Abu Lehyah (pemilik blog http://abulehyah.blogspot.com) membuat penyelewengan dengan mengatakan Imam Bukhari mentakwil ayat mutasyabihat (pada sangkaan mereka, kerana sungguh ayat-ayat sifat itu adalah muhkamat). ٍSilalah buka Sahih Bukhari dalam Kitab At-Tauhid: bab Kullu Syain Halikun Illa Wajhah (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ). Hadis tersebut berbunyi:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَى أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِنْ فَوْقِكُمْ } قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعُوذُ بِوَجْهِكَ فَقَالَ { أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ } فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعُوذُ بِوَجْهِكَ قَالَ { أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا } فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا أَيْسَرُ
Ibn Baththal mensyarahkan daripada hadis ini:
استدلاله من هذه الآية والحديث على أن لله تعالى وجهًا هو صفة ذاته لا يقال: هو هو، ولا هو غيره بخلاف قول المعتزلة
Berdalilkan ayat dan hadis ini bahawa bagi Allah itu wajah iaitulah sifat zat-Nya tidak dikatakan padanya dia adalah Dia dan bukan Dia bersalahan dengan fahaman Aqidah Muktazilah... [Rujuk Syarah Al-Bukhari Li Ibn Baththal, 20/74; rujukan Maktabah Al-Syamilah]
Demikian lagi masalah Allah bersemayam di atas Arasyh dan Allah bertempat. Ketahuilah bahawa Ahli as-Sunnah wal Jamaah meletakkan qaedah bahawa dalam memahami sifat Allah ada 3 prinsip utama:
1- Isbat iaitu menetapkan segala sifat yang Allah tetapkan bagi diri-Nya dan juga yang Rasul tetapkan.
2- Nafi iaitu menafikan segala sifat yang Allah nafikan pada diriNya dan RasulNya nafikan dan menafikan persamaan sifat yang diisbatkan dengan makhluk.
3- Sukut atau Tawaqquf iaitulah apa-apa sifat yang Allah tidak isbatkan dan tidak pula nafikan sedangkan ia bukan sifat naqis mutlak maka hendaklah kita diamkan diri dari menyebutnya seperti tempat. Maka Allah bersemayam di atas 'Arasyh tetapi bolehkan berkata Allah bertempat? Maka perlu diteliti terlebih dahulu, jika yang dimaksudkan tempat Allah diliputi tempat tertentu atau berhajat kepada tempat maka ia adalah batil tetapi kalau mengatakan tempat itu maksudnya Arasyh maka ia benar tetapi menggunakan ibarat tersebut adalah bidaah.
Maka jelaslah tidak ada tanaqudh pada Ahli Sunnah wal Jamaah. Saya menasihatkan mereka yang ingin mengkritik secara ilmiyah, insaf dan kaji dahulu manhaj dan methodology pihak lawan sebelum anda menghentam mereka.. Wallahua'lam.
http://ahbash-sesat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan