perbuatan kamu dan Dia Maha Melihat.

Jadi Allah di atas ‘Arasy sedangkan ilmunya meliputi segala makhluknya.

عن مقاتل بن حيان ، عن الضحاك ، قال : ( ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم (1) قال : هو الله عز وجل على العرش وعلمه معهم

Dari Muqatil bin Hayyan dari Ad-Dhahhak[12] beliau berkata (mentafsirkan ayat ke-7 surah Al-Mujadalah): Dialah Allah di atas ‘Arasy dan ilmunya bersama mereka (makhluk)”.[Rujuk Al-Asma’ was Sifat li Al-Baihaqi]
Firman Allah :

Allah berfirman: "Janganlah kamu berdua khawatir, Sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat".[Surah Taha ayat 45]

Di manakah Allah? Dia (hamba itu) menjawab: Di Langit, baginda bertanya lagi: Siapa aku? Hamba itu menjawab: Kamu Rasulullah. Lalu baginda bersabda: merdekakan dia kerana dia adalah seorang Mukminah. (Al-Hadis)
Ayat ini menjelaskan Sifat Al-Ma’iyyah bagi Allah iaitu sifat bersama. Allah bersama dengan makhluknya dengan Ilmunya, PendenganranNya, dan PenglihatanNya. Kita meyakini Muraqabah Allah bukan Muraqabah Syeikh seperti i’tiqad orang-orang yang melampau. Bagi mereka yang mempunyai ilmu tentang bahasa arab dan i’rabul Quran dan pengetahuan Tafsir yang betul maka tentulah dapat memahami maksud Istiwa’ dan Ma’iyyah dengan sebenar-benarnya.

Akhirnya kami bawakan hadis ketika mana Rasulullah r telah bertanya kepada seorang hamba wanita: Di manakah Allah? Dia (hamba itu) menjawab: Di Langit, baginda bertanya lagi: Siapa aku? Hamba itu menjawab: Kamu Rasulullah. Lalu baginda bersabda: merdekakan dia kerana dia adalah seorang Mukminah. [Hadis ini Sahih, dikeluarkan oleh Malik, Muslim, Abu Daud, dan lain-lain, rujuk: Sahih Muslim, no: 537].[13]

Kesimpulan:

Ulama’ Ahli Sunnah wal Jamaah telah ijma’ akan wajibnya beriman Allah itu di langit iaitu tempat yang tinggi di atas ‘Arasy dan ilmunya meliputi segala makhluknya. Aqidah ini tidak sama dengan Jahmiah yang berkata Allah di mana-mana lalu membawa kepada Fahaman Tasawwuf yang terkenal iaitu Hulul[14], ittihad[15] dan Wihdah Al-Wujud[16].

Sesiapa yang menyalahi aqidah ini maka dia telah terkeluar daripada golongan Ahli Sunnah. Ahli Sunnah tidak mentasybih sifat Allah dengan Makhluk tetapi menetapkan wujudnya sifat tanpa menetapkan cara wujudnya (إثبات الوجود لا إثبات الكيف). Aqidah ini juga berbeza dengan Mufawwidah Asya’irah[17] yang tidak menetapkan wujud mahupun kaif.

Untuk mengetahui lebih lanjut maka lihatlah kitab-kitab Aqidah seperti Al-Ibanah, Syarhu At-Tahawiyah[18], Majmu’ Fatawa Ibn Taimiyyah dalam masalah aqidah, Tauhid Ibn Khuzaimah, I’tiqad lil Baihaqi, Al-Uluww li Aliyyil Gahffar oleh Zahabi dan lain-lain lagi. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada terjebak ke dalam aqidah yang menyesatkan dan menetapkan kita dalam golongan Al-Firqah An-Najiyah...Amin..
__________________
[1] Risalah ini adalah disediakan oleh Saudara Muhammad Asri bin Sobrie ketika beliau menuntut dan memegang jawatan sebagai Exco Dakwah di IPTIPs dan saya (Mohd Safwan bin Rusydi) telah mengemas kini dan membuat sedikit gubahan pada risalah beliau ini. Semoga kita mendapat manfaat darinya, Insya-Allah.
[2] Ada dalam Maktabah IPTIPs juga terjemahannya dalam bahasa Inggeris.
[3] Ada dalam Maktabah IPTIPs begitu juga mukhtasarnya Ma’alim At-Tanzil.
[4] Ada dalam Maktabah IPTIPs.
[5] Pengarang Kitab terkenal Nailul Authar fi Syarhi Ahadith Muntaqal Akhbar.
[6] Ada dalam perpustakaan IPTIPs
[7] Rujuk juga Tafsir Al-Qurthubi Al-Jami’ li Ahkamil Quran.
[8] Guru Imam Malik dan Hanafi
[9] Ini jelas bahawa Imam Syafi’i menolak Ta’wil
[10] Ada dalam Maktabah IPTIPs bahagian Usuluddin.
[11] Pada ayat inilah golongan yang mengatakan Allah tidak bertempat itu berada dimana-mana. Akan tetapi ayat yang mereka ambil cumalah potongan dan tidak diambil secara keseluruhan. Walhal, ayat ini dimulakan pada awalnya “Dia bersemayam di atas ‘Arasy” kemudian barulah “Dia bersama di mana saja kamu berada”.
[12] Mufassir Agung antara anak murid Ibn Abbas.
[13] Ulama’ hadis telah meriwayatkan hadis ini tanpa sebarang takwil atau tahrif (pengubahan lafaz) dalam kitab-kitab mereka maka semoga kita termasuk dalam golongan yang mengikut jejak mereka..Amin..
[14]Aqidah batil Allah meresap dalam tubuh makhluk, dibawa Al-Hallaj Al-Sufi
[15] Aqidah Batil manusia meresap dalam Allah, dibawa Abu Yazid Al-Bisthami salah seorang dalam rantai sanad tarikat Naqsyabandiah Khalidiah.
[16] Allah dan Makhluk adalah satu, Aqidah batil Ibn Arabi. Kitabnya adanya dalam Maktabah, Futuhat Al-Makkiyyah.
[17] Asya’irah ada dua, Mutaawilin iaitu yang menta’wil sifat dan mufawwidah iaitu yang tidak menetapkan sifat khabariyah Cuma 13 sifat sahaja bagi Allah. Lihat kitab mereka Syarh Jauhirah At-Tauhid.
[18] Syarhu Thahawiyyah fil Aqidah As-Salafiyyah oleh Ibn Al-‘Izz Al-Hanafi anak murid kepada Ibn Kathir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails