Khamis, 5 Jun 2008

TAWASSUL DI SISI AHLI SUNNAH

Tawassul yang berlegar dikebanyakkan masyarakat pada hari ini adalah tawassul seperti memohon kepada seorang syeikh atau pun wali yang kononnya dengan tawassul inilah doanya akan lebih makbul. Tidak kurang juga ada masyarakat yang masih tidak mengetahui apa itu tawassul. Bila ditanya, tentu saja dia menjawab perkataan itu baru padanya. Untuk membahas masalah ini saya ingin memberi ta’rif tawassul terlebih dahulu.

1.Ta’rif Tawassul

Tawassul ataupun Wasilah ia bermaksud perantaraan. Seseorang yang berdoa dengan bertawassul adalah orang yang berdoa dengan perantaraan. Seperti orang yang sakit perantaraannya untuk hendak sembuh ialah dengan ubat. Dalam kamus “Lisan Al-Arab” menyebut orang yang bertawassul kepada Allah melalui wasilah (perantaraan) ialah “apabila ia mengerjakan sesuatu amalan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah dengan amalan tersebut”.[1]

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:


)يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ(


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. [Surah Al-Maidah ayat 35]

Imam Ibn Katsir dan Imam At-Thabrani mengatakan yang dimaksudkan dengan ayat “dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya” ialah: Berkata Qatadah: “mendekatiNya dengan taat kepadanya dan beramal dengan apa yang diredhaiNya”.[2] Dalam menafsirkan ayat ini ramai para pengikut tarikat-tarikat yang tersalah dengan menmbolehkan bertawassul dengan cara yang haram sedangkan para mufassirin mentafsirkan tawassul tersebut adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan amal-amal taat kepada Allah iaitu melakukan ibadat sepertimana yang telah disyari’atkan.

Dalam masalah tawassul Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang sederhana dalam masalah tawassul. Iaitu tawassul dibolehkan akan tetapi hendaklah bersandar dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Golongan Ahli Sunnah tidak menolak kesemua jenis tawassul dan tidak pula menerima kesemua jenis tawassul kerana ada tawassul yang tidak disyari’atkan.

2.Pembahagian Tawassul

Tawassul terbahagi kepada 3 bahagian: tawassul yang semula jadi, tawassul yang disyari’atkan dan tawassul yang haram ataupun syirik.

1.) Tawassul yang semula jadi adalah seperti udara perantaraan untuk bernafas bagi manusia, air perantaraan untuk menghilangkan haus, makanan perantaraan untuk menghilangkan kelaparan, ubat perantaraan untuk menyembuhkan penyakit, ilmu perantaraan untuk membasmi kejahilan, kenderaan perantaraan untuk sampai ketempat destinasi, api perantaraan untuk mendapat cahaya begitu juga kegunaannya untuk memasak, posmen perantaraan untuk mengirim surat dan banyak lagi.[3]

Tawassul seperti ini tidak boleh dihukumkan haram atau syirik kerana setiap manusia tidak dapat dielakkan dari memerlukan kepada makhluk yang hidup. Inilah yang dikatakan fitrah (Tabi’i) yang berlaku ke atas setiap manusia tanpa pengecualian. Ini sekaligus menyangkal pendapat sebahagian manusia yang menggunakan dalil keperluan pada tawassul adalah kerana ia adalah fitrah sebagaimana contoh-contoh yang disebutkan di atas. Tawassul yang dibenarkan adalah merujuk pada dalil-dalil yang sangat banyaknya di dalam Al-Quran dan Hadis dan tawassul yang haram adalah tawassul dengan cara yang tidak dikenali oleh para sahabat terdahulu.

2.) Tawassul yang disyari’atkan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih serta perbuatan para sahabat Radhiallahu ‘anhum. Contoh yang mudah tawassul seperti ini ialah seperti mengucapkan dua kalimah syahadah beserta kefahaman yang betul serta diiringi dengan menunaikan ataupun memenuhi tuntutannya maka dia akan masuk syurga. Ini sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:


من مات وهو يعلم أن لا إله إلا الله دخل الجنة


“Sesiapa yang mati sedang ia mengetahui Tiada Tuhan yang berhak diibadahi melainkan Allah, dia akan masuk syurga” [Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibn Hibban, Lihat: Musnad Ahmad Takhrij Al-Arnauth, no: 464 dan 498]

Kita disyari’atkan untuk berdoa dengan meminta terus kepada Allah tanpa perantaraan apa-apa sebagaimana firmannya:


)وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ(


Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepadaku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. [Surah Al-Ghafir ayat 60]


)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ(


“Hanya Engkaulah tempat kami menyembah, dan Hanya kepada Engkaulah tempat kami meminta pertolongan”. [Surah Al-Fatihah ayat 5]

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:


إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله


“Apabila engkau meminta (pertolongan) hendaklah engkau meminta kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah”. [Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Wa Dha’if Al-Tirmidzi, no: 2516, begitu juga Al-Arnauth mensahihkan dalam Musnad Ahmad, no: 2763 ]

Walaubagaimanapun diperbolehkan untuk kita bertawassul dalam doa kita. Antara tawassul yang disyari’atkan tersebut adalah (1) berdoa kepada Allah dengan menyebut nama-nama dan sifat-sifatnya, (2) bertawassul dengan amal soleh diri sendiri, dan (3) bertawassul dengan meminta orang soleh mendoakan kita. Ini sepertimana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah:


)وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ(


“Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang Telah mereka kerjakan”. [Surah Al-A’raf ayat 180]

Seperti mana selalunya kita berdoa “Ya Allah Ya Tuhanku Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih” atau “Ya Allah Tuhan yang menciptakan sekelian makhlukNya” atau “Ya Allah Tuhan yang Maha Adil” dan sebagainya lagi. Berdoa seperti inilah yang lebih baik malah amat elok ketika berdoa. Sebagaimana kalau kita hendak meminta dengan seseorang sesuatu, mestilah kita memujinya terlebih dahulu sebelum menyatakan hasrat permintaan.

Ini sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah sendiri ketika mana beliau bersedih dan berdoa dengan menyebut sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala:


كان إذا حزبه أمر قال : يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث


“Sesungguhnya apabila baginda (Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam) bersedih kerana sesuatu perkara maka baginda mengucapkan: “Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berdiri sendiri dengan RahmatMu aku memohon pertolongan”. [Hadis Riwayat Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 3524]


اللهم إني أعوذ بعزتك لا إله إلا أنت أن تضلني


“Ya Allah aku berlindung dengan kebesaranMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, janganlah sesatkan aku” [Hadis Riwayat Muslim, Lihat Sahih al-Jami’ Shogier, no: 1309]

Manakala bertawassul dengan amalan soleh telah pun diceritakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dimana sebuah hadis yang panjang ini menceritakan bahawa terdapat 3 orang lelaki terlepas dan terselamat dari terperangkap di dalam gua yang tertutup dengan cara bertawassul kepada Allah melalui amal soleh yang pernah mereka lakukan:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhu katanya: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua, lalu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: “Ingatlah semua amalan baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala setelah itu berdoalah kepada Allah dengan amalan masing-masing. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, suatu ketika dulu aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik saja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka.

Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup untuk memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta dihadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggu mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau (Allah) tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan keredhaanMu, maka tolonglah aku dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini, sehingga kami boleh melihat langit.

Disebabkan khidmat bakti Allah Subhanahu wa Ta’ala berkenan menolong mereka dengan menggerakkan sedikit batu besar tersebut, sehingga mereka boleh melihat langit. Lelaki kedua pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dahulu aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku mengasihinya sebagaimana cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang cukup mendalam. Aku minta supaya dia melayani keinginan nafsuku. Namun begitu dia tidak sudi untuk berbuat demikian kecuali setelah aku memberikannya wang sebanyak seratus dinar. Untuk tujuan tersebut dengan susah payah akhirnya aku mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Aku membawa wang tersebut kepadanya.

Sebaik saja aku ingin menyetubuhinya, dia berkata: Wahai hamba Allah! Takutlah pada Allah. Janganlah kamu meragut kesucianku kecuali dengan pernikahan terlebih dahulu. Mendengar kata-kata tersebut aku terus bangkit daripadanya serta membatalkan niat jahatku itu. Seandainya Engkau (Allah) tahu bahawa apa yang aku lakukan ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMu, tolonglah kami dari kesulitan ini. Gerakkanlah batu besar ini agar terbuka sedikit lagi.

Lelaki ketiga pula berkata: Ya Allah, suatu ketika dulu aku pernah mengupah seorang pekerja untuk menunggal (membahagikan) padi. Sebaik saja selesai melakukan pekerjaan, dia berkata: berikan upahku. Namun aku enggan membayar upahnya. Dia terus menunggal dan meminta lagi upahnya beberapa kali. Aku masih seperti biasa, enggan membayar upahnya dan terus mengupahnya menunggal padi sampai aku berjaya memiliki seekor lembu dan beberapa ekor anaknya. Suatu hari lelaki tadi datang kepadaku dan berkata: Takutlah kepada Allah dan janganlah mempermainkan aku. Aku berkata: Aku tidak mempermainkan kamu, tetapi ambillah lembu tersebut. Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana tempat mereka berteduh. [Hadis Riwayat Bukhari, Lihat: Sahih Bukhari, no: 2165]

Hadis di atas menunjukkan keharusan bertawassul kepada amal soleh yang kita pernah lakukan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala sepertimana yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang tersebut. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang pertengahan dalam masalah ini kerana mereka tidak menolak kesemua jenis tawassul dan tidak pula menerima semua sekali cara bertawassul. Mereka mengambil cara bertawassul yang telah disepakati akan keharusannya berdasarkan dalil-dalil yang Sahih dan yang Sarih (jelas).

Adapun bertawassul dengan cara meminta orang soleh doakan atau jika hidup di zaman Nabi lagi, ia minta agar Nabi doakan untuknya adalah juga cara yang dibenarkan kerana berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam Sahihnya:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا قَالَ فَيُسْقَوْنَ


“Dari Anas bin Malik, bahawasanya Umar bin Al-Khattab Radhiallahu ‘anhu. Apabila tiba kemarau, beliau (beserta para sahabat) bertawassul dengan Abbas bin Abdul Muttalib, maka beliau berkata: Ya Allah, bahawasanya kami pernah bertawassul kepadamu dengan Nabimu (Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam) Maka Engkau turunkan hujan dan sekarang kami bertawassul dengan paman nabi kami kepada Engkau, maka turunkanlah hujan.” [Hadis Riwayat Bukhari, no: 954]

Yang dimaksudkan dari kata-kata Umar pada hadis ini sebenarnya adalah kepada doa Abbas (yang masih hidup) yang ketika itu Abbas bersama-sama para sahabat dan Abbas juga mendengar permintaan Umar dan Abbas benar-benar berada di hadapannya. Adapun maksud sebenar Umar dalam Hadis ini ialah:

“Kami pernah bertawassul kepadamu melalui Nabimu dan kami bertawassul sekarang dengan paman NabiMu, sesungguhnya kami maksudkan Nabi kami (Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam) dan meminta agar baginda berdoa untuk kami dan berperantaraan kepada Allah dengan doanya. Sekarang baginda telah berpindah ke sisiMu Tuhannya yang Agung, tidak mungkin baginda mengulangi doanya untuk kami. Maka kami beralih kepada paman Nabi kami iaitu Abbas, kami meminta kepadanya supaya mendoakan kami.”[4]

Untuk menguatkan lagi hujah di atas, kita juga dapat lihat satu lagi contoh iaitu seorang yang kurang baik penglihatannya bertawassul dengan doa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang juga menjadi hujah bahawa harusnya bertawassul dengan doa orang yang hidup seperti Nabi, Rasul, atau orang soleh. Hadis seperti berikut:


عن عثمان بن حنيف أن رجلا ضرير البصر أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال ادع الله أن يعافيني قال إن شئت دعوت وإن شئت صبرت فهو خير لك قال فادعه قال فأمره أن يتوضأ فيحسن وضوءه ويدعو بهذا الدعاء اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لي اللهم فشفعه....


“Dari Utsman bin Hanif, bahawasanya seorang lelaki kurang baik penglihatannya menemui Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku. Baginda (Nabi) bersabda: Jika engkau mahu aku akan doakan engkau dan jika mahu ditangguhkan itu lebih baik. Beliau (lelaki tersebut) berkata: Doakanlah kepadaNya. Maka baginda menyuruhnya agar berwuduk maka ia berwuduk dengan sebaik-baiknya, kemudian bersembahyang dua rakaat lalu berdoa dengan doa berikut: Ya Allah sesungguhnya aku meminta dan bertawajjuh (menghadapkan wajah) kepadaMu melalui (doa) nabi Muhammad yang pembawa Rahmat. Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh dengan engkau kepada Tuhanku agar dipenuhi hajatku ini, maka tunaikanlah untukku. (baginda terus berdoa): Ya Allah sembuhkan dia dengan doaku. Beliau (lelaki tersebut) berkata: Maka (penyakit itu sembuh).” [Hadis Riwayat Tirmizi, no: 3502, dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Al-Tirmidzi, no: 3578][5]

Maka keseluruhan daripada hadis ini kita dapati bahawa harusnya bertawassul hanya dengan doa seseorang yang masih hidup. Tidak ditemui hadis-hadis yang membicarakan bolehnya bertawassul dengan zat, berkat atau kemuliaan seseorang yang hidup maupun yang telah mati. Jika ada, pasti ada contoh daripada para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in kerana mereka adalah umat yang paling terbaik untuk dijadikan contoh.

3.) Tawassul yang Haram ialah tawassul selain daripada contoh-contoh tawassul yang telah diterangkan sebelum ini. Ini kerana tawassul adalah suatu ibadat. Sedangkan menurut kaedah “Asal ibadat adalah haram kecuali yang ada dalil.” Para pengikut Al-Arqam adalah salah satu tarekat yang mengamalkan tawassul yang terkeluar dari landasan syari’at. Di dalam pengamalan Aurad Muhammadiyah terdapat satu seruan kepada Syeikh Suhaimi yang boleh membawa kepada syirik. Caranya adalah dengan menyebut:


أُحْضُرُواْ يَا سَيْدِ الشَّيْخِ مُحَمَّدِ السُّحَيْمِيْ


Tiga kali satu nafas kemudian berkata: “Saya minta diajarkan kepada saya keramat Pencak Sunda dan dipagarkan badan saya daripada musuh dengan izin Allah.” Malah mereka sering bertawassul dengan meminta pertolongan daripada Abuya dengan perkataan “Wahai Abuya, tolonglah kami dalam pelbagai masalah kami.” Cara ini jelas bertentangan dengan surah Al-Fatihah yang bermaksud: “Hanya padaMu kami menyembah dan hanya padaMu tempat kami memohon pertolongan.” Bahkan, inilah juga sebenarnya amalan-amalan para pengikut tarikat lainnya seperti Naqsyabandiyah, Syaziliah, Rifa’iyah dan banyak lagi.

Mari kita lihat di dalam buku Aurad Muhammadiah yang berjudul : “Hazihi al-Aurad ul-Muhammadiyah.” Keluaran Minda sheikhul Arqam, Kuala Lumpur 1993 M bersamaan 1413 H selain mempunyai amalan pencak sunda, satu lagi amalan dan cara tawassul yang syirik mereka amalkan (seperti yang diketahui oleh pengamalnya):

“Mereka yang mendapat ijazah dan mengamalkan aurad ini mendapat satu faedah lagi yang besar iaitu dibantu sewaktu kecemasan. Apabila di dalam kecemasan, berilah salam kepada yang punya aurad ini dengan berkata: “assalamualaikum ya saiyidi Syeikh Muhammad as-Suhaimi tiga kali satu nafas dan kemudian nyatakanlah segala hajat dan akhir sekali sudahi dengan ungkapan dengan izin Allah.”

Inilah yang menjadi amalan mereka disebalik amalan wirid-wirid susunan yang telah direka cipta oleh manusia, mereka juga bertawassul dengan Syeikh Suhaimi yang kononnya adalah akan dizahirkan menjadi Imam Mahdi. Padahal amalan mereka tidak adapun di zaman Nabi, Sahabat, Tabi’in, maupun Tabi’ tabi’in. Malangnya para pengamal Aurad Muhammadiah (juga pengikut tarikat-tarikat yang lain) kebanyakan tidak mahu meneliti bab ini. Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka hanya mengikut amalan para pengamal tarikat sebelum mereka yang juga berkemungkinan tidak mengetahui kenyataan ini.

Sebahagian daripada mereka ada yang cuba untuk mengelak daripada mengetahui kenyataan ini kerana bimbang ajaran mereka selama ini adalah salah dan telah terkeluar dari landasan syariat. Sehingga ada yang berkata: “Takkanlah para ustaz-ustaz yang dulunya itu membuat kesalahan?” Ada juga yang berkata: “Terlalu ramai sudah yang beramal sebegini, takkan kita nak kata mereka salah (sesat)?” Semua percakapan sebegini adalah berbentuk penafian mereka terhadap amalan mereka (bertawassul dengan pemimpin mereka dan pengasas tarikat mereka) yang telah menjadi amalan mereka selama ini. Sedangkan Allah telah pun berfirman:


)وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ (


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” [Surah Al-An’am ayat 116]



[1] Dinukil dari Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Ismail bin Omar, cetakan kedua 2006, halaman 226.

[2] Ibid.

[3] Rujuk Tawassul/ Wasilah, Istighasah, & Syafaat menurut Al-Quran dan As-Sunnah, Rasul bin Dahri, Terbitan Jahabersa.

[4] Hadis selanjutnya, lihat: Al-Asobah jilid 3, halaman 634, Al-‘Asqalani.

[5] Hadis ini juga adalah dalil bahawasanya adanya solat hajat. Ini kerana dalil-dalil yang dibawa tentang solat hajat kebanyakannya adalah dha’if kecuali hadis ini. Maka disunnatkan solat hajat sebagaimana orang buta dalam hadis tersebut lakukan kemudian bolehlah bertawassul iaitu meminta agar orang soleh mendoakannya. Wallahua’lam

IBN TAIMIYAH ULAMA SILAM YANG DIFITNAH

Ulama-ulama terdahulu sering mendapat tohmahan daripada golongan-golongan pelampau asy'ariyah yang taksub serta keras kepala dalam mengikuti mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang tulen serta bersih daripada bid'ah-bid'ah khurafat. Antara yang lantang dikafirkan seperti Syeikhul Islam Taqiyuddin Ahmad bin Abd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abi al-Qasim bin Muhammad bin Taimiyyah al-Harani al-Dimasyqi Rahimahullah. Mereka sering menyebarkan fitnah dengan cara apa pun sehinggalah sanggup menabur fitnah walaupun dalam keadaan sedar. Saya bukanlah seorang yang pandai menulis, tetapi berhasrat untuk menyampaikan kebenaran kepada mereka-mereka yang tidak tahu menahu apakah bencana yang dialami sehingga lantang diperkatakan tentang ulama yang cukup terkenal ini.

Antara sebahagian yang mereka (golongan asya'irah) perkatakan, golongan asya'rah adalah golongan yang terbanyak penganutnya di dunia islam waktu dahulu sehingga kini termasuklah di nusantara ini. Padahal mereka lupa nabi pernah bersabda:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

“Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. [Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lain-lain]

Sebagaimana riwayat lain dengan lafaznya yang berbeza sering kita dengari iaitu:

وإن أمتي ستفترق على ثنتين وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة وهي الجماعة

“Dan sesungguhnya umatku akan terpecah kepada 73 aliran (puak), kesemuanya ke neraka kecuali satu, dan ia adalah al-Jama’ah.” [Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain]


Ramainya umat Islam sehingga perpecah menjadi 73 puak. 72 menuju ke neraka sedang satu lagi (golongan yang sedikit) adalah menuju ke syurga. Iaitu mereka yang mengikuti Nabi dan Sahabatnya. Firman Allah S.W.T:


وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ


"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." [Surah al-An'aam: 116]

Imam Ibn Taimiyyah adalah tokoh yang sebenarnya terbaik dalam apa-apa bidang hatta beliau dapat mengatasi tokoh-tokoh lain dari kalangan ulama pada zamannya. Tidak seperti yang cuba dikelirukan oleh golongan-golongan asya'irah yang senantiasa mengaitkan Ibn Taimiyyah dengan "Musyabbihah dan Mujassimah" kerana memperkatakan Allah bersemayam di atas Arasy, memiliki tangan, dan lain-lain sebagaimana Al-Quran dan As-Sunnah mengkhabarkan kepada kita. Perkara ini sudah lama dijelaskan oleh tokoh-tokoh sunnah di dalam buku-buku mereka, tetapi malangnya mereka adalah golongan yang keras kepala yang sentiasa merasa Al-Quran tidak lengkap dan tidak sempurna maksudnya sehingga perlu pada pentakwilan daripada kalangan mereka. Sehinggalah mereka menafikan Allah bersemayam di atas Arasy, menafikan Allah punya Tangan dan sebagainya. Sebagai contoh dalam firman Allah:


قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ


"Allah berfirman: Hai Iblis! Apa yang menghalangimu daripada turut sujud kepada Adam yang Aku telah ciptakan dengan kedua Tangan-Ku?" [Surah Shaad: 75]

Golongan Asya'irah mentakwil "Tangan" di situ menjadi "Nikmat" sedangkan tidak ada dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang menjelaskan makna tangan di situ adalah nikmat. Golongan mereka akan berkata "Bila ada tangan, maksudnya sama dengan makhluk, kerana punya tangan." Sedangkan Allah telah berfirman bagi menjawab soalan tersebut:


وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya." [Surah al-Ikhlas: 4]


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Tiada suatupun yang seumpama denganNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [Surah Asy-Syuura: 11]

Ayat di atas menjawab persoalan mereka bahawa Allah tidak sama dengan makhlukNya sedang Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Apakah Manusia tidak punya pendengaran? Apakah manusia tidak punya penglihatan?? Jawapannya sudah tentu ada, tetapi pendengaran dan penglihatan Allah adalah tidak sama dengan Makhluknya. Inilah Aqidah para Salafus Soleh yang dipelopori oleh Nabi Muhammad s.a.w. serta para Sahabat baginda. Perkara ini boleh dirujuk dengan sekian banyaknya buku-buku Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengikut pahaman Salafus Soleh bukan buku-buku Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya'irah dan Maturidiyah.

Ibn Taimiyyah adalah ulama yang meniti jalan fahaman Salafus Soleh. Mari kita lihat apakah pandangan ulama-ulama terhadap ketokohan Ibn Taimiyyah yang saya nukilkan dari Muqaddimah Fi Usul Tafsir yang disunting oleh Adnan Zarzur:

1.Imam Az-Zahabi (748 H)


"Beliau (Ibn Taimiyyah) menjadi simbol kepintaran dan kecerdasan, sentiasa terkehadapan dalam memahami al-Kitab dan al-Sunnah dan ilmu Ikhtilaf (ilmu yang menjelaskan al-Quran dan al-Hadis tidak bercanggah), luas maklumat dalam ilmu riwayat. Seorang ulama yang ulung di zamannya lagi zuhud. Seorang yang berani tapi pemurah. Seorang yang jaguh dalm perlaksanaan amar makruf dan nahi mungkar, banyak menghasilkan karya, sering membaca dan produktif. Pintar dalam bidang hadis dan fiqh, berkeahlian menyampaikan pengajaran dan memberikan fatwa waktu berusia 17 Tahun. Sering berada dibarisan hadapan dalam ilmu Tafsir dan Usul serta semua ilmu-ilmu Islam dari segi usul dan furu' terperinci dan halus."

Di tempat lain beliau berkata: "Beliau mempunyai maklumat lengkap dalam ilmu Jarh wa al-Ta'dil lengkap dengan para perawi dan status mereka. Mempunyai pengetahuan dalam seni hadis, 'Ali dan Nazil, sahih dan dha'if, serta menghafaz matan-matan yang tidak dimiliki oleh orang lain, tiada siapa di zaman beliau yang menandingi kedudukannya dan menyemai dengannya. Keupayaan membentangkan pendapat dan mengeluarkan hujah sungguh ajaib. Beliau menulis sesuatu tentang tafsir, Fiqh, kedua-dua usul, penolakan ke atas ahli falsafah dan orang-orang terdahulu siang dan malam tidak kurang dari empat salinan atau lebih. Adalah dijangka penulisan beliau hingga ke hari ini - sebelum kematian beliau dengan tempoh yang lama - mencapai angka lima ratus jilid." [Dinukil daripada Muqaddimah Fi Usul Tafsir, Ibn Taimiyyah yang disunting oleh Adnan Zarzur, bahagian pendahuluan penyunting, Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION, halaman xvi - xvii]

2. Kamaludin bin al-Zamlakani (727 H)

"Apabila ditanya (Ibn Taimiyyah) tentang sesuatu ilmu, orang-orang yang melihat dan mendengar menyangka beliau tidak mempunyai maklumat kecuali setakat ilmu tersebut sahaja. Ternyata bahawa tiada seorang pun yang menyainginya. Berbagai lapisan Fuqaha apabila duduk bersama beliau akan memperolehi banyak perkara yang boleh dimanfaatkan untuk aliran mazhab mereka, sedang sebelumnya mereka mungkin tidak mengetahui perkara itu. Tidak pernah diketahui dalam sejarah terdapat orang yang boleh menewaskan beliau dalam perbahasan. Apabila dia memperkatakan sesuatu topik sama ada berupa keagamaan atau bukan keagamaan, maka para ahli dan orang-orang yang bersamanya akan menang. Apabila menulis buku, cara pengolahannya adalah mantap, begitu juga susunan, bahagian dan penerangannya adalah jelas." [Ibid, halaman xvii]

3. Syeikh Syamsudin di dalam al-Wafi bi al-Waafayat

"Aku tidak pernah bertemu seorang yang lebih pantas dari beliau dalam menyaring ayat al-Quran bagi merungkai sesuatu persoalan. Demikian juga, tidak pernah aku melihat orang yang begitu tangkas mengeluarkan hadis dalam merungkai permasalahan bersekali dengan status sahih atau al-Musnad atau as-Sunan. Itu semua bagaikan sesuatu yang berada di depan mata dan hujung lidah. Dilakukan semua itu dengan sikap yang manis dan hujah yang mematikan." [Ibid]

4. Syeikh 'Ilmuddin al-Bazrali (738 H)

"Apabila Ibn Taimiyyah mengajar Tafsir, ramai orang bertamu padanya kerana beliau banyak ilmu. Cara penerangannya mudah. Beliau memberi pandangan apa yang patut diterima dan tidak patut diterima dengan penuh zuhud, pengabdian dan jauh dari faktor keduniaan." Katanya lagi: "Setiap pagi Jumaat, beliau duduk di samping orang ramai bagi mentafsirkan al-Quran al-'Azhim. Ramai orang mendapat faedah dari majlis ilmu itu lantaran keberkatan doa, keheningan jiwa, kejujuran niat, kebersihan zahir-batin dan keserasian antara kata-katanya dan perbuatannya." [Ibid]

Khamis, 22 Mei 2008

SYI'AH KEMBALI BERAKSI

Syiah memperalat Pentas PAS Vol. 1



Ustaz Harun Taib Jawab Zaini (Syiah)



"Syiah dalam Pas: Inikah Puncanya?"

Selasa, 13 Mei 2008

Menjawab Ahli Batil dengan Tafsil (2)

شرح كشــــــــــــــــف الشبهات

Oleh Ustaz Abu Rubayyi' As-Salafy

Hujah Kedua Ahli Batil adalah ayat-ayat al-Quran turun mencela orang yang menyembah berhala, mereka tidak menyembah berhala atau berdoa kepada berhala tetapi kepada wali-wali dan nabi-nabi.

Jawabnya:

1) Walaupun bahan yang disembah atau ditujukan ibadah padanya berbeza tetapi maksud dan tujuan adalah sama. Orang-orang musyrikin seperti yang telah kita sebutkan dahulu tidak menyembah berhala sebagai Rabb, tetapi sebagai memohon syafaat dan mendekatkan diri kepada Allah. Maka sama jugalah seperti kamu yang memohon kepada Wali dan Nabi. Oleh kerana samanya 'illah maka sahlah untuk disamakan hukum.

Berkata al-Amir as-San'ani (w 1768M) dalam kitabnya Tathir al-Iktiqad:

والنذر بالمال على الميت ونحوه والنحر على القبر والتوسل به وطلب الحاجات منه هو بعينه الذي كانت تفعله الجاهلية، وإنما كانوا يفعلونه لما يسمونه وثنا وصنما، وفعله القبوريون لما يسمونه وليا وقبرا ومشهدا، والأسماء لا أثر لها ولا تغير المعاني، ضرورة لغوية وعقلية وشرعية، فإن من شرب الخمر وسماها ماء، ما شرب إلا خمرا وعقابه عقاب شارب الخمر، ولعله يزيد عقابه للتدليس والكذب في التسمية.

Maksudnya: "dan bernazar dengan harta untuk mayat dan seumpamanya (daripada ibadat) dan menyembelih atas kubur dan bertawassul serta memohon hajat daripadanya (kuburan) adalah perkara yang sama dilakukan oleh ahli jahiliyyah serta mereka menamakannya sebagai berhala, dan dibuat pula oleh golongan quburi tetapi menamakannya sebagai wali, kubur dan masyhad, dan nama-nama tidak ada kesan dalam mengubah makna pada bahasa, aqal dan syara'. Maka sesiapa yang meminum araka lalu menamakan ia sebagai air tidaklah yang diminum itu melainkan arak jua dan dihukum sebagai peminum arak bahkan mungkin lebih besar dosanya kerana mengubah dan menipu dalam penamaan".[Tathir al-Iktiqad min Adranil Ilhad, 18].

Ini merupakan satu lagi bentuk syubhat yang ditimbulkan ahli bidaah dalam agam iaitulah mengubah nama sedangkan makna yang sama. Maka ada yang mengubah untuk makan riba dinamakan yuran perkhidmatan tetapi ia adalah riba, muzik dinamakan sebagai nyanyian keagamaan dan sebagainya. Sabda Nabi S.A.W:

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ وَلَيَنْزِلَنَّ أَقْوَامٌ إِلَى جَنْبِ عَلَمٍ يَرُوحُ عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ يَأْتِيهِمْ يَعْنِي الْفَقِيرَ لِحَاجَةٍ فَيَقُولُونَ ارْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا فَيُبَيِّتُهُمْ اللَّهُ وَيَضَعُ الْعَلَمَ وَيَمْسَخُ آخَرِينَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: "Akan ada dalam umatku golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak, dan alat-alat muzik. Akan satu kaum di tepi bukit pada waktu petang kepada mereka dengan haiwan ternakan hendak meminta pertolongan mereka lalu mereka berkata: 'datnglah esok hari'. Maka pada malam itu Allah meruntuhkan bukit ke atas mereka dan menukar sebahagian yang lain sebagai kera-kera dan babi-babi hinggalah ke hari kiamat".-[ al-Bukhari].

2) Segala yang disembah selain Allah adalah dilarang dan dalil-dalil larangan adalah umum seperti firman Allah Taala:

Maksudnya: Dan Sesungguhnya mesjid-mesjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah.-[al-Jinn:18]

Maka termasuklah berhala dan wali dan nabi, haram diseru dan dipohon doa kepadanya dipersekutukan Allah dengannya. Firman Allah lagi:

Maksudnya: Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu",...[an-Nahl:36]

Maka telah tsabit makna thagut adalah segala apa yang disembah selain Allah Azza wa Jalla [Tafsir al-Khazin,4/176].

3) Allah S.W.T telah menghukum Kafir golongan Yahudi dan Nasrani kerana menyembah Uzair dan Isa A.S. Sedangkan Uzair paling kurang kedudukannya adalah seorang lelaki soleh dan ada pendapat mengatakannya adalah Nabi dan begitu juga Isa adalah Rasul Ulul Azmi, maka jika menyembah yang demikian mulia daripada kalangan makhluk sekalipun dianggap syirik besar maka lebih patutlah apa yang kamu lakukan ini menyembah mayat dan kubur dianggap sebagai syirik besar.

4) Jika mereka mengatakan bahawa mereka hanya bertawassul bukan menyembah maka jawablah dengan firman Allah Taalah:

Maksudnya: Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan merekasiapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.[al-Israa':57]

Dan juga firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Al masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang Sesungguhnya Telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. perhatikan bagaimana kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), Kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat kami itu).

Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" dan Allah-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.[al-Maidah:75-76].

Maka jika Isa A.S dan Uzair A.S yang merupakan antara makhluk yang mulia di sisi Allah Taala tidak dapat memberi manfaat apabila diminta tawassul,

Maka kubur dan wali-wali sangkaan kamu ini lebih-lebih lagi tidak dapat berbuat apa-apa.

Begitu juga perhatikanlah firman Allah Taala dalam 3 ayat berikut:

Maksudnya: Dan (Ingatlah) hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka semuanya Kemudian Allah berfirman kepada malaikat: "Apakah mereka Ini dahulu menyembah kamu?".

Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan mereka; bahkan mereka Telah menyembah jin; kebanyakan mereka beriman kepada jin itu".[Saba':40&41].

Maksudnya: Dan (Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, Adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah Aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). jika Aku pernah mengatakan Maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan Aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui perkara yang ghaib-ghaib".[al-Maidah:116]

SIFAT-SIFAT ZATIYYAH

توحــــــــــيــــــد الأســـــــــــــــــــــماء والصـــــــــفات والذات

Ustaz Abu Rubayyi' As-Salafy

1- al-Ilmu

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: "Sesungguhnya dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana."- [Yusuf:100].

Dan firman Allah Taala:

Maksudnya: "Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan Sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu."-[at-Thalaq:12].

Ilmu merupakan sifat zat Allah S.W.T yakni Allah S.W.T sentiasa berilmu tidak didahului kejahilan dan tidak didatangi kelupaan atau kelalaian. Ilmu Allah S.W.T merangkumi segala kejadian dalam alam ini dan segala yang berlaku dalam alam ini sama ada baik atau buruk, Iman atau kufur dan maksiat atau taat semuanya adalah dengan ilmu dan pengetahuan Allah dilaksanakan dengan kehendak dan kuasa Allah Taala. Allah S.W.T berilmu dengan Ilmu yang menjadi sifatnya bersalahan dengan aqidah Kristian yang mengatakan bahawa Ilmu Allah adalah Allah sendiri. Dalilnya Firman Allah:

Maksudnya: "(mereka tidak mau mengakui yang diturunkan kepadamu itu), tetapi Allah mengakui Al Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan malaikat-malaikat pun menjadi saksi (pula). cukuplah Allah yang mengakuinya".-[an-Nisaa':166].

Golongan yang sesat dalam sifat ini ada 3 jenis selain Kristian tadi:

1) al-Qadariah al-Ghulah: Allah hanya tahu setelah sesuatu terjadi.

2) Al-Jahmiyyah : Mereka sama seperti Kristian.

3) Al-Mutafalsifah: Allah hanya tahu secara ijmali (kasar) tidak terpeinci. Pelopor aqidah ini ialah Ibn Sina[1].

Mereka semua sesat dengan firman Allah Taala:

Maksudnya: " Sesungguhnya Allah, Hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."- [Luqman:34].

2-al-Iradah:

al-Iradah bermaksud Sifat berkehendak. Disebut juga al-Masyi-ah. Maka segala yang berlaku di alam ini adalah dengan kehendak Allah S.W.T sama ada baik atau buruk. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang dia kehendaki".- [al-Hajja:14]

Dalam surah al-Baqarah ayat ke-253:

Maksudnya: "dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, Maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya".

Iradah itu terbahagi kepada dua:

1- Kauni: Iatulah kehendak Allah yang bersifat kejadian alam ini. Maka segala baik dan buruk, Iman dan Kufur adalah daripada Iradah Kauni.

2- Iradah Syar'i : Iaitulah segala perintah dan larang Allah dalam urusan agama. Maka Iradah ini hanya perkara baik-baik sahaja.

Dengan demikian terjawablah persoalan bagaimana mungkin Allah Taala menyuruh kita beriman tetapi ada yang kufur? Jawapannya Allah Taala berkehendak seseorang beriman seperti Firaun misalnya dengan Iradah-Nya yang Syar'i tetapi hendak dia kufur dengan Iradah Kauni.

Tetapi Allah S.W.T tidaklah zalim kerana Dia menjadikan bagi manusia juga kehendak dan dengan kehendak itulah manusia memilih jalan yang baik atau buruk. Dia S.W.T telah menetapkan bahawa mereka yang berkehendak kepada kebaikan akan diberi kebaikan dan mereka yang berkehendak pada kejahatan maka diberi kejahatan. Firman Allah dalam surah al-Kahf ayat ke-29:

Maksudnya:"Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir".

Dalam surah al-Insan Allah berfirman:

Maksudnya: "Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana".

Maka, Allah menjadikan bagi manusia itu kehendak dan jika kehendak manusia itu sesuai dengan Iradah Allah maka terlaksanalah kehendaknya jika manusia berkehendak sesuatu tetapi Allah tidak berkehendak menjadikannya maka tidaklah terlaksana.

Golongan yang terkeluar dari kebenaran dalam masalah ini adalah:

1- al-Asyairah: Mereka menjadikan bagi Allah itu 1 Jenis Iradah sahaja. Ini membawa kepada adanya perbezaan antara Iradah (kehendak) dengan Murad (yang dikehendaki). Al-Asyairah melihat seolah-olah perintah Allah bukanlah kehendak Allah. Ini sangat batil kerana mustahil Allah menyuruh solat tetapi Dia tidak mahu sebahagian hamba-Nya untuk tidak solat.

2- Al-Muktazilah: Mereka ingkar sifat ini dan mengatakan Allah berkehendak dengan Iradah yang baharu di tempatnya.

3- Al-Jabariyyah: Mereka menjadikan semua kehendak adalah kehendak Allah. Ini sangat batil dan membawa kepada wihdatul wujud.


[1] Al-Ghazali mengkafirkan Ibn Sina dan Mutafalsifah atas aqidahnya ini tetapi ahli sunnah tidak mengkafirkan sehinggalah ditegakkan hujjah.

Rabu, 30 April 2008

ALLAH BERSEMAYAM DI ATAS ARASY

Hadis daripada Mu'awiyah bin Al-Hakam As-Salami menceritakan ketika beliau hendak membebaskan (Jariah) hamba perempuannya, maka beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w. kemudian baginda (Nabi s.a.w) menyuruh agar hamba tersebut dipanggil lalu baginda bersabda:

أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Di manakah Allah? dia menjawab: Di Langit baginda bertanya lagi : Siapa aku? Jawab Jariah: Kamu Rasulullah. Lalu baginda berkata: merdekakan dia kerana dia adalah Mukminah.
Takhrij hadis ini seperti berikut:

Muslim bin Hajjaj dalam Sahih Muslim, no: 537.
Malik bin Anas dalam al-Muwattha', no: 1468.
Abu Daud al-Tayalisi dalam al-Musnad, no: 1105.
Muhammad bin Idris as-Syafi'i dalam al-Umm, no: 242.
'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf, no: 16851.
Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, no 30333.
Ahmad bin Hanbal dalam al-Musannaf, no: 7906, 23762, 23765 & 23767.
Abu Daud al-Sajastani dalam Sunan Abu Daud, no: 930 & 3282.
Ibn Qutaibah dalam Ta'wil Mukhtalaf al-Hadis, no: 272.
'Utsman bin Sa'id al-Darimi dalam al-Rad 'ala al-Jahmiyyah, no: 62.
al-Harith bin Abi Usamah dalam al-Musnad, no: 015.
'Amr bin Abi 'Ashim al-Shaibani dalam al-Sunnah Li Ibn Abi 'Ashim, no: 489.
al-Nasai dalam Sunan al-Nasai, no: 1142, 7708, 8535 & 11401.
Ibn Jarud dalam al-Muntaqa, no: 212.
Ibn Khuzaimah dalam Kitab al-Tauhid wa Itsbat Sifat al-Rabb 'Azza wa Jalla, no: 178, 179, 180, 181 & 182.
Abi 'Uwanah dalam al-Musnad, no: 1727 & 1728.
Abu al-Husain 'Abd al-Baqi' dalam al-Mu'jam al-Sahabah, 735.
Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, no: 165 & 2247.
al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir, no: 937 & 938.
Muhammad bin Ishaq bin Manduh dalam al-Iman, no: 091.
al-Lalaka'I dalam Syarah Usul I'tiqad Ahl al-Sunnah, no: 652.
Abu Nu'aim al-Asbahani dalam al-Musnad al-Mustakhraj 'ala Sahih Imam Muslim, no: 1183.
Ibn Hazm dalam al-Muhalla, no: 1664.
al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no: 15266, 15268, 19984 & 19985.
'Abd Allah bin Muhammad bin 'Ali al-Harawi dalam al-'Arba'in fi Dalail al-Tauhid, no: 011.

Hadis di atas adalah SAHIH. Imam Muslim telah memasukkan hadis ini kedalam kitab Sahihnya pada kitab ( المساجد والمواضع الصلاة ) dalam bab (تحريم الكلام في الصلاة ونسخ ما كَان مِن إباحتِه ). Bahkan sangat masyhur kerana banyaknya hadis ini diriwayatkan sepertimana takhrij di atas. Ada sebahagian golongan yang sangat anti kepada wahabi atau salafi, mereka kononnya berhujah berlandaskan al-Quran dan Sunnah padahal hanyalah mengikut nafsu semata kerana mereka ingkar aqidah para salaf bahawa Allah di atas ‘Arasy. Mereka mempertahankan aqidah “ALLAH WUJUD BILA MAKAN” tidak di atas, tidak dibawah, tidak di depan, tidak di belakang, tidak di dalam dan tidak di luar. Bahkan, mereka ingkar dengan hadis di atas dengan menjatuhkan darjatnya kepada dha’if semata-mata ingin membenarkan hujah mereka. Kemudian mereka pula mencerca ulama hadis yang tidak bersalah dengan tuduhan yang tidak berasas seperti Muhammad Nasiruddin Al-Albani dengan tuduhan menipu awam dan sebagainya. Lihat di bawah:

Para Salafus Soleh tidak pernah pun mentakwil ataupun menukar (tahrif) makna hadis ini. Hadis ini juga menunjukkan tidak salah jika berkata Allah itu di atas langit kerana Allah itu di atas 'Arasy dan 'Arasy itu adalah di atas langit. Sebagaimana Firman Allah:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
Tuhan yang Maha Pemurah beristiwa di atas 'Arasy. [Surah Taha: 5]

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Kemudian Dia beritiwa ke arah langit dan langit itu masih merupakan asap. [Surah Fushsilat: 11]

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
Allah, Dialah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa di atas 'Arasy. [Surah al-Sajdah: 4]


Apakah yang dimaksudkan dengan "Istiwa"? Istiwa (استوى) bermaksud tinggi di langit (ارتفع إلى السماء). Ini sebagaimana pendapat yang dikuatkan oleh Ibn Jarir r.a dalam Tafsir At-Tobari. Setelah itu Ibn Jarir r.a menyebut: "Makna yang paling benar tentang firman Allah (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ) adalah tinggi di atas langit dan meninggi, kemudian Ia mengatur langit dengan kekuasaan-Nya dan menciptakannya menjadi tujuh langit."

Berkata Ibn Kathir Rahimahullah:

وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري،والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. ...

“Dan adapun FirmanNya Ta’ala: (ثم استوى على العرش) maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....” –Tafsir al-'Adzhim.

Inilah pandangan Salafus Soleh dan inilah pendapat yang lebih patut didahulukan berbanding pendapat ulama-ulama mutaakhirin yang telah mengubah atau mentakwil Istawa dengan makna 'menguasai' seperti golongan pelampau asya’irah.

Ibn 'Abd al-Barr menjelaskan tentang hadis ini:

وأما قوله في هذا الحديث للجارية: أين الله ؟ فعلى ذلك جماعة أهل السنة وهم أهل الحديث، ورواته المتفقهون فيه، وسائر نقلة، كلهم يقول ما قال الله تعالى في كتابه: ((الرحمن على العرش الستوى)) وأن الله عز وجل في السماء وعلمه في كل مكان.

"Dan adapun hadis jariah: Di manakah Allah? Maka menjadi pegangan atasnya oleh jamaah ahli sunnah dan mereka mereka adalah juga ahli hadis dan seluruh perawi yang memahaminya, mereka semua berkata sebagaimana firman Allah dalam kitabnya: "al-Rahman Bersemayam di atas 'Arasy." Dan bahawa sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla di langit dan Ilmunya pada setiap tempat. –Al-Istizkar: al-Jamii' li mazhab Fuqaha al-Ansor wa 'Ulama al-Aqtar

Perkataan Ulama Imam Empat Mazhab

1. IMAM ABU HANIFAH

Imam Abu Hanifah berkata: “Tidak patut bagi seseorang untuk mengatakan sesuatu tentang Zat Allah kecuali kepada diriNya, dan tidak boleh seseorang mengatakan sesuatu tentang Allah dengan pendapat (ra’yu)nya. Maha Suci serta Maha Tinggi Allah Ta’ala, Rabb semesta Alam.” –Syarhul Aqidah at-Tahawiyah (2/472), tahqiq Dr. At-Turky, Jalaulm’Ainain, ms. 368

Ketika Imam Abu Hanifah ditanya tentang nuzulul Ilah (turunnya Allah), ia menjawab: “Ia turun dengan tidak kita menanyakan bagaimana (kaifiatnya) caranya.” –Aqidatus salaf Ashabil Hadis, ms. 42, al-Asma’ Was Sifat oleh al-Baihaqi, ms. 456

Imam Abu Hanifah berkata lagi: Barangsiapa yang berkata: “Aku tidak tahu Rabbku, di langit atau di bumi?” bererti ia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arasy, tetapi aku tidak tahu adakah ‘Arasy itu di langit atau di bumi. –al-Fiqhul Absath, ms. 46

Imam Abu Hanifah berkata kepada seseorang wanita yang bertanya: “Dimanakah Ilahmu yang engkau sembah itu?” Ia menjawab: “Sesungguhnya Allah itu ada di langit bukan di bumi.” Lalu datanglah seorang pemuda mengajukan pertanyaan: “Bagaimana dengan ayat: وهو معكم اين ما كنتم? “Dia bersama kamu dimana kamu berada.” (Surah al-Hadid: 4).

Imam Abu Hanifah menjawab: “Dia seperti engkau menulis surat kepada seorang lelaki dengan mengatakan, sesungguhnya aku selalu bersamamu, padahal engkau tidak ada di sampingnya.” –al-Asma’ was Sifat, ms. 429

2. IMAM MALIK BIN ANAS

Abu Nu’aim mentakhrijkan dari Ja’far bin Abdillah berkata: “Ketika kami sedang berada di samping Malik bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu bertanya: “Wahai Abu Abdillah, Ar-Rahman (Allah yang Maha Pengasih) bersemayam di atas ‘Arasy bagaimana bersemayamNya?” Mendengar pertanyaan ini, Imam Malik menjadi berang dan marah. Lalu ia menundukkan muka ke bumi seraya menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya hingga tubuhnya bersimbah peluh. Setelah ia mengangkat kepalanya, ia lantas berkata: “Cara bersemayamNya tidak diketahui (tidak dapat digambarkan), sedang istiwanya (bersemayamnya) telah jelas dan diketahui, beriman kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Aku menyangka engkau adalah si pelaku bid’ah.” Lalu beliau menyuruh orang itu keluar. –Hilyatul Aulia’ (VI/325-326), Ibn Abdil Barr dalam at-Tauhid (VI/151), Al-Baihaqi dalam al-Asma’ Was Sifat, ms. 498, Ibn Hajar dalam Fathul Bari (XIII/406-407), Az-Zahabi dalam al-Uluw, ms. 103

3. IMAM MUHAMMAD IDRIS AS-SYAFI’I

Imam Syafi’i Rahimahullah berkata: “Allah Tabaraka wa Taala memiliki asma’ (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh KitabNya dan diberitakan oleh NabiNya s.a.w. kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah S.W.T. yang telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran turun membawa keterangan tentang hal tersebut, juga sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah telah jelas-jelas sahih yang menerangkan masalah itu. Maka barangsiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu padahal hujah (dalil/ keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti ia kafir kepada Allah S.W.T. Adapun jika ia menentang kerana belum mendapat hujah/ keterangan tersebut, maka ia diampuni kerana kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (sifat-sifat Allah dan asma’Nya) tidak dapat dijangkau oleh akal dan pemikiran.

Yang termasuk ke dalam keterangan-keterangan seperti itu adalah juga keterangan-keterangan Allah S.W.T. bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawa Allah itu memiliki tangan sesuai dengan firmanNya: “Bahkan Tangan Allah itu terbuka.” (Surah al-Maidah: 64). Dan bahawa Allah memiliki tangan kanan, sebagaimana dinyatakan: “...Dan langit digulung dengan tangan kananNya.” (Surah az-Zumar: 67) dan bahawa Allah itu memiliki wajah, berdasarkan firmanNya yang menetapkan: “Dan tiap-tiap sesuatu itu pasti binasa, kecuali Wajah Allah...” (Surah Al-Qasas: 88), “Dan kekallah wajah Rabbmu yang mempunyai keagungan dan kemulian.” (Surah Ar-Rahman: 27). Juga bahawa Allah mempunyai tumit, sesuai dengan pernyataan Rasulullah s.a.w: “Sehingga Rabb Azza wa Jalla meletakkan tumitNya pada Jahannam.” (Riwayat Bukhari, no: 4848 dan Muslim, no: 2848) dan Allah ketawa berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. tentang orang yang mati fi sabilillah: “Ia akan bertemu dengan Allah Azza wa Jalla sedang Allah tertawa kepadanya....” (Riwayat Bukhari, no: 2826 dan Muslim, no:1890).

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. tentangnya. Begitu juga keterangan bahawa Allah S.W.T. itu tidak buta sebelah mataNya berdasarkan pernyataan Nabi s.a.w. ketika baginda menyebut dajjal, baginda bersabda: “Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabbmu tidaklah buta (sebelah mataNya).” (Riwayat Bukhari, no: 7231 dan Muslim, no: 2933). Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti halnya mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawa Allah S.W.T. mempunyai jari-jemari seperti ditetapkan oleh sabda Nabi s.a.w: “Tidaklah ada satu jari pun melainkan ia berada di antara dua jari dari jari-jari ar-Rahman Azza wa Jalla.” (Riwayat Ahmad IV/182, Ibnu Majah I/72, Hakim I/525 dan Ibn Mandah ms.87. Imam Hakim mensahihkannya dipersetujui oleh az-Zahabi dalam at-Talkhis)

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. sendiri bagi diriNya dan oleh Rasulullah s.a.w. untukNya, hakikatnya tidaklah dapat dijangkau oleh akal atau fikiran dan orang yang mengingkarinya kerana bodoh (tidak mengetahui keterangan-keterangan tentangnya) tidaklah kafir kecuali jika ia mengetahuinya tetapi ia mengingkarinya, barulah ia kafir. Dan bilamana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya dalam pemahaman seperti sesuatu yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat hal tersebut dan mempersaksikan atasnya seperti halnya ia melihat dan mendengar dari Rasulullah s.a.w.

Namun kita tetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan (meniadakan) tasybih sebagaimana Allah telah menafikannya dari diriNya dalam firmanNya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah As-Syura: 11). –Dinukil daripada I’tiqadul Aimmatil Arba’ah oleh Dr. Muhammad bin Abdurrahman al-Khumais

4. IMAM AHMAD BIN HANBAL

Syeikh Ibn Taimiyyah menyebut kata-kata Imam Hanbal: “Kita beriman kepada Allah itu di atas ‘Arasy sesuai dengan kehendaknya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang yang berusaha mensifatinya telah sampai atau dengan batas yang kepadanya seseorang yang membatasinya telah sampai. Sifat-sifat Allah itu (datang) dariNya dan milikNya. Ia mempunyai sifat seperti yang Ia sifatkan untuk diriNya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan.” –Ta’arudh al-‘Aqli wa al-Naqli (II/30)

Ibnul Jauzi dalam al-Manaqib menyebutkan tulisan (surat) Imam Ahmad bin Hanbal kepada Musaddad yang di antara isinya ialah: “Sifatilah Allah dengan sifat yang denganNya Ia telah mensifati diriNya dan nafikanlah dari Allah apa-apa yang Ia nafikan dari diriNya. –Manaqib Imam Ahmad, ms. 221

Di dalam kitab ar-Raddu ‘ala al-jahmiah tulisan Imam Ahmad, ia mengucapkan: “Jahm bin Safwan telah menyangka bahawa orang yang mensifati Allah dengan sifat yang dengannya Ia mensifati diriNya dalam kitabNya, atau dengan yang disebutkan Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya adalah seorang kafir atau termasuk Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk).” –Ar-Raddu ‘ala al-Jahmiah, ms. 104

Demikian di atas saya nukulkan kenyataan-kenyataan para Imam empat bagi membuktikan aqidah para salaf adalah sama dan tidak ada penambahan juga tidak ada pengurangan. Tidak ada takwil dengan makna tahrif apatah lagi menta’tilkan iaitu mengosongkan dari sebarang sifat. Maka, jelas aqidah yang benar dan selamat adalah mengatakan Allah bersemayam di atas ‘Arasy sebagaimana hujah-hujah telah diberikan di atas tadi. Mereka puak-puak asya’irah bermati-matian hendak menyelengkan fakta yang ada sebaliknya jawapan mereka sendiri menguburkan hujah mereka kerana ketidakjujuran mereka dalam menaqalkan tulisan ulama-ulama silam. Semoga Allah membukakan hati mereka agar terus mengkaji sehingga menemui kebenaran yang amat lazat jika dapat dirasakan oleh sesiapa yang pernah merasakannya yang dinamakan sebagai al-Hidayah.

SalafiahWahabiah
www.wahabiah.blogspot.com

Selasa, 8 April 2008

HAKIKAT TASAWWUF

Akhir zaman kini ramai orang mahu mencari suatu amalan untuk membersihkan dirinya dan amalan yang lebih cepat untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Begitu juga ramai orang yang berlumba-lumba untuk melakukan ibadat tak kira ibadat tersebut benar-benar diambil daripada sumber islam yang tulen ataupun tidak. Oleh sebab itulah kita lihat ramai yang suka beribadat dengan banyaknya akan tetapi jahil ilmu agama. Ada juga yang akhlaknya sangat baik tetapi pegangan agamanya sangatlah karut. Mereka mempercayai wali-wali boleh membantu mereka disamping Allah. Doa mereka berbunyi: "Wahai Imam Syafi'i tolonglah kami".. sedangkan jelas pertolongan (isti'anah/ istighatsah) hanyalah kepada yang Maha Satu. Bukan kepada Imam Syafi'i tidak juga Nabi s.a.w. kerana ianya bercanggah dengan nas-nas yang akan saya paparkan selepas ini.

Saya ingin mengajak para pembaca agar melihat sejenak serta berfikir suatu golongan yang tidak asing lagi yang dinamakan "Sufi" atau lebih popular dengan nama "tasawwuf". Nama yang sangat tidak asing ini telah mendapat tempat di seantero dunia dari timur ke barat dari utara ke selatan. Akan tetapi benarkah golongan ini benar-benar isi ajarannya selari dengan tuntutan agama islam yang sebenar? Ataukah ia sebenarnya cuma ibarat bunga plastik yang hanya cantik luaran tetapi tidak dapat memberi manfaat melainkan hanya indah di mata, itupun mata yang yang telah didorongi dengan hawa nafsunya yang sebenarnya tidak dapat dibandingkan dengan bunga-bunga yang benar-benar hidup di bawah kekuasaan Allah Yang Maha Mencipta sekalian makhluknya.

Menurut kajian para agamawan dan ulama-ulama islam, perkataan sufi bukanlah berasal dari bahasa arab. Ada yang mengatakan ia berasal dari kata suf (baju dari kulit domba) yang menjadi pakaian bagi golongan zuhud di zaman Nabi, ada juga yang berpendapat ianya berasal dari kata sufiya yang merupakan bahasa yunani yang bermaksud hikmah. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya berasal dari kata As-Safaa' yang bermaksud suci dan jernih. Akan tetapi pendapat ini telah disanggal kerana jika ditambah dengan ya' nisbah ia akan menjadi safaa'ie bukannya sufi.

Selalunya sufi ini dikaitkan dengan tarikat yang bermaksud jalan. Ada juga yang berpendapat sufi ini hanya kaitannya dengan zuhud, tawadhu' dan warak dan tidak ada kaitannya dengan tarikat-tarikat tertentu. Akan tetapi yang menjadi mejoritinya hari ini bila disebut sufi atau tasawwuf ia mesti dikaitkan dengan tarikat. Tarikat ini telah diterima umum oleh banyak ilmuan-ilmuan islam yang kebanyakan mereka ini dipelopori oleh pengikut asya'irah maturidiyah. Antara tarikat-tarikat yang popular seperti Tijaniyah, Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Qadiriyah, Ahmadiah, dan sebagainya.

Nama sufi ini sebenarnya telah memecah-belahkan kaum muslimin disebabkan oleh kaum sufi itu sendiri. Apa tidaknya, masing-masing daripada kelompok sufi yang menamakan kelompok mereka dengan tarikat-tarikat tertentu mengakui merekalah yang paling benar. Malah menuduh sesama mereka sebagai tidak betul. Malah jika diperhati setiap peribadatan kaum sufi ini, ternyata amat berbeza antara satu tarikat dengan tarikat yang lain. Malah setiap tarikat-tarikat pasti tidak akan terlepas daripada rekaan-rekaan bentuk peribadatannya. Sedangkan islam menganjurkan untuk bersatu-padu dan jangan berpecah-belah serta beribadat sebagaimana yang telah disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah Ta'ala:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا

Dan berpegang-teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. (Surah Ali Imran : 103)

وَلا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ (31) مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ (32)

Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (Surah Ar-Rum : 31-32)

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ

Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. (Surah An-Nisaa' : 59)

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ

Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada daripada ajaran kami, maka ia ditolok (tidak diterima). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa perlu berkelompok-kelompok? Tidak cukupkah ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah? Tidak cukupkah Al-Quran dan As-Sunnah menurut fahaman sahabat (salafus soleh) sebagai petunjuk dan pembimbing hidup? Inilah yang kurangnya pada kelompok sufi sebenarnya. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Hadis yang sahih. Mereka mengamalkan tawassul (perantaraan/ Wasilah) yang melampaui batas syariat. Dan mereka juga sering guluw (melampau) dalam segala perbuatan yang direkayasa oleh mereka.

Seperti yang saya sebut pada awal tulisan ini, mereka ini suka berdoa dengan cara yang salah kerana mereka beristighatsah dan beriti'anah selain Allah seperti: "Wahai Jailani, Wahai Rifa'I, Wahai Rasulullah tolonglah kami!" atau terkadang juga mereka berdoa "Wahai Rasulullah hanya kepadamu kami bersandar!" Padahal jelas daripada Al-Quran menyatakan tidak boleh berdoa meminta pertolongan melainkan hanya pada Allah semata.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya pada-Mu kami menyembah dan hanya pada-Mu kami meminta pertolongan. (Surah Al-Fatihah : 5)

وَلا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لا يَنْفَعُكَ وَلا يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak dapat memberi mudharat kepadamu selain Allah; kerana jika kamu berbuat demikian itu, sesungguhnya kalau begitu kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim. (Surah Yunus : 106)

Maksud zalim dalam ayat di atas adalah syirik (mempersekutukan Allah) sebagaimana Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Satu lagi cara ibadat yang telah disepakati oleh kaum-kaum sufi adalah berzikir secara kuat serta berjemaah. Sebagaimana pada hari ini, bukan sahaja para sufi yang berzikir secara kuat, malah ramai yang telah tertipu dengan cara ini yang disangka ianya sunnah padahal ia bertentangan dengan sunnah Nabi yang jelas tertera di dalam Al-Quran maupun Hadis Nabawiyah.

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآَصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai. (Surah al-A’raaf : 205)

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. (Surah al-A’raaf : 55)

Suatu hadis yang tidak asing lagi dalam menolak hujah mereka yang mengatakan zikir berjemaah adalah sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Darimi dalam musnadnya menunjukkan bahawa zikir secara berjemaah adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah sahabat r.a.

Daripada ‘Amr bin Salamah (seorang tabi’i) katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman (gelaran kepada ‘Abd Allah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.” Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.

Berkata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”

Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka (ini merupakan salah satu sifat khawarij seperti diterangkan dalam hadis-hadis). Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.

Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.” (Hadis riwayat ad-Darimi di dalam Musnadnya dengan sanad yang dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis as-Sahihah jilid 5, ms 11)

Bukan setakat itu penyelewengan kaum sufi, malah banyak lagi penyelewengan mereka sehinggakan ada yang sampai ketahap pemujaan para wali dan keramat serta menyembah kubur wali dan meminta tolong darinya, dan ada yang menerima konsep wahdatul wujud (bersatunya makluk dengan Tuhannya) yang dipelopori oleh Ibn 'Arabi sebagaimana termaktub fahamannya ini dalam kitab Futuhat Al-Makiyyah. Sehingga Ibn 'Arabi pernah berkata: "Sesungguhnya seorang lelaki yang meniduri isterinya, sebenarnya sedang meniduri Allah Al-Haq." Sungguh kufur perkataan ini wal 'iyazubillah.

Jika sesiapa yang pernah ke Mesir boleh melihat sendiri kebatilan cara para sufi ini berzikir secara kuat (jahar) sambil menari dan bertepuk-tepuk tangan serta meraung-raung nama Allah sehinggalah mereka hanya menyebut seringkas-ringkasnya sebutan Al-Haq seperti: "Hu-Hu, Hu-Hu, atau Ah-Ah-Ah seperti orang yang mabuk kerana meminum arak. Kononnya inilah zikir tahap yang tertinggi sekali. Sedangkan sabda Rasulullah:

أفضل الذكر : لا إله إلا الله

"Sebaik-baik zikir adalah kalimah Laa Ilaaha Illallah." (Hadis riwayat Tirmizi)

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Anfal ayat 35 berbunyi:

وَمَا كَانَ صَلاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Sembahyang mereka (orang-orang musyrikin) di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.

Dengan sedikit infomasi tentang sufi ini, semoga para pembaca lebih terbuka minda untuk mencari kebenaran. Jangan hanya melihat luaran tanpa mengkaji dalamannya. Seperti juga ramai pengikut tarikat yang mempunyai akhlak yang baik akan tetapi aqidahnya sangatlah batil. Ibadatnya sangatlah banyak rekaan-rekaan yang tidak dijumpai daripada sunnah nabi serta amalan salafus soleh.

Sebab itu Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada sahabatnya yang umat islam akan berpecah kepada 73 puak semuanya menuju ke neraka kecuali satu. Apabila sahabat bertanya siapakah yang satu tersebut maka Rasulullah menjawap: "Al-Jamaah". Dalam riwayat lain Nabi s.a.w. bersabda:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة واحدة قالوا ومن هي يا رسول الله قال ما أنا عليه وأصحابي

“Dan akan terpecah umatku manjadi 73 aliran (puak), semua mereka masuk neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. (Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dan lain-lain; disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Tirmidzi, no: 2641)

Hanya satu jalan (tarikat) yang selamat iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ibn Mas'ud r.a. berkata: "suatu hari rasulullah s.a.w. membuat satu garisan lurus dengan tangannya lalu bersabda:

هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ مُسْتَقِيمًا قَالَ ثُمَّ خَطَّ عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ السُّبُلُ وَلَيْسَ مِنْهَا سَبِيلٌ إِلَّا عَلَيْهِ شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ {وَإِنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ}

"Inilah jalan Allah yang lurus, kemudian baginda menggariskan beberapa garis disebelah kiri dan kanan garis yang lurus itu, sambil bersabda: "Inilah jalan-jalan (kesesatan). Tidak ada satu jalan pun dari jalan ini melainkan ada syaitan yang mengajak manusia untuk mengikuti jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan surah Al-An'am ayat 153 : "Dan bahawa yang (kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)". (Hadis riwayat Ahmad; berkata Al-Arnauth: Hadis hasan, rujuk Musnad Ahmad takhrij al-Arnauth, no: 4437)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails