Rabu, 12 Mei 2010

Sufi Adalah Pengikut Firqah Asy’ariyah

Al-Ustadz Abu Abdillah Abdurrahman Mubarak

Barangsiapa menelaah hakikat sufiyah khususnya dalam masalah aqidah, nescaya akan mendapati betapa kentalnya hubungan sufiyah dengan aqidah Asy’ariyah. Di antara buktinya adalah pemikiran tokoh-tokoh mereka dari zaman dahulu sampai sekarang. Sebelum kita membahas bukti hubungan mereka, mari kita sedikit mengulas siapakah Asy’ariyah?

Sekelumit tentang Asy’ariyah

Asy’ariyah adalah satu firqah yang dinisbatkan kepada pemahaman Abul Hasan al Asy’ari rahimahullahu sebelum beliau rujuk kembali kepada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kerana beliau rahimahullahu mengalami tiga fasa dalam kehidupannya:
  1. Dibina oleh ayah tiri beliau di atas pendidikan Mu’tazilah
  2. Mengkritisi pemikiran-pemikiran ayah tirinya dalam masa pemahaman yang dikenal sekarang dengan paham Asy’ariyah [1]
  3. Rujuk kepada pemahaman ahlul hadis dan menulis buku yang berjudul al-Ibanah, yang menunjukkan beliau di atas aqidah Ahlus Sunnah.

Ibnu Katsir Asy-Syafi’i rahimahullahu berkata: "Para ulama menyebutkan bahawa Asy-Syaikh Abul Hasan memiliki tiga keadaan:

Pertama: Keadaan di atas manhaj Mu’tazilah yang dia telah rujuk darinya.

Kedua: Menetapkan sifat aqliyah (berdasarkan akal - edt) yang tujuh: hayah (hidup), ilmu, qudrah (berkuasa), iradah (berkehendak), sam’u (mendengar), bashir (melihat), dan kalam (berkata-kata), serta mentakwilkan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang khabariyah: seperti wajah, dua tangan, kaki, betis, dan lainnya.

Ketiga: Menetapkan semua sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala tanpa takyif (tanpa membayangkan gambaran tertentu dalam fikiran) dan tanpa tasybih (tanpa menyerupakan dengan makhluk), mengikuti jalan salaf. Inilah jalan beliau dalam kitabnya al-Ibanah, kitab terakhir yang beliau tulis.” (lihat muqadimah Kitab al Ibanah, hal. 12-13, cet. Darul Bashirah)

Dari keterangan di atas menjadi jelas bahawa pemahaman yang banyak dianuti sufiyah sekarang bukanlah fahaman Abul Hasan Asy’ari rahimahullahu. Kerana beliau telah bertaubat darinya dan rujuk (kembali) kepada mazhab Ahlus Sunnah.

Penjelasan singkat tentang aqidah Asy’ariyah sehingga tidak termasuk dari Ahlus Sunnah wal Jamaah

  1. Mereka menyatakan bahawa iman hanyalah membenarkan. Mereka tidak menyatakan amal termasuk dari iman dan tidak menghukum kekufuran dengan sebab amalan kekafiran jasmani seseorang.
  2. Mereka Jabriyah [2] dalam masalah takdir.
  3. Mereka tidak menetapkan ‘illat (sebab) dan hikmah bagi perbuatan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  4. Tidak menetapkan sifat fi’liyah (perbuatan) bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala (seperti istiwa’/meninggi di atas Arasy, nuzul/turun ke dunia pada sepertiga malam yang akhir, dan lainnya).
  5. Orang-orang Asy’ariyah setelah zaman Abul Ma’ali al Juwaini mengingkari bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di atas makhluk-Nya.
  6. Tidak menetapkan sifat ma’ani (seperti ilmu, hayat, dll) kecuali tujuh atau lebih. Pijakan mereka dalam menetapkannya adalah akal. Tujuh sifat yang mereka tetapkan pun tidak mereka tetapkan seperti Ahlus Sunnah.
  7. Memaknakan kalimah tauhid (laa ilaha illallah) sebatas tauhid rububiyah saja. Mereka tidak mengenal tauhid uluhiyah.
  8. Akhir dari pendapat mereka tentang kalamullah (firman Allah): al-Qur’an adalah makhluk, sebagaimana pendapat Mu’tazilah.
  9. Memperlebar masalah karamah hingga menyatakan bahwa mukjizat para nabi mungkin terjadi pada diri para wali.
  10. Menetapkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala dilihat tidak dari arah tertentu. Hingga akhir ucapan mereka mengingkari ru’yah (bahawa kaum mukminin akan melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala di hari kiamat).
  11. Menyatakan bahawa akal tidak dapat menetapkan baik-buruknya sesuatu.
  12. Menyatakan tidak sah keislaman seseorang setelah mukallaf sampai ragu terlebih dahulu. (Disadur dari kitab Takidat Musallamat as Salafiyah hal. 35-36)

Ulama yang menyatakan Asy’ariyah bukan Ahlus Sunnah

1- Al Imam Ahmad bin Hambal rahimahullahu

Ibnu Khuzaimah rahimahullahu ditanya oleh Abu Ali Ats-Tsaqafi: "Apa yang kau ingkari, wahai ustaz, dari mazhab kami supaya kami dapat rujuk (kembali bertaubat - edt) darinya?”

Ibnu Khuzaimah berkata: "Kerana kalian cenderung kepada pemahaman Kullabiyah. Ahmad bin Hanbal termasuk orang yang paling keras terhadap Abdullah bin Said bin Kullab dan teman-temannya, seperti Harits serta lainnya.”

Perlu diketahui bahawa Kullabiyah adalah masyayikh (guru/pembesar) Asy’ariyah.

Ibnu Taimiyah rahimahullahu berkata: "Kullabiyah adalah guru-guru orang Asy’ariyah….” (Kitab Istiqamah)

2 - Ibnu Qudamah rahimahullahu

Beliau rahimahullahu berkata, "Kami tidak mengetahui ada kelompok ahlul bid’ah yang menyembunyikan pemikiran-pemikirannya dan tidak berani menampakkannya, selain zanadiqah (kaum zindiq, orang-orang yang menyembunyikan kekafiran dan menampakkan keimanan, red.) dan Asy’ariyah.”

3 - Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin rahimahullahu

Beliau berkata: "Asya’irah dan Maturidiyah serta yang semisal mereka, bukanlah Ahlus Sunnah wal Jamaah.”

4 - Syaikh Shalih al Fauzan Hafizhahullahu

Beliau pernah ditanya: "Apakah Asy’ariyah dan Maturidiyah termasuk Ahlus Sunnah?”

Beliau menjawab: "Mereka tidak dianggap sebagai Ahlus Sunnah. Tidak ada seorang pun yang memasukkan mereka ke dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mereka memang menamakan diri mereka termasuk Ahlus Sunnah, namun hakikatnya mereka bukanlah Ahlus Sunnah.” (Lihat Takidat Musallamat Salafiyah hal. 19-30)

Hubungan Sufiyah dengan Asy’ariyah

Di antara bukti sangat kuatnya aqidah Asy’ariyah pada pengikut sufiyah adalah banyaknya tokoh sufiyah yang mendakwahkan pemahaman dan aqidah Asy’ariyah.

Di masa sekarang ini, boleh disebut nama Muhammad bin Alwi Al-Maliki, penulis buku Mafahim Yajib An Tushahhah. Dia termasuk dai kuburi sufi asy’ari (yang mengajak manusia mengagungkan kuburan secara berlebihan, beraliran sufi, dan beraqidah Asy’ariyah). Ini merupakan sebahagian ucapannya:

1. Masalah aqidah

Dia berkata dalam kitabnya (hal. 93), "Tidak diragukan lagi bahawa roh-roh (orang yang telah meninggal) mempunyai pergerakan dan kebebasan yang memungkinkan menjawab orang yang menyerunya serta memberi pertolongan orang yang meminta tolong kepadanya. Persis sama dengan orang yang hidup, bahkan melebihinya.”

Cukuplah dalam membantah kesesatan ini, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى ذَلِكُمُ اللهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِنْ قِطْمِيرٍ. إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ

Maksudnya: “Dia (Allah) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam serta menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Rabbmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu. Kalaupun mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kesyirikanmu, dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagaimana yang diberikan oleh Yang Maha mengetahui.” (Fathir: 13-14)

2. Masalah manhaj

Dia berkata dalam kitabnya (hal. 120), "Asy’ariyah adalah para imam pembawa petunjuk di antara sekian ulama muslimin.” (Lihat Mukhalafatush Shufiyah hal. 20-21)

Di antara bukti kuat adanya pengaruh kuat Asy’ariyah terhadap sufiyah adalah guru-guru, lembaga-lembaga, dan pondok-pondok sufiyah yang mengajarkan pemahaman Asy’ariyah khususnya dalam masalah aqidah seperti:

  1. Hanya menetapkan sifat 13 atau 20
  2. Menafikan Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas Arsy-Nya (sehingga menyatakan Allah Subhanahu wa Ta’ala ada di mana-mana).
  3. Hanya memaknakan kalimah syahadah sebatas tauhid rububiyah (Allah sebagai Pencipta, Pengatur dan Pemberi Rezeki alam semesta)

Di antara bukti yang lain akan kuatnya fahaman Asy’ariyah pada kaum sufiyah adalah bahawa organisasi dan kelompok [3] yang sekaligus juga beraliran sufiyah menjadikan pemikiran Asy’ariyah sebagai pemikiran organisasinya.

[Dikutip dari Majalah Asy Syari’ah No.55/V/1430 H/2009, hal. 15-17]

____________
Footnote:

[1] Yang sebenarnya mengadopsi pemahaman Kullabiyah. (ed.)
[2] Yang menetapkan bahawa makhluk tidak mempunyai kehendak dalam menjalankan hidup ini. (ed.)
[3] Salah satu dari kelompok sufiyah masa kini adalah Jamaah Tabligh. Asy-Syaikh al Albani rahimahullahu menyatakan: "Jamaah Tabligh adalah sufiyah masa kini. Adapun Ikhwanul Muslimin sangat nampak hubungan mereka dengan sufiyah kerana pendirinya, Hasan Al-Banna, adalah seorang pengikut tareqat sufi Al-Hasofiyyah.”

Untuk merinci lebih lanjut tentang kedua kelompok ini, alhamdulillah, pembaca boleh merujuk kepada Majalah Asy Syariah edisi 07 dan edisi 20.

Disunting oleh Abu Soleh

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya berpandangan tidakada manfaatnya kita membahaskan fikiran dan pendapat ulama' atau kita berpegang kpd seseorang ulama' atau sekumpulan ulama'. Jika kita buat sedemikian, maka tidak akan habis-habis permasalahan aqidah kita. Besar kemungkinan kita akan berfirqah, walhal Allah (a.w) dan RasulNya larang kita berfirqah. Mengapakah kita tidak utamakan mencari ilu dan memahami Islam dan syariatnya melalui ilmu yg haq itu, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Yg benar dan yg berhaq dijadikan anduan adalah al-Quran dan as-Sunnah dan menjadikan kedua-duanya panduan dalam Islam, bukan kita nak tahu bagaimana sifat Allah (a.w) itu (i.e. selain apa yg diberitahu oleh Allah (a.w) dan RasulNya sahaja). Kita tak perlu nak tau lebih dai itu kerana tak mungkin, walaupuan macam mana bijaknya seseorang manusia itu, tidak mungkin dia tahu sifat-sifat dan pergerakan Allah (a.w).
    Jangan jadi bodoh hendak mencari dgn pasti sifat Allah (a.w) selain apa yg diberitahu olehNya sahaja. Tak guna kita tahu lebih detail, kerana Allah (a.w) dan Rasul tidak suruh kita tau dgn detail Allah (a.w).
    Jazakallahu khairah

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalam warahmatullah. Ulama-ulama terdahulu sangat terkenal kitab-kitab mereka membantah ahlul ahwa wal bida', sebagai contoh, kitab As-Sunnah karya Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Barbahari, Ibnu Battal, dll. Imam Ahmad juga memiliki kitab yang berjudul Raddu 'alal Jahmiyah bagi membantah puak yang menolak sifat-sifat Allah. Demikian juga Imam Ad-Darimi juga memiliki kitab Raddu 'Alal Marisi. Semua ini bertujuan untuk menjaga agama, sebagaimana sabda Rasulullah: "Akan tetap ada dari segelintir umatku yang tampak di atas kebenaran, tidak memudaratkan mereka orang yang menyelisihi mereka dan orang yang menentang mereka sehinggalah datang ketentuan Allah, dan mereka tetap dalam keadaan demikian."

    Rasulullah juga bersabda: "Jika kamu hidup sepeninggalanku, maka kamu akan melihat perselisihan yang amat banyaknya. (Oleh itu) Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar-rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham, hati-hati kamu dengan perkara-perkara yang baru, kerana setiap bid'ah itu adalah kesesatan." (HR. Ibnu Majah, Abu Daud dan Tirmizi)

    Demikianlah agama ini dibawa oleh para ulama ahli sunnah yang berada di atas manhaj salafus soleh. Ia sudah menjadi sunnah bagi para ulama tersebut, sejak dari kewafatan nabi sehinggalah ke hari ini. Benarlah sabda Rasulullah: "Para ulama itu pewaris bagi para Nabi."

    Bandingkanlah antara As-Salafiyah dan Al-Asya'irah manakah yang lebih layak menyandang nama Ahlus Sunnah pada masalah sifat2 Allah. Asya'irah membicarakan sifat dengan metode akal yang melebihi nas para kebanyakan pembahasan, sehingga banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis2 nabi yang ditakwilnya (diselewengkan) dengan takwilan yang tidak pernah didahului oleh para pendahulu (salaf), manakala As-Salafiyah mereka membicarakan perihal sifat2 Allah tidak melebihikan sedikit pun pembicaraannya terkeluar daripada nas yang ada, bahkan akal sudah sepatutnya mengikuti nas, kerana sudah tentu nas tidak ada yang bertentangan dengan akal.

    Perkataan anda: "Jangan jadi bodoh hendak mencari dgn pasti sifat Allah (a.w) selain apa yg diberitahu olehNya sahaja. Tak guna kita tahu lebih detail, kerana Allah (a.w) dan Rasul tidak suruh kita tau dgn detail Allah (a.w)."

    Lihat semula persoalan saya tadi, siapakah yang jadi bodoh dalam persoalan ini, membicarakan sifat2 Allah dengan terlalu detail, sedangkan As-salafiyah hanya menyebutkan ayat Al-Quran yang menunjukkan sifat lalu beriman, sedangkan Asya'irah perlukan pendetailan yang terlalu panjang untuk menjelaskan sifat Allah agar selari dengan akal mereka. Sebagai contoh tentang masalah sifat WUJUD ALLAH sahaja, terdapat kitab Asya'irah yang membahaskan sehingga 300 muka surat. Jelaslah sekarang siapakah yang bodoh hendak mencari dengan pasti sifat Allah.

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  3. Akidah yang mantap melahirkan insan yang cintakan Allah dan rasul mendahului yag lain. Akidah Islam yang jitu perlu dijaga dan dikuatkan dengan ilmu mengenal Allah. Jangan katakan sesuatu ilmu itu sesat jika kita tidak dapat merasai kenikmatan ilmu tersebut. Rugilah bagi orang yang meninggalkan ilmu tinggalan ulama' silam. Bukan senang untuk menghasilkan satu ilmu baru.

    Belajar dan rasai sendiri 'harta' tersebut.

    Don't judge a book by its cover.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. apa bukti al-asya'irah itu muktazilah?

    BalasPadam
  6. Wahabi bukan ahlusunahwaljamaah yang membantah ajaran sesat wahabi ini adalah alim ulamak bukan orang-orang awam yang jahil

    BalasPadam