Jumaat, 14 November 2008

BERHATI-HATI TERHADAP BEBERAPA FAHAMAN BID'AH YANG MENYELEWENGKAN AQIDAH UMAT ISLAM

Dengan masuknya pengaruh konsep falsafah kepada kebanyakan umat Islam, maka banyaklah penyimpangan-penyimpangan yang dikemukakan oleh para ahli ilmu kalam (ahlul kalam) dan golongan sufi. Banyak di antara penyimpangan-penyimpangan tersebut dilakukan oleh pembuat bid'ah untuk mempertahankan hujah-hujah palsu mereka dengan memperkenalkan faham-faham tertentu.

Kebanyakan siswazah dari universiti-universiti yang ada di dunia Islam mahupun di luar dunia Islam pada masa kita sekarang ini, telah terpengaruh oleh guru-guru mereka yang berpegang pada fahaman Mu'tazilah, Asy'ariyah atau Maturidiyah dalam konsep 'aqidah dan manhaj. Kesemua fahaman tersebut mendakwa bahawa akal merupakan asas bagi pegangan kepercayaan mereka. Beberapa fahaman pula mengikut kaedah gaya Barat di mana mereka mengajar dogma berbeza dalam bentuk akedemik yang sesungguhnya. Cuma ada terlalu sedikit tempat yang mengajar konsep ad-din yang benar dan lurus mengenai sifat-sifat dan nama-nama Allah, al-Qur'an, sunnah dan cara hidup golongan salaf. Segala puji hanya bagi Dia Subhanahu wa Ta'ala, yang telah membolehkan saudara-saudara semuslim kita untuk berpegang dengan kepada 'aqidah dan manhaj yang benar dan menyebarkan kebenaran tersebut ke banyak bahagian-bahagian dunia Islam, menjelaskan penyimpangan-penyimpangan falsafah, menghapuskan bid'ah dan menegakkan sunnah.

Sebahagian daripada penyimpangan yang dilakukan oleh orang-orang yang menentang jalan para salaf dalam memahami ad-din berbohong apabila menggunakan istilah-istilah tertentu dalam hal untuk menolak dan (atau) menyimpangkan sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi.

Berikut adalah perbincangan terperinci mengenai istilah-istilah tersebut:

(1.) Istilah: Hayyiz حَيِّز

Berkaitan dengan golongan ahli-ahli 'ilm al-kalam, mereka memberi maksud hayyiz dengan: ''Bahagian ruang khayalan yang diduduki oleh suatu benda yang mempunyai hadnya, yang berupa tubuh; atau diduduki oleh suatu benda yang tiada hadnya, berupa tubuh, berupa satu unit atau atom benda yang tidak dapat dibahagikan.'' Apa-apa yang diarahkan padanya atau menuju ke arahnya adalah mutahayyiz (iaitu yang menempati hayyiz), meskipun keterangan seperti ini tidak memiliki dasar ilmu bahasa. Menurut istilah mereka, ''tubuh'' tersebut adalah sesuatu yang boleh ditujui oleh seseorang atau menuju seseorang dan oleh kerana itu, ia adalah mutahayyiz. Dengan demikian, langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antaranya adalah termasuk mutahayyiz.

Perbincangan ini sangat penting dikemukakan ke hadapan umat Islam seluruhnya agar kita dapat memahami matlamatyang diinginkan di sebalik penggunaan istilah seperti itu. Jadi, apabila kita mendengar dan (atau) membaca sesuatu istilah umum/baru yang menolak/menafikan bahawa Allah bukan mutahayyiz, maka tidak harus bagi kita menolak atau mengakuinya sehinggalah kita tahu apakah maksud tersembunyi yang ada disebalik penggunaan istilah kebid'ahan tersebut. Secara praktiknya hal ini diterjemahkan seperti berikut:

1. Katakanlah seseorang itu mengatakan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak boleh diertikan sebagai mutahayyiz. Jika sekiranya dia faham istilah mutahayyiz menurut pengertian ilmu bahasa (iaitu sesuatu yang dikelilingi oleh sesuatu benda wujud), maka hal ini benar, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala memang sesungguhnya tidak diliputi oleh sesuatu, sedangkan Dia Subhanahu wa Ta'ala terbeza dan terpisah secara total daripada makhlukNya. Dia Maha Tinggi dan kursiNya meliputi langit dan bumi! Dia Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ


''Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya.'' [Az-Zumar 39: 67]

2. Disamping itu, secara bahasa hayyiz tidak terbatas bagi benda luaran yang terpisah yang mengandungi atau meliputi sesuatu yang lain. Ia juga merujuk kepada batas tertentu atau bahagian sisi suatu kewujudan itu sendiri, dan dengan demikian ia tidak berada di luar. Jadi, jika seseorang mengatakan bahawa Allah yang berada di atas alam ini ada di dalam sesuatu yang wujud sehingga tidak termasuk mempunyai Zat, maka dia dusta. Sesungguhnya apa-apa yang di luar dari Zat Allah Yang Maha Tinggi terbeza dan terpisah dari ala mini.

3. Jika seseorang mengatakan, ''Saya mengakui istilah hayyiz itu memberi maksud bahawa Allah berbeza dan mengatasi segala makhluk, tidak bersatu dengan makhluk.'' Maka kita katakana bahawa maksud tersebut adalah benar dan diperkui oleh al-Qur'an dan sunnah yang sahih. Namun, mengakui istilah tersebut merupakan bid'ah yang diada-adakan.

(2.) Istilah: Jihah جهة

Para ulama ilmu kalam (ahli falsafah) dan ahlu ta'til menyangkal bahawa Allah berada di atas langit dan mengatakan bahawa Allah bukan mutahayyiz berdasarkan definisi mereka bahawa mutahayyiz itu adalah suatu ''arah'' atau suatu ''tubuh''. Mereka mendakwa bahawa mengakui suatu arah (jihah) menjadikan Allah disertai oleh makhluk. Sekali lagi kita menjelaskan kesamaran tersebut menurut cara salafus soleh memberikan penjelasannya. Istilah ''arah'' ini boleh bermaksud sesuatu yang wujud (maujud) atau tidak wujud (ma'dum). Ada dan tiada adalah keadaan yang relatif bagi ciptaan, sedangkan Ada pula relatif untuk Khaliq dan makhluk. Jadi, di mana saja terdapat makhluk, maka jihah (arah) itu ada disebabkan adanya, dan dengan ketiadaannya maka ''arah'' itu sesuatu yang tiada. Jadi, barangsiapa mengatakan bahawa Allah ada di dalam suatu jihah (arah), maka kita menanyakannya, ''Apakah anda maksudkan bahawa Dia Subhanahu wa Ta'ala ada dalam suatu jihah yang dengannya ada sesuatu selain Dia, seperti 'arasy, langit, dan lain-lain makhluk? Atau yang anda maksudkan ialah Dia berada pada suatu arah di mana tidak ada sesuatu yang lain selain Dia? (iaitu, ''di atas langit'' di mana tiada makhluk di sana)?'' Istilah ''arah'' itu dimaksudkan sama ada sebagai sesuatu yang wujud selain allah, maka sebab itu ia mestilah sesuatu yang dicipta (makhluk, seperti 'arasy, langit dan lain-lain) atau ia dimaksudkan juga sebagai ''di atas para makhluk'' di mana di sana tiada sesuatu yang wujud melainkan Allah Yang maha Tinggi. Istilah yang kedua ini boleh diterima maksudnya kerana Khaliq itu terbeza dan terpisah dari makhluk. Dia Subhanahu wa Ta'ala bukan sebahagian daripada alam ciptaan ini dan bukan pula alam itu sebahagian daripadaNya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang:

  1. Menafikan ketinggian ('Uluw) berdasarkan ke atas penyangkalannya terhadap arah (di atas makhluk), maka pegangannya salah, sedangkan mengakuinya menurut para salaf mengakui maksudnya yang betul, maka itulah yang benar.

  1. Menggunakan istilah jihah untuk mengertikan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala ada di atas langit dan Istiwa' di atas 'arasyNya menurut cara yang sesuai dengan keagunganNya, dan bahawa Dia berbeza (tidak serupa) dari makhlukNya, maka hal itu adalah benar. Namun, golongan salaf lebih suka agar menghindarkan diri dari menggunakan istilah-istilah sedemikian dan agar kaum muslimin tetap berpegang pada istilah-istilah dari nash-nash al-Qur'an dan sunnah. Tetapi oleh kerana para pelaku bid'ah menggunakan istilah-istilah tersebut menurut pemahaman mereka, maka seseorang itu haruslah menjelaskan kepada umat Islam tentang bahaya syubhat (kesamaran) yang didapati daripada penyelewengan mereka.

(3.) Istilah: Jisim جسم

Kesamaran dan penyelewengan juga terdapat pada penggunaan istilah umum jism. Ada dua makna yang betul dalam bahasa Arab bagi istilah ini, iaitu:


  1. Tubuh atau suatu yang sangat besar. Makna ini menunjukkan sesuatu yang digambarkan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَإِذَا رَأَيْتَهُم تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُم


''Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum.'' [Al-Munafiquun 63: 4]


  1. Ia menunjukkan darjatnya, seperti darjat kebesaran, dan lain-lain lagi. Seperti anda mengatakan ''Benda ini lebih besar, sangat besar daripada sekian dan sekian, atau yang sangat besar…''

Ahli-ahli falsafah dan golongan yang suka menta'til telah mengemukakan pelbagai makna yang berbeza bagi istilah ini untuk disesuaikan dengan pemahaman bid'ah mereka. Makna istilah jism menjadi lebih umum daripada makna bahasanya. Benda-benda seperti udara , nyala api, nafas, dan lain-lain dipanggil ajsam (masdar bagi kata jism), yang merupakan sesuatu yang tidak diketahui yang sebenarnya dalam bahasa arab. Mereka menganggap berikut ini sebagai jism:


    1. Segala sesuatu yang dicita-citakan.
    2. Apa-apa yang secara fizikal dianggap ada ''di sini'' atau ''di sana''.
    3. Apa saja benda yang wujud.
    4. Yang ada dengan sendirinya.
    5. Suatu benda yang boleh panjang, bernafas dan tebal.
    6. Yang tergubah, terdiri atau disatukan; Sebahagian orang mengatakan bahawa ia terdiri dari al-jawahir al-mufradah (unit benda atau atom yang tak terbahagi), sebagaimana dakwaan kebanyakan ahli falsafah. Sedangkan, sebahagian besar ahli-ahli falsafah tersebut menyatakan ia adalah gubahan bentuk dan benda. Sebahagian mengatakan ia bukan terdiri daripada al-jawahir al-mufradah dan bukan pula dari benda dan bentuk.

Hakikatnya istilah jism menjadi suatu istilah yang bid'ah walaupun maknanya betul, dan kita harus waspada terhadap tujuan penggunaannya.

Penyangkalan atau pengakuan bahawa Allah Ta'ala merupakan jism itu sendiri adalah bid'ah kerana nash tidak menggunakan istilah ini untuk tujuan persaksian atau penyangkalan. Oleh kerana itu, apabila seseorang mengatakan bahawa Allah merupakan suatu jism, atau bukan suatu jism, maka kita harus bertanyakan padanya mengenai maksud yang diinginkannya itu, sama ada termasuk dalam persaksiannya atau penyangkalannya. Jika makna tersebut bersesuaian dengan nash al-Quran dan as-Sunnah yang sahih, maka boleh diterima, tetapi penggunaan istilah tersebut ditolak kerana ia bid'ah, disebabkan seseorang itu mesti berpegang kepada nash-nash dari firman Allah dan sabda RasulNya. Disamping itu, jika maknanya bertentangan dengan makna yang ada pada nash wahyu, maka ia juga ditolak bersama dengan penggunaan istilah tersebut. Hal ini disebabkan nash-nash wahyu mengesahkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah Ta'ala dan meninggikan ZatNya di atas sekalian bentuk kekurangan dan kelemahan. Oleh itu:

  1. Orang yang menginginkan makna bahasa bagi jism (iaitu ''tubuh'' atau sesuatu yang sangat besar) dan disifatkan kepada Allah Ta'ala maka sam'i (bukti-bukti nash) dan aqal (rasional) menolak makna sedemikian, dan Allah Maha Tinggi di atas kelemahan ini.

  1. Ahli-ahli falsafah yang terpengaruh dengan filosof Yunani berbantahan mengenai sama ada jism itu murakkab (sebatian) atau bukan. Ramai di kalangan mereka menganggap bahawa sesungguhnya langit tidak terdiri dari benda dan bentuk. Jadi, bagaimanaa dapat dikatakan bahawa Allah Yang Maha Tinggi dan jauh dari segala kekurangan dan ketidaksempurnaan itu ''terdiri'' daripada unit benda-benda yang tak terbahagi (atom) atau benda dan bentuk?

  1. Orang yang menolak pensifatan “penubuhan” bagi Allah itu benar, namun dia perlu menyatakan penolakannya menurut cara yang menjelaskan tujuannya. Jadi, kita katakan, “Apakah anda bermaksud bahawa mengakui sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah tidak menjadikan ZatNya murakkab (gabungan yang terdiri dari penyatauan bahagian-bahagian)?” Jika dia mengatakan, “Ya,” maka pendapatnya sesuai dengan nash-nash wahyu. Allah maha Esa sesuai dengan semua sifat-sifat kesempurnaan. Oleh kerana itu, bila nash mengakui/mengesahkan bahawa Allah ada di atas langit istiwa’ (bersemayam) di atas ‘ArasyNya, bahawa Dia Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, akan dapat dilihat oleh orang-orang mukmin di akhirat, dan seterusnya, maka ini tidak membuktikan bahawa Dia “tergabung dari beberapa unit individu sebagai suatu “tubuh” atau dari benda yang pelbagai bentuknya!” Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat jauh mengatasi kekurangan dan kelemahan tersebut.

  1. Jika seseorang menyangkal bahawa Zat Allah seharusnya layak dengan sifat-sifat sempurna berdasarkan atas dugaannya semata-mata, maka ini menandakan bahawa Allah murakkab, “terdiri” atau “tergabung”, maka anggapannya itu salah sama sekali dan penyangkalannya itu bukan tanzih (meninggikan Allah di atas segala bentuk ketidaksempurnaan). Pemahaman ini tidak betul menurut hokum naql dan akal. Sudah merupakan hakikat bahawa tiada Zat tanpa sifat. Allah adalah al-‘alim (Maha Mengetahui) yang mempunyai ilmu yang murupakan sifatNya yang tertegak bersama ZatNya. Ilmu Allah bukan ZatNya (seperti dakwaan tukang bid’ah dan ahli falsafah). Sebagai tambahan, ilmu sebagai sifat yang layak bagi Yang Maha Esa (Allah) tidak berbeza dan terpisah dari Allah, menurut pengertian ini, ilmuNya bukan lain dariNya. Oleh sebab Allah layak dengan segala kesempurnaan dan Dia semestinya ada, Dia sama sekali tidak memerlukan sesuatu untuk “menyempurnakan” keEsaanNya. Contohnya, golongan Mu’tazilah yang menolak bahawa sifat itu mempunyai hubungan yang perlu bagi Zat, merendahkan Allah Ta’ala sehingga menjadi suatu konsep abstrak. Dan bagi Allah lah nama-nama dan sifat-sifat yang Maha agung dan indah.

  1. Dakwaan yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah bahawa jism tersebut adalah murakkab dari kumpulan atom yang tidak dapat terbahagi itu sangat meragukan dari sudut penemuan saintifik. Kita tahu bahawa suatu “tubuh” mudah terpecah menjadi molekul-molekul dan, lalu menjadi atom-atom. Dalam proses tersebut, kualiti tubuh tersebut “hilang” dan menjadi suatu yang lain. Contohnya air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Satu molekul air boleh terpecah menjadi hidrogen dan oksigen, setiap satunya mempunyai cirri-ciri sifat yang berbeza dari air. Dalam sebuah reaktor nuklear, perpecahan komponen-komponen atom yang bersambung, terutamanya elektron, proton, neutron, positron... berubah menjadi tenaga sangat penting (contohnya pecahan terkawal dari Uranium-235), yang dipanggil tenaga nuklear. Pecahan yang tidak terkawal itu menghasilkan bom nuklear yang membinasakan.

Nota: Ibnu Taimiyyah berkata: “(Jika seseorang bertanya) Apakah jism itu sentiasa boleh terbahagikan? (Maka jawapannya ialah) “Tidak, ia tidak dapat terbahagi sentiasa.” Orang yang mengatakan bahawa ia terpecah menjadi unit-unit yang sebaliknya, yang tidak menerima pecahan adalah salah, kerana setelah ia berterusan membahagi ia mengalami perubahan.”

  1. Orang yang mendakwa bahawa jism bermakna sesuatu yang mudah terpecah, terbahagi atau hancur, maka Allah sangat jauh daripada kekurangan dan kelemahan tersebut, apatah lagi dakwaan yang mangatakan bahawa Dia merupakan suatu yang terbentuk semula! Barangsiapa mensifatkan istilah ini menurut maksud sedemikian maka dia kufur. Sesungguhnya, salah satu dari asma’ Allah ialah “الصمد maknanya, “Yang layak dengan segala sifat kesempurnaan dan yang menjadi tempat bergantung sekalian makhluk.”
  2. Orang yang mengatakan bahawa jism itu berkait pada apa saja yang wujud atau bertapak pada zatnya sendiri dan tidak bermaksud bahawa ia murakkab mensifatkan nama ini kepada Allah sebagai suatu kewujudan dan bertapak pada ZatNya. Mereka dipanggil golongan mujassimah (yang mensifatkan istilah jisim ke atas Allah) Namun, mereka menyangkal bahawa Dia murakkab. Mereka yang beranggapan bahawa istilah jism itu berkait dengan apa apa yang murakkab menolak dakwaan golongan Mujassimah. Dari segi makna bahasa, kedua-dua aspek bagi istilah jism ini tidak mempunyai dasarnya.[1] Ia tetap harus disebutkan bahawa meskipun penggunaan istilah jism untuk mentakrifkan apa yang ada pada ZatNya dan wujud padanya, tetapi maknanya ialah Allah wujud dan sedia ada pada ZatNya, maka makna tersebut benar. Pengakuan ini bukan suatu perbuatan tajsim (mensifatkan Allah sebagai suatu “tubuh”). Maka perhatikanlah manfaat ini.

Orang yang bermaksud menggunakan istilah jism sebagai sifat yang layak, sedia ada pada zatNya, terbeza dan terpisah dari segala sesuatu yang lain, boleh menuju padanya, dan bahawa boleh mengangkat tangan ke arahNya berdoa, maka al-Quran dan as-Sunnah mengesahkan bahawa Allah Ta’ala layak dengan sifat-sifat tertinggi: Ilmu, Kuasa, Kasih sayang, Wajah, Tangan, Dia bersemayam di atas ‘arasyNya yang ada di atas tujuh lapisan langit, Dia di atas makhalukNya, dan kepadaNya naik segala amal yang baik dan juga para malaikat, dan seterusnya. Sesungguhnya manusia terbaik yang paling tahu tentang Allah ialah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam telah menyatakan di depan ribuan para sahabat pada peristiwa Haji Wada’ bahawa baginda telah menyampaikan risalah ad-din, lalu berkata: “Ya Allah, saksikanlah, Ya Allah, saksikanlah, baginda mengucapkannya tiga kali.” Tentulah baginda menunjukkan ke arah Yang Esa yang ada di atas langit, iaitu Allah Yang Kekal dan sedia ada pada ZatNya. Jadi, kalau inilah pemahaman anda mengenai jism, maka maknanya telah pun diperakui dalam al-Quran dan as-Sunnah tetapi tanpa mensifatkan Allah dengan menggunakan istilah yang syubhat dan bid’ah itu. Bahkan ilmu bahasa tidak dapat membantu mereka yang mengakui makna-makna ini kepada Allah Ta’ala kerana yang layak dengan sifat-sifat ini tidak dipanggil jism.

Akhirnya, umat Islam haruslah berhati-hati apabila dia membaca atau mendengar dari seseorang, “Allah bukan jism (tubuh) atau benda yang zahir” kerana penyangkalan ini boleh menjadikan kita menyangkal sebahagian behkan semua sifat-sifat Allah. Jadi, perhatikanlah apa maksudnya!

4. Pernyataan: “Allah bukan merupakan suatu bentuk “fizikal”!

Anda juga boleh menemui dan mendengar pernyataan-pernyataan yang menyangkal bahawa Allah itu “fizikal” (badan)! Sekali lagi, hendaklah kita mengkaji maksudnya. Kerana mereka yang melakukan syubhat penyangkalan ini kerap menolak as-sifat khabariyyah yang kita ketahui melalui al-Quran dan sunnah, seperti Wajah, Tangan, Jari-jari Allah, dan seterusnya. Kita mengakui sifat-sifat tersebut sebagaimana RasulNya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam mensifatkan padaNya. Pengakuan ini sama sekali tidak menyerupakan Allah dengan makhlukNya, kerana tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang paling tahu tentang Allah membenarkan sifat-sifat ini kepadaNya. Lalu, apakah ini menunjukkan bahawa nabi itu musyabbih (yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya)? Tidak sama sekali. Dengan itu, tanzih (menyatakan Allah sangat jauh dari kekurangan dan ketidaksempurnaan) ialah dengan mengakui bahawa Allah dan RasulNya membenarkan sifat-sifat tertinggi yang layak bagi Allahtanpa tamstil (menyerupakan, menyamakan), tahrif (menyimpangkan makna zahirnya), takyif (menanyakan bagaimana), dan ta’til (menolak atau menafikan sifat-sifat tersebut).

(5.) Istilah Makaan مكان

Anda kerap baca atau dengar bahawa Allah itu tidak berada di satu tempat (makaan). Jadi, apa yang benar mengenai istilah ini? Pertama, kita hendaklah ingat bahawa istilah makaan (tempat) boleh memberi makna seperti berikut:

1. Yang memagari suatu benda dan menutupinya pula dari bahagian-bahagian sisinya.

2. Yang ada di atas suatu benda tempat ia bergantung, seperti seorang lelaki berada di atas bumbung.

3. Yang suatu benda ada di atasnya tetapi tidak diperlukan, seperti burung-burung di atas bumi, langit di atas atmosfera, dan para malaikat di atas bumi dan udara.

4. Yang berada di atas langit (alam) ini meskipun bukan sesuatu yang wujud.

Makna yang terakhir ini bersetuju dengan ‘uluw Allah berada di atas langit dan Dia bersemayam (istiwa’) di atas ‘arasyNya. Penyair terkenal bangsa arab dan salah seorang sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam iaitu Hasan bin Thabit radiallahu ‘anhu menyebutkan dalam salah satu syairnya:

وكان مكان الله أعلى وأعظما تعالى علوا فوق عرش إلهنا

“Yang sangat Tinggi di dalam ketinggianNya di atas ‘arasyNya itulah Ilah kita, Dan makaan (tempat) Allah itu sesungguhnya yang tertinggi di atas segala sesuatu dan Maha Besar.”

Sesungguhnya Hasan Radiallahu a’nhu membenarkan tempat yang ada di atas langit di mana di sana tidak ada makhluk yang wujud. Dia mengetahui sebagaimana pengetahuan para sahabat yang lain, bahawa Allah jauh dari semua kekurangan, dan sesungguhnya ‘arasy, seperti juga segala makhluk yang selain daripadaNya bergantung kepadaNya, dan tiada sesuatu meliputiNya Subhanahu wa Ta’ala. Jadi jika seseorang menyangkal bahawa Allah berada di suatu tempat dalam pengertian bahawa Allah berada di suatu tempat dalam pengertian bahawa Allah terkandung dalam sesuatu yang lain yang Dia memerlukannya, maka Allah sesungguhnya jauh dari hal ini dan semua ketidaksempurnaan. Oleh kerana itu, kita katakan bahawa Allah berada di atas langit, mengatasi segala makhluk, bersemayam di atas ‘arasyNya, terbeza dan terpisah dari makhlukNya. Sama ada apakah tukang bid’ah akan faham atau tidak daripada penjelasan mengenai Dia berada di suatu tempat, maka hal itu tidak ada kaitannya.

Jika orang yang mengatakan bahawa Allah tidak berada di suatu tempat dengan maksud dia menafikan bahawa Allah dikelilingi di suatu tempat atau Dia memerlukan suatu tempat, maka penyangkalan menurut pengertian ini adalah benar dan dipersetujui menurut manhaj golongan salaf.

Namun, sekiranya penyangkalan tersebut dimaksudkan untuk menafikan hakikat bahawa Allah berada di atas langit dan mengatasi makhlukNya, maka hal itu adalah penyimpangan.

Para tukang bid’ah dari kalangan ahli-ahli falsafah dan orang-orang ahli ta’til mengemukakan takrif mereka sendiri mengenai istilah-istilah di atas agar sesuai dengan pemahaman sesat mereka. Semoga Allah yang layak dengan segala kesempurnaan memelihara kaum muslimin dari terjerumus ke segala jalan dan cara penyesatan.

Sumber:

Judul buku: Tafsiru Ayatil Kursi, Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Uthaimin

Penyusun: Dr. Salih al-Salih

Terjemahan: oleh Siti Sujinah Sarnap, Al-Faqir Ibn Hussin, hal 94-109



[1] Karya Ibn Taimiyyah Syarah Hadis An-Nuzul (Riyadh, Arab Saudi: Darul ‘Asimah, 1414/1993), ms. 250-251 dan Al-Jawabus-Sahih Liman Baddala Dinal-Masih (Riyadh, Arab Saudi: Darul-‘Asimah, 1414/1993), jil. 3, ms. 432-433.

Isnin, 10 November 2008

SOAL JAWAB: Benarkah Dakwah Salaf Dakwah Perpecahan?? (Menyikapi Perselisihan Sesama As-Salafiyun)

Oleh Al-‘Allamah Salim bin ‘Id al-Hilali hafizhohullah
Penerjemah Arief Budiman, Lc. hafizhohullah

Pertanyaan:
Ada yang mengatakan bahwa sesungguhnya as Salafiyun adalah orang-orang yang sering dan senang berpecah-belah, seperti yang terjadi di Yaman, atau Arab Saudi, atau negara lainnya. Apa pendapat Syaikh tentang hal ini?

Jawaban:
Syaikh Salim bin ‘Id al Hilali berkata:
Di antara nama-nama ad Da’wah as Salafiyah adalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Sehingga as Sunnah menyeru kepada persatuan, sedangkan bid’ah menyeru kepada perpecahan. Jadi, as Salafiyun mengundang dan mengajak (yang lainnya) kepada persatuan, kesatuan, dan kebersamaan.
Lalu, jika sampai terjadi perselisihan, perpecahan atau pengelompokan-pengelompokan di sebagian negara-negara, maka sesungguhnya hal ini terjadi karena beberapa sebab, di antaranya; lemahnya pemahaman dan adanya cacat dalam memahami manhaj.

Karena, lemah atau cacat dalam memahami manhaj ini, dapat menyebabkan terjadinya perpecahan. Seandainya mereka memahami manhaj ini dengan pemahaman yang baik dan benar sebagaimana yang digariskan Islam, diterangkan Rasulullah, dan dijelaskan oleh para ulama, tentu mereka tidak akan berpacah-belah. Karena hubungan para ulama salaf dengan sesama lainnya hubungan yang saling memperkuat dan menyempurnakan. Karena negara-negara ini semakin meluas dan banyak. Sementara orang-orang yang berijtihad dari kalangan ulama, mereka saling tolong menolong antar sesama mereka dalam kaidah mempertahankan persatuan dan tidak saling berselisih.

Seandainya pun para Hizbiyin mampu menyusup ke tengah-tegah barisan as Salafiyun dan mampu memecah-belah sebagian as Salafiyun, maka kita tidak perlu merasa heran!

Sungguh seorang Yahudi dahulu kala yang bernama Abdullah bin Saba’ -semoga Allah memeranginya- telah mampu memecah belah para Sahabat, hingga akhirnya mereka saling berperang dan saling menumpahkan darah dengan sebab usahanya berupa perusakan, pemecah-belahan, penyebaran syubuhat dan keragu-raguan di tengah-tengah para Sahabat.

Berarti, adanya perpecahan atau perselisihan antara sesama as Salafiyun yang kini terjadi di sebagian negara-nagara, hal ini bukan dengan sebab ad Da’wah as Salafiyah!

Ad Da’wah as Salafiyah yang benar mengajak manusia kepada persatuan, kesatuan, persahabatan, saling tolong-menolong, dan saling membela antara yang satu dengan yang lainnya. (Seperti sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berikut)

((…المُؤْمِنُوْنَ تَكَافَأُ دِمَاؤُهُمْ، وَهُمْ يَدٌ عَلَى مَنْ سِوَاهُمْ، وَيَسْعَى بِذِمَّتِهِمْ أَدْنَاهُمْ...)).

“…Orang-orang beriman sama darah mereka (dalam qishash atau diyat), mereka kuat dan saling bersatu (tolong menolong) dalam menghadapi musuh-musuh mereka, dan orang yang terendah dari mereka dapat memberikan perlindungan kepada yang lainnya…”. [1]

Oleh karena itu, jika terjadi kekeliruan dari sebagian as Salafiyun di sebagian negara, hal ini tidak berarti -sama sekali- bahwa kesalahan ada pada ad Da’wah as Salafiyah. Bahkan ad Da’wah as Salafiyah berlepas diri dari kesalahan para as Salafiyun!

As Salafiyun adalah manusia. Mereka bisa benar dan bisa keliru! Maka, tidak boleh kita membawa kesalahan dan kekeliruan sebagian As Salafiyun kepada ad Da’wah as Salafiyah.


Sebagian ulama -yang pernah berkunjung ke Eropa- ada yang ditanya, “Kalian berkata bahwa Islam adalah agama yang adil, baik dan indah. Tapi mengapa kami tidak melihat hal tersebut dalam kehidupan orang-orang Muslim?! Bahkan sifat mereka adalah…”.

Lalu ia menjawab dengan sebuah jawaban yang bagus, “Jika seorang hakim salah dalam menghukumi dan mengambil sebuah keputusan, maka apa sesungguhnya kesalahan undang-undang?”. Jadi, kesalahan dan kekeliruan adalah dari si hakim yang menggunakan dan mempraktekkan undang-undang, dan bukan kesalahan undang-undang tersebut!

Lagipula, kesalahan yang kini terjadi adalah kesalahan yang dilakukan oleh sebagian as Salafiyun saja, dan bukan kesalahan mereka seluruhnya! Ini satu sisi!

Sisi lainnya, apakah perpecahan ini hanya terjadi pada as Salafiyun saja?! Ataukah hal ini merupakan sebuah penyakit yang telah melanda seluruh golongan-golongan, partai-partai, dan gerakan-gerakan?!

Bahkan tidaklah terbentuk sebuah partai, melainkan lama-kelamaan dalam waktu yang dekat saja -setahun atau dua tahun- akhirnya melahirkan partai-partai baru lainnya! Sebagiannya melaknat sebagian yang lain! Saling mengkafirkan! Saling berseteru! Dan seterusnya.

Sekali lagi, fenomena sosial semacam ini, sebabnya adalah cacat dan kurangnya mereka dalam memahami dan mendalami manhaj dan Islam ini!

(( Tanya jawab pada kajian umum bersama Masyayikh Yordania
11 Februari 2007 di JAKARTA ISLAMIC CENTER (JIC). Jazahullah khoiron kepada Ust. Arief yang telah memberikan artikelnya kepada admin))

Catatan kaki penerjemah:

[1] HR Abu Dawud (4/180 no. 4530), an Nasa-i (8/19, 20, 24 no. 4734, 4735, 4745), dan lain-lain, dari Hadits Ali bin Abi Thalib z. Hadits semakna juga diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr dan Ma’qil bin Yasar radhiallahu ‘anhum.

SOAL JAWAB: Benarkah Dakwah Salaf Dakwah Perpecahan?? (Menyikapi Perselisihan Sesama As-Salafiyun)

Sabtu, 8 November 2008

HAKIKAT DAKWAH SALAFIAH

Berkembangnya dakwah Salafiyyah di kalangan masyarakat dengan pembinaan yang mengarah kepada perbaikan ummat di bawah tuntunan Rasulullah sallallahu 'alahi wa alihi wa sallam adalah suatu hal yang sangat disyukuri. Akan tetapi di sisi lain, orang-orang menyimpan dalam benak mereka persepsi yang berbeza-beza tentang pengertian Salafiyah itu sendiri sehingga boleh menimbulkan kebingunan bagi orang-orang yang mengamatinya, maka untuk itu dibutuhkan penjelasan yang jelas tentang hakikat Salafiyah itu. Mohon keterangannya !

Salafiyah adalah pensifatan yang diambil dari kata سَلَفٌ (Salaf) yang berarti mengikuti jejak, manhaj dan jalan Salaf. Dikenal juga dengan nama سَلَفِيُّوْنَ (Salafiyyun). iaitu bentuk jamak dari kata Salafy yang bererti orang yang mengikuti Salaf. Dan juga kadang kita dengar penyebutan para 'ulama Salaf dengan nama As-Salaf Ash-Sholeh (pendahulu yang sholeh).

Dari keterangan di atas secara global sudah boleh dipahami apa yang dimaksud dengan Salafiyah. Tapi kami akan menjelaskan tentang makna Salaf menurut para 'ulama dengan harapan bisa mengikis anggapan/penafsiran bahwa dakwah Salafiyah adalah suatu organisasi, kelompok, aliran baru dan sangkaan-sangkaan lain yang salah dan menodai kesucian dakwah yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alahi wa alihi wa sallam ini.
Kata Salaf ini mempunyai dua definisi ; dari sisi bahasa dan dari sisi istilah.

Definisi Salaf secara bahasa
Berkata Ibnu Manzhur dalam Lisanul 'Arab : “Dan As-Salaf juga adalah orang-orang yang mendahului kamu dari ayah-ayahmu dan kerabatmu yang mereka itu di atas kamu dari sisi umur dan keutamaan karena itulah generasi pertama dikalangan tabi'in mereka dinamakan As-Salaf Ash-Sholeh”.
Berkata Al-Manawi dalam At-Ta'arif jilid 2 hal.412 : “As-Salaf bermakna At-Taqoddum (yang terdahulu). Jamak dari salaf adalah أََسْلاَفٌ (aslaf)”.
Masih banyak rujukan lain tentang makna salaf dari sisi bahasa yang ini dapat dilihat dalam Mauqif Ibnu Taimiyyah minal 'asya'irah jilid 1 hal.21.

Jadi erti Salaf secara bahasa adalah yang terdahulu, yang awal dan yang pertama. Mereka dinamakan Salaf karena mereka adalah generasi pertama dari ummat Islam.

Definisi Salaf secara Istilah
Istilah Salaf dikalangan para 'ulama mempunyai dua makna ; secara khusus dan secara umum.

Pertama : Makna Salaf secara khusus adalah generasi permulaan ummat Islam dari kalangan para shahabat, Tabi'in (murid-murid para Shahabat), Tabi'ut Tabi'in (murid-murid para Tabi’in) dalam tiga masa yang mendapatkan kemulian dan keutamaan dalam hadits mutawatir yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary, Muslim dan lain-lainnya dimana Rasulullah shallallahu 'alahi wa alihi wa sallam menyatakan :

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi setelahnya kemudian generasi setelahnya”.

Makna khusus inilah yang diinginkan oleh banyak ‘ulama ketika menggunakan kalimat Salaf dan saya akan menyebutkan beberapa contoh dari perkataan para 'ulama yang mendefinisikan Salaf dengan makna khusus ini atau yang menggunakan istilah Salaf dan mereka inginkan dengannya makna Salaf secara khusus.

Berkata Al-Bajury dalam Syarah Jauharut Tauhid hal.111 : “Yang dimaksud dengan salaf adalah orang-orang yang terdahulu dari para Nabi dan para shahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka”.

Berkata Al-Qolasyany dalam Tahrirul Maqolah Syarah Ar-Risalah : “As-Salaf Ash-Sholeh iaitu generasi pertama yang berada di atas ilmu, yang mengikuti petunjuk Nabi shollahu 'alahi wa alihi wa sallam lagi menjaga sunnah-sunnah beliau. Allah memilih mereka untuk bersahabat dengan Nabi-Nya dan memilih mereka untuk menegakkan agama-Nya dan mereka itulah yang diredhai oleh para Imam ummat (Islam) dan mereka berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad dan mereka mencurahkan (seluruh kemampuan mereka) dalam menasihati ummat dan memberi manfaat kepada mereka dan mereka menyerahkan diri-diri mereka dalam menggapai keredhaan Allah”.

Dan berkata Al-Ghazaly memberikan pengertian terhadap kata As-Salaf dalam Iljamul 'Awwam ‘An ‘ilmil Kalam hal.62 : “Yang saya maksudkan dengan salaf adalah madzhabnya para shahabat dan Tabi'in”.

Lihat Limadza Ikhtartu Al-Manhaj As-Salafy hal.31 dan Bashoir Dzawisy Syaraf Bimarwiyati Manhaj As-Salaf hal.18-19.

Berkata Abul Hasan Al-Asy'ary dalam Kitab Al-Ibanah Min Ushul Ahlid Diyanah hal.21 : “Dan (diantara yang) kami yakini sebagai agama adalah mencintai para ‘ulama salaf yang mereka itu telah dipilih oleh Allah ‘Azza Wa Jalla untuk bershahabat dengan Nabi-Nya dan kami memuji mereka sebagaimana Allah memuji mereka dan kami memberikan loyalitas kepada mereka seluruhnya”.

Berkata Ath-Thahawy dalam Al-‘Aqidah Ath-Thohawiyah : “Dan ulama salaf dari generasi yang terdahulu dan generasi yang setelah mereka dari kalangan Tabi'in (mereka adalah) Ahlul Khair (ahli kebaikan) dan Ahli Atsar (hadits) dan ahli fiqh dan telaah (peneliti), tidaklah mereka disebut melainkan dengan kebaikan dan siapa yang menyebut mereka dengan kejelekan maka dia berada di atas selain jalan (yang benar)”.

Dan Al-Lalika`i dalam Syarah Ushul I'tiqod Ahlis Sunnah Wal Jama'ah jilid 2 hal.334 ketika beliau membantah orang yang mengatakan bahwa Al-Qura dialah yang berada di langit, beliau berkata : “Maka dia telah menyelisihi Allah dan Rasul-Nya dan menolak mukjizat Nabi-Nya dan menyelisihi para salaf dari kalangan Shahabat dan tabi'in dan orang-orang setelahnya dari para ‘ulama ummat ini".

Berkata Al-Baihaqy dalam Syu'abul Iman jilid 2 hal.251 tatkala beliau menyebutkan pembagian ilmu, beliau menyebutkan diantaranya : “Dan mengenal perkataan-perkataan para salaf dari kalangan shahabat, Tabi'in dan orang-orang setelah mereka”.

Dan berkata Asy-Syihristany dalam Al-Milal Wa An-Nihal jilid 1 hal.200 : "Kemudian mengetahui letak-letak ijma' (kesepakatan) shahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in dari Salafus Sholeh sehingga ijtihadnya tidak menyelisihi ijma' (mereka)".

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Bayan Talbis Al-Jahmiyah jilid 1 hal.22 : "Maka tidak ada keraguan bahwasanya kitab-kitab yang terdapat di tangan-tangan manusia menjadi saksi bahwasanya seluruh salaf dari tiga generasi pertama mereka menyelesihinya".

Dan berkata Al-Mubarakfury dalam Tuhfah Al-Ahwadzy jilid 9 hal.165 : "…Dan ini adalah madzhab Salafus Sholeh dari kalangan shahabat dan Tabi'in dan selain mereka dari para 'ulama -mudah-mudahan Allah meridhoi mereka seluruhnya-".

Dan hal yang sama dinyatakan oleh Al-’Azhim Abady dalam 'Aunul Ma'bud jilid 13 hal.7.

Kedua : Makna salaf secara umum adalah tiga generasi terbaik dan orang-orang setelah tiga generasi terbaik ini, sehingga mencakup setiap orang yang berjalan di atas jalan dan manhaj generasi terbaik ini.

Dan berkata Al-'Allamah Muhammad As-Safariny Al-Hambaly dalam Lawami’ Al-Anwar Al-Bahiyyah Wa Sawathi' Al-Asrar Al-Atsariyyah jilid 1 hal.20 : “Yang diinginkan dengan madzhab salaf yaitu apa-apa yang para shahabat yang mulia -mudah-mudahan Allah meridhoi mereka- berada di atasnya dan para Tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik dan yang mengikuti mereka dan para Imam agama yang dipersaksikan keimaman mereka dan dikenal perannya yang sangat besar dalam agama dan manusia menerima perkataan-perkataan mereka…”.

Berkata Ibnu Abil 'Izzi dalam Syarah Al ‘Aqidah Ath-Thohawiyah hal.196 tentang perkataan Ath-Thohawy bahwasanya Al-Qur`an diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala : "Yakni merupakan perkataan para shahabat dan yang mengikuti mereka dengan baik dan mereka itu adalah Salafus Sholeh".

Dan berkata Asy-Syaikh Sholeh Al-Fauzan dalam Nazharat Wa Tu'uqqubat 'Ala Ma Fi Kitab As-Salafiyah hal.21 : “Dan kata Salafiyah digunakan terhadap jama'ah kaum mukminin yang mereka hidup di generasi pertama dari generasi-generasi Islam yang mereka itu komitmen di atas Kitabullah dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari kalangan shahabat Muhajirin dan Anshor dan yang mengikuti mereka dengan baik dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mensifati mereka dengan sabdanya : "Sebaik-baik manusia adalah zamanku kemudian zaman setelahnya kemudian zaman setelahnya....".

Dan beliau juga berkata dalam Al-Ajwibah Al-Mufidah 'An As`ilah Al-Manahij Al-Jadidah hal.103-104 : "As-Salafiyah adalah orang-orang yang berjalan di atas Manhaj Salaf dari kalangan Shahabat dan tabi'in dan generasi terbaik, yang mereka mengikutinya dalam hal aqidah, manhaj, dan metode dakwah".

Dan berkata Syaikh Nashir bin ‘Abdil Karim Al-‘Aql dalam Mujmal Ushul I'tiqod Ahlus Sunnah Wal Jama'ah hal.5 : "As-Salaf, mereka adalah generasi pertama ummat ini dari para shahabat, tabi'in dan imam-imam yang berada di atas petunjuk dalam tiga generasi terbaik pertama. Dan kalimat As-Salaf juga digunakan kepada setiap orang yang berada pada setelah tiga generasi pertama ini yang meniti dan berjalan di atas manhaj mereka".

Asal Penamaan Salaf Dan Penisbahan Diri Kepada Manhaj Salaf

Asal penamaan Salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada putrinya Fathimah radihyallahu ‘anha :

فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ

“Karena sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya". Dikeluarkan oleh Bukhary no.5928 dan Muslim no.2450.

Maka jelaslah bahwa penamaaan salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah perkara yang mempunyai landasan (pondasi) yang sangat kuat dan sesuatu yang telah lama dikenal tapi karena kebodohan dan jauhnya kita dari tuntunan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka muncullah anggapan bahwa manhaj salaf itu adalah suatu aliran, ajaran, atau pemahaman baru, dan anggapan-anggapan lainnya yang salah.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa jilid 4 hal 149 : “Tidak ada celaan bagi orang yang menampakkan madzhab salaf dan menisbahkan diri kepadanya dan merujuk kepadanya, bahkan wajib menerima hal tersebut menurut kesepakatan (para ulama). Karena sesungguhnya madzhab salaf itu adalah tak lain kecuali kebenaran”.

Berikut ini saya akan memberikan beberapa contoh untuk menunjukkan bahwa penggunaan nama salaf sudah lama dikenal.

Berkata Imam Az-Zuhry (wafat 125 H) tentang tulang belulang bangkai seperti bangkai gajah dan lainnya : “Saya telah mendapati sekelompok dari para ulama salaf mereka bersisir dengannya dan mengambil minyak darinya, mereka menganggap (hal tersebut) tidak apa-apa”. Lihat : Shohih Bukhary bersama Fathul Bary jilid 1 hal.342.

Tentunya yang diinginkan dengan ‘ulama salaf oleh Az-Zuhry adalah para shahabat karena Az-Zuhry adalah seorang Tabi’i (generasi setelah shahabat).

Dan Sa’ad bin Rasyid (wafat 213 H) berkata : “Adalah para salaf, lebih menyenangi tunggangan jantan karena lebih cepat larinya dan lebih berani”. Lihat : Shohih Bukhary dengan Fathul Bary jilid 6 hal.66 dan Al-Hafizh menafsirkan kata salaf : “Yaitu dari shahabat dan setelahnya”.

Berkata Imam Bukhary (wafat 256 H) dalam Shohihnya dengan Fathul Bary jilid 9 hal.552 : “Bab bagaimana para ‘ulama salaf berhemat di rumah-rumah mereka dan di dalam perjalanan mereka dalam makanan, daging dan lainnya”.

Imam Ibnul Mubarak (wafat 181 H) berkata : “Tinggalkanlah hadits ‘Amr bin Tsabit karena ia mencerca para ‘ulama salaf”. Baca : Muqoddimah Shohih Muslim jilid 1 hal.16.

Tentunya yang diinginkan dengan kata salaf oleh Imam Bukhary dan Ibnul Mubarak tiada lain kecuali para shahabat dan tabi’in.

Dan juga kalau kita membaca buku-buku yang berkaitan dengan pembahasan nasab, akan didapatkan para ’ulama yang menyebutkan tentang nisbah Salafy (penisbahan diri kepada jalan para ‘ulama salaf), dan ini lebih memperjelas bahwa nisbah kepada manhaj salaf juga adalah sesuatu yang sudah lama dikenal dikalangan para ‘ulama.

Berkata As-Sam'any dalam Al-Ansab jilid 3 hal.273 : "Salafy dengan difathah (huruf sin-nya) adalah nisbah kepada As-Salaf dan mengikuti madzhab mereka".

Dan berkata As-Suyuthy dalam Lubbul Lubab jilid 2 hal.22 : "Salafy dengan difathah (huruf sin dan lam-nya) adalah penyandaran diri kepada madzhab As-Salaf".

Dan saya akan menyebutkan beberapa contoh para ‘ulama yang dinisbahkan kepada manhaj (jalan) para ‘ulama salaf untuk menunjukkan bahwa mereka berada diatas jalan yang lurus yang bersih dari noda penyimpangan :

1. Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam Siyar A’lam An-Nubala` jilid 13 hal.183 setelah menyebutkan hikayat bahwa Ya'qub bin Sufyan Al-Fasawy rahimahullah menghina ‘Utsman bin 'Affan radhiyallahu ‘anhu : “Kisah ini terputus, Wallahu A’lam. Dan saya tidak mengetahui Ya'qub Al-Fasawy kecuali beliau itu adalah seorang Salafy, dan beliau telah mengarang sebuah kitab kecil tentang As-Sunnah”.

2. Dan dalam biografi ‘Utsman bin Jarzad beliau berkata : “Untuk menjadi seorang Muhaddits (ahli hadits) diperlukan lima perkara, kalau satu perkara tidak terpenuhi maka itu adalah suatu kekurangan. Dia memerlukan : Aqal yang baik, agama yang baik, dhobth (hafalan yang kuat), kecerdikan dalam bidang hadits serta dikenal darinya sifat amanah".

Kemudian Adz-Dzahaby mengomentari perkataan tersebut, beliau berkata : "Amanah merupakan bagian dari agama dan hafalan bisa masuk kepada kecerdikan. Adapun yang dibutuhkan oleh seorang hafizh (penghafal hadits) adalah : Dia harus seorang yang bertaqwa, pintar, ahli nahwu dan bahasa, bersih hatinya, senantiasa bersemangat, seorang salafy, cukup bagi dia menulis dengan tangannya sendiri 200 jilid buku hadits dan memiliki 500 jilid buku yang dijadikan pegangan dan tidak putus semangat dalam menuntut ilmu sampai dia meninggal dengan niat yang ikhlas dan dengan sikap rendah diri. Kalau tidak memenuhi syarat-syarat ini maka janganlah kamu berharap”. Lihat dalam Siyar A’lam An-Nubala` jilid 13 hal.280.

3. Dan Adz-Dzahaby berkata tentang Imam Ad-Daraquthny : “Beliau adalah orang yang tidak akan pernah ikut serta mempelajari ilmu kalam (ilmu mantik) dan tidak pula ilmu jidal (ilmu debat) dan beliau tidak pernah mendalami ilmu tersebut, bahkan beliau adalah seorang salafy". Baca Siyar A’lam An-Nubala`jilid 16 hal.457.

4. Dan dalam Tadzkirah Al-Huffazh jilid 4 hal.1431 dalam biografi Ibnu Ash-Sholah, berkata Imam Adz-Dzahaby : “Dan beliau adalah seorang Salafy yang baik aqidahnya". Dan lihat : Thobaqot Al-Huffazh jilid 2 hal.503 dan Siyar A’lam An-Nubala` jilid 23 hal.142.

5. Dalam biografi Imam Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Isa bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Al-Maqdasy, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Beliau adalah seorang yang terpercaya, tsabt (kuat hafalannya), pandai, seorang Salafy…". Baca Siyar A’lam An-Nubala` jilid 23 hal.18.

6. Dan dalam Biografi Abul Muzhoffar Ibnu Hubairah, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dia adalah seorang yang mengetahui madzhab dan bahasa arab dan ilmu 'arudh, seorang salafy, atsary". Baca Siyar A’lam An-Nubala` jilid 20 hal.426.

7. Berkata Imam Adz-Dzahaby dalam biografi Imam Az-Zabidy : “Dia adalah seorang Hanafy, Salafy". Baca Siyar A’lam An-Nubala`jilid 20 hal.316.

8. Dan dalam Biografi Musa bin Ibrahim Al-Ba'labakky, Imam Adz-Dzahaby berkata : “Dan demikian pula beliau seorang perendah hati, seorang Salafy”. Lihat : Mu'jamul Muhadditsin hal.283.

9. Dan dalam biografi Muhammad bin Muhammad Al-Bahrony, Imam Adz-Dzahaby Berkata : "Dia seorang yang beragama, orang yang sangat baik, seorang Salafy”. Lihat : Mu'jam Asy-Syuyukh jilid 2 hal.280 (dinukil dari Al-Ajwibah Al-Mufidah hal.18).

10. Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam Lisanul Mizan Jilid 5 hal.348 dalam biografi Muhammad bin Qasim bin Sufyan Abu Ishaq : "Dan Ia adalah Seorang yang bermadzhab Salafy”.

Penamaan-Penamaan Lain Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

Sebelum terjadi fitnah bid'ah perpecahan dan perselisihan dalam ummat ini, ummat Islam tidak dikenal kecuali dengan nama Islam dan kaum muslimin, kemudian setelah terjadinya perpecahan dan munculnya golongan-golongan sesat yang mana setiap golongan menyerukan dan mempropagandakan bid'ah dan kesesatannya dengan menampilkan bid'ah dan kesesatan mereka di atas nama Islam, maka tentunya hal tersebut akan melahirkan kebingungan ditengah-tengah ummat. Akan tetapi Allah Maha Bijaksana dan Maha Menjaga agama-Nya. Dialah Allah yang berfirman :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar menjaganya”. (Q.S. Al Hijr ayat 9).

Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam bersabda :

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Terus menerus ada sekelompok dari ummatku yang mereka tetap nampak di atas kebenaran, tidak membahayakan mereka orang mencerca mereka sampai datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka dalam keadaan seperti itu”.

Maka para ‘ulama salaf waktu itu yang merupakan orang-orang yang berada di atas kebenaran dan yang paling memahami aqidah yang benar dan tuntunan syari'at Islam yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang murni yang belum ternodai oleh kotoran bid'ah dan kesesatan, mulailah mereka menampakkan penamaan-penamaan syari’at diambil dari Islam guna membedakan pengikut kebenaran dari golongan-golongan sesat tersebut.

Berkata Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah :

لَمْ يَكُوْنُوْا يَسْأَلُوْنَ عَنِ الْإِسْنَادِ فَلَمَّا وَقَعَتِ الْفِتْنَةُ قَالُوْا سَمّوْا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيْثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلاَ يُؤْخَذُ حَدِيْثُهُمْ

Tidaklah mereka (para ‘ulama) bertanya tentang isnad (silsilah rawi). Tatkala terjadi fitnah mereka pun berkata : “Sebutkanlah kepada kami rawi-rawi kalian maka dilihatlah kepada Ahlus Sunnah lalu diambil hadits mereka dan dilihat kepada Ahlil bid’ah dan tidak diambil hadits mereka””.

Maka Ahlus Sunnah Wal Jama’ah selain dikenal sebagai Salafiyah, mereka juga mempunyai penamaan lain yang menunjukkan ciri dan kriteria mereka.

Berikut ini kami akan mencoba menguraikan penamaan-penamaan tersebut dengan ringkas.

1. AL-FIRQOH AN-NAJIYAH

Al-Firqoh An-Najiyah artinya golongan yang selamat. Penamaan ini diambil dari apa yang dipahami dari hadits perpecahan ummat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan :

افْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَإِنَّ أُمَّتِيْ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلاَّ وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَ فِيْ رِوَايَةٍ : مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيِوْمَ وَأَصْحَابِيْ.

“Telah terpecah orang–orang Yahudi menjadi tujuh puluh satu firqoh (golongan) dan telah terpecah orang-orang Nashoro menjadi tujuh puluh dua firqoh dan sesungguhnya ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga firqoh semuanya dalam neraka kecuali satu dan ia adalah Al-Jama’ah dalam satu riwayat : “Apa yang aku dan para shahabatku berada di atasnya sekarang ini”. Hadits shohih, dishohihkan oleh Syaikh Al-Albany dalam Dzilalil Jannah dan Syaikh Muqbil dalam Ash-Shohih Al-Musnad Mimma Laisa Fi Ash-Shohihain rahimahumullah.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Minhaj As-sunnah jilid 3 hal.345 : “Maka apabila sifat Al-Firqoh An-Najiyah mengikuti para shahabat di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan itu adalah syi'ar (ciri, simbol) Ahlus Sunnah maka Al-Firqoh An-Najiyah mereka adalah Ahlus Sunnah”.

Dan beliau juga menyatakan dalam Majmu' Al Fatawa jilid 3 hal.345 : “Karena itu beliau (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) menyifati Al-Firqoh An-Najiyah bahwa ia adalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan mereka adalah jumhur yang paling banyak dan As-Sawad Al-A’zhom (kelompok yang paling besar)”.

Berkata Syaikh Hafizh Al-Hakamy : “Telah dikabarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam -yang selalu benar dan dibenarkan- bahwa Al-Firqoh An-Najiyah mereka adalah siapa yang di atas seperti apa yang beliau dan para shahabatnya berada di atasnya, dan sifat ini hanyalah cocok bagi orang-orang yang membawa dan menjaga sifat itu, tunduk kepadanya lagi berpegang teguh dengannya. mereka yang saya maksud ini adalah para imam hadits dan para tokoh (pengikut) Sunnah”. Lihat Ma'arijul Qobul jilid 1 hal.19.

Maka nampaklah dari keterangan di atas asal penamaan Al-Firqoh An-Najiyah dari hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam.

Diringkas dari : Mauqif Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Min Ahli Ahwa`i Wal Bid’ah jillid 1 hal.54-59.

Dan Berkata Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wad'iy rahimahullah setelah meyebutkan dua hadits tentang perpecahan ummat : “Dua hadits ini dan hadits-hadits yang semakna dengannya menunjukkan bahwa tidak ada yang selamat kecuali satu golongan dari tujuh puluh tiga golongan, dan adapun golongan-golongan yang lain di Neraka, (sehingga) mengharuskan setiap muslim mencari Al-Firqoh An-Najiyah sehingga teratur menjalaninya dan mengambil agamanya darinya”. Lihat Riyadhul Jannah Fir Roddi 'Ala A’da`is Sunnah hal.22.

2. ATH-THOIFAH AL MANSHUROH

Ath-Thoifah Al-Manshuroh artinya kelompok yang mendapatkan pertolongan. Penamaan ini berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ

“Terus menerus ada sekelompok dari ummatku yang mereka tetap nampak di atas kebenaran, tidak membahayakan mereka orang mencerca mereka sampai datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka dalam keadaan seperti itu”. Dikeluarkan oleh Muslim dari hadits Tsauban dan semakna dengannya diriwayatkan oleh Bukhary dan Muslim dari hadits Mughiroh bin Syu’bah dan Mu’awiyah dan diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin ‘Abdillah. Dan hadits ini merupakan hadits mutawatir sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Iqtidho` Ash-Shirath Al-Mustaqim 1/69, Imam As-Suyuthy dalam Al-Azhar Al-Mutanatsirah hal.216 dan dalam Tadrib Ar-Rawi, Al Kattany dalam Nazhom Al-Mutanatsirah hal.93 dan Az-Zabidy dalam Laqthul `Ala`i hal.68-71. Lihat : Bashoir Dzawisy Syaraf Bimarwiyati Manhaj As-Salaf.

Berkata Imam Bukhary tentang Ath-Thoifah Al-Manshuroh : “Mereka adalah para 'ulama”.

Berkata Imam Ahmad : “Kalau mereka bukan Ahli Hadits saya tidak tahu siapa mereka”.

Al-Qodhi Iyadh mengomentari perkataan Imam Ahmad dengan berkata : “Yang diinginkan oleh (Imam Ahmad) adalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan siapa yang meyakini madzhab Ahlul Hadits”. Lihat : Mauqif Ahlus Sunnah Wal Jama'ah 1/59-62.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Muqoddimah Al ‘Aqidah Al Washitiyah : “Amma ba’du ; Ini adalah i’tiqod (keyakinan) Al Firqoh An-Najiyah, (Ath-Thoifah) Al-Manshuroh sampai bangkitnya hari kiamat, (mereka) Ahlus Sunnah”.

Dan di akhir Al ‘Aqidah Al Washitiyah ketika memberikan definisi tentang Ahlus Sunnah, beliau berkata : “Dan mereka adalah Ath-Thoifah Al-Manshuroh yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang mereka : “Terus menerus sekelompok dari ummatku diatas kebenaran manshuroh (tertolong) tidak membahayakan mereka orang yang menyelisihi dan mencerca mereka sampai hari kiamat” mudah-mudahan Allah menjadikan kita bagian dari mereka dan tidak memalingkan hati-hati kita setelah mendapatkan petunjuk”.

Lihat : Bashoir Dzawisy Syaraf Bimarwiyati Manhaj As-Salaf hal. 97-110.

3. AHLUL HADITS

Ahlul Hadits dikenal juga dengan Ashhabul hadits atau Ashhabul Atsar. Ahlul hadits artinya orang yang mengikuti hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan istilah Ahlul hadits ini juga merupakan salah satu nama dan kriteria Salafiyah atau Ahlus Sunnah Wal Jama'ah atau Ath-Thoifah Al-Manshurah.

Berkata Ibnul Jauzi : “Tidak ada keraguan bahwa Ahlun Naql Wal Atsar (Ahlul Hadits) yang mengikuti jejak-jejak Rasulullah shallallahu 'alaihi wa alihi wa sallam mereka di atas jalan yang belum terjadi bid'ah".

Berkata Al-Khathib Al-Baghdady dalam Ar-Rihlah Fii Tholabil Hadits hal.223 : “Dan sungguh (Allah) Rabbul ‘alamin telah menjadikan Ath-Thoifah Al-Manshurah sebagai penjaga agama dan telah dipalingkan dari mereka makar orang-orang yang keras kepala karena mereka berpegang teguh dengan syari’at (Islam) yang kokoh dan mereka mengikuti jejak para shahabat dan tabi’in”.

Dan telah sepakat perkataan para ‘ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bahwa yang dimaksud dengan Ath-Thoifah Al-Manshurah adalah para ‘ulama Salaf Ahlul Hadits. Hal ini ditafsirkan oleh banyak Imam seperti ‘Abdullah bin Mubarak, ‘Ali bin Madiny, Ahmad bin Hambal, Bukhary, Al-Hakim dan lain-lainnya,. Perkataan-perkataan para ‘ulama tersebut diuraikan dengan panjang lebar oleh Syaikh Robi’ bin Hady Al-Madkhaly dan juga Syaikh Al-Albany dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shohihah hadits no.270.

Lihat : Haqiqitul Bid'ah 1/269-272, Mauqif Ibnu Taymiyah 1/32-34, Ahlul Hadits Wa Ath- Thoifah Al-Manshurah An-Najiyah, Limadza Ikhtartu Al-Manhaj As-Salafy, Bashoir Dzawisy Syaraf Bimarwiyati Manhaj As-Salaf dan Al-Intishor Li Ashhabil Hadits karya Muhammad ‘Umar Ba Zamul.

4. Al-Ghuraba`

Al-Ghuraba` artinya orang-orang yang asing. Asal penyifatan ini adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits Abu Hurairah riwayat Muslim No.145 :

بَدَأَ الْإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam mulai muncul dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awal munculnya maka beruntunglah orang-orang asing itu”. Dan hadits ini adalah hadits yang mutawatir.

Berkata Imam Al-Ajurry dalam Sifatil Ghuraba` Minal Mu’minin hal.25 : “Dan perkataan (Nabi) shallallahu ‘alaihi wa sallam “Dan akan kembali asing” maknanya Wallahu A’lam sesungguhnya hawa nafsu yang menyesatkan akan menjadi banyak sehingga banyak dari manusia tersesat karenanya dan akan tetap ada Ahlul Haq yang berjalan diatas syari’at islam dalam keadaan asing di mata manusia, tidakkah kalian mendengar perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Akan terpecah ummatku menjadi 73 golongan semuanya masuk neraka kecuali satu, maka dikatakan siapa mereka yang tertolong itu? maka kata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Apa-apa yang saya dan para shahabatku berada di atasnya pada hari ini””.

Berkata Imam Ibnu Rajab dalam Kasyful Kurbah fi washfi hali Ahlil Ghurbah hal 22-27 : “Adapun fitnah syubhat (kerancuan-kerancuan) dan pengikut hawa nafsu yang menyesatkan sehingga hal tersebut menyebabkan terpecahnya Ahlul Qiblah (kaum muslimin) dan menjadilah mereka berkelompok-kelompok, sebagian dari mereka mengkafirkan yang lainnya dan mereka menjadi saling bermusuhan, bergolong-golongan dan berpartai-partai setelah mereka dulunya sebagai saudara dan hati-hati mereka diatas hati satu orang (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) sehingga tidak akan selamat dari kelompok-kelompok tersebut kecuali satu golongan yang selamat. Mereka inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Terus menerus ada diantara ummatku satu kelompok yang menampakkan kebenaran, tidak mencelakakan mereka orang-orang yang menghinakan dan membenci mereka sampai datang ketetapan Allah subhanahu wa ta’ala (hari kiamat) dan mereka tetap dalam keadaan tersebut”. Mereka inilah al-Ghuraba` di akhir zaman yang tersebut dalam hadits-hadits ini…”.



Demikianlah penamaan-penamaan syari’at bagi pengikut Al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sesuai dengan pemahaman para 'ulama salaf, yang apabila dipahami dengan baik akan menambah keyakinan akan wajibnya mengikuti jalan para 'ulama salaf dan kebenaran jalan mereka serta keberuntungan orang-orang yang mengikuti jalan mereka.

Cukuplah sebagai satu keistimewaan yang para salafiyun berbangga dengannya bahwa penamaan-penamaan ini semuanya dari Islam dan menggambarkan Islam hakiki yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tentunya hal ini sangat membedakan salafiyun dari ahlu bid'ah yang bernama atau dinamakan dengan penamaan-penamaan yang hanya sekedar menampakkan bid'ah, pimpinan atau kelompok mereka seperti Tablighy nisbah kepada Jama'ah Tabligh yang didirikan oleh Muhammad Ilyas, Ikhwany nisbah kepada gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipelopori oleh Hasan Al-Banna, Surury nisbah kepada kelompok atau pemikiran Muhammad Surur Zainal ‘Abidin, Jahmy nisbah kepada Jahm bin Sofwan pembawa bendera bid'ah keyakinan bahwa Al-Qur`an adalah makhluk. Mu'tazily nisbah kepada kelompok pimpinan 'Atho` bin Washil yang menyendiri dari halaqah Hasan Al-Bashry. Asy'ary nisbah kepada pemikiran Abu Hasan Al-Asy'ary yang kemudian beliau bertobat dari pemikiran sesatnya. Syi'iy nisbah kepada kelompok Syi'ah yang mengaku mencintai keluarga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan masih ada ratusan penamaan lain, sangat meletihkan untuk menyebutkan dan menguraikan seluruh penamaan tersebut, maka nampaklah dengan jelas bahwa penamaan Salafiyun-Ahlus Sunnah Wal Jama'ah-Ath-Thoifah Al-Manshurah-Al-Firqoh An-Najiyah-Ahlul Hadits adalah sangat berbeda dengan penamaan-penamaan yang dipakai oleh golongan-golongan yang menyimpang dari beberapa sisi :

Satu : Penamaan-penamaan syari'at ini adalah nisbah kepada generasi awal ummat Islam yang berada di atas tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka penamaan ini akan mencakup seluruh ummat pada setiap zaman yang berjalan sesuai dengan jalan generasi awal tersebut baik dalam mengambil ilmu atau dalam pemahaman atau dalam berdakwah dan lain-lainnya.

Dua : Kandungan dari penamaan-penamaan syari'at ini hanyalah menunjukkan tuntunan Islam yang murni yaitu Al-Qur`an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tanpa ada penambahan atau pengurangan sedikit pun.

Tiga : Penamaan-penamaan ini mempunyai asal dalil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Empat : Penamaan-penamaan ini hanyalah muncul untuk membedakan antara pengikut kebenaran dari jalan para pengekor hawa nafsu dan golongan-golongan sesat, dan sebagai bantahan terhadap bid'ah dan kesesatan mereka.

Lima : Ikatan wala' (loyalitas) dan baro' (kebencian, permusuhan) bagi orang-orang yang bernama dengan penamaan ini, hanyalah ikatan wala' dan baro' di atas Islam (Al-Qur`an dan Sunnah) bukan ikatan wala' dan baro' karena seorang tokoh, pemimpin, kelompok, organisasi dan lain-lainnya.

Enam : Tidak ada fanatisme bagi orang-orang yang memakai penamaan-penamaan ini kecuali kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam karena pemimpin dan panutan mereka hanyalah satu yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, berbeda dengan orang-orang yang menisbahkan dirinya ke penamaan-penamaan bid'ah fanatismenya untuk golongan, kelompok / pemimpin.

Tujuh : Penamaan-penamaan ini sama sekali tidak akan menjerumuskan ke dalam suatu bid'ah, maksiat maupun fanatisme kepada seseorang atau kelompok dan lain-lainnya.

Lihat : Hukmul Intima` hal 31-37 dan Mauqif Ahlus Sunnah wal Jama'ah 1/46-47.

http://jihadsalafi.blogspot.com/2008/10/hakikat-dakwah-salafiyyah.html

Selasa, 23 September 2008

Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah
Pengikut Gerakan Wahhabiyah Dan Bukannya
Ahli Sunnah Yang Sebenar ???
[1]

Penulis : Dr Azwira Abdul Aziz

Siapa Dan Apa Aqidah Pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab?

Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab At-Tamimi (1115-1206H/1703-1792M) ialah salah seorang tokoh Ahli Sunnah yang telah melancarkan gerakan dakwah islah di Semenanjung Tanah Arab untuk menghidupkan semula Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah dimatikan oleh kejahilan umat Islam dalam pelbagai aspek aqidah dan syariat. Dalam konteks ini, Yusuf Al-Qaradawi berkata:

Maksudnya: “Adapun Imam Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab di Semenanjung Arab, yang menjadi keutamaan di sisinya ialah untuk menjaga aqidah dan batas tauhid daripada gejala kesyirikan dan khurafat yang telah mencemar serta mengeruhkan sumber dan kejernihannya. Untuk itu, beliau telah mengarang pelbagai buku dan risalah serta melancarkan gerakan dakwah bagi memusnahkan pelbagai fenomena kesyirikan ...[2]

Manakala Wahbah az-Zuhaili [3] pula berkata

Maksudnya: “(Gerakan) Dakwah Sheikh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kurun ke 12 hijrah (18 masehi) adalah antara suara kebenaran yang paling berani dan antara pendakwah islah, pembinaan dan jihad yang paling besar untuk mengembalikan keteguhan pegangan individu muslim terhadap manhaj Salaf, untuk memperbaharui kehidupan Islam di kalangan awam yang telah dicemari oleh (gejala) khurafat, waham, bid’ah dan penyelewengan ... ” [4]

Untuk mengukuhkan lagi bukti kebenaran pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, maka seterusnya diperturunkan kata-kata yang beliau ungkapkan dalam risalahnya kepada penduduk Al-Qasim, katanya Maksudnya:

“Aku mempersaksikan kepada Allah dan kepada para Malaikat yang hadir di depanku, dan aku mempersaksikan kepada kamu bahawa sesungguhnya aku beri’tiqad (berpegang) dengan i’tiqad (pegangan) firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi beriman dengan Allah, para Malaikat, Kitab-Kitab, para Rasul, (Hari) Kebangkitan selepas kematian dan beriman dengan Al-Qadar (sama ada) baik atau buruk.

Antara (ciri) keimanan dengan Allah ialah beriman dengan apa yang Dia sifatkan DiriNya dengannya dalam kitabNya melalui lidah RasulNya Shallallahu ‘alaihi wasallam, tanpa tahrif (mengubah atau menukar ganti makna) dan tanpa ta’til (menafikan sifat bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala). Bahkan aku beri’tiqad bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Justeru aku tidak menafikan dariNya apa yang Dia sifatkan diriNya dengannya, aku juga tidak tahrifkan kata-kata (Al-Quran) dari maksud-maksudnya, aku juga tidak mengilhadkan (menolak secara anti) nama-nama serta ayat-ayatNya, aku juga tidak mentakyif (menggambarkan rupa bentuk) dan tidak mentamthil (mengumpamakan makna) sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dengan sifat-sifat makhlukNya, kerana Dia Maha Tinggi, tiada persamaan, tiada kesetaraan dan tiada sekutu bagiNya, Dia tidak boleh dikiaskan dengan makhlukNya kerana sesungguhnya Dia yang Maha Suci lebih mengetahui tentang diriNya dan yang selainNya.

Dia yang paling benar dan paling elok percakapanNya, Dia mensucikan diriNya daripada apa yang disifatkan pada diriNya dengannya oleh para penyeleweng dari kalangan ahli takyif dan tamthil, dan (Dia juga mensucikan diriNya) daripada apa yang dinafikan dariNya oleh para penafi dari kalangan ahli tahrif dan ta’til, lalu Dia berfirman: “Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dari apa yang mereka sifatkan, dan selamat sejahtera ke atas sekelian Rasul, dan segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian alam” [5].

Firqah najiah (berada) di pertengahan antara puak Qadariyyah dan Jabriyyah dalam bab perbuatan-perbuatanNya Yang Maha Tinggi, mereka juga berada di pertengahan antara puak Murji’ah dan Wa’idiyyah dalam bab wa’id (janji) Allah, mereka juga berada di pertengahan antara puak Haruriyyah (aliran Khawarij) dan Mu’tazilah atau antara puak Murji’ah dan Jahmiyyah dalam bab iman dan agama, dan mereka juga berada di pertengahan antara puak Rafidah dan Khawarij dalam bab Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam”.

“Dan aku beri’tiqad (berpegang) bahawa Al-Quran itu Kalam Allah yang diturunkan, ia bukan makhluk, daripadaNya ia bermula dan kepadaNya ia kembali, Dia berfirman dengannya secara hakiki dan Dia menurunkannya ke atas hambaNya, rasulNya, pemegang amanah wahyuNya, dan juga dutaNya antara Dia dan hamba-hambaNya, (iaitu) Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Aku beriman bahawa Allah Maha Berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki, tidak berlaku sesuatu melainkan dengan kehendakNya, tiada suatu pun yang terkeluar daripada kehendakNya, tiada suatu pun dalam alam ini yang terkeluar daripada takdirNya dan tidak terbit melainkan melalui pentadbiranNya, tiada seorang pun yang terkecuali daripada Qadar yang dihadkan dan dia tidak melangkaui apa yang telah tertulis baginya di Lauh Mahfuz.

Dan aku beri’tiqad dengan keimanan terhadap setiap apa yang dikhabarkan dengannya oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, berkenaan perkara yang akan berlaku selepas kematian, aku beriman dengan (adanya) fitnah kubur dan ni’matnya, dan juga (aku beriman) dengan pengembalian ruh ke dalam jasad, dimana sekalian manusia bangkit (menuju) kepada Tuhan semesta alam dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup[6], Matahari menghampiri mereka. Kemudian dipacakkan neraca-neraca penimbang amalan lalu ditimbang dengannya segala amalan para hamba. Sesiapa yang berat neraca timbangan (kebaikannya) maka merekalah orang yang beroleh kemenangan, manakala sesiapa yang ringan neraca timbangan (kebaikannya) maka merekalah orang yang merugikan diri mereka sendiri, yang kekal di dalam Neraka Jahannam. Kemudian dibahagi-bahagikan pula dawawin (buku-buku amalan), maka ada yang mendapatnya melalui tangan kanan dan ada pula yang mendapatnya melalui tangan kiri.

Aku beriman dengan (adanya) kolam Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam di tengah-tengah laman Hari Qiamat, (warna) airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, bekas-bekas (minumannya) sebanyak bilangan bintang di langit, sesiapa yang meminum seteguk darinya tidak akan dahaga selepas itu selama-lamanya. Aku beriman bahawa titian Sirat itu terbentang di atas tebing Neraka Jahannam, (cara) manusia melintasinya mengikut kadar amalan mereka.

Aku beriman dengan (adanya) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan bahawa dialah yang pertama memberi syafa’at dan yang dibenarkan memberi syafa’at, tidak ingkar (kewujudan) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ini melainkan ahli bid’ah dan golongan sesat. Namun, ia (syafa’at) tidak akan terhasil melainkan selepas keizinan dan keredhaan, sebagaimana firmanNya: “Dan mereka (para Malaikat) tidak memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredaiNya” [7]. Dia juga berfirman: “Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya” [8]. Dia juga berfirman: “Dan berapa ramaikah Malaikat di langit yang syafa’at mereka tidak sedikitpun berguna melainkan sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang Dia kehendaki dan yang Dia redhai” [9]. Sedangkan Dia tidak akan redha melainkan tauhid dan Dia juga tidak akan mengizinkan kecuali untuk ahlinya (ahli tauhid). Manakala golongan musyrikin pula, maka tiada bagi mereka habuan syafa’at sedikitpun, sebagaimana firmanNya: “Maka tiada berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang yang memberi syafa’at”[10].

Aku beriman bahawa Syurga dan Neraka itu adalah dua makhluk, dan bahawa kedua-duanya sudah sedia wujud pada hari ini, dan bahawa kedua-duanya tidak akan binasa, dan bahawa orang beriman akan melihat Tuhan mereka dengan penglihatan mereka pada Hari Qiamat, sebagaimana mereka melihat bulan pada malam purnama, mereka tidak tertanya-tanya [11] ketika melihatNya.

Aku beriman bahawa Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah pemutus segala Nabi dan Rasul, tidak sah iman seseorang hamba sehingga dia beriman dengan kerasulannya serta mengaku kenabiannya, dan bahawa sebaik-baik umatnya ialah Abu Bakr As-Siddiq, kemudian ‘Umar Al-Faruq, kemudian ‘Uthman Zu An-Nurain, seterusnya ‘Ali Al-Murtada, dan diikuti oleh baki 10 orang (yang dijamin masuk syurga), kemudian Ahli Badr, kemudian Ahli Syajarah, Ahli Ba’iah Al-Ridwan dan seterusnya seluruh para Sahabat radhiallahu ‘anhum, aku beristighfar untuk mereka, aku menahan diri (daripada berkata) mengenai keburukan mereka, aku diam mengenai perselisihan yang berlaku antara mereka, aku meyakini kelebihan mereka kerana beramal dengan firmanNya yang Maha Tinggi: “Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami! Ampunkanlah kami dan juga saudara-saudara kami yang terlebih dahulu beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami kedengkian terhadap orang beriman, Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”[12]. Aku bertaraddi (menyebut radiallah) terhadap para isteri Nabi yang suci daripada sebarang kejahatan.

Aku memperakui (adanya) karamah dan kasyaf bagi para wali, tetapi mereka tidak berhak mendapat sedikitpun daripada hak (ketuhanan) Allah, tidak boleh dipohon daripada mereka perkara yang hanya mampu dilakukan oleh Allah. Aku tidak memperakukan Syurga atau Neraka bagi seorangpun dari kalangan orang Islam melainkan orang yang telah diperakukan oleh Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam, cuma aku berharap (balasan Syurga) bagi orang baik dan aku bimbangkan (balasan Neraka) ke atas orang jahat.

Aku tidak mengkafirkan seorangpun dari kalangan orang Islam dengan sebab dosa dan aku juga tidak mengeluarkannya dari daerah (agama) Islam. Aku berpendapat bahawa jihad itu berterusan bersama setiap Imam (Khalifah), (tak kira) sama ada dia orang baik atau jahat, harus solat berjamaah di belakang mereka, jihad itu berterusan semenjak Allah mengutuskan (Nabi) Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggalah generasi terakhir umat ini membunuh Dajjal, ia (jihad) tidak terbatal oleh kezaliman (Imam) yang zalim atau keadilan (Imam) yang adil.

Aku berpendapat wajib patuh serta taat kepada para pemimpin orang Islam, sama ada yang baik atau yang jahat selagi mereka tidak menyuruh melakukan maksiat terhadap Allah. Sesiapa yang memegang jawatan Khalifah manakala orang ramai pula berkumpul untuk (membai’ah)nya serta mereka redha dengannya, sedangkan dia menguasai mereka dengan kekerasannya sehingga dia menjadi Khalifah, maka wajib mentaatinya dan haram keluar menentangnya.

Aku berpendapat (wajib) menjauhi Ahli Bid’ah dan membezai mereka sehingga mereka bertaubat, aku menghukum mereka secara zahir dan aku serahkan rahsia-rahsia (hati) mereka kepada Allah, aku beri’tiqad bahawa setiap perkara baru dalam agama itu adalah bid’ah.

Aku berpegang bahawa iman itu adalah mengucap dengan lidah, beramal dengan anggota badan dan beri’tiqad dengan hati, ia bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan maksiat, ia ada lebih 70 cabang, yang paling tinggi ialah syahadah La Ilaha Illallah manakala yang paling rendah ialah membuang bahaya dari (permukaan) jalan. Aku berpendapat wajib menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran mengikut apa yang diwajibkan oleh syari’at Nabi Muhammad yang suci. Maka inilah ringkasan aqidah, yang telah aku karangnya dalam keadaan minda yang sibuk agar kamu dapat meneliti apa yang ada padaku, dan hanya Allah sahajalah yang mewakili apa yang kami kata” [13].

Demikianlah ringkasan pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab yang sengaja penulis paparkan di sini untuk dinilai oleh para pembaca sekalian, manakah pendapat beliau yang dikatakan menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Keseluruhan pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu adalah didasarkan kepada nas-nas sahih sama ada daripada Al-Quran atau As-Sunnah dan ia jelas menyamai maksud keseluruhan kata-kata Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-’Aqidah Al-Wasitiyyah.

Justeru apabila menjelaskan kebenaran pegangan Wahabiyyah ini, ‘Abd Ar-Rahman Ar-Ruwaishid berkata:

“Pemikiran Wahabiyyah Salafiyyah itu bukanlah suatu agama baru atau suatu mazhab baru sebagaimana yang diwar-warkan oleh seteru-seterunya. Sesungguhnya ia adalah (gerakan) menghidupkan (ajaran) agama yang sebenar, yang terhasil daripada usaha ikhlas untuk menyeru kepada pengembalian bentuk ketulenan Islam dan pengambilan hukum syara’’ daripada sumbernya yang suci. Sebagaimana ia juga menyeru kepada gerakan penyucian yang menyeluruh daripada setiap perkara kesyirikan, bid’ah, penyelewengan dan kesesatan yang diselinap masuk ke dalam pegangan agama sehingga memomokkan hakikat iman, merosakkan kemurnian agama ini serta menjauhkan penganutnya daripada kekuatan iltizam sebagai suatu pegangan dan amalan” [14]

Kenapakah Gerakan Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab Dimomok-Momokkan Sebagai Wahabi?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu benar, maka kenapakah ada usaha untuk memomok-momokkan gerakan dakwah beliau dengan gelaran Wahabiyyah itu? Jawapannya:

Pertama:

Wahabi atau Wahabiyyah adalah gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh Sunnah ke atas Ahli Sunnah dengan tujuan untuk memomok-momokkan usaha mereka menegakkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Gelaran ini pada mulanya dicetuskan oleh para pendukung khurafat dari kalangan orang Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu.

Akan tetapi kesempatan ini diambil oleh pihak penjajah Inggeris untuk memburuk-burukkan gerakan dakwah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, kerana mereka bimbang gerakan itu akan mencetuskan kebangkitan dan kesedaran dunia Islam untuk menentang mereka. Buktinya, pihak Inggeris pernah menggunakan istilah Wahabi ke atas para ulama Deoband (pendukung Sunnah) yang menentang penjajahan mereka di India.[15] Sedangkan para ulama berkenaan tidak ada hubungan langsung dengan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, melainkan hubungan secara kebetulan dalam bentuk kesatuan manhaj kerana mereka berpijak di atas landasan Sunnah yang sama. Ini bermakna gelaran itu sengaja dipopularkan oleh pihak kolonialis barat untuk memburuk-burukkan sebarang gerakan yang mengancam mereka.

Dalam konteks negara kita, definisi yang diberikan oleh individu-individu tertentu terhadap istilah wahabiyyah itu sendiri menggambarkan kefahaman dan persepsi mereka yang bercanggah, bercampur aduk dan bersimpang siur. Ada yang mendefinisikan Wahabiyyah sebagai kumpulan yang menolak Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, tawassul, syafa’at dan lain-lain [16].

Ada yang mentakrifkan fahaman Wahabi itu sebagai amalan yang menyifatkan kebanyakan amalan sunat golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan orang Islam di Malaysia tidak perlu [17], dan ada yang mentakrifkannya sebagai satu gerakan yang bertujuan untuk memurnikan perilaku umat Islam yang telah menyimpang daripada tuntutan agama yang sebenar [18].

Kepelbagaian definisi ini jelas menggambarkan percanggahan persepsi disebabkan perbezaan sumber dan tahap maklumat yang diperolehi. Bandingkanlah definisi-definisi ini dengan petikan kata-kata Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab di atas, seperti katanya yang bermaksud:

“…dan aku mempersaksikan kepada kamu bahawa sesungguhnya aku berpegang dengan pegangan firqah najiah (puak yang selamat) Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi beriman dengan Allah, para Malaikat, Kitab-Kitab, para Rasul, (Hari) Kebangkitan selepas kematian dan beriman dengan Al-Qadar (sama ada) baik atau buruk...Aku beriman dengan (adanya) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan bahawa dialah yang pertama memberi syafa’at dan yang dibenarkan memberi syafa’at, tidak ingkar (kewujudan) syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ini melainkan ahli bid’ah dan golongan sesat”.

Dengan kenyataan seperti ini, maka dapat disimpulkan bahawa faktor di sebalik pendefinisian Wahabiyyah sebagai kumpulan yang menolak Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, syafa’at dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah semata-mata kejahilan dan pengkhianatan.

Kedua:

Kembali kepada persoalan di atas, kenapa pula ada usaha dari pihak orang Islam sendiri untuk memomok-momokkan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab? Jawapannya, persepsi negatif sesetengah pihak terhadap gerakan tersebut berlaku hanya disebabkan oleh dua faktor:

1. Kejahilan mereka tentang pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab yang sebenar, sedangkan pegangannya itu adalah juga pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengan perkataan lain pihak yang memburuk-burukkan itu bukan sahaja tidak tahu pegangan sebenar Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, bahkan pada masa yang sama mereka juga tidak tahu apakah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2. Sebahagian amalan yang dilihat sebagai bid’ah dan khurafat oleh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, tidak dianggap sedemikian oleh pihak-pihak yang memusuhinya.

Sebagai contoh bagi faktor kedua di atas, amalan memohon hajat di perkuburan yang dianggap memiliki keramat dilihat oleh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab sebagai perkara khurafat dan kesyirikan yang mirip kepada penyembahan berhala, sedangkan amalan itu tidak dianggap sedemikian oleh sesetengah pihak yang memusuhinya. Dalam konteks ini, seorang ‘tokoh ulama melayu’ [19] semasa berkata:

“Perbuatan melawat makam mereka yang utama dan menghadiahkan pahala amalan juga perbuatan yang mulia di sisi Ahli Sunnah, dan berdoa di makam (kuburan) orang (mati) itu, dengan barakahnya, maka doa itu boleh dikabulkan dengan segera” [20].

Kata-kata ini jelas menunjukkan kepercayaan si penuturnya terhadap kekeramatan makam orang yang dianggap shalih, sehingga dia menganggapnya sebagai wasilah (perantara) untuk dikabulkan doa atau dengan perkataan lain dia ‘bertawassul’ dengan kubur tersebut. Orang yang mengungkapkan kata-kata seumpama ini atau yang telah biasa mengamalkan amalan seumpama itu sudah tentu tidak boleh menerima pendapat Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dalam hal berkenaan. Dalam konteks ini, Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab berkata:

Maksudnya: “Maka sekiranya kamu sangka bahawa ini bukanlah suatu (bentuk) penyembahan berhala yang disebut dalam Al-Quran, maka ia adalah pelik kerana sesungguhnya aku tidak mengetahui seorang pun dari kalangan ahli ilmu yang berbeza pendapat dalam hal itu. Kecuali, jika berlaku ke atas seseorang itu apa yang telah berlaku ke atas golongan Yahudi dari segi keimanan mereka kepada Al-Jibt Wa At-Taghut (Syaitan)… Kenapa tidak, sedangkan sebahagian daripada mereka yang mengingkari ke atasku perkara ini dan yang mendakwa diri mereka sebagai ahli ilmu, mereka (turut) bergelumang dengan kesyirikan yang paling besar, bahkan mereka menyeru (berdoa) kepadanya. Sekiranya mereka dengar ada seorang insan yang mentajridkan (menunggalkan) tauhid, nescaya mereka melemparkan ke atasnya (tuduhan) kekufuran dan kefasikan, tetapi kami minta berlindung dengan Allah daripada (mendapat) keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah” [21].

Oleh kerana para pendukung khurafat tiada hujah sahih untuk membuktikan kebenaran amalan bertawassul dengan kubur, selain hujah ‘dengar cakap’ kononnya ia adalah amalan mulia di sisi Ahli Sunnah, mereka tiada pilihan melainkan mengambil pendekatan ‘pertahanan hadapan’ dengan memburuk-burukkan imej Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab supaya masyarakat Islam awal-awal lagi tidak mengambil tahu dalil dan hujah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dalam persoalan itu.

Persoalannya, pendapat siapakah yang benar? Pendapat tokoh yang mendakwa amalan tersebut sebagai mulia di sisi Ahli Sunnah atau pendapat Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab yang mendakwa kesepakatan para ulama tentang kesyirikan amalan berkenaan? Dalam sebuah risalah berkenaan ajaran sesat yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdapat kenyataan yang berbunyi:

“Di antara bentuk-bentuk amalan khurafat yang berlaku di kalangan orang Islam di negara ini ialah: (a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan sebagainya” [22].

Orang yang ada sedikit kecerdikan sekali pun boleh memahami bahawa kenyataan ini adalah menepati pendapat Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dan menyalahi pendapat ‘tokoh ulama melayu’ itu. Justeru apakah boleh dikatakan bahawa para penyusun risalah terbitan JAKIM itu terdiri daripada para pengikut fahaman Wahabi, kerana mereka mengeluarkan kenyataan yang menyamai pegangan Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu, atau sebaliknya kenyataan itu mengesahkan status ‘tokoh ulama melayu’ berkenaan sebagai pendukung khurafat dan bid’ah? Jika terbukti bahawa pendapat tokoh ulama melayu itu salah, maka bagaimana dengan dakwaan beliau bahawa pendapatnya itu adalah pendapat Ahli Sunnah? Bukankah ini membuktikan bahawa dakwaan itu merupakan suatu pembohongan dan pengkhianatan ke atas Ahli Sunnah dan seterusnya merupakan pengkhianatan terhadap ajaran agama?

Dari Manakah Asal Usul Gelaran Wahabi?

Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan Wahabiyyah itu sangat quddus (suci) kerana ia berasal daripada perkataan Wahhab yang merupakan salah satu daripada nama Allah Subhanahu wa Ta’ala (Al-Wahhab). Perkataan Wahhab itu juga sinonim dengan nama ayahnya ‘Abd Al-Wahhab, manakala namanya yang sebenar (Muhammad) menyamai nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Jika dilihat dari segi kesesuaian nama, sepatutnya gerakan itu digelar Muhammadi dan bukannya Wahabi, kerana orang yang dianggap sebagai pengasas gerakan itu bernama Muhammad dan bukannya Wahhab.

Persoalannya, kenapakah suatu gerakan yang dianggap sesat itu digelar dan dinisbahkan kepada nama Allah yang Maha Quddus, dan juga kenapakah ia dinisbahkan kepada nama ayah dan bukan kepada nama sebenar tokoh berkenaan? Sebenarnya, penulis sendiri sejak sekian lama tertanya-tanya berkenaan hal ini, sehinggalah seorang sahabat mengisyaratkan kepada kewujudan sebuah risalah yang membahaskan persoalan tersebut. Risalah itu mencatatkan bahawa istilah Wahabiyyah itu pada asalnya adalah gelaran bagi puak-puak Khawarij yang muncul di kawasan Utara Afrika dan Maghribi. Ia dinisbahkan kepada pimpinan puak Khawarij kerajaan Ar-Rustumiyyah bernama ‘Abd Al-Wahhab Ar-Rustumi dan juga pimpinan puak Khawarij Al-Haruriyyah yang bernama ‘Abd Allah Ibn Wahab Al-Wasibi. Kedua-dua puak Khawarij ini muncul lama sebelum kemunculan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab [23].

Oleh kerana ada persamaan pada nama mereka dari segi kewujudan perkataan wahhab itu, maka persamaan itu, yang lebih merupakan satu “kebetulan”, diambil kesempatan oleh para pendukung bid’ah untuk mengaitkan gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dengan puak berkenaan. Dengan memberinya gelaran puak Khawarij, maka mereka telah berjaya memburukkan imej gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kaca mata sebahagian besar umat Islam yang jahil. Akibatnya, usaha baik yang dilancarkan untuk memurnikan tauhid, membetulkan aqidah dan menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah disalah anggap sebagai gerakan Khawarij yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Imej gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu menjadi lebih buruk apabila para pendukung bid’ah dengan niat yang jahat sengaja mengaitkannya dengan faktor kejatuhan kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki (akan dijelaskan dalam perbincangan Tohmahan 7, insyaAllah). Manakala pada hari ini, terutamanya selepas peristiwa 11 September, istilah wahabiyyah digunakan secara negatif pula oleh media-media barat bagi menggambarkan para pendukung Sunnah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai fundamentalis, ekstrimis, pengganas dan militan agama. Apa yang menyedihkan persepsi negatif barat ini diterima pakai oleh umat Islam sendiri sehingga mereka turut memerhatikan saudara seislam mereka melalui kaca mata barat. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah.
____________________
[1] Dinukil dan diubahsuai oleh penyusun daripada buku Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar oleh Dr Azwira Abdul Aziz, Syarikat Jahabersa, Johor, ms. 103-130.
[2] Al-Qaradhawi, Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh al-Alawiyyat, maktabah Wahbah, Kahera, 1996, hal. 263.
[3] Ulama masyhur dari Syria yang mengarang kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, sudah diterjemah atas judul Fiqh dan Perundangan Islam dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
[4] Wahbah Az-Zuhailiyy, Ta’aththur Ad-Dakwah Al-Islamiyyah Bi Dakwah Ash-Sheikh Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab. Dalam : Said Al-Fawaid, atas talian: http://saaid.net/pfv.php..
[5] As-Saffat : 180-182
[6] Abd Allah Ibn Muslim Ibn Qutaibah, Gharib Al-Hadith, Tahqiq: ‘Abd Allah Al-Jaburi, Matba’ah Al-’Ani, Baghdad, Iraq, 1397H, 1: 558
[7] Al-Anbiya’, 21: 28.
[8] Al-Baqarah, 2: 255
[9] An-Najm, 53: 26
[10] Al-Muddaththir, 74: 48
[11] Muhammad Ibn Mukrim Ibn Manzur, Lisan Al-’Arab, Dar Sadir, Beirut, Lubnan, t.th, 12: 358.
[12] Al-Hasyr, 59: 10.
[13] Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, Muallafat Sheikh Al-Imam Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, Tahqiq: ‘Abd Al-’Aziz Zaid Ar-Rumi, Muhammad Baltaji, Sayyid Hijab, Jami’ah Al-Imam Ibn Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi, t.th, 5: 8-11.
[14] ‘Abd Ar-Rahman Ar-Ruwaishid, Al-Wahhabiyah: Harakah Al-Fikr Wa Ad-Daulah, hal: 10-11, dipetik daripada Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-‘Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, hal: 33
[15] Muhammad Ibn Manzur An-Nu’mani, Di’ayat Mukaththafah Did Syeikh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab, Majalah Al-Muqtataf, vol: 27, Hal: 295, Dalam: ‘Abd Al-’Aziz Ibn Muhammad Ibn ‘Ali Al-’Abd Al-Latif, Da’awa Al-Munawi’in Li Dawah Asy-Syeikh Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab ‘Ard Wa Naqd, Dar Taibah, Riyadh, Arab Saudi, 1989, Hal: 240.
[16] Uthman Al-Muhammadi, Fahaman Wahhabi Menular, Utusan Malaysia, 26 Nov. 2005
[17] Mustafa Abdul Rahman, Wahhabi Jejaskan Perpaduan Umat Islam, Utusan Malaysia, 27 Nov. 2005.
[18] Mohd. Shauki Abd Majid, Siapa Wahhabi Sebenar?, Utusan Malaysia, 4 Dis. 2005
[19] Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Uthman Al-Muhammadi
[20] Muhammad Uthman Al-Muhammadi, Tauhid Menentang Syirik Dalam Fahaman Dan Amalan, Himpunan Kertas Kerja Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, Hal: 215.
[21] Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, Hal: 47.
[22] Haji Mustafa Abdul Rahman, Haji Abdul Hamid Yunus, Haji Zaaba Yusof, Abdul Aziz Jusoh dan Abdul Roni Tahir, Mengenal Ajaran Sesat Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 2000, Hal: 9-10.
[23] Muhammad ibn Sa’ad Ash-Shuwai’ir, Tashih Khata’ Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, 1413H, Hal: 4, Dalam Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, Hal: 36.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails