Selasa, 21 Disember 2010

Istiwa' Maklum Dari Segi Bahasa Atau Maklum Terdapat Di Dalam Al-Quran?

Sebahagian dikalangan Asya'irah sering menggunakan hujah Imam Malik yang mengatakan bahawa Istiwa' itu maklum (diketahui) mereka mengatakan diketahui kerana keberadaan (terdapatnya) perkataan Istiwa' itu di dalam Al-Quran. Sebagaimana yang mereka bawakan riwayatnya:

الإستواء معلوم والكيف مجهول والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة

"Al-Istiwa' maklum (iaitu disebutkan di dalam al-Quran) dan kaifiyatnya majhul, beriman dengannya wajib dan bertanyakan tentangnya adalah bid'ah."

Riwayat ini diriwayatkan oleh Ad-Darimi dalam ''Fi al-Radd 'ala al-Jahmiyah'' m.s 55-56, Al-Lalikai dalam ''Syarah al-Sunnah'' 3/398, Imam al-Sobuni dalam '''Aqidah al-Salaf'' no: 25 dan 26, al-Baihaqi dalam ''al-Asma wa al-Sifat'' m.s 408 ada 2 sanad. Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan ''Jayyid'' pada satu sanadnya; rujuk Fath al-Bari 13/406-407, Ibn Abdil Barr, al-Tamhid 7/138, 151, Abu Na'im, al-Hilyah 6/325-326, sebagaimana riwayat al-Lalikai 3/398 dan al-Baihaqi m.s 408-409.

Kelompok Asya'irah berkata maklum di situ adalah diketahui iaitu terdapatnya perkataan Istiwa` itu disebutkan di dalam Al-Quran.  Mereka menyandarkan bahawa mazhab salaf adalah mentafwidhkan (menyerahkan) maknanya kepada Allah dengan menggunakan kata-kata Imam Malik ini. Namun yang sebenarnya golongan salaf tidak menjahilkan atau menyerahkan maknanya sebaliknya mereka memahami akan maknanya. Akan tetapi yang mereka tafwidhkan (serahkan) adalah kaifiyyat (tatacara dan bentuk) hakikat bagaimana Allah beristiwa', dan hakikat Allah beristiwa itulah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun (majhul).

Al-Qadi Abu Bakar Ibn al-Arabi al-Maliki, beliau menyatakan dalam kitab beliau ‘Aridatul Ahwazi Syarah Sunan al-Tirmizi menjelaskan akan makna kata-kata Imam Malik di atas sebagai berikut:

ومذهب مالك رحمه الله أن كل حديث منها معلوم المعنى ولذلك قال للذي سأله الاستواء معلوم والكيفية مجهولة

“Dan mazhab Imam Malik r.h bahawa semua hadis daripadanya (berkenaan sifat-sifat Allah) maklum maknanya kerana itu beliau berkata kepada orang yang bertanya kepada beliau: Istiwa’ itu maklum dan kaifiatnya majhul…” ('Aridatul Ahwazi, 3/166, cet. Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut-Lubnan)

Oleh sebab itu Imam Al-Qurtubi sendiri yang merupakan seorang mufassir yang telah dikenali dan beliau merupakan penganut mazhab Maliki dan  juga bermazhab Asy'ariy beliau menerangkan: 

وقد كان السلف الأوّل رضي الله عنهم لا يقولون بنفي الجهة ولا ينطقون بذلك ، بل نطقوا هم والكافّة بإثباتها لله تعالى كما نطق كتابه وأخبرت رسله . ولم ينكر أحد من السلف الصالح أنه استوى على عرشه حقيقة . وخص العرش بذلك لأنه أعظم مخلوقاته ، وإنما جهلوا كيفية الاستواء فإنه لا تعلم حقيقته . قال مالك رحمه الله : الاستواء معلوم يعني في اللغة والكَيْف مجهول ، والسؤال عن هذا بدعة . وكذا قالت أم سلمة رضي الله عنها . وهذا القدر كافٍ ، ومن أراد زيادة عليه فليقف عليه في موضعه من كتب العلماء . والاستواء في كلام العرب هو العلوّ والاستقرار

“Dan adalah kaum Salaf yang terdahulu radiallahu’anhum tidak pernah menyatakan berkenaan penafian jihat (arah) dan mereka tidak pula mengucapkannya bahkan mereka semuanya bersepakat menetapkannya (Istiwa’) bagi Allah Taala seperti mana yang ditetapkan oleh KitabNya dan diberitahu para RasulNya. Dan tidak ada seorang pun daripada Ulama Salaf Soleh mengingkari bahawa Allah Taala itu beristiwa` secara hakiki di atas arasyNya dan dikhususkan dengan Arasy kerana ia adalah makhluk Allah yang paling besar tetapi mereka hanya tidak mengetahui kaifiat Istiwa maka tidak diketahui hakikatnya. Berkata Malik r.h: Istiwa itu maklum yakni pada bahasa dan kaifiatnya majhul, dan bertanya tentang ini (kaifiat) adalah bidaah. Demikian juga pertanyataan Ummu Salamah r.a. Cukuplah sekadar ini dan mereka yang hendak perbahasan yang lebih maka lihatlah di tempatnya dalam kitab-kitab Ulama. Dan Istiwa` dalam bahasa Arab itu Meninggi dan Menetap”. (Tafsir al-Qurtubi, 1/2130-2131)

Makna Istiwa'

Di dalam Sahih Al-Bukhari, Kitabut Tauhid Imam Bukhari berkata:

باب: ﴿وكان عرشه على الماء﴾، ﴿وهو رب العرش العظيم﴾: قال أبو العالية: ﴿استوى إلى السماء﴾ ارتفع ﴿فسواهن﴾ فخلقهن، وقال مجاهد: ﴿استوى﴾ علا ﴿على العرش) ... انتهى

 "Bab firman Allah "Dan adalah ArasyNya di atas air", "Dan Dialah Tuhan Arasy yang agung": Berkata Abul 'Aliyah (Istawa ilas-samaa`) Irtafa'a/meninggi. Firman Allah "Fasawwahunn" Menciptakannya. Dan berkata Mujahid (Istiwa`) Tinggi "Di atas langit." (Selesai nukilan) 

Di dalam Tafsir At-Tobari juga, Imam At-Tobari berkata:

وقوله ( الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى ) يقول تعالى ذكره: الرحمن على عرشه ارتفع وعلا

“Dan firmanNya: ( الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى ) (maksudnya: al-Rahman yang beristiwa di atas Arasy), Allah Ta'ala menyatakan bahawa: al-Rahman yang berada di atas ArasyNya Irtafa'a (meninggi) dan 'ala (tinggi di atas)”. (Tafsir al-Tabari, 18/270)

Daripada perkataan Imam Bukhari dan At-Tobari di atas difahami bahawa makna Istiwa' itu difahami dan bukanlah sesuatu yang majhul. Bahkan Imam Asy-Syaukani sendiri menyatakan:

قد اختلف العلماء في معنى هذا على أربعة عشر قولاً ، وأحقها وأولاها بالصواب مذهب السلف الصالح أنه : استوى سبحانه عليه بلا كيف ، بل على الوجه الذي يليق به مع تنزهه عما لا يجوز عليه ، والاستواء في لغة العرب هو العلوّ والاستقرار

“Telah berselisih para ulama’ (yakni dari setiap firqah islamiah) pada makna ayat ini kepada 14 pendapat dan yang paling benar dan paling utamanya dengan kebenaran adalah mazhab As-Salafus-Soleh bahawa telah beristiwa' Allah Ta’ala tanpa mempersoalkan bagaimana, bahkan atas cara yang layak dengannya beserta Maha SuciNya dari apa yang tidak layak baginya dan Istiwa’ dalam bahasa ‘Arab adalah Tinggi dan Menetap.” (Rujuk Fathul Qadir)

Hal ini menunjukkan Istiwa' itu memiliki makna dan maknanya di dalam bahasa Arab adalah 'Ala (tinggi), irtafa'a (meninggi), dan di dalam sebahagian riwayat dari Ibnu Abbas mengatakan ertinya So'uda (naik). Demikian ini makna-makna yang terdapat dalam riwayat-riwayat yang sahih. Adapun makna Istiwa' kepada Istiqrar (menetap) dan Julus (duduk) terdapat perselisihan di kalangan ulama salaf mengenai pengertian tersebut.

Adapun makna Istaula (menguasai), maka ini merupakan pendapat golongan Muktazilah dan Asya'irah yang mana mereka merujuk dalam suatu sya'ir:
قَدْ اِسْتَوَى بِشْر عَلَى الْعِرَاق *** مِنْ غَيْر سَيْف وَلا دَم مِهْرَاق

"Bisyr (bin Marwan) telah menguasai Iraq tanpa menggunakan pedang dan tanpa pertumpahan darah." 

Al-Allamah Ibnu Abil ‘Izz Al-Hanafi rahimahullahu Ta’ala berkata:

أَنَّ النَّاسَ فِي إِطلاقِ مِثْلِ هَذِهِ الأَلْفَاظِ ثَلاثَةُ أَقْوَالٍ: فَطَائِفَةٌ تَنْفِيهَا، وَطَائِفَةٌ تُثْبِتُهَا، وَطَائِفَةٌ تُفَصِّلُ، وَهُمُ الْمُتَّبِعُونَ لِلسَّلَفِ، فَلا يُطْلِقُونَ نَفْيَهَا وَلا إِثْبَاتَهَا إِلاَّ إِذَا بُيِّنَ مَا أُثْبِتَ بِهَا فَهُوَ ثَابِتٌ ، وَمَا نُفِيَ بِهَا فَهُوَ مَنْفِيٌّ . لأَنَّ المُتَأَخِّرِينَ قَدْ صَارَتْ هَذِهِ الأَلْفَاظُ فِي اصْطِلاحِهِمْ فِيهَا إِجْمَالٌ وَإِبْهَامٌ، كَغَيْرِهَا مِنَ الأَلْفَاظِ الاصْطِلاحِيَّةِ، فَلَيْسَ كُلُّهُمْ يَسْتَعْمِلُهَا فِي نَفْسِ مَعْنَاهَا اللُّغَوِيِّ. وَلِهَذَا كَانَ النُّفَاةُ يَنْفُونَ بِهَا حَقًّا وَبَاطِلاً، وَيَذْكُرُونَ عَنْ مُثْبِتِيهَا مَا لا يَقُولُونَ بِهِ، وَبَعْضُ الْمُثْبِتِينَ لَهَا يُدْخِلُ فِيهَا مَعْنًى بَاطِلاً، مُخَالِفًا لِقَوْلِ السَّلَفِ، وَلِمَا دَلَّ عَلَيْهِ الْكِتَابُ وَالْمِيزَانُ. وَلَمْ يَرِدْ نَصٌّ مِنَ الْكِتَابِ وَلا مِنَ السُّنَّةِ بِنَفْيِهَا وَلا إِثْبَاتِهَا، وَلَيْسَ لَنَا أَنْ نَصِفَ اللَّهَ تَعَالَى بِمَا لَمْ يَصِفْ بِهِ نَفْسَهُ وَلا وَصَفَهُ بِهِ رَسُولُهُ نَفْيًا وَلا إِثْبَاتًا، وَإِنَّمَا نَحْنُ مُتَّبِعُونَ لا مُبْتَدِعُونَ

“Sesungguhnya manusia secara umumnya terbahagi kepada tiga pendapat mengenainya: Golongan yang menafikannya, golongan yang mengisbatkannya (menetapkannya) dan golongan yang memperincikannya dan (golongan yang ketiga ini) mereka adalah pengikut salaf. Mereka tidak menafikan dan tidak juga mengisbatkannya (menetapkannya) secara umum kecuali apabila dijelaskan apa yang telah diisbatkan maka ia adalah suatu yang isbat (ditetapkan) dan apa yang dinafikan maka ia adalah suatu yang manfi (dinafikan). Ini kerana istilah-istilah ini menjadi mujmal (umum) dan mubham di kalangan mutaakhirin sebagaimana lafaz-lafaz istilah yang lain. Tidak semua mereka menggunakannya mengikut maknanya dalam bahasa arab. Oleh itu pihak yang menafikannya terus menafikannya sama ada ia hak atau batil, serta mereka menyebut tentang orang yang mengisbatkannya dengan perkara yang tidak mereka perkatakan. Sesetengah mereka yang mengisbatkannya pula memasukkan makna yang batil ke dalam lafaz-lafaz ini bercanggahan dengan pendapat salaf dan yang ditunjukkan oleg Al-Kitab dan As-Sunnah. Tidak ada nas daripada Al-Kitab dan As-Sunnah yang menafikan atau mengisbatkannya. Kita tidak boleh menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak diberikan olehNya bagi diriNya dan yang tidak diberikan oleh RasulNya sama ada dalam menafikan atau mengisbatkan. Kita mengikut (Al-Kitab dan As-Sunnah) bukannya mengikut orang yang melakukan bid’ah.”

Beliau melanjutkan:

فَالْوَاجِبُ أَنْ يُنْظَرَ فِي هَذَا الْبَابِ، أَعْنِي بَابَ الصِّفَاتِ، فَمَا أَثْبَتَهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَثْبَتْنَاهُ، وَمَا نَفَاهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ نَفَيْنَاهُ. وَالأَلْفَاظُ الَّتِي وَرَدَ بِهَا النَّصُّ يُعْتَصَمُ بِهَ...ا فِي الْإِثْبَاتِ وَالنَّفْيِ، فَنُثْبِتُ مَا أَثْبَتَهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ مِنَ الأَلْفَاظِ وَالْمَعَانِي. وَأَمَّا الْأَلْفَاظُ الَّتِي لَمْ يَرِدْ نَفْيُهَا وَلا إِثْبَاتُهَا فَلا تُطْلَقُ حَتَّى يُنْظَرَ فِي مَقْصُودِ قَائِلِهَا: فَإِنْ كَانَ مَعْنًى صَحِيحًا قُبِلَ، لَكِنْ يَنْبَغِي التَّعْبِيرُ عَنْهُ بِأَلْفَاظِ النُّصُوصِ، دُونَ الأَلْفَاظِ الْمُجْمَلَةِ، إِلا عِنْدَ الْحَاجَةِ، مَعَ قَرَائِنَ تُبَيِّنُ الْمُرَادَ وَالْحَاجَةَ مِثْلُ أَنْ يَكُونَ الْخِطَابُ مَعَ مَنْ لا يَتِمُّ الْمَقْصُودُ مَعَهُ إِنْ لَمْ يُخَاطَبْ بِهَا، وَنَحْوُ ذَلِكَ 

“Maka yang wajib untuk diperhatikan dalam bab sifat ini ialah segala sifat yang isbatkan oleh Allah dan RasulNya maka kita mengisbatkannya dan sifat yang dinafikan oleh Allah dan RasulNya maka kita turut menafikannya. Kita hendaklah berpegang pada lafaz yang dibawakan oleh nas dalam mengisbatkan atau menafikan sifat. Kita mengisbatkan lafaz dan makna yang diisbatkan oleh Allah dan RasulNya. Manakala lafaz yang tidak ada penafian atau pengisbatan oleh nas maka kita tidak akan membiarkannya menjadi umum sehinggalah kita melihat apa tujuan orang yang mengatakannya: Sekiranya makna itu sahih maka kita terima, akan tetapi ia hendaklah diungkap dengan lafaz nas-nas dan bukannya lafaz yang mujmal (umum) kecuali ketika ia perlu disertai dengan qarinah-qarinah yang menjelaskan tujuan itu. Maksud ketika perlu ialah menunjukkan khitab kepada orang yang ada sesuatu tujuan dan tidak akan dicapai sekiranya tidak ditujukan khitab itu kepadanya dan sebagainya.” (Syarah Aqidah At-Tohawiyah) 

Asyhab bin Abdul 'Aziz r.h meriwayatkan:

سمعت مالك بن أنس يقول: إياكم والبدع. فقيل: يا أبا عبد الله، وما البدع؟ قال: أهل البدع الذين يتكلمون في أسماء الله وصفاته وكلامه وعلمه وقدرته ولا يسكتون عما سكت عنه الصحابة والتابعون لهم بإحسان

“Aku mendengar Malik bin Anas berkata: Hati-hatilah kamu daripada bidaah. Maka ditanya: Wahai Abu Abdullah, apakah bidaah (yang kamu maksudkan)? Jawab beliau: Ahli Bidaah iaitulah yang bercakap berkenaan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya dan kalamNya dan ilmuNya dan QudratNya dan tidak pula mendiamkan diri sebagaimana diamnya para sahabat dan Tabi'in (yang mengikut Sahabat) dengan baik.” (Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah, Abul Qasim Ismail ibn Muhammad bin Al-Fadhl At-Taimi Al-Ashbahani, 1/140)

Ibn Qudamah Al-Maqdisi r.h juga berkata:

ومذهب السلف رحمة الله عليهم الإيمان بصفات الله تعالى وأسمائه التي وصف بها نفسه في آياته وتنزيله أو على لسان رسوله من غير زيادة عليها ولا نقص منها ولا تجاوز لها ولا تفسير ولا تأويل لها بما يخالف ظاهرها ولا تشبيه بصفات المخلوقين ولا سمات المحدثين بل أمروها كما جاءت وردوا علمها إلى قائلها ومعناها إلى المتكلم بها

“Dan mazhab al-Salaf rahmatullahi alaihim beriman dengan sifat-sifat Allah Taala dan nama-namanya yang Dia sifatkan dengannya diriNya dalam ayat-ayatNya atau atas lidah RasulNya tanpa menambah atau menguranginya dan tidak akan melebihinya dan tiada tafsir dan takwil baginya yang menyalahi zahirnya dan tiada tasybih dengan sifat-sifat makhluk bahkan jalankannya sebagaimana yang ia datang dan kembalikan ilmu dan maknanya kepada penuturnya.” (Zammut Takwil, ms 11)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails