Rabu, 31 Oktober 2007

APA ITU WAHABI?

Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:

“Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.[1]

Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin AbdulWahab.[rujuk Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission oleh Jalal Abualrub]

Beliau berdakwah membasmi segala bid’ah dan syirik yang meluas ketika itu di tanah arab. Syeikh Ali Tantawi menyebut banyak jenis bid’ah berkembang sebelum kelahiran Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab sehinggalah kelahiran beliau:

“Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhkan musibah dengan meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok, busut-busut serta patung-patung. Mereka menyeru kepada benda-benda ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Memuji yang mati menjadi popular. Daerah yang paling banyak amalan jahiliah baru ini”. [Petikan dari Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hal 22][2]

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab atau nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid At-Tamimi al-Najdi. Beliau lahir pada tahun 1115H, dibandar al-U’yainah sebelah sebelah utara bandar Riyadh, Saudi pada waktu pemerintahan Bani Uthman (Uthmaniah) semasa sultan Ahmad ketiga yang memerintah antara tahun 1115H hingga 1144H. Wafatnya Syaikh Muhammad pada bulan dzulkaedah 1206H dalam usia 86 tahun rahimahullah.[3]

Demikian di atas pengenalan secara ringkas yang saya nukilkan daripada kertas kerja Seminar Antarabangsa mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab pada 16 & 17 Mac 2006 di perlis.



[1] Dinukil daripada buku Hinpunan risalah dalam beberapa persoalan ummah buku 3 oleh Hafiz Firdaus Abdullah, hal 103

[2] Dinukil daripada terjemahan bukunya yang bertajuk Siapa Wahabi? Oleh Hamidun Abdullah, hal 8.

[3] Dinukil dari kertas kerja tajuk Penyebaran Ilmu Salafi Khususnya Penulisan Syeikh Muhammad Abdul Wahab oleh Dr. Abdul Halim Ahmad Saising.

2 ulasan:

syukri berkata...

kalau basmi puja2 kubur nabi tu mmg la logik wahabi ni.. x slh pon.. tp klu halang bnda2 yg baik tu x btol la.. cube bg contoh byk2 ape yg dibasmi oleh golongan wahabi ni.. barulah bleh nmpak dye basmi ape je.. logik ke x.. kata pun wahabi ni atas dasar ilmiyah...

Unknown berkata...

gimana ya? Caranya menghilangkan upacara slamatan kematian? Di kalangan masyarakat awam?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails