Ahad, 15 Februari 2009

Ibn Hajar menukilkan pendapat yang benar dalam kitab Fathul Baari

Walaupun golongan ahbash dan asya'irah sering menuduh salafi mengkafirkan Ibn Hajar Rahimahullah, namun hakikatnya sebagaimana yang telah dinyatakan Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi menyatakan:


موقفنا من أبي بكر الباقلاني والبيهقي وأبي الفرج بن الجوزي وأبي زكريا النووي وابن حجر وأمثالهم ممن تأول بعض صفات الله تعالى أو فوضوا في أصل معناها - أنهم في نظرنا من كبار علماء المسلمين الذين نفع الله الأمة بعلمهم فرحمهم الله رحمة واسعة وجزاهم عنا خير الجزاء، وأنهم من أهل السنة فيما وافقوا فيه الصحابة رضي الله عنهم وأئمة السلف في القرون الثلاثة التي شهد لها النبي صلى الله عليه وسلم بالخير، وأنهم أخطأوا فيما تأولوه من نصوص الصفات وخالفوا فيه سلف الأمة وأئمة السنة رحمهم الله سواء تأولوا الصفات الذاتية وصفات الأفعال أم بعض ذلك


Maksudnya: "Pendirian kami terhadap Abu Bakar al-Baqilani, al-Baihaqi, Abil Farj Ibn al-Jauzi, Abu Zakaria al-Nawawi, Ibn Hajar, dan seumpama mereka yang mentakwil sebahagian sifat Allah taala atau mentafwidkan maknanya, mereka ini pada pandangan kami termasuk ulama besar kaum muslimin yang telah dimanfaatkan oleh Allah kepada umat Islam dengan ilmu mereka-semoga Allah merahmati mereka dengan rahmat yang luas dan membalas jasa mereka sebaik-baiknya- dan mereka termasuk Ahli Sunnah dalam perkara yang mereka sepakat dengan para Sahabat radiallahu'anhum dan imam-imam salaf dalam tiga kurun yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai terbaik, dan mereka tersalah dalam perkara yang mereka takwilkan daripada nas-nas sifat dan menyalahi salaf umat dan Imam-imam Sunnah rahimahumullah sama ada mereka mentakwilkan sifat zat atau sifat fi'il atau sebahagian daripadanya". (Fatwa al-Lajnah al-Daimah, Arab Saudi, 3/240 & 241)


Maka dari itulah kita tidak pernah sekali pun mengkafirkan Ibn Hajar, beliau juga adalah manusia yang bisa salah dan bisa betul. Beliau telah berusaha berijtihad mengeluarkan pendapat yang sebaiknya tanpa berat sebelah. Malah Ibn Hajar sendiri pernah membawa riwayat yang benar dalam kitabnya Fathul Baari tentang masalah Istiwa' Allah ini.


Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:


قَالَ اِبْنِ بَطَّال اِخْتَلَفَ النَّاس فِي الاسْتِوَاء الْمَذْكُور هُنَا فَقَالَتْ الْمُعْتَزِلَة مَعْنَاهُ الاسْتِيلاء بِالْقَهْرِ وَالْغَلَبَة وَاحْتَجُّوا بِقَوْلِ الشَّاعِر : قَدْ اِسْتَوَى بِشْر عَلَى الْعِرَاق مِنْ غَيْر سَيْف وَلا دَم مِهْرَاق. وَقَالَتْ الْجِسْمِيَّة مَعْنَاهُ الاسْتِقْرَار ، وَقَالَ بَعْض أَهْل السُّنَّة مَعْنَاهُ اِرْتَفَعَ ، وَبَعْضهمْ مَعْنَاهُ عَلا ، وَبَعْضهمْ مَعْنَاهُ الْمُلْك وَالْقُدْرَة وَمِنْهُ اِسْتَوَتْ لَهُ الْمَمَالِك


Berkata Ibn Batthol: "Manusia berbeza pendapat pada menafsirkan Istawa' yang mana disebutkan, maka berkata Al-Mu'tazilah maknanya (istawa') ialah Istila' iaitu dengan kasar dan mengalahkan dengan berhujahkan kata-kata syair:


ٍSeorang lelaki telah menguasai Iraq tanpa menggunakan pedang dan tanpa pertumpahan darah


Maka berkata Al-Jismiyyah memaknakannya dengan kekuatan, dan berkata sebahagian Ahli Sunnah maknanya meninggi, dan sebahagian mereka memaknakannya dengan ketinggian, dan sebahagian mereka pula memaknakannya dengan kerajaan dan kekuasaan dan darinya terdapat perkataan Arab ia menguasai kerajaan. (Fathul Bari, jilid 20, ms. 494, Al-Maktabah Al-Syamilah)


Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:


ثُمَّ قَالَ اِبْن بَطَّال : فَأَمَّا قَوْل الْمُعْتَزِلَة فَإِنَّهُ فَاسِد ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَزَلْ قَاهِرًا غَالِبًا مُسْتَوْلِيًا ، وَقَوْله " ثُمَّ اِسْتَوَى " يَقْتَضِي اِفْتِتَاح هَذَا الْوَصْف بَعْد أَنْ لَمْ يَكُنْ ، وَلَازِمُ تَأْوِيلهمْ أَنَّهُ كَانَ مُغَالَبًا فِيهِ فَاسْتَوْلَى عَلَيْهِ بِقَهْرِ مَنْ غَالَبَهُ ، وَهَذَا مُنْتَفٍ عَنْ اللَّه سُبْحَانه ، وَأَمَّا قَوْل الْمُجَسِّمَة فَفَاسِدٌ أَيْضًا ؛ لأَنَّ الِاسْتِقْرَار مِنْ صِفَات الأَجْسَام وَيَلْزَم مِنْهُ الْحُلُول وَالتَّنَاهِي ، وَهُوَ مُحَال فِي حَقِّ اللَّه تَعَالَى ، وَلائِق بِالْمَخْلُوقَاتِ


Kemudian berkata Ibn Batthol: Adapun perkataan Muktazilah maka ia fasid kerana Allah itu sentiasa menguasai dan firman-Nya: (maksud) "Kemudian Dia bersemayam" membawa kepada pemahaman Dia bersemayam daripada tidak bersemayam maka lazim daripada takwil mereka (istaula) bahawa Dia menguasai Arasy dengan merampasnya daripada orang lain dan ini mustahil pada Allah S.W.T. Adapun pendapat Mujassimah juga fasid kerana menetap itu sifat jisim (makhluk) dan lazim padanya hulul dan berhenti dan ia mustahil pada Allah, harus pada makhluk. (Fathul Bari, jilid 20, ms. 494, Al-Maktabah Al-Syamilah)


Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:


وَقَدْ نَقَلَ أَبُو إِسْمَاعِيل الْهَرَوِيُّ فِي كِتَاب الْفَارُوق بِسَنَدِهِ إِلَى دَاوُدَ بْن عَلِيّ بْن خَلَف قَالَ: كُنَّا عِنْد أَبِي عَبْد اللَّه بْن الأَعْرَابِيّ يَعْنِي مُحَمَّد بْن زِيَاد اللُّغَوِيّ فَقَالَ لَهُ رَجُل ( الرَّحْمَن عَلَى الْعَرْش اِسْتَوَى ) فَقَالَ هُوَ عَلَى الْعَرْش كَمَا أَخْبَرَ ، قَالَ يَا أَبَا عَبْد اللَّه إِنَّمَا مَعْنَاهُ اِسْتَوْلَى ، فَقَالَ اُسْكُتْ لاَ يُقَال اِسْتَوْلَى عَلَى الشَّيْء إِلاَّ أَنْ يَكُون لَهُ مُضَادٌّ


"Dinukilkan daripada Abu Ismail al-Harawi dalam kitab al-Faruq yang mana sanadnya sampai kepada Daud bin Ali bin Kholaf, katanya: "Ketika kami bersama-sama Abdullah bin Al-'Arabi iaitu Muhammad bin Ziyad Al-Lughowi, maka seorang lelaki telah bertanya mengenai firman Allah S.W.T:


"Allah Ar-Rahman (yang Maha Pemurah) beristiwa' di atas 'Arasy."


Maka dia (Abdullah bin Al-'Arabi) berkata: "Dia berada di atas 'Arasy sepertimana yang dikhabarkan. Lelaki itu berkata: "Wahai Abdullah! Sesungguhnya (apa yang aku tahu) bahawa maknanya (Istawa') ialah Istaula." Maka dia lantas berkata: "Diam!" Tidak dikatakan Istaula pada sesuatu melainkan ada baginya lawan. (Fathul Bari, jilid 20, ms. 494, Al-Maktabah Al-Syamilah)


Daripada perkataan beliau ini jelaslah Istiwa' yang difahami oleh orang arab ialah "meninggi" dan bukanlah menguasai, kerana ianya adalah pendapat muktazilah bahkan setelah perkataan di atas ini, Ibn Hajar sendiri telah membawakan perkataan Imam Malik yang masyhur iaitu


"Istiwa itu tidak majhul (iaitu diketahui), dan bagaimana caranya tidaklah ma'qul (iaitu tidak diketahui), beriman dengannya wajib, mempersoalkan bagaimana adalah bid'ah." (Lihat Fathul Baari pada rujukan yang sama)


http://ahbash-sesat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan