Khamis, 17 Julai 2008

I'TIQAD PARA IMAM SALAF AS-SOLEH BERKAITAN SIFAT-SIFAT ALLAH

1) I'tiqad Imam as-Syafi'i yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah:

Berkata Imam as-Syafi'i Rahimahullah tentang I'tiqad para salafus soleh yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla:

الذي هو كما وصف نفسه وفوق ما يصفه به خلقه

"Dia adalah sebagaimana yang disifatkan oleh diriNya sendiri, dan Dia (Allah) mengatasi dengan sifatnya atas segala makhlukNya." - Lihat: Ar-Risalah, halaman 7, dalam Muqaddimah, Tahqiq Ahmad Syakir.

2) I'tiqad Abu Hanifah yang berkaitan Tauhid al-Asma was Sifat:

فما ذكره الله تعالى في القرآن من ذكر الوجه واليد والنفس فهو له صفات بلا كيف ولا يقال إن يده قدرته أو نعمته لأن فيه إبطال الصفة وهو قول أهل القدر والإعتزال ولكن يده صفته بلا كيف وغضبه ورضاه صفتان من صفاته تعالى بلا كيف

"Maka apa yang disebut tentang sifatnya oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran daripada sebutan Wajah, Tangan dan Diri(Nya), maka itu adalah sifat-sifat bagiNya tanpa mempersoalkan (ditanyakan) bagaimana (bentuknya). Tidak dikatakan: Sesungguhnya TanganNya adalah kuasaNya atau nikmatNya kerana padanya merupakan pembatalan sifat. Dan begitulah pendapat Qadariyah dan Muktazilah. Akan tetapi TanganNya adalah sifatNya tanpa dipersoalkan bentuk. Marah serta RedhaNya adalah dua sifat daripada sifat-sifatNya tanpa dipersoalkan bentuk." - Lihat: Syarah Kitab al-Fiqh al-Akbar, halaman 66-68.

Beliau (Imam Abu Hanifah) berkata lagi: "Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak disifati dengan sifat-sifat makhlukNya. Benci dan RedhaNya adalah dua sifatNya, tidak kita tanyakan bagaimana hakikatnya. Inilah i'tikaq Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka Allah membenci (marah) dan meredhai. Namun tidak sewajarnya kita katakan: KebencianNya adalah siksaNya dan dan redhaNya adalah pahalaNya. Kita menyifati Allah sepertimana Ia menyifati diriNya sendiri." - Lihat: Al-Fiqhul Akbar, halaman 56, Imam Al-Qari.

3) I'tiqad Imam Malik bin Anas Rahimahullah yang berkaitan dengan nama-nama dan sifat Allah Azza wa Jalla:

قال الوليد بن مسلم سألت الأوزاعي ومالك وسفيان الثوري والليث بن سعد عن هذه الأحاديث فقالوا أمروها كما جاءت بلا كيف

"Berkata Al-Walid bin Muslim: Aku telah bertanya kepada al-Auza'i, Malik, Sufyan at-Tsauri, Laits bin Saad tentang hadis-hadis ini, mereka berkata: Terimalah ia sebagaimana ia didatangkan, tanpa ditanya bagaimana." - Dikeluarkan oleh Al-Lalakaii, no: 960, Syarah Usul I'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4) I'tikad Ahmad bin Hanbal Rahimahullah tentang nama-nama dan sifat Allah Azza wa Jalla: Imam Ahmad mengharamkan perbuatan takwil, takyif, tasybih, tamtsil, ta'thil, dan tahrif. Beliau berkata:

أمرها كما جاءت ويؤمن بها ولا يرد منها شيء إذا كانت بأسانيد صحاح

"Diterima sebagaimana didatangkan dan diimani dengannya, dan jangan ditolak daripadanya sesuatu jika ia adalah didatangkan dengan sanad yang sahih." - Lihat: Al-Aqidah li Ahmad bin Hanbal, riwayat Musaddad bin Musarhad, halaman 127.

5) I'tikad Abu Utsman Ismail bin Abdur-Rahman as-Sabuni: Syeikh Abu Utsman seorang ahlul hadis berkata: "Sesungguhnya Ahlul Hadis menetapkan (itsbat) segala sifat-sifat Allah sebagaimana yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah bagi diriNya di dalam kitabNya melalui lisan RasulNya sallallahu 'alaihi wasallam. Mereka tidak sekali-kali menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhlukNya. Mereka menyatakan: Sesungguhnya Allah telah menciptakan nabi Adam dengan tanganNya. Sebagaimana difirmankanNya:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ

"Wahai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua TanganKu." [Surah Saad: 75]

Ahlul Hadis tidak memesongkan firmanNya daripada tempatnya sepertimana penyelewengan Mu'tazilah dan Jahmiyah yang memaksudkan dengan dua Tangan Allah ialah dua nikmatNya atau kekuasaanNya. Semoga Allah menghina mereka." - Akidah Ahlul Hadis, no: 3, As-Sabuni.

6) I'tikad Ahlul Hadis al-Imam al-Auza'i Rahimahullah: Beliau adalah seorang hafiz dan tokoh salaf di zamannya. Beliau berkata tentang tauhid al-Asma wa al-Sifat:

كنا والتابعون متوافرون نقول إن الله تعالى ذكره فوق عرشه ونؤمن بما وردت السنة به من صفاته جل وعلا

"Keadaan kami dan para tabi'in bersepakat menyatakan: Sesungguhnya Allah Ta'ala menyebut bahawa diriNya di atas Arasy-Nya. Dan kami beriman dengan apa yang warid dari as-Sunnah tentang sifat-sifatNya Jalla wa 'Ala." - Dinilai Sahih oleh Ibn Qayyim, Lihat: Ijtima al-Juyus al-Islamiyah, halaman 69, juga dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam Asma' wa al-Sifat, halaman 515.

7) I'tikad Imam Ad-Daruquthni Rahimahullah: Dari Walid bin Muslim, bahawa Imam ad-Daruquthni berkata: "Aku pernah berkata kepada Malik, ath-Tsauri, al-'Auza'i, dan Laits bin Sa'ad berkenaan nas-nas yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah, mereka menjawab: Fahamilah apa adanya sebagaimana yang didatangkan tanpa ditakwil." - Lihat: Asy-Syariah, halaman Al-Ajari dan Lihat: Al-I'tikad, halaman 118, Al-Baihaqi.

8) I'tikad Ibn Qayyim Rahimahullah: Berkata Ibn Qayyim tentang pegangan Imam Abu Hasan Al-Asy'ari: "Abu Hasan Al-Asy'ari dan para imam yang tergolong dalam kalangan sahabat beliau, mereka bersepakat atas menetapkan tentang sifat-sifat yang dikhabarkan yang dijelaskan di dalam al-Quran seperti Istiwa', Muka, Dua Tangan, dan membatalkan pentakwilannya." - Lihat: Al-Ibanah 'An Usuluddiyanah, halaman 30, Abu Hasan al-Asy'ari, Tahqiq Muhammad 'Uyun.

9) I'tikad Imam az-Zahabi: Beliau meyebut dari Imam Syafi'i bahawa: "Kita mengitsbatkan sifat-sifat yang disebutkan oleh al-Quran dan as-Sunnah iaitu kita menafikan penyerupaan (Sifat Allah dengan sifat makhlukNya), sebagaimana Ia telah menafikannya pada diriNya sendiri." - Lihat: Syiar A'lam an-Nubala, halaman 341.

10) I'tikad Ibnul Jauzi Rahimahullah: Beliau menukil surat kiriman Imam Ahmad bin Hanbal kepada Musaddad: "Sifatilah Allah dengan sifat yang telah disifatiNya sendiri. Nafikanlah dari apa telah dinafikannya sendiri oleh Allah." Lihat: Manaqib al-Imam Ahmad, halaman 221.

http://wahabiah.blogspot.com

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails